You are on page 1of 1

ABSTRAK

Bidang Rekabentuk pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara yang tidak


asing bagi seorang pendidik. Bidang ini pernah dipelajari ketika berada diInstitusi
latihan. Namun begitu amalan terhadap pembangunannya tidak diteruskan ketika
berada dalam perkhidmatan, mungkin ini disebabkan oleh tahap pengetahuan yang
amat rendah dan sikap mereka yang negatif. Oleh yang demikian, penyelidik
berpendapat bahawa satu penyelidikan yang berkait dengan tahap pengetahuan dan
sikap pensyarah di kolej vokasional perlu dilaksanakan.Tujuan kajian ini dilaksana
bagi melihat tahap pengetahuan, sikap sebenar pensyarah kolej, hubungan diantara
tahap pengetahuan dengan sikap dan perbezaan diantara faktor sikap berdasarkan
pengalaman mengajar. Rekabentuk kajian ini menagambil kira . kekerapan dan
peratus bagi menganalisis data latar belakang responden. Penskoran min dan sisihan
piawai bagi menganalisa tahap pengetahuan dan Sikap pensyarah kolej. Manakala
kaedah kolerasi digunakan bagi melihat hubungan diantara tahap pengetahuan dan
sikap. Penganalisaan data secara ANOVA juga digunakan bagi melihat perbezaan
diantara faktor sikap berdasarkan pengalaman mengajar. Populasi daripada tiga buah
kolej vokasional di Negeri Perak, dengan sampel kajian seramai 145 orang yang
terlibat. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data. Borang ini
mengandungi tiga bahagian yang meliputi latar belakang responden, tahap
pengetahuan dan sikap responden terhadap pembangunan koswer. Hasil dapatan
kajian menunjukkan tahap pengetahuan adalah sederhana, manakala Sikap berada
pada tahap neutral. Terdapat hubungan yang signifikan diantara tahap pengetahuan
dan sikap

serta tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor sikap

berdasarkan pengalaman mengajar. Kesimpulan kepada kajian ini mendapati tahap


pengetahuan berada pada tahap sederhana dan sikap pensyarah kolej vokasional yang
neutral terhadap pembangunan koswer. Penyelidik mencadangkan supaya pihak
kementerian pendidikan menganjurkan sekurang-kurang satu kursus sebulan yang
berkaitan pembangunan koswer diperingkat negeri.

You might also like