You are on page 1of 3

SK SERI TAMAN KLUANG BARAT

86000, KLUANG JOHOR.


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 1/TAHUN 2017
Tarikh

: 28 Disember 2016 (Rabu)

Masa

: 12.00 tengahari

Tempat

: Bilik Mesyuarat SKSTKB

Pengerusi

: Puan Normaizatul Akmar bt. Mazin (Ketua Panitia)

Kehadiran(Bilangan) : 8/8
Turut Hadir (Jika ada) :

1.

PERUTUSAN PENGERUSI :
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua guru
Bahasa Inggeris. Beliau juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen
dan kerjasama yang diberikan oleh semua guru sepanjang sesi persekolahan pada tahun
lepas dengan harapan prestasi Bahasa Inggeris pada tahun ini akan lebih meningkat dan
cememrlang.

2.

MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS :


2.1. Dibentang oleh Naib Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris, Puan Suhaida Bt Suwarti
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Zailina bt. Zakaria.
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Siti Hajar Binti Kamsan

3.

PERKARA BERBANