You are on page 1of 11

Prakata :: Tranfomasi idea menjadi realiti

Menulis dari kaca mata dan pandangan disaat seorang hamba yang bersyukur. Perasaan saya
kosong tika ini, fikiran saya melayang, saya ingin meluahkan sesuatu dengan perkataan TERIMA
KASIH.
Cita-cita saya besar, cukup besar. Mungkin seribu orang lain, yang masih ada atau yang telah
pergi buat selama-lamanya mempunyai cita-cita yang sama. Ada antara mereka yang berjaya
dan sebahagiannya gagal dipangkal dan pertengahan jalan, bagaimana dengan saya?, adakah
ini hanya anganan. saya ingin menjadi insan yang bersyukur atas nikmatNYA, ingin mati dalam
iman dan hidup dengan islam.
Warkah ini bukan untuk sesiapa, hanya cetusan minda seorang anak muda yang sedang terjaga,
menikmati kebesaran kekuasaanya. Saya ingin kaya dan berjaya, saya ingin jadi usahawan yang
berfikiran besar dan mempunyai beberapa rangkaian niaga. Saya ingin menjadi seorang yang
berhujah dengan ilmu dengan banyak membaca. Boleh memimpin dan dapat membantu 100
orang, mungkin 1000 atau mungkin 10000 mereka yang memerlukan. Harta yang saya cari
masa itu bukan untuk saya tetapi untuk "mereka". Saya mahu menjadi anak yang berguna,
suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab.
Asal usulnya saya hanya sekecil serbuk, buruk dan rendah. Saya bukan pelajar yang pandai dari
sekolah. Ingat lagi tika itu di sekolah rendah, kad kemajuan sekolah merah semua markahnya.
Murid 35 dalam kelas, sayalah berkedudukan akhirnya tetapi seperti satu keajaiban berlaku
disaat genting saya cemerlang. Perkara ini berulang-ulang seperti satu pusingan. Dari sekolah
membawa ke zaman universiti, di alam kerja hingga ke sini. Saya hanya bernasib baik bukan
yang terbaik membuatkan aku insaf.
Aku belajar akan banyak makna kata, kematangan, pengorbanan, kesetiaan, ketenangan,
kesedihan, kegembiraan, nikmat, peluang dan kemenangan. Saya diuji dengan pelbagai
dugaan dalam warna warni kehidupan. Saya pernah gagal dan kecewa dengan kegagalan itu,
rupanya kegagalan itu membuatkan saya tersedar dan lebih maju.
Tetapi saya masih diberi peluang olehNYA, saya bangkit untuk menjadi orang yang luar biasa.
Ramai yang berkorban untuk melihat aku berjaya, terlalu ramai. Saya tidak mahu mereka
kecewa kali ini. Hari ini,tiada kesimpulannya, esok masih ada. Moga hari-hari mendatang Allah
mendorong saya membuat perkara BETUL dalam perjalanan sementara ini.
menulis untuk anak-anakku yang kusayangi
Posted by D'IMPIAN INN at 7:14 AM

Labels: kaya dan berjaya


BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN Dalam membuat keputusan perniagaan, kita haruslah berani dan
bertanggungjawab atas keputusan yang kita buat. Setelah membuat keputusan jangan takut terima
kenyataan perkara yang akan berlaku akibat dengan keputusan yang kita buat. INGAT tidak secara total
keputusan yang kita buat itu SALAH, dan tentunya tidak sentiasa BETUL secara keseluruhannya, ia
bergantung pada suasana dan keadaan. JIKA keputusan yang kita buat itu didapati SALAH, maka jangan
rendah diri dan teruskan usaha dan jangan takut mencuba. Saya percaya Setiap orang ada melakukan
kesalahan dan kesilapan dalam membuat keputusan, tidak kira kesilapan kecil ataupun besar. Apa yang
penting adalah setiap kesilapan yg kita lakukan AKAN mengurangkan satu lagi kebarangkalian kesalahan
utk kita buat keputusan dimasa akan datang.

Tips Usahawan 2:: Kenalpasti matlamat sebenar perniagaan anda

Dalam perjalanan sampai ke destinasi,


anda tentunya akan menemui banyak simpang dan jalan lain. Anda perlu terus fokus dengan
matlamat dalam perniagaan anda. Saya mempunyai beberapa pengalaman dalam persimpangan
memilih pelaburan dalam perniagaan; INI SANGAT PENTING.
Setiap hari anda akan mempunyai cabaran mendapat peluang atau mendapat cabaran baru
dalam perniagaan anda. Untuk mengenalpasti PELABURAN yang boleh anda ceburi dan
berkeuntungan, anda seharusnya mampu menerangkan kepada diri anda; kenapa anda perlu
mengambil atau melibatkan pelaburan baru itu. Sekiranya anda tidak dapat menyenaraikan di
atas kertas terlebih dahulu adalah lebih baik anda memikirkanya dengan lebih berhati-hati dalam
pelaburan baru itu. Sekiranya anda tidak dapat menulis sebarang jawapan kepada persoalan
yang berkaitan, jangan lakukanya.
Posted by D'IMPIAN INN at 10:19 PM
Labels: kaya dan berjaya
Motivasi Kendiri
Petua mulakan perniagaan:1. dimana ada keinginan, disitu ada jalan. 2.Wang hasil niaga mesti
utk berniaga, utk pembelanjaan pribadi mesti ditetapkan sebagai gaji. 3. Ahli kongsi yg terbaik
adalah ISTERI sendiri 4. Setelah bank-in duit, cuba lupakan. 5. Carilah perniagaan yg dpt
dimulakan tanpa perlu meminjam.
Jangan selalu ambil pusing @ Ambil tahu @ "jaga tepi kain org" dgn masalah org lain, takut takut masalah orang itu akan jadi masalah kita. Adalah lebih baik melihat dan @ memikirkan @
meniru kejayaan org yg berjaya nescaya mudah-mudahan kejayaan juga akan megeringi kita
seperti mereka yg berjaya.
"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Semua org yg berjaya saya lihat
berkorban, bekerja kuat, berusaha, belajar bersungguh sebelum mereka "berjaya" akhirnya.

