You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2017

Tarikh: 31 Disember 2016


Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan SK Tekek, Pulau Tioman
Kehadiran:

Encik Rosidi bin Ahmad


Encik Mohd Rosman bin Sabri
Encik Mohd Tajudin bin Samah
Encik Mohd Razali bin Abd Samad
Encik Abdul Rahim bin Abdul Hamid
Encik Abdul Hakim bin Abdul Aziz
Encik Mohd Faiz bin Alias
Encik Mohd Izuan bin Nordin
Encik Mohd Ridzwan bin Abdullah
Encik Mohd Ikhwan Syukri bin Muhamad Syakir
Encik Mohd Ishamudin bin Mohamad Asar
Encik Hasrul Nizam bin Mat Dahili
Encik Mohd Azman bin Abd Jalil
Encik Mohamad Zulihsan bin Wahab
Encik Kamil Hasif bin Zamani
Puan Siti Khadijah binti Bahrim
Puan Daria binti A. Razak
Puan Nor Aedayu binti Masaod
Cik Rosmawati binti Abd Rahman
Cik Shafiqa Nathasa binti Kamarudin
Puan Norsuhaniza binti Nordin
Puan Shahida Nor binti Md Yusof
Cik Nor Hanie Nadia binti Kimin

Puan Nor Athirah binti Zulkipli


Puan Sin Sun Bue a/p Sin Yong Eng

Tidak Hadir: Cik Noor Asiah Binti Mohd Noor


Cik Wan Kustina Binti Wan Mohamed Shah
Puan Hasliza binti AB Halim
Encik Mohd Illias bin Mat Yunus
Encik Dzari Hasbullah bin Abd Wahab

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat
kali pertama bagi sesi persekolahan 2017.
1.2 Memperkenalkan nama dan latar belakang beliau.
1.3 Hari pertama persekolahan, semua guru dapat hadir ke sekolah awal dan
hendaklah menjalankan P&P seperti biasa.
1.4 Menyampaikan hasrat PPD untuk meningkatkan pembangunan guru di
sekolah pulau.
1.5 Berharap agar wujud komunikasi yang berkesan agar persekolahan untuk
tahun 2017 dapat berjalan dengan lebih baik.
1.6 Program 5P diteruskan untuk peningkatan keberhasilan sekolah.
1.7 Tindakan susulan daripada audit untuk memurnikan prosedur dan tatacara
perjalanan kewangan sekolah agar lebih sistematik.
1.8 Amalan baik di sekolah seperti amalan memberi salam diteruskan untuk
keberhasilan sekolah.
1.9 Ucapan tahniah kepada semua guru untuk kecekapan dalam sistem atas
talian sekolah.
1.10 Menekankan keberadaan guru di sekolah dan di dalam kelas.
1.11 Memperbanyak perancangan untuk pembangunan guru-guru.
1.12 Penumpuan kepada pelaksanaan KSSR, PR DAN PA21
( menggalakkan aktivit LADAP kepada semua guru).
1.13 Semua guru bertindak sebagai guru disiplin dan sentiasa memberi
nasihat kepada murid-murid dalam meningkatkan sahsiah murid.
1.14 Menggalakkan sikap kerjasama, sepakat dan tolak ansur dalam
kalangan guru.
1.15 Persiapan kelas agar kondusif dan selesa sebelum sesi persekolahan
2017.
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat lalu.

