You are on page 1of 3

TAJUK : PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMPROSESAN BAHULU MASRI

DI SEKINCHAN, SELANGOR
ABSTRAK

Pada masa kini, penggunaan mesin dalam pemprosesan makanan merupakan perkara
yang sudah tidak asing lagi kerana ianya akan mempengaruhi dalam meningkatkan produktiviti
pengeluaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang penggunaan teknologi
dalam pemprosesan bahulu Masri di Sekinchan, Selangor.

Objektif kajian ini ialah untuk

mengenalpasti proses-proses pembuatan bahulu masri dengan mengguanakan dan juga untuk
mengkaji kesan-kesan daripada penggunaan teknologi terhadap pembuatan bahulu. Kaedah
kajian yang penulis gunakan untuk menyiapkan tugasan ini ialah melalui kaedah perpustakaan,
kajian secara soal selidik dan pemerhatian. Seramai 30 orang penduduk Kampung Sungai
Leman, Sekinchan telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Melalui kajian ini, didapati
kesan pengaplikasian teknologi mesin dalam pembuatan bahulu banyak memberi kesan positif
kepada penghasilan bahulu di Kilang Masri. Akhir sekali dapat disimpulkan bahawa kesan yang
didapati daripada penggunaan mesin ini telah menyebabkan perusahaan bahulu Masri semakin
hari semakin menggalakkan dan menjadi salah satu daripada perusahaan yang terkenal pada hari
ini.

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA

M/S

ABSTRAK

SENARAI KANDUNGAN

ii

PENGHARGAAN

iii

1.0 Pengenalan

2.0 Objektif Kajian

3.0 Lokasi Kajian

3-7

4.0 Metadologi Kajian

8-10

5.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

11-31

6.0 Rumusan dan Kesimpulan

31-32

Senarai Rujukan

33

Lampiran

33-41

PENGHARGAAN

Pertamanya, jutaan kesyukuran dirafakan kepada Allah S.W.T dengan limpahan nikmat
dan kurnia-Nya, dapatlah penulis menyelesaikan kerja kurus ini dengan jayanya dan selawat
serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.,ahli keluarga baginda, para
sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah mereka hingga ke hari kemudian.
Bagi memulakan penghargaan ini, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
diucapkan untuk En. Md Nazir bin Surif selaku guru pembimbing, diatas tunjuk ajar serta
dorongan yang diberikan sepanjang tugasan ini dijalankan.Ucapan ini juga ditujukan kepada
semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima, Sungai Besar diatas berkat
ilmu yang bermanfaat. Segala teguran dan tunjuk ajar beliau amat saya hargai.
Ucapan jutaan terima kasih ini juga ditujukan khas kepada kedua ibu bapa saya yang
tersayang iaitu Encik Nasrodin Bin Hashim dan Puan Noraiana Binti Hj Othman kerana telah
banyak membantu dan juga tidak jemu memberikan pelbagai nasihat, bimbingan serta sokongan
moral dan juga sumber kewangan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan yang tidak terhingga ini juga saya tujukan kepada semua responden yang
tiggal di Kampung Sungai Leman, Sekinchan yang telah membantu saya dalam menyelesaikan
tugas kerja projek ini dan ramai lagi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga
Allah S.W.T menjadikan kita semua insan yang mencintai ilmu dan memberikan peluang untuk
kita mencurahkan ilmu yang kita miliki agar sentiasa diberkati Allah S.W.T.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua yang memberi ssumbangan sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya untuk menyiapkan kajian ini
sehingga berjaya. Semoga segala usaha yang dicurahkan akan diberkati dan dirahmati oleh Allah
S.W.T.
Sekian Terima Kasih.

You might also like