Patutlah ramai dikalangan kita tidak berjaya sebab selalu nak senang dulu, suka main-main buat
kerja, pemalas dan menipu diri sendiri. mana nak maju macam ni.
Kita belajar utk menjadi peguam, belajar utk menjadi jurutera, belajar utk menjadi juruteknik,
belajar utk menjadi guru, belajar pengurusan perniagaan. tetapi kita tidak diajar untuk
pengurusan kewangan individu, itu sebab selalu je gaji tak cukup....apa pendapat anda?
Anda punya "idea atau produk" yg baik utk dijual, anda punya "kepakaran" yg terbaik utk mula
kan perniagaan. Anda juga punya "pengalaman" yg lama bekerja dalam bidang perniagaan dan
anda juga punya tempat yg terbaik sebagai tapak berniaga. TETAPI anda masih GAGAL
memulakan @ GAGAL dalam perniagaan (Fakta : 80 org dari 100 berniaga tetapi gagal selepas 6
bulan). Anda rasa kenapa
"Esok dapat gaji, jangan terus bayar hutang. Ambil 30 pratus bayar diri sendiri dgn (simpan utk
dana kecemasan: 30 pratus, simpan tunai: 30 pratus, simpan masa depan: 40 pratus). Baru
selebihnya 70 pratus dr gaji anda uruskan utk aktiviti harian spt bayar hutang kereta, rumah,
makan minum, bersiar dan lain-lain." Fikir hari ini, dibuat esok. Bahar-Kota Mekah.
Lama tak jumpa ya "idea". Ko pi mana, banyak kerja khawin ke?, ke sibuk jejalan window
shoping, mementang le kebelakangan ni aku sibuk sikit, langsung ko tak menjengok. Mai le
datang berbual dgn aku, tengah dok sesorang mengelamun ni. Aku belanja ko secawan kopi pak
arab harum baunya, ko sukakan. Datang le "idea" ada sesuatu nak bincang ni.
Ramai yg besar, tidak kurang juga yg kecil. Ramai yg sihat, ada yg sakit. Ramai yg kulitnya
hitam, ada yg putih. Pasti ramai yg kaya, tak kurang juga yg miskin. Ada yg tua, ada yg masih
muda. Ada lelaki, ada perempuan. Tetapi tujuan mereka satu menghambakan diri pada ALLAH yg
satu. Kita semuanya sama disisiNYA. Buang lah jauh-jauh sombong kita itu, kita hanya
hambaNYA, hingga diri kita ini adalah hakNYA.
Terdapat empat perkara penting yg perlu pada anda untuk menjadi seorang yg "kaya, berjaya
dan bertakwa". Perkara-perkara tersebut adalah 1. Ilmu, 2.Mentor@Sifu@Guru 3.Sistem dan
4.Kuasa bertindak. Anda telah mempunyai ke empat-empat perkara tersebut?
Enam sebab seseorang itu selalu menghadapi kegagalan:
1. Selalu memberi alasan utk berjaya.2. Tidak berani dgn kejayaan 3. Berkawan dgn org yg selalu
memberi alasan 4. Lambat bertindak 5. Rasa hidup sudah cukup selesa 6. Tidak mahu hidup luar
biasa @ takut dgn cabaran. Anda ada salah satu senarai diatas?
Motivasi Diri: Mengejar satu matlamat harus mempunyai 3 peraturan asas "permintaan" iaitu
permintaan itu perlu jelas, permintaan itu perlu ditulis dan jangan fikir macam mana nak capai.
Taman jati diri dgn permintaan itu dahulu, lama kelamaan akan sebati. Bahar-UHSB @D'impian
Group
20 tahun dulu abah cakap kat aku: Hidup kita ni, paling lama pun 60 tahun je, kalau lebihpun
bonus. 20 Tahun kau belajar; 20 tahun lagi kau bekerja cari duit dari apa yg kau belajar; dan 20
tahun terakhir kau makan dari duit yg kau kerja. Senang betul metametik abah, tapi itu yg dia
buat. Adakah aku mampu?
"Ubahlah diri anda, dari keadaan anda sekarang kepada keadaan yg anda inginkan. Dari seorang
yg biasa-biasa sahaja, kepada seorang yg luar biasa. Dari seorang yg takut kepada kejayaan,
kepada seorang yg sentiasa mencuba pelbagai kaedah utk berjaya, lebih berjaya dan terus
berjaya."
Assalammualikum semua "Rahsia untuk bergerak ke hadapan ialah memulakan sesuatu. Rahsia
utk memulakan sesuatu ialah memecahkan tugas-tugas kompleks dan sukar kepada tugas-tugas
yg mampu di uruskan, dan mulakan perkara pertama" semoga berjaya. Bahar-Kota Mekah

" Kita lihat dari mata (tempurong), mereka lihat dari mata (burung). Manakan sama .... Dimana
kita selepas ini.
Salam buat staf d'impian "Betapa ramai manusia yg membazir bakat mereka hanya kerana
kekurangan sedikit keberanian" dan " Janganlah kamu menilai mereka yg mencuba dan gagal.
Tetapi nilailah mereka yg gagal mencuba". Bahar-Kota Mekah.
"Tiada apa yg berubah bagi diri tuan pd hari ini berbanding semalam kecuali dgn 2 perkara
kitab@buku yg tuan baca dan siapa org yg tuan jumpa". Wahai anak-anak ku tuntutlah ilmu
sesempurna mungkin. Ayah insaf bersama mereka yg alim di sini, siapa lah kita nak disisi NYA yg
maha kuasa. Msg utk irfan dan adik-adiknya
"Masa ada 3 sahaja. Semalam , hari ini dan Esok". Semalam telah berlalu, esok belum pasti .
Yang ada hanya hari ini. Gunakan kesempatan ini utk membuat kebaikan sebanyak mungkin yg
kita mampu. Bahar-Kota Madinah, 11 Malam 10.05.2011
"kadang-kadang nilai sifat bersyukur itu lebih tinggi darjatnya dari bersabar", Nampak dimata
kasar lahiriahnya "mereka" itu rugi @ kalah, tetapi Allah punya kuasa memberi keuntungan @
kemenangan atas kehendaknya. yang penting kita berusaha dan bertawakal. bahar