Cadangan: Pn. Siti Khadijah binti Bahrim


Sokongan: Encik Mohd Azman bin Jalil
3. PENGURUSAN PENTADBIRAN
3.1 Semua guru mestilah hadir ke sekolah sebelum 7.30 pagi pada setiap hari
persekolahan.
3.2 Kehadiran guru hendaklah direkodkan dalam buku kehadiran guru
mengikut waktu tiba di sekolah.
3.3 Rekodkan juga waktu keluar dari sekolah.
3.4 Cuti sebaik-baiknya hendaklah dirancang serta dimaklumkan. Guru
hendaklah mengisi borang cuti dan menyatakan sebab bercuti.
3.5 Cuti kecemasan boleh dimaklumkan melalui sms/ whatsapp jika tidak
berkesempatan untuk mengisi borang cuti.
3.6 Pakaian guru mestilah kemas serta mencerminkan profesion perguruan.
Tindakan : semua guru
4. PENGURUSAN KURIKULUM
4.1 Mengalu-alukan kehadiran semua guru.
4.2 Memaklumkan kecemerlangan unit kurikulum yang telah dicapai
sepanjang tahun 2016, terutamanya pencapaian UPSR 2016.
4.3 Berharap pada tahun 2017, kurikulum dan kokurikulum berjalan seiring
dan seimbang disamping sahsiah murid yang baik.
4.4 Semua guru akan menerima tugas yang diberikan dengan azam baru dan
memperbaiki kelemahan yang lalu.
4.5 Membentangkan analisis pentaksiran PBS dan keputusan UPSR 2016
daripada PPD.
4.6 Menekankan buku rancangan pengajaran harian hendaklah lengkap, pada
bahagian belakang hendaklah ditulis nama murid dan disertakan
keputusan peperiksaan murid-murid tahun semasa.
4.7 Perlu menyediakan rancangan pengajaran pada setiap hari. Hanya pada
hari guru dan hari peperiksaan sahaja dibenarkan untuk menampal
pamplet atau jadual peperiksaan.
4.8 Memaklumkan Prasekolah menggunakan kurikulum KSSR semakan 2017.
Murid tahun 1 2017 juga menggunakan kurikulum KSSR semakan 2017.
Murid-murid tahun 2 hingga 6 menggunakan kurikulum KSSR yang sedia
ada.
4.9 Headcount 2017 melibatkan murid-murid tahun 4 hingga tahun 6.
Keputusan peperiksaan akhir tahun 2016 akn menjadi nilai mula TOV
2017.
4.10 Pembentangan jawatankuasa induk SK Tekek 2017. Agihan tugas akan
diberikan sebelum hari pertama persekolahan.
4.11 Penggunaan makmal komputer pada tahun 2017 melibatkan semua
murid tahap 1 dan tahap 2. Penyelaras makmal komputer perlu
menyediakan jadual yang lengkap untuk semua kelas.

5. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


5.1 Memaklumkan bilangan murid untuk sesi persekolah 2017 adalah seramai
284 orang.
Tahun 1 (45 orang)
Tahun 2 (45 orang)
Tahun 3 (43 orang)
Tahun 4 (49 orang)
Tahun 5 ( 35 orang)
Tahun 6 (41 orang)
Pend. Khas ( 2 orang)
Prasekolah ( 25 orang)
5.2 8 orang murid berpindah ke sekolah lain dan seramai 6 orang murid
mendaftar masuk ke SK Tekek. Bilangan murid akan berubah dari semasa
ke semasa.
5.3 Pendaftaran sekolah dan murid asrama akan diadakan pada:
Tarikh: 2 Januari 2016
Masa: 8.00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat: Kantin Sekolah SK Tekek
5.4 Guru kelas disarankan memurnikan kelas sebelum sesi persekolahan
bermula untuk keselesaan murid-murid.
5.5 Guru-guru kelas tahun 2016 perlu memaklumkan kpeada GPK HEM nama
murid yang bertukar kelas sebelum hari pendaftaran.
5.6 Guru kelas perlu mengemaskini APDM sebelum 15 Januari 2017.
5.7 RMT berjalan seperti biasa, namun untuk sarapan pagi belum ada kata
putus kerana sebelum ini sarapan pagi hanyalah program untuk tahun
2016. Keputusan akan diberitahu kemudian.
5.8 Pakaian murid sama seperti tahun lepas.
Tindakan: makluman

6. PENGURUSAN KOKURIKULUM
6.1 Ucapan aluan dan terima kasih kepada semua guru.
6.2 Takwim aktiviti kokurikulum bulan Januari dan Februari.
6.3 Mesyuarat kali pertama aktiviti kokurikulum untuk memilih jawatankuasa.
6.4 Waktu aktiviti kokurikulum masih sama seperti tahun lepas.
6.5 Olahraga dipilih sebagai sukan tahunan 2017.
6.6 Memaklumkan masalah kekangan tempat untuk mengadakan sukan
tahunan. Keputusan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada
semua guru.
6.7 Berharap dapat meningkatkan pencapaian serta penglibatan murid dalam
bidang kokurikulum tahun 2017.

6.8 Memaklumkan tarikh-tarikh penting bagi aktiviti kokurikulum PKP Rompin.


6.9 Memohon dana untuk melancarkan semua aktiviti kokurikulum 2017.
Tindakan: makluman
7. HAL HAL LAIN
7.1 Aset sekolah, infrastruktur sekolah dipindah ke dalam sistem HRMIS.
Mesyuarat ditangguh pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh,

Minit ini dicatat oleh:

Setiausaha Pentadbiran

Shafiqa Nathasa Kamarudin

SK Tekek, Pulau Tioman.

Setiausaha Pentadbiran

You might also like