You are on page 1of 13

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA TAHUN 2017

SMK INTAN PERDANA


TARIKH
MASA
TEMPAT

: 27 DISEMBER 2016
: 8.00 PAGI
: BILIK MESYUARAT UTAMA SMKIP

KEHADIRAN
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34

NAMA GURU
En Abd Wahab Bin Maadah
En Nor Saidi Bin Jaafar
En Rozulan Bin Abdullah
En Shahrul Yusri Bin Shaari
Cik Norhuda Binti Mohamad Ali
Pn Zabidah Binti Abu
En Ahmad Nadzri Bin Abd Aziz
Pn Syarifah Nor Hamizan Binti Syed Kamaruddin
Pn Siti Nur Ilhami Binti Mohd Sharifuddin
En Anuar Bin Salleh
Pn Azian Binti Anuar
En Che Bahaman Bin Che Hussin
Pn Habibah Binti Abd Hamid
En Hadlisham Bin Muhamad
Pn Hazira Binti Dahalan
Pn Juliana Binti Mohamad Ali
Pn Khoo Keng Jun
Pn Noor Jamilah Binti Jamil
En Megat Mohd Shahir Bin Megat Ahmad Zakir
En Mohd Khairul Abadi Bin Puteh
Pn Natasha Binti Basarudin
Pn Nik Azlina Binti Nik Othman
Pn Norhaliza Binti Ali
Pn Noriza Binti Mustafa
Pn Nurani Binti Izahar
Pn Nur Izyan Binti Alias
Pn Nur Suhana Binti Musal
Pn Rosida Binti Mohd Deni
Pn Shamala a/p Balakrishnan
Pn Siti Ainizah Binti Rahimat
Pn Siti Khatijah Binti Mohamad Nasir
Pn Syahieda Binti Shahruddin
Pn Wook Sofiah Binti Muda
Zuhailla Binti Zaaba

JAWATAN
Pengetua Cemerlang
Penolong Kanan Kurikulum
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Ketua Bidang Bahasa
Ketua Bidang Sains & Matematik
Ketua Bidang Kemanusiaan
Kaunselor
Kaunselor
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik

Tidak hadir :
1
2
3

En Fuad Bin Shamsudin


Menanda kertas SPM
Pn Hajjah Faezia Binti Salleh
Mengerjakan umrah
Pn Nuzuriaty Fadhzilla Binti Mohd Cuti Bersalin

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis


1.1 En Abd Wahab Bin Maadah, Pengetua Cemerlang SMK Intan Perdana
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran ke mesyuarat guru
kali pertama ini. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan 5 orang guru yang berjaya
ditukarkan ke SMK Intan Perdana dan meminta guru guru tersebut memperkenalkan diri.
Beliau berharap semua guru dapat bekerjasama serta menunjuk ajar sesama guru
supaya dapat bersama-sama meningkatkan kecemerlangan sekolah.
1.2 Tuan Pengetua juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga
SMKIP kerana berjaya memperoleh pencapaian
yang agak cemerlang dalam
peperiksaan PT3 2016 iaitu 2 orang pelajar mendapat 9A,1B dan 2 orang pelajar
mendapat 8A,2B. Namun beliau berdukacita kerana tiada seorang pelajar pun yang
berjaya memperoleh A dalam matapelajaran Sains dalam PT3 2016. Oleh itu, beliau
meminta guru guru yang mengajar matapelajaran Sains berbincang dalam mesyuarat
panitia untuk mengenalpasti cara cara meningkatkan prestasi pelajar dalam
matapelajaran tersebut.
Tindakan: Makluman
1.3 Beliau seterusnya mengarahkan Pn Sharifah untuk menyediakan banner yang
mempamerkan wajah wajah pelajar yang berjaya memperoleh 6A dan ke atas sebagai
pendorong dan secara tidak langsung dapat meraih kepercayaan ibubapa untuk
menghantar anak anak mereka ke SMK Intan Perdana.
Tindakan: Kaunselor
1.4 Hal ini seiringan dengan halatuju sekolah untuk melahirkan lebih ramai lagi pelajar
yang cemerlang dari segi akademik. Ini terbukti dengan hasil usaha yang berterusan dari
semua guru yang gigih menjalankan kelas tambahan tidak kira hari dan masa.
1.5 Beliau menekankan juga bahawa sekolah SMK Intan Perdana sentiasa
menitikberatkan pembentukan sahsiah di kalangan pelajar. Beliau dengan sukacitanya
memaklumkan bahawa sekolah telah berjaya dalam aspek tersebut dengan memperoleh
0 % peratus dari segi kesalahan disiplin. Beliau berharap warga SMK Intan Perdana
dapat mengekalkan tahap disiplin para pelajar bagi tahun tahun berikutnya kerana unsur
disiplin dapat memberi kesan dari segi akademik seseorang pelajar.
Tindakan: Makluman
1.6 Namun, beliau memaklumkan bahawa sekolah perlu menghantar laporan ke PPD
berikutan kemerosotan kehadiran pelajar terutamanya ketidakhadiran pelajar dalam
bulan November menyebabkan sekolah hanya memperoleh 90% secara keseluruhannya
(tidak mencapai KPI 95%).
Tindakan: GPK1, GPK HEM, GPK KOKO
1.7 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada En Shahrul Yusri, En Ahmad Nadzri, En
Mohd Khairul Abadi dan En Megat Mohd Shahir serta semua guru kerana berjaya
melahirkan atlet atlet yang cemerlang dari segi kokurikulum sejajar dengan halatuju
sekolah yang menuju ke arah kebitaraan olahraga. Oleh itu, beliau berharap semua
warga SMK Intan Perdana akan menyokong dan sama sama berganding bahu
menjadikan 3 perkara tersebut sebagai halatuju sekolah untuk membina pencapaian
sekolah dalam semua aspek dan seterusnya merealisasikan slogan sekolah untuk

Mencipta Juara
1.8 Beliau juga memaklumkan bahawa kuasa pentadbiran akan diturunkan kepada En
Nor Saidi Bin Jaafar selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum mulai minggu kedua
persekolahan.
1.9 Tuan Pengetua juga berharap guru guru sabar menerima kelas relief pada awal
persekolahan dan pasrah dengan keadaan sekolah yang masih kekurangan guru.
Tindakan: Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Disahkan oleh : En Ahmad Nadzri Bin Abd Aziz
Disokong oleh : Pn Zabidah Binti Abu

3.0 Perkara-perkara Berbangkit


3.1 Tuan Pengetua mengingatkan semua guru supaya menambahbaik sebarang
kekurangan yang dilakukan pada tahun 2016 supaya tidak diulang pada tahun
berikutnya.
3.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Akmar yang
mendapatkan khidmat bantuan pelajar-pelajar Politeknik untuk melukis mural yang hanya
memakan belanja sebanyak RM150.
3.3 Beliau menekankan semua guru supaya menjalankan pengajaran dan
pembelajaran mengikut abad ke 21 dan guru kelas harus memastikan susunan kerusi
dan meja seperti yang ditetapkan dalam PdP abad ke 21. Beliau mengingatkan guru
lebih berperanan sebagai fasilitator.
3.4 Beliau memaklumkan bahawa sekolah mempunyai kelengkapan LCD sebanyak 5
buah dan guru digalakkan menggunakan ICT dalam PdP.
Tindakan: Makluman
3.5 Tuan Haji Saidi memaklumkan bahawa sekolah SMK Intan Perdana hanya
dibenarkan membuka 21 kelas walaupun telah memohon untuk membuka 22 buah kelas
pada awalnya. Oleh itu, kelas tingkatan 3 telah dikurangkan dimana ia hanya terdiri
daripada 3 Arif, 3 Bestari, 3 Cerdik, 3 Dedikasi dan 3 Efektif. Kelas 3 Fokus terpaksa
digugurkan. Kedudukan kelas 3 Fokus akan di tempatkan dengan kelas 4SK.
3.6 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa ada segelintir pelajar tingkatan 3 yang
terpaksa dibuang atas ketidakhadiran yang kritikal. Para pelajar tersebut boleh membuat
merayu di jabatan untuk kemasukan semula.
3.7 Pn Hazira memaklumkan bahawa masih ada pelajar tingkatan 3 yang tidak muncul
untuk mengambil slip keputusan PT3 mereka.
Tindakan: Makluman
4.0 Membentangkan Tugas- Tugas Khas Guru tahun 2017
4.1 Tuan Pengetua membentangkan tugas tugas khas dan tanggungjawab guru yang
akan diamanatkan kepada semua guru mengikut buku panduan yang disediakan oleh
pihak pengurusan.
4.2 Tuan Pengetua juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Ustazah
Habibah yang berjaya menyediakan Latihan Dalam Perkhidmatan yang secukupnya
kepada semua guru bagi tahun 2016.
4.3 Tuan Pengetua juga meminta En Mohd Khairul Abadi Bin Puteh untuk memantau
makmal komputer sepanjang ketiadaan Pn Nuzuriaty Fadhzilla.
4.4 Tuan Pengetua juga mengingatkan guru-guru yang memegang bilik-bilik khas

haruslah memastikan bilik bilik tersebut sentiasa dalam keadaan yang baik.
4.5 Tuan Haji Saidi mengingatkan bahawa pelajar sama sekali tidak dibenarkan
mengambil kunci bilik khas di pejabat.
Tindakan: Semua guru
4.6 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak kantin telah pun diarahkan untuk
membuka kantin pada awal pagi dan para pelajar dibenarkan untuk mengambil sarapan
di kantin sebelum pukul 7.15 pagi iaitu sebelum perhimpunan pagi dimulakan. Ini adalah
sebagai langkah untuk mengelakkan pelajar tidur di dalam kelas kerana kelaparan.
Tindakan: Makluman
4.7 Tuan Haji Saidi memaklumkan bahawa penyelaras tingkatan bertanggungjawab
mengambil kehadiran kelas sekiranya guru tingkatan tidak hadir ke sekolah. Penyelaras
tingkatan adalah seperti berikut:
Tingkatan
Tingkatan 4
Tingkatan 3
Tingkatan 2
Tingkatan 1

Nama Guru
Ustazah Habibah
Pn Hazira
Ustazah Azian
Ustaz Hadlisham

4.8 Tuan Haji Saidi juga memaklumkan bahawa terdapat sedikit rombakan dilakukan dalam
senarai nama guru tingkatan. Berikut adalah yang terkini
Tingkatan
4 SC
4 PA
4 IK
4SK
3 ARIF
3 BESTARI
3 CERDIK
3 DEDIKASI
3 EFEKTIF
2 ARIF
2 BESTARI
2 CERDIK
2 DEDIKASI
2 EFEKTIF
2 FOKUS
1 ARIF
1 BESTARI
1 CERDIK
1 DEDIKASI
1 EFEKTIF
1 FOKUS

Nama Guru
PN JULIANA
PN HAZIRA
PN NOOR JAMILAH
USTAZAH HABIBAH
PN SITI AINIZAH
PN SITI KHATIJAH
PN WOOK SOFIAH
PN SYAHIEDA
PN NORHALIZA
PN KHOO KENG JUN
EN CHE BAHAMAN
PN NATASHA
USTAZAH NUR SUHANA
PN NIK AZLINA
PN FAEZIA
PN SHAMALA
PN NURANI
PN NUR IZYAN
USTAZ HADLISHAM
PN ROSIDA
PN ZUHAILLA

4.9 Tuan Haji Saidi juga memaklumkan bahawa Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
adalah Pn Nurani. Beliau berharap guru guru KHB dapat membimbing satu sama lain
memandangkan RBT adalah subjek Tingkatan 1 yang baru diperkenalkan.

4.10 Beliau menambah lagi bahawa guru matapelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3 secara
langsung dilantik sebagai pentaksir PBS dan diarahkan untuk membuat pentaksiran dari
masa ke semasa.
Tindakan: Guru Pentaksir PBS
4.11 Tuan Haji Saidi memaklumkan bahawa Jawatankuasa Sistem Pembelajaran Abad 21,
KBAT dan i-Think telah ditubuhkan. Pn Zabidah selaku setiausaha penyelaras jawatankuasa
tersebut mengingatkan semua guru mesti melaksanakan i-Think. Aplikasi i-Think juga
dijangkakan akan diubah kepada sistem offline pada tahun 2017.
Tindakan: Semua Guru
4.12 Selain itu, menurut Tuah Haji Saidi lagi, Jawatankuasa PD Win School juga ditubuhkan
dan sebuah almari telah disediakan untuk meletakkan fail-fail berkaitan PD Win School.
Namun berlaku sedikit perubahan dalam ahli jawatankuasa dan terkini adalah seperti berikut:
Penyelaras
PD SIP
PLC
PD Walk
Album PD Win
Kebitaraan Sekolah

Nama Guru
Pn Zabidah, En Khairul Abadi
Pn Zuhailla
En Fuad
Ustazah Habibah, Pn Siti Nur Ilhami
En Megat, En Ahmad Nadzri

4.13 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa sebahagian besar bilangan pelajar sekolah
SMK Intan Perdana datangnya daripada taman- taman perumahan yang berdekatan. Oleh
itu, beliau berharap Jawatankuasa Program Hati ke Hati sentiasa memantau para pelajar
yang selalu tidak hadir ke sekolah dan melawat ke rumah mereka untuk mengetahui punca
ketidakhadiran mereka ke sekolah.
4.14 Beliau juga mengingatkan semua guru bahawa sekolah akan meneruskan langkah
memanggil keluar para pelajar yang tidak hadir pada hari sebelumnya untuk mengetahui
punca sebenar ketidakhadiran mereka ke sekolah.
Tindakan: Guru Bertugas Mingguan
4.15 Tuan Haji Saidi pula memaklumkan bahawa sekolah telah pun menyediakan
perancangan starategik sehingga tahun 2018. Oleh itu, guru guru akan diberikan satu LDP
pada awal bulan Januari berkaitan dengan perancangan taktikal dan operasional yang akan
dikendalikan oleh En. Khairul Abadi.
4.16 En Ahmad Nadzri selaku penyelaras Jawatankuasa Kajian Tindakan memaklumkan
bahawa semua guru juga akan didedahkan dengan satu LDP selaras dengan halatuju JPNS
untuk memperkasakan Kajian Tindakan.
Tindakan: Makluman
5.0 Pengurusan Kurikulum Sekolah tahun 2017
5.1 Tuan Haji Saidi mengingatkan semua guru bahawa akan ada pemantauan pada 3
Januari 2017 iaitu hari pertama persekolahan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti atau dari
JPNS.

5.2 Oleh itu, pencatat minit perlu menyiapkan minit mesyuarat bahagian masing masing
sebelum 3 Januari 2017.
Tindakan: Pencatat minit mesyuarat
5.3 Selain itu, semua guru perlu mempraktikkan cara pengajaran ke PdP abad ke 21. Semua
guru juga perlu ambil tahu dengan bersungguh sungguh untuk mahir dan mempertingkatkan
ilmu dengan konsep PD Win School.
5.4 Beliau juga berharap semua guru bijak melayan karenah para pelajar yang berasal
daripada pelbagai latarbelakang yang perlu dididik sahsiah dan melahirkan insan yang
berguna.
5.5 Beliau juga mengingatkan bahawa pihak pengurusan telah memutuskan semua guru
perlu turun ke perhimpunan pagi bersama sama dengan pelajar dan juga dinasihatkan
memakai kasut tertutup. Beliau juga mengingatkan semua guru supaya menghormati guru
yang berucap semasa perhimpunan rasmi atau perhimpunan pagi dan elakkan diri bercakap
sesama rakan guru.
Tindakan: Semua guru
5.6 Tuan Haji Saidi selaku Penilai PBPPP memaklumkan markah guru yang dinilai akan
diberikan mengikut panduan. Oleh itu, guru guru dinasihatkan mengambil keberhasilan yang
utama untuk dinilai. Selain itu, aspek aspek yang akan diambilkira oleh jawatankuasa dalam
penilaian adalah