Panduan Usahawan: Tetapkan dan tulis matlamat pendapatan setahun, pecahkan jangkaan
pendapatan kepada bulan dan minggu. Seterusnya fikir bagaimana dan atur stratigi
mendapatkan pendapatan tersebut. Tentu tuan terkejut, memperolehinya sebelum jadual yg
ditentukan. Buat sekarang jangan tunggu esok.

Keluar dari masalah dan kesedihan

Diceritakan satu hari se ekor keldai milik seorang petani telah masuk ke sebuah lubang kolam.
petani tadi berfikir bagaimana mahu menolong keldai itu keluar sedangkan keldai itu terlalu
berat dan mengambil keputusan menimbus sahaja keldai tersebut lagi pun keldai tadi sudah tua,
tidak berguna lagi untuknya.

Petani itu mengambil skop , cangkul dan pongkis dan menimbus kolam itu dengan tanah dan dia
meminta bantuan dari jirannya. Apa yang menakjubkan keldai tadi mengoncang-goncangkan
badannya dan tanah tersebut turun kebawah. bila jatuh kebawah keldai tadi memijak tanah
tersebut. diulang hingga satu perkara yang menakjubkan pada keldai tadi akhirnya keldai itu
dapat meloncat keluar dari lubang.
Jika anda masih didalam masalah dan kesedihan anda seperti keldai didalam kolam tersebut,
sebenarnya anda akan ditimbus lebih banyak sampah dan tanah oleh dunia sekeliling anda.
Sudah jatuh lebih ditimpa-timpa.
Tanah dan sampah itu sebenarnya adalah masalah dan kesedihan. Anda perlu mengoncangkan
tanah dan sampah yang dituang orang dalam kolam tersebut dari badan anda agar jatuh
kebawah. Lalu sedikit demi sedikit anda perlu pijak tanah tersebut dan cuba melompat keluar
dari lobang tersebut. Jika tidak, sampah dan tanah tersebut yang di buang orang dalam kolam
tadi akan membunuh anda.
Nasihat : Bebaskan diri dari kebencian, bebaskan fikiran dari kecemasan, hiduplah sederhana,
berilah lebih banyak, tersenyumlah serta milikilah teman yang boleh membuat anda tersenyum.
Ini lumrah dunia . Faham ke ni.
Saya berjumpa seorang sahabat saya berbangsa cina yang berniaga. Dia cakap dengan saya...
" bahar, ...lu tahu ke? . Mana ada benda ajaib dalam dunia. Nak kaya kena kerja kuat lah.
Keluarga gua, buka kedai runcit. Buka kedai cermin mata. Buka jam 9 pagi tutup jam 10 malam.
Tujuh hari kerja, jaga bisnes sendiri.
Kumpul duit sikit- sikit ada peluang mereka beli emas. Ada peluang besar mereka jual emas beli
tanah.
Bila bisnes teruk....kami pergi bank re-loan tanah cairkan aset.
Mana ada orang kata kami bangsa cina ...senang berniaga. Mana kalau nak kaya kerja samapi
jam 5 je....mana boleh"
Saya mendengar dengan teliti. Saya memang tahu hanya kerja keras sahaja anda akan berjaya
menguasai. Bisnes dan kerja tak boleh main-main, kena bermati-matian untuk berjaya.
Dia cakap lagi...
" itu bukan lama, bila semua dah ok...anda boleh relax. You tak payah kerja....orang lain kerja
..beri duit untuk you"
" you faham ke bahar. "
USRAH KELUARGA.

