You are on page 1of 9

Title: Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak

Post by: NurWahidaFauzi on 18 September, 2007, 05:28:25 AM


SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH
disaring dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman
karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab
yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;
i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain
yang tiada kena mengena dengannya,
ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang
oleh Syara dan yang sia-sia,
iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang
mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin
untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,
Ulama silam pernah berpesan : Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang
akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ? Ia adalah
panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan
yang tidak halal.
iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati
atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya
akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan
berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu
puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda
Junjungan saw : Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya
melainkan lapar dan dahaga! [an-Nasaei]
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada
mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih
dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : Puasa itu adalah perisai, sekiranya
seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor,
melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau
cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : Saya sedang
berpuasa. [al-Bukhariy dan Muslim]
v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya,
bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga.
Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria,
itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.
vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis
makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa
dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan
jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan

hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.


Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka
ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya
dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat)
ibadah puasa mereka, nimat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri
ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga
terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian,
kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.
Sabdanya : Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya,
memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya.
Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan,
sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya [ Ahmad
dan at-Tarmiziy].
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : Sekiranya perutmu kenyang
angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu
lapar kesemua anggotamu akan kenyang.
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan
dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus
bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.
vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan
mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya
sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar
keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya.
Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama
seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.
viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya,
berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas
air serta melambatkan makan sahur.
Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.
Sabdanya : Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana
mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan
sahur. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].
ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan
beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : Sesiapa yang menyediakan
makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang
yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). [alBaihaqi dan ibnu Khuzaimah].
x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan

sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat
Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan
surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana
meninggalkan wajib-wajib solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa
ruku dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran
ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang
tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi
tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan
ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah,
ruku, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam
mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau
pun 10 rakaat. Sabdanya saw : Apabila seseorang menunaikan solat bersama
imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum)
pahala qiyam semalaman [an-Nasaei].
Mufti Negeri Terengganu
Title: Re: Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak
Post by: Aaron_Nabil on 23 September, 2007, 08:10:22 AM
:) :-\
"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan
akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."
Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah
masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa
diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap
individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin
yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda
Rasulullah SAW
yang bermaksud:
"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari
sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia
dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith
Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin
menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan
memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada
sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini
dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat
pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka
individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah
kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan
sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang
berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan
Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan
menegah sama sekali amalannya.
Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain
daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi,
namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian
yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi
menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.
Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam,
kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke
semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan
ialah untuk mengerjakan puasa.
"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak
ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan
Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:


Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang
berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan
Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada
bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan
Ramadhan.
Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil
berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada
mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang
yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika
menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya
dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak
mendatangkan sebarang kemudaratan.
Selamat Berpuasa dan wassalam.
Title: Re: Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak
Post by: Aaron_Nabil on 23 September, 2007, 08:11:37 AM
:)
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana
telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang
yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan
menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap
kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan
mulia untuk menambah ibadat dan amalan.
Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam
bulan ini iaitu;
1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.
Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat
perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:
"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu
kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon
sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut.
Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku
mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika
ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku
diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini
lebih berat lagi daripada segala sesuatu."
Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut
kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga
akan segera terbuka untuknya.
Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah
berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan
kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar
akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah
istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam
mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah
pahala yang dikumpul.
Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di
dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada
ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di
dalam syurga ialah seperti berikut:
"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."
Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal
ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah
masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya
gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.
Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian

dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hambaNya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup
berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya
secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih
enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.
Selamat beribadat dan wassalam.
Title: Re: Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak
Post by: Aaron_Nabil on 23 September, 2007, 11:41:36 AM
:)
SOALAN:
SETIAP amalan dan ibadat rasanya ada hikmat dan fadilat. Agaknya apakah hikmat
puasa?
JAWAPAN:
Ehm.. Hikmat puasa yang paling besar agaknya ialah bagi mendidik jiwa dan nafsu
agar dapat mencapai makam takwa. Takwa adalah sifat yang terpuji. Dengan takwa
mampu mencegah diri daripada melakukan dosa dan maksiat.
Firman Allah bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu
puasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu
bertakwa. (al-Baqarah: 183)
Puasa juga menjadi benteng dan perisai bagi seseorang. Perisai kerana puasa dapat
melemahkan nafsu. Nafsu sebenarnya banyak merosakkan. Oleh itu, ia perlu dididik
agar menjadi nafsu yang baik. Juga perisai daripada api neraka.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Puasa itu adalah perisai. (riwayat Bukhari)
Puasa juga akan melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain.
Ramai lagi orang yang kelaparan di atas muka dunia ini. Dengan berpuasa, kita dapat
merasai derita lapar dan dahaga.
Puasa juga akan mendidik untuk bersikap amanah. Amanah kepada Allah dan diri
sendiri. Mana ada orang yang tahu bahawa kita puasa sepenuhnya atau tidak. Kalau
tidak amanah, sambil menyelam boleh minum air.
Puasa juga akan menajamkan akal. Cuba ambil buku teks dan baca selepas makan
tengah hari atau makan malam, biasanya otak tidak boleh menerima apa yang yang
dibaca. Sebab itu, dikatakan bahawa masa yang baik untuk membaca ialah dua jam
selepas makan. Badan juga menjadi lemah khususnya untuk melakukan ibadat.
Disebut antara kata-kata hikmah Luqman al-Hakim ialah: Apabila perut penuh
dengan makanan, maka fikiran akan tidur, kebijaksanaan akan diam dan anggota
badan menjadi malas.
Puasa juga boleh mengurangkan keagresifan dan keaktifan nafsu syahwat. Mungkin

kerana inilah ada anjuran daripada Baginda s.a.w. agar orang yang tidak mampu
berkahwin untuk berpuasa dengan sabda Baginda: Dan sesiapa yang tidak mampu
(untuk berkahwin) maka atasnya puasa kerana sesungguhnya puasa baginya sebagai
perisai nafsu. (riwayat Bukhari)
ana harap info nih dapat memberi manfaat kepada kita....
dan ana mengharap jawapan2 lain dari semua sahabat..... :-X
Title: Re: Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak
Post by: Ummi Munaliza on 21 April, 2009, 06:09:01 AM
[box title=HIKMAH PUASA]Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak.
1)Di samping manfaat fisiologi badan,
2)ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut
psikologi.
3)Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan
jiwa.
4)Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata
10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot,
sendi dan lain-lain. [/box]
Title: Re: Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak
Post by: khaulah al-adawiyah on 21 April, 2009, 07:49:48 AM
Assalamua'laikum wbt...
puasa dpt meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH dan mengajr sifat
kesabaran dan mencukupi dalam diri...juga dapat merasai penderitaan si miskin....
WALLAHUA'LAM
Title: Re: Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak
Post by: SNF on 21 April, 2009, 08:19:58 AM
:: Di dalam Quran pun dah jelas diterangkan puasa byk kebaikan'y..
:: Dan di bulan puasa lah juga kita ble diet dan jga permakanan kita..
:: Dah hikmah kita berpuasa..
:: Tak semestinya bulan ramadhan je nak posa,posa sunat pun kita ble lakukan...
Title: Re: Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak
Post by: beruang on 02 August, 2009, 05:23:04 PM
Jadi, marilah kita beramai-ramai melaksanakan ibadah bangun malam (Qiamullail).
Ana berazam dapat berqiamullail walaupun bakal menghadapi SPM
Title: Re: Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak
Post by: nur_inlife on 09 August, 2009, 05:06:55 PM
BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud "
Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan
ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."
Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan
yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya
dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

>Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
>Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
>Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa
iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi
dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
>Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
>Banyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
>Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di
dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
>Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
>Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan
bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf
di masjid, qiamullail dan sebagainya
Title: Re: Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak
Post by: halawah on 06 August, 2011, 04:25:03 PM
:)
Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan
menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap
kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan
mulia untuk menambah ibadat dan amalan.
Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam
bulan ini iaitu;
1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.
Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat
perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:
"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu
kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon
sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut.
Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku
mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika
ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku
diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini
lebih berat lagi daripada segala sesuatu."
Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut
kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga
akan segera terbuka untuknya.
Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah
berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan
kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar

akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah
istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam
mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah
pahala yang dikumpul.
Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di
dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada
ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di
dalam syurga ialah seperti berikut:
"Allahhumma nas'alukal jannata, wa na'uzubika minannar."
Ya Allah masukkan kami kedalam SyurgaMU,
dan jauhilah kami dari panas api nerakaMU"
Begitulah yang Allah swt mengajarkan kita yang jahil dan ingatkan kita agar ikut dan
patuh atas segala ajaran /pertunjuk serta bimbingan dariNya. :msya:
SMF 2.0.8 | SMF 2014, Simple Machines
SMFAds for Free Forums

You might also like