Kehadiran guru ke sekolah


Kesungguhan keberhasilan PdP guru
Kemenjadian guru (guru tepat waktu masuk ke kelas)
Kemenjadian pelajar
Keberkesanan watak dan peranan guru
Penghantaran buku rekod mengajar setiap hujung minggu
Tindakan: Semua guru

5.7 Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua ketua
bidang, En Khairul Abadi selaku Penyelaras Jawatankuasa Jadual Waktu, Pn Hazira selaku
Setiausaha PT3, semua guru PT3 dan semua warga SMKIP secara keseluruhan kerana
bertungkus lumus semasa waktu cuti sekolah untuk menyiapkan banyak perkara.
5.8 Tuan Haji Saidi memberi pesanan kepada semua guru supaya mengambil berat tentang
kesihatan masing masing. Beliau juga memberi pendapat tentang cara cara yang boleh
dipraktikkan untuk mewujudkan suasana seronok bekerja. Antaranya adalah seperti berikut:
Wujudkan suasana kerja yang harmonis dan hubungan yang baik dengan semua
Saling hormat menghormati dan bertegur sapa
Senyum satu sedekah
Yang muda menghormati yang tua
Yang tua mengasihi yang muda

Saling bantu dan membimbing antara satu sama lain


Tindakan: Makluman
5.9 Beliau menambah lagi kemenjadian pelajar dapat dilihat apabila pelajar yang dididik secara
holistik berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan
dan kemahiran, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri.
5.10
Tuan Haji Saidi mengingatkan semua guru bahawa kemenjadian guru diukur melalui
perubahan murid iaitu apabila guru berjaya mengubah seseorang pelajar menjadi seorang
yang cemerlang dalam semua aspek.
5.11Beliau juga mengingatkan semua guru tentang pesanan Pengarah, Pn Rusni Binti Ab. Jalil
semua guru mesti menjalankan PdP abad 21.
5.12
Beliau juga memaklumkan bahawa salah satu agenda utama JPNS bagi tahun 2017
adalah Memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh itu guru guru yang
berperanan sebagai pelaksana PBS perlu bersedia dengan instrumen-instrumen
pentaksiran.
Tindakan: Semua guru
5.13
Beliau juga mengulas tentang format baharu jadual waktu untuk sesuaikan dengan
KSSM 1 waktu ialah 30 minit bersamaan 32 hingga 37 waktu seminggu manakala waktu
guru mengajar aliran perdana bagi waktu 40 minit ialah 24 hingga 28 waktu seminggu.
5.14
Beliau juga mengingatkan semua guru untuk menghantar Buku Rekod Mengajar
pada setiap minggu. Semua guru harus memastikan BRM mesti lengkap sepenuhnya pada
minggu terakhir bulan Januari. Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah membenarkan
guru guru menggunakan fail tetapi mesti memenuhi apa yang ada dalam buku rekod.
5.15
Beliau memaklumkan bahawa setiap guru akan dicerap 2 kali setahun (Rujuk takwim
Feb dan Julai). Markah instrumens pencerapan semua guru perlu dihantar ke JPNS melalui
epantau dan dimasukkan juga dalam SKPM dan NKRA. Untuk mendapat markah 90 ke atas,
semua guru perlu memastikan pedagogi guru abad ke 21. Guru guru yang mengajar
matapelajaran Tingkatan 1, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) perlu
dirujuk setiap masa semasa PdP.Jadi, apabila pencerapan dijalankan, pencerap perlu
merujuk DSKP.
Tindakan: Semua guru
5.16
Beliau juga mengingatkan semua guru bahawa buku nota dan buku latihan perlu
dihantar untuk disemak 2 kali setahun mengikut takwim iaitu sebelum cuti bulan Mac dan
bulan Ogos. Buku nota dan latihan dihantar ke bilik mesyuarat utama. Kumpulan pengurusan
akan menyemaknya. Perkara yang akan disemak :
Kekerapan menanda
Jumlah latihan minimum setiap panitia
Pembetulan
Ulasan guru
Tindakan: Semua guru
5.17 Tuan Haji Saidi juga memaklumkan Mesyuarat Post Mortem PT3 2016 akan
diadakan pada minggu ke 2 iaitu pada 12 Januari 2016 (Khamis). Kehadiran adalah wajib
bagi semua guru yang mengajar PT3 2016.Ketua Panitia perlu bersedia untuk
membentangkan Post Mortem dengan menggunakan Power Point. Aspek yang perlu ada
adalah seperti
1. Kekuatan
2. Kelemahan
3. Intervensi (Tindakan kita)