Jika dipejabat , anda ada SOP yang nak di ikut. Jika dalam bisnes kita ada bisnes plan atau skt
( sasaran kerja tahunan ) untuk kita target. Kita meeting untuk bahagikan kerja masing masing.
Tetapi bagaimana kita mengatur kerja dan arahan untuk anak-anak dirumah sedangkan setiap
hari kita sibuk dengan kerja dan bisnes kita.

Ini cara saya, saya sekadar berkongsi.


Saya adakan usrah atau perjumpaan mingguan untuk keluarga selwpas solat. Biasanya saya
adakan pada malam jumaat. Anak-anak saya kecil lagi, tetapi mereka biasa, sudah bertahun
tahun saya lakukan...mereka tertunggu tunggu setiap minggu.
Jika saya tak buat , isteri saya akan memimpin pada minggu itu.
Apa yang saya buat dalam usrah mingguan?
1. Saya akan berikan nasihat. Saya akan ceritakan beberapa perkara yang berlaku dalam
keluarga. Saya akan ulang-ulang apa target kita untuk setiap orang.
Disini saya dan isteri akan cakapkan apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka
2. Saya akan sampaikan arahan dan tugasan mingguan kepada mereka. Ini untuk itu dan itu
untuk siapa.
3. Saya akan dengar rintahan, cerita, luahan, lawak dari mereka. Setiap orang anak saya dan
isteri saya akan bercerita apa yang berlaku seminggu sudah dan apa perancangan yang akan
dibuat minggu hadapan. Saya biarkan mereka bercakap dan bercerita sepuasnya.
4. Mereka akan tahu perkara penting untuk setiap orang dan ingat mengingat. Mereka boleh
komen dan nasihat antara satu sama lain tak kira kecil dan besar. Mereka boleh mengadu hal
mereka dan orang lain pada saya dan isteri.
5. Bercakap. Saya melatih mereka bercakap, saya mahu mereka biasa bercakap. Saya tak mahu
mereka pandai bekerja tetapi tak pandai menyampaikan apa yang mereka telah capai.
Mereka belajar marketing. Ramai orang pandai menanam, pandai membuat tetapi kurang pandai
menjual.
6. Mendengar dan menghadam teguran. Melatih mereka mendengar dan belajar dari apa yang
berlaku dari setiap orang.
7. Mereka akan mendapat pandangan semua sebelum melakukan sesuatu kerja minggu
hadapan. Mereka akan minta pandangan.
8. Mereka belajar sesuatu dari semua cerita
9. Ini formula anak-anak rapat antara satu sama lain dan mendengar cakap.
10. Belajar bertanggungjawab apa yang mereka lakukan.
Hidup anda , 100% tanggungjawab anda.
1. Anda perlu bertanggungjawab dengan diri anda 100% termasuk hasil yang anda perolehi,
kualiti tahap kesihatan, pendapatan , hutang piutang, perniagaan anda, tahap pendidikan anda
dan perasaan anda sekarang.
Mudah untuk difaham, anda bertanggungjawab secara keseluruhan hidup anda. Anda tidak boleh
menyalahkan orang lain, menyalahkan keadaan, menyalahkan nasib dan takdir. " Anda tidak
boleh menyalahkan angin, musim dan keadaan tetapi anda boleh mengubah diri anda sendiri"
2. Buang jauh-jauh dengan alasan

