You are on page 1of 3

Tema buku teks tingkatan 5

Unit 12
Pelestarian Budaya Warisan
Bahagaian B Kertas 1
(100 markah)

Kepelbagaian agama,budaya, dan etnik merupakan suatu kelebihan dan kekuatan bagi
negara Malaysia.
Ulaskan pernyataan ini.

Rangka jawapan:
Pendahuluan:
Bagai aur dengan tebing-aspek perpaduan yang sentiasa diberi penekanankesepakatan tiga etnik terbesar di negara Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 membolehkan rakyat menikmati kuasa politik yang
sama rata dengan dasar perkongsian kuasa-menjamin keharmonian rakyat berbilang
kaum dan etnik di Malaysia.
Isi-isi penting.
(a) Menonjolkan dan meningkatkan imej negara-rakyat yang pelbagai etnik, agama
dan budaya dapat hidup harmoni dan bersatu padu.-melalui aktiviti
kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swastasemua program yang dilaksanakan bertujuan memupuk semangat kekitaan
dalam masyarakat pelbagai kaum.
Keamanan sesebuah negara dapat ditonjolkan melalui keharmonian sesebuah
masyarakatnya. Bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
(b) Memajukan industri pelancongan-rakyat asing berminat untuk melihat dengan
lebih dekat keunikan dan kepelbagaian budaya kita-perpaduan antara kaum di
Malaysia sentiasa menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung di MalaysiaKelebihan Malaysia adalah dianugerahkan banyak tempat menarik seperti
keindahan pulau-pulau, keunikan hutan paya bakau dan juga gunung ganang
yang boleh didaki, keindahan tasik-tasik dan juga kaya dengan tempat-tempat
bersejarah seperti banda raya Melaka.-budaya dari segi kepelbagaian makanansetiap kaum mempunyai makanan utama-pakaian tradisional-tarian tradisional
dan sebagainya.
(c) Kelebihan pelbagai etnik dapat memajukan negara-idea setiap kaum
digabungkan dan diguna pakai dalam memajukan dan membangunkan negara.
setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kelebihan masing-masing sama ada
dalam bidang sains , teknologi, ekonomi,sukan, kebudayaan , bahasa dan
sebgainya.-semua kelebihan dan kepakaran dalam bidang masing-masing dapat
dikongsi bersama demi memajukan negara.-

(d) Malaysia menjadi contoh kepada dunia dalam menjamin perpaduan kaum dan
negara-negara-negara luar sentiasa cemburu melihat kesepakatan rakyat di
Malaysia-sukar untuk didapati di luar negara walaupun negara-negara majupihak kerajaan sentiasa berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang
aman dan harmoni selaras dengan slogan 1 Malaysia yang dilaungkan oleh
YAB Perdana Menteri kita.-negara akan maju sekiranya masyarakat saling
menghormati dan bertolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Penutup:
Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing meninggalkan implikasi kepada
negara secara tidak langsung-perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan
datang.-kemajuan yang ditinggalkan boleh menjadi inspirasi kepada kita agar terus
berusaha untuk memajukan negara.

You might also like