5.18
Beliau mengingatkan semua Ketua Panitia perlu memberi 1 salinan pada PK1 untuk
difailkan.
Tindakan: Ketua Panitia
5.19 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah melaksanakan Program
Memperkasakan Bidang mengikut bidang masing-masing seperti berikut
Bidang Sains dan Matematik
- Program Dasar 60:40
- Panitia Sains dan Matematik perlu merancang program untuk meningkatkan
prestasi mata pelajaran Sains dan Matematik serta memperbanyakkan pelajar
yang berminat berada di dalam aliran Sains.
Bidang Kemanusiaan
- Sejarah mesti lulus dalam SPM untuk dapat sijil
- Panitia Sejarah perlu merancang program yang boleh menjamin pelajar lulus
matapelajaran Sejarah.

Bidang Bahasa
- Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu merancang program yang
berkesan untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Bidang Teknik dan Vokasional
- Panitia Teknik dan Vokasional perlu merancang Program Penjenamaan Bengkel
iaitu menaiktaraf bengkel.
Tindakan: Ketua dan ahli panitia
5.20
Tuan Haji Saidi juga mengingatkan tindakan pertama apabila guru masuk kelas perlu
memastikan kelas sentiasa dalam keadaan bersih iaitu tiada sampah. Susunan kerusi meja
mesti teratur. Guru perlu menjadi ia budaya setiap kali melangkah masuk ke dalam kelas.
Tindakan: Semua guru
5.21
Pertandingan keceriaan kelas akan bermula pada bulan Februari. Hadiah akan
disampaikan pada perhimpunan rasmi minggu pertama. Semua warga SMKIP dari masa ke
semasa perlu sama-sama berusaha untuk menceriakan sekolah.
Tindakan: Guru Keceriaan dan Guru Bertugas
5.22 Beliau juga berharap agar fail panitia sentiasa dikemaskini. Ketua Panitia boleh
mengagih-agihkan tugas pada dikalangan ahli panitia untuk meringankan bebanan tugas.
Ketua Panitia juga diingatkan perkara yang perlu ada dalam fail panitia (sila rujuk edaran
yang telah diberi).
Tindakan: Ketua Panitia
5.22
Beliau memaklumkan bahawa tarikh Mesyuarat Panitia Kali Pertama 2017 telah
dijadualkan pada tarikh 28 Disember 2016 dan perlu dilaksanakan seperti dijadualkan
dibawah.
Masa
8.30am -10.00am

10.30am 12.00

Matapelajaran
Bahasa Melayu
Sains
Geografi
Pendidikan Islam
KH/RBT/ASK
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah

5.23
5.24

Mesyuarat bagi panitia panitia lain boleh diadakan pada 29 Disember 2016 .
En Khairul Abadi menjelaskan waktu mula dan akhir sesi persekolahan adalah
seperti berikut:
Hari
Isnin- Khamis

Masa
7.30am-8.30am

Perkara
Perhimpunan Rasmi

Isnin-Jumaat

10.00am - 10.30am

Isnin-Jumaat

10.30am - 11.00pm

Waktu rehat untuk Ting 1 dan


2
Waktu rehat Ting 3 dan 4

Isnin- Khamis

2.00pm

Isnin- Khamis

2.30pm

Jumaat

12.30pm

Sekolah bersurai untuk Ting.