ada yang mengatakan 99% orang yang terus menerus gagal adalah mereka memberi alasan.
Saya belajar satu formula iaitu ( situasi + tindakan = hasil ). Jika dalam situasi sekarang dan
masalah anda sekarang contohnya , apa tindakan anda untuk mendatangkan hasil yang lebih
baik. atau jika anda mahukan hasil yang terbaik esok, apakah tindakan anda hari ini dalam
situasi anda sekarang.
termasuk anda sudah malas untuk membaca posting saya yang panjang menjela, mungkin
hasilnya ada terlepas peluang mendapat ilmu yang bermunfaat ini. saya cadangkan jika tiada
masa copy atau share posting ini dan nanti boleh dibaca semula.
3. Apabila anda tidak suka HASILNYA, tukar tindakan anda.
4. Anda tidak boleh mengubah suasana, anda boleh mengubah tindakan anda untuk
mendapatkan hasil yang baik.
contoh jelas, bagaimanakah anda untuk anda mengubah keadaan ekonomi yang merundum
kebelakangan ini. paling kurang anda hanya boleh bercakap dan bersembang menghempas meja
dan menyalahkan orang lain.
Mungkin ada faktor lain dan orang lain salah dalam keadaan dan suasana sekarang,
persoalannya bolehkan anda mengubahnya?. lebih baik anda berfikir bagaimana anda
mengubah tindakan anda untuk terus berjaya.
Dalam suasana begini, mungkin anda boleh menukar produk atau menukar cara marketing.
jangan hanya duduk dikedai menunggu pelanggan tetapi keluar ke pasaran mencari orang.
Jika ada peluang mengubah nanti, lakukan perubahan itu.
5. Apa yang anda alami hari ini adalah kesan dari hasil tindakan masa lalu.
6. Tindakan yang sama akan memberi result yang sama. selalu kita dengan mereka yang
beruntung adalah mereka yang lebih baik dari semalam. itu hanya impian semata-mata. hari kita
mengubah tindakan kita adalah hari kita mula berubah menjadi lebih baik. sekiramya kita
mahukan hasil yang berbeza, kita perlu melakukan sesuatu yang berbeza.
7. Berhenti menyalahkan orang lain.
8. Berhenti merungut dan lakukan sekarang. jika anda merungut pun , apa yang anda dapat.
Anda akan terus beremosi
9. Kita perlu mencipta apa yang kita mahukan. jika tidak, anda hanya menerima sahaja apa yang
akan terjadi pada diri kita. Selesaikan secepat mungkin dan usah bertangguh, sebelum keadaan
bertambah teruk.
10. Berhati-hati amaran lampu kuning.
Sebelum sesuatu berlaku , kita selalunya mendapat beberapa isyarat gerak hati. jika anda tidak
mempedulikannya, hidup anda akan lebih parah.
Selalunya gerak hati mendapat lampu kuning dengan kita terbayang-bayang, lintasan fikiran
yang tak baik, muncul rasa takut dan mimpi di malam hari.
11. Hidup kita akan menjadi lebih mudah segera bertindak.
12. Prinsip mudah tetapi sukar di laksanakan

tumpukan perhatian dengan hasil yang mahu di capai dan tindakan apa yang anda lakukan.

Posted by D'IMPIAN INN at 4:44 PM No comments:


Thursday, January 16, 2014
Tip untuk jadi pensyarah
Pensyarah bukan sahaja di universiti, kadang-kadang anda menjadi pensyarah di tempat kerja
anda, mungkin anda seorang guru dan mungkin anda seorang wakil rakyat, anda adalah seorang
pensyarah.
1. Jadilah pakar
Anda perlu menjadi pakar dalam bidang yang anda pilih. ini bermakna anda perlu masa untuk
belajar dan terus belajar. usah mengharap dengan ijazah anda sahaja, ilmu cepat berkembang.
menjadi seorang pensyarah dan seorang pakar perlu banyak membaca, berjumpa dengan pakar
juga. Pensyarah yang hebat akan melahirkan pelajar yang hebat.
2. Menguasai ilmu
Bukan sahaja anda menyertai sebagai seorang pensyarah, tetapi anda perlu menguasai bidang
tersebut. untuk menguasai anda perlu pastikan anda sentiasa menang dan keterdepan dalam
bidang anda. ramai pensyarah saya kenal mahu mereka serba boleh, tahu semua ilmu, ini
perkara yang membuatkan anda tidak fokus anda tidak dikenali menjadi seorang pakar.
Ambil satu bidang, contohnya anda seorang pensyarah bisnes, bercakap dengan perkara bisnes
terlalu banyak dari operasi hinggalah teknik pemasaran. Mungkin anda menguasai satu bidang
supaya anda dirujuk di bidang "pembiakan duit". anda akan dijadikan rujukan dalam bidang yang
anda menguasainya. Anda perlu juga buktikan apa yang anda cakap , itu juga apa yang anda
buat.
3. Serlahkan diri
Jika anda sudah banyak membaca, jika anda sudah menguasai, rugilah anda dan rugilah orang
lain tidak mengenali anda dan meminta nasihat kepada anda. dalam semua perkara anda
pesaingan, anda perlu menyerlahkan diri anda, caranya adalah menjadi orang pertama muncul
dalam pasaran semasa mereka mencari penyelesaian masalah.
Dua cara yang selalu saya lakukan adalah tidak mengulang apa yang orang lain lakukan dan

memilih cara dan jalan lain untuk sesuatu masalah. Jika ramai yang memilih ke kiri anda ambil
jalan kekanan. bila ramai yang bertanya kenapa anda kekanan dan mengikut anda ke kanan ,
anda perlu memberi tahu mereka yang sebenarnya jalan kekiri boleh juga diguna dan
menunjukan jalan yang lebih mudah melalui jalan kiri.
4.Media
Di tempat anda, faham dimana ada media. media akan membawa anda terkenal. media bukan
semata-mata akhbar, facebook, media mungkin dari orang yang berbisik-bisik.
5. berikan yang sempurna.
Jika anda dianggap lain dari yang lain, berikanlah lebih dari apa yang dijanjikan. kelainan bukan
sahaja dari segi perkara yang boleh dilihat, juga sesuatu perkara nilai. Jadikan orang tertunggu tunggu untuk mendengar dan menanti untuk berjumpa dan bertemu anda. ilmu yang anda bawa
perlu up to date .
Saya masih ingat seorang pensyarah saya mengajar dalam satu subjek , didalam satu kelas dia
membawa selaras senapang yang tidak berpeluru. setiap kuliahnya kami ternanti-nanti kelainan
nya , dan syarahan nya sungguh bermakna dan digunakan hingga kini.
Posted by D'IMPIAN INN at 4:35 PM No comments:
perlu 'menguasai'
Malam ni saya bersama anak lelaki saya Irfan Baharuddin keluar minum, bercampur dengan
orang kampung bertanya khabar.
Dalam perjalanan kereta saya berbual perkara yang ringan-ringan. Soalan yang terpacul dari
irfan adalah mengapa ada orang yang gagal dan ada orang yang berjaya dalam satu bidang
yang sama. soalan yang cukup memberangsangkan saya untuk menjawab.
saya sebutkan
Ada tujuh perkara yang irfan perlu tahu dalam bab ini
1. Allah jadikan 'kegagalan' untuk kita hambanya menikmati kemanisan 'kemenangan'. Proses
kegagalan adalah proses pembelajaran manakala proses kemenangan adalah proses mengukur
sama ada kita bersyukur atau sebaliknya.
2. Untuk menang, ifran tidak boleh hanya 'menyertai' sahaja sesuatu dan irfan perlu
'menguasai'. buatlah sehabis baik, dalami benar-benar perkara tersebut, kunyah lumat dan
telan.
kadang kala , beberapa kemenangan tidak perlu sampai 'memiliki'. Ramai orang mahu menjadi
pakar banyak perkara, perkara itu bagus ...tetapi lebih ramai yang hanya menyertai tetapi tidak
menguasainya. Kadang-kadang dia menang dan kadang-kadang dia kalah. mereka yang menang
akan menulis sejarah, manakala yang kalah akan menulis puisi.
perkara yang ayah berikan ini adalah perkara semua perkaitan hidup, sama ada dalam pelajaran,
dalam bisnes dan dalam pekerjaan.
irfan perlu menang, ciptalah kemenangan sendiri. bila kalah sebahagian atau semua kita akan
lemah. Jika kita lemah, kita akan takut. Bila kita takut , kita akan ikut cakap orang. Bila kita
dengar cakap orang kita akan lebih selalu kalah.
Mungkin sebahagian nya irfan belum faham, sebahagian yang faham irfan lakukan dahulu. Ayah
berikan dua dulu syaratnya , yang lain ayah berikan kemudian.
Posted by D'IMPIAN INN at 9:02 AM No comments:

Wednesday, January 15, 2014


Bisnes dari Rumah
Bisnes dari rumah
Bila lihat sahaja tajuk di atas saya percaya ramai yang masih skeptikal tentang peluang yang
mampu di perolehi dari idea ini.
Apa dia bisnes dari rumah?
Bisnes dari rumah merupakan kerja yang sah bukanlah sesuatu yang pelik. Terutama yang masih
berfikiran kolot termasuk saya dahulu pun selalu fikirkan cari kerja, kerja tetap, kerja pejabat,
kerja dengan orang!
Tidak semestinya!
Orang yang bekerja dari rumah adalah yang kreatif, berkemahuan tinggi, mencipta kerja sendiri
dan percaya rezeki itu datang dari Allah swt.
OK. Bagaimana nak kerja dari rumah ni. Nak buat apa.
Salah satu cara yang mudah untuk bermula adalah dengan menjual produk informasi. Ia adalah
produk yang menerangkan atau penyelesaian kepada satu topik dan selalunya dalam bentuk
penulisan, video, audio, gambar dan sebagainya.
Ada dua cara untuk hasilkan produk ini samada anda hanya sediakan dalam bentuk digital yang
mana ia boleh di download dari internet atau anda juga boleh hasilkan produk informasi dalam
bentuk fizikal seperti buku, phamplet, CD, DVD dan pelbagai lagi.
Ini adalah ideanya yang sangat praktikal jika anda mahukan satu bisnes dari rumah yang anda
boleh mulakan dalam masa yang singkat.
Mungkin di Malaysia perkara ini adalah satu perkara pelik. Di UK, Eropah dan US mereka yang
bekerja dari rumah ini sudah mula di kena kan cukai kerana pendapatan mereka lebih dari
pendapatan mereka yang makan gaji. saya pernah tinggal di Uk selama lebih empat tahun. Ada
diantara sahabat saya yang pendapatanya berbisnes online menjual melalui ebay. itu sudah 10
tahun dulu, kini mereka jauh lebih hebat.
Sahabat saya Zubaile Abdullah juga semasa tinggal di UK menjual tekit konsert dan tekit
pelawanan bola sepak yang tak pernah dia pergi dengan mudah dan cepat melalui bisnes online.
Sahabat saya, Roslan Ab Hamid dan Mba San menjadikan penulisan dan menerbitkan buku
sumber pendapatan mereka. jika kena gayanya , melalui penulisan anda boleh menjadi jutawan
dalam masa setahun dari hasil jualan buku dan ebook.
"Segalanya mungkin jika anda dalam ketidakpastian", kemingkinan yang teruk tidak akan
berlaku jika anda yakin pada apa yang anda lakukan.
Posted by D'IMPIAN INN at 11:33 AM No comments:
Monday, January 13, 2014
Bisnes kontrek ::
Setahun dua ni penurunan ketara dalam bisnes kontrek dari kerajaan mahupun swasta nampak
ketara. Jualan salah satu syarikat saya pada tahun 2013 menurun 300% dari jualan tahun
sebelumnya. Nampaknya tahun 2014 tak ada nampak tanda positif.
Bukanlah saya kata tak ada langsung, tetapi rata-rata rakan niaga saya mengalami masalah

yang sama. Saya nasihatkan supaya anda yang masih berurusan atau mahu memulakan bisnes
kontrek perlu lebih berhati-hati. Mulalah beralih kepada pasaran terbuka.
Tahun 2014 adalah tahun yang lebih mencabar untuk para usahawan.
Posted by D'IMPIAN INN at 5:56 AM No comments:

You might also like