You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN YDP PIBG SEMPENA MESYUARAT AGUNG

PIBG SMK PERNU KALI KE-6 2016


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.k
Yang Berhormat, Datuk Wira Latif Bin Datuk Hj. Tamby Chik, ADUN Kawasan Telok
Mas
Yang berusaha Pn. Hjh. Hafshah binti Muhammad, Pengetua SMK Pernu,
Yang dihormati barisan Penolong-Penolong Kanan
Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran
AJK PIBG, guru-guru, para ibu bapa, hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.
Marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
rahmatNya maka kita dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Terbuka Wawasan
SMK Pernu pada pagi ini untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK
Pernu Kali Ke-6 Tahun 2016.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Wira Latiff bin Datuk Hj. Tamby Chik,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Telok Mas yang sudi hadir untuk merasmikan
majlis kita pada pagi ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah
terutama kepada Pengetua SMK Pernu iaitu Pn. Hjh. Hafshah bt. Muhammad yang juga
merupakan penasihat PIBG serta kepada para guru dan AJK PIBG yang telah
bertungkus- lumus dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Pernu Kali Ke-6
Tahun 2016.
Yang Berhormat Datuk, Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,
PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi
hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru, PIBG sewajarnya bergerak
seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah sekolah. Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, PIBG SMK Pernu
telah banyak berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
sekolah seperti Perkampungan Ilmu, Kursus Kepimpinan, ceramah akademik, Majlis
Solat Hajat, Hari Kecemerlangan dan sebagainya. Justeru, saya amat berharap agar
program dan aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan para pelajar SMK dapat

diteruskan dari tahun ke tahun agar potensi para pelajar dapat dicungkil dan
diperkasakan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sepanjang tempoh setahun menerajui PIBG SMK Pernu, saya dan para AJK
PIBG sentiasa menyokong segala usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi dan
kecemerlangan pelajar. Saya amatlah berbesar hati sekiranya pihak pihak sekolah dapat
meneruskan segala aktiviti yang dirancang agar anak-anak kita akan berjaya dalam
pelajaran seterusnya menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan negara. Saya dan
para AJK juga akan sentiasa membantu dari segi sokongan moral memandangkan
terdapat sarana ibu bapa dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa untuk membantu pihak
sekolah yang telah pun ditubuhkan
Yang berhormat Datuk, tuan-tuan dan puan-puan,
Dunia pendidikan yang semakin mencabar amat memerlukan perhatian dan
kerjasama daripada semua pihak terutama daripada para ibu bapa dan guru. Sempena
Hari Guru yang bakal menjelang pada hari Isnin hadapan iaiitu 16 Mei 2016 , saya ingin
mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SMK Pernu yang telah banyak
berjasa dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada anak saya serta anak-anak
kepada para ibu bapa yang lain. Semoga Allah swt memberikan ganjaran yang terbaik
kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian serta ikatan antara para ibu bapa dan guruguru yang sedia terjalin selama ini akan dapat dipererat dan dipertingkat.
Saya tidak berhajat untuk berucap dengan lebih panjang lagi. Saya sekali lagi
ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk yang telah
sudi hadir dan semua pihak yang telah menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Pernu
Kali Ke-6 Tahun 2016. Semoga segala pengorbanan dan kerjasama yang diberikan akan
diberkati oleh Allah swt seterusnya mendatangkan impak yang positif dalam
perkembangan pendidikan anak-anak kita seterusnya melahirkan generasi yang
cemerlang dan dapat menyumbang kepada kemajuan agama,bangsa dan negara.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum wbk

You might also like