1,2,3, 4IK dan 4SK
Sekolah bersurai untuk Ting
4 SC dan 4 PA
Sekolah
bersurai
untuk
semua tingkatan

5.25 En Khairul Abadi juga memaklumkan kepada semua guru bahawa PLC telah
dijadualkan pada setiap hari Isnin (2.30pm 3.30pm).
Tindakan: Makluman
6.0 Pengurusan Hal Ehwal Murid tahun 2017
6.1 En Rozulan selaku GPK HEM memaklumkan bahawa pendaftaran bagi Ting 1, 2, 3 dan
4 akan diadakan pada 29 Disember 2016 (Rabu). Oleh itu semua guru diwajibkan hadir ke
sekolah.
Hari
Rabu
Rabu

Tingkatan
Ting 1
Ting 2, 3 dan 4

Tempat Pendaftaran
Dewan sekolah
Kelas masing masing

6.2 Guru guru kelas Ting 1 perlu mengutip semula Borang Maklumat Diri Pelajar yang
lengkap pada hari pendaftaran untuk memudahkan urusan pihak pengurusan.
6.3 Beliau juga mengarahkan semua guru tingkatan untuk mengisi semua maklumat pelajar
dengan lengkap di dalam Jadual Kedatangan sebenar untuk memudahkan urusan pihak
pengurusan menghubungi ibubapa pelajar sekiranya berlaku kecemasan. Namun, buat
masa ini guru tingkatan akan diberikan jadual kedatangan sementara untuk digunakan pada
bulan Januari sahaja. Guru tingkatan juga diarahkan menulis no pendaftaran pelajar pada
setiap bulan
6.4 Beliau meminta guru tingkatan untuk memastikan bahawa setiap pelajar kelas masing
masing sudah didaftarkan dalam Buku Daftar Sekolah dan setiap pelajar mempunyai nombor
pendaftaran.
Tindakan: Guru tingkatan

6.5 Beliau juga berharap guru disiplin dan juga semua guru untuk mengisi SSPM 2.0 dengan
menaip nama pelajar berkenaan salah laku atau kelakuan baik seseorang pelajar.
User ID : NEA2057
Password: NEA2057
Tindakan: Makluman
7.0 Pengurusan Kokurikulum tahun 2017
7.1 En Shahrul Yusri selaku GPK Kokurikulum menjelaskan terdapat beberapa penubuhan
persatuan dan kelab yang baru seperti berikut:

Nama Kelab/Persatuan
Nama Ketua Guru Penasihat
Kelab Kesenian dan Kebudayaan
Pn Siti Ainizah
Kelab Keselamatan Jalan Raya
Pn Norhaliza
Kelab Quarter Master
Pn Faezia
Kelab Komputer
Pn Nuzuriaty Fadhzilla
7.2 Beliau memaklumkan bahawa tahun ini, terdapat 15 kelab dan persatuan yang
mempunyai maksimum 46 orang murid.
7.3 Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat dua badan beruniform baru yang ditubuhkan
seperti berikut
Nama Badan Beruniform
Kadet Bomba dan Penyelamat
Pandu Puteri

Nama Ketua Guru Penasihat


Pn Natasha
Pn Jamilah

7.4 Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat beberapa sukan dan permainan baru yang
ditubuhkan seperti berikut
Nama Sukan dan Permainan
Ping Pong
Catur
Bola Keranjang
Olahraga dan Merentas Desa
Perahu Layar
Gimrama
Taekwando

Nama Ketua Guru Penasihat


Pn Faezia
Pn Syahieda
Pn Nur Izyan
En Megat Mohd Shahir
Pn Nur Izyan
Pn Siti Nur Ilhami
Pn Zuhailla

7.5 Beliau menjelaskan tarikh tarikh penting sukan dan permainan dalam takwim sekolah
seperti berikut:
Tarikh
5 Jan (Khamis)

Perkara
Mesyuarat agong rumah sukan

10 Jan (Selasa)

Mesyuarat agong kelab sukan dan permainan

16 dan 17 Jan

Latihan Merentas Desa

19 Jan

Kejohanan Merentas Desa Sekolah

25 Jan

Merentas Desa MSSDPD (Mesyuarat : 05 Jan)

