You are on page 1of 2

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS BIL. 1/
TAHUN 2016

Tarikh

: 1 Januari 2016

Masa

: 11.30 pagi

Tempat

: Kelas Pendidikan Khas

Pengerusi

: En. Muhammad Azim Bin Md Rahim

Kehadiran(Bilangan) : ( Rujuk Senarai Kehadiran )


Turut Hadir (Jika ada) : Tiada
1

PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru penasihat pada mesyuarat
kali pertama ini. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru
penasihat yang telah memberikan komitmen yang amat baik sepanjang tahun 2015.
Beliau mengharapkan agar semua guru penasihat akan terus memberikan kerjasama
yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancangkan sepanjang tahun ini akan
berjalan dengnan lancar dan jayanya.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

FOKUS MESYUARAT
4.1 Pengurusan Kokurikulum
4.1.1 Pengerusi menjelaskan tentang Pengurusan Kokurikulum 2016.
4.1.2 Pengerusi melantik jawatankuasa guru bagi sesi 2016.
Ketua Penasihat
Setiausaha

:
:

En.Muhammad Azim Bin Md Rahim


Pn.Mariana Binti Abdul Rahman
Makluman

4.2. Buku Laporan


4.2.1 Pengerusi meminta kerjasama semua guru penasihat untuk memastikan
buku laporan mesti diisi oleh Setiausaha murid pada setiap kali
perjumpaan.
4.2.2 Pengerusi menegaskan buku laporan mesti dihantar kepada Pn.Norhaimi
selepas tamat aktiviti atau keesokkannya.
4.2.3 Kehadiran murid hendaklah direkodkan dalam buku laporan aktiviti setiap
kali perjumpaan
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.3 Pengurusan Fail


4.3.1 Pengerusi meminta kerjasama semua guru penasihat untuk membantu
mengemaskinikan fail Pengakap Pendidikan Khas.
4.3.2 Pengerusi meminta semua guru penasihat dapat mengubah mentaliti
dengan menjadikan dokumentasi sebagai satu budaya sepanjang masa.
Tindakan : Setiausaha
4.4 Perancangan Aktiviti
4.4.1 Pengerusi menyatakan tujuan dan matlamat penubuhan Pengakap
Pendidikan Khas ini adalah untuk memberi peluang kepada murid
melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum.
4.4.2 Pengerusi membaca dan menerangkan takwim perancangan aktiviti
tahun 2016 yang telah dirancangkan sehingga akhir tahun kepada
semua guru penasihat. Dan berharap aktiviti dapat berjalan lancar seperti
yang telah dirancangkan.
4.4.3 Pengerusi meminta semua guru penasihat seboleh-bolehnya mematuhi
takwim perancangan yang telah dibuat serta menyediakan dokumentasi
bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan.
4.4.4 Pengerusi turut mengalu-alukan idea serta pendapat daripada guru
penasihat untuk penambahbaikan aktiviti demi meningkatkan mutu
perlaksanaan Pengakap Pendidikan Khas. Guru penasihat bolehlah
datang bertemu dan berbincang dengannya pada bila-bila masa sahaja.

Makluman
5

HAL-HAL LAIN
5.1. Pengerusi turut memaklumkan pada tahun ini Pengakap Pendidikan Khas akan
dijalankan pada hari Rabu, 11.50 pagi hingga 12.20 tengah hari.
5.2 Pengerusi juga mengharapkan wujud kerjasama yang erat diantara guru dengan
murid demi meningkatkan prestasi kokurikulum Pengakap Pendidikan Khas.
Makluman

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.
Disediakan oleh:

Disemak Oleh:

(MARIANA BINTI ABDUL RAHAMN)


Setiausaha
Pengakap Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau
Johor Bahru

(MUHAMMAD AZIM BIN MD RAHIM)


Ketua Penasihat
Pengakap Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau
Johor Bahru

Tarikh : 02 Januari 2016

Tarikh : 02 Januari 2016

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like