30,31Okt,
01,02 Nov

Latihan Rumah Sukan

11,12,13,14 Sept

Sukan Tara

6,7,8 Nov

Acara Akhir Sebelum Sukan

09 Nov

Raptai Sukan Tahunan

10 Nov

Sukan Tahunan

Selepas 10 Nov

Pertandingan sukan antara kelas, pengumpulan


markah sukan permainan

7.6 Beliau juga mengingatkan bahawa perhimpunan kokurikulum akan dijalankan sebanyak
6 kali. Oleh itu semua guru penasihat badan beruniform masing masing perlu bersedia
dengan tarikh tarikh untuk mengendalikan perhimpunan kokurikulum seperti berikut:
Tarikh
15 Feb

Badan Beruniform
Puteri Islam dan Kadet Bomba

19 April

Kadet Polis dan Pandu Puteri

14 Jun

BSMM

19 Julai

KRS

16 Ogos

Pengakap

20 Sept

PKBM

Tindakan: Makluman
7.7 Beliau juga memaklumkan bahawa SMK Intan Perdana juga telah dipilih sebagai tuan
rumah bagi acara Merentas Desa MSSDPD (25/01/17) dan KASTEK peringkat daerah (1112/07/17).
Tindakan: En Megat Mohd Shahir dan Pn Siti Khatijah
7.8 Beliau juga memaklumkan bahawa borang akan diedarkan untuk mendaftarkan pelajar
baru (bagi sukan permainan, kelab persatuan dan rumah sukan) semasa sesi pendaftaran
pelajar nanti dan akan dipungut semasa hari akhir orientasi.
Tindakan: Cikgu Megat dan En Ahmad Nadzri.
7.9 Beliau juga memesan bahawa semasa waktu kokurikulum pada setiap hari Rabu para
pelajar diwajibkan memakai pakaian badan uniform. Begitu juga pada setiap hari Selasa
semasa waktu 1MIS, semua pelajar diwajibkan pakaian sukan sekolah.

7.10 Beliau meminta guru kelas dan guru PJK mesti membantu Setiausaha Koko untuk
mematuhi tarikh tutup pengisian markah PAJSK.
7.11 Ketiga-tiga Penyelaras Koko akan membantu GPK Koko memantau fail dan
perjalanan aktiviti kokurikulum di sekolah.
7.12 Beliau mengulas berkenaan fail yang perlu sentiasa dilengkapi dan dikemaskini.
Begitu juga buku laporan mesti dilengkapi dan dikemaskini selepas aktiviti dijalankan
serta dihantar kepada GPK Koko untuk disemak setiap hari Khamis.
7.13 Beliau juga berharap guru dapat melengkapkan laporan mengikut format selepas
pertandingan/aktiviti dijalankan berserta juga gambar sebagai bukti (sekurangkurangnya 2 gambar) dan dihantar kepada GPK Koko dalam masa 3 hari bekerja
selepas pertandingan/aktiviti selesai.
7.14 Beliau mengingatkan semua guru untuk mengisi nota minta terlebih dahulu sekiranya
ingin membuat sebarang pembelian dan satu salinan untuk GPK Koko. Maklumkan
GPK Koko terlebih dahulu sebelum pengesahan pengetua.
Tindakan: Ketua Guru Penasihat
7.15 Beliau juga memaklumkan bahawa sasaran tahun 2017 untuk mengekalkan
kejohanan sekolah dalam pelbagai acara yang telah disertai pada tahun 2016.
Sekolah juga berhasrat untuk menghantar penyertaan bagi kawad kaki, bicara
berirama dan kompang formasi.
Tindakan: Makluman
8.0 Hal hal lain
8.1 Pn Hazira memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan bengkel PBL Kemahiran
Rekabentuk pada 29/12/16 untuk guru guru tingkatan 1 yang mengajar Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Tindakan: Guru BM,BI,Sains dan Matematik Ting 1
8.2 En Ahmad Nadzri memaklumkan bahawa terdapat 6 orang yang terpilih dalam pasukan
bola sepak daerah Port Dickson mendapat peluang mengikuti projek Bola Sepak
Pembangunan Negara.
8.3 Sebulat suara memberikan persetujuan untuk mengekalkan AJK Kelab Staf
Tindakan: Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.07 petang

Disediakan oleh,

..
(PN SHAMALA A/P BALAKRISHNAN)
Pencatat Minit
Mesyuarat Guru Kali Pertama 2017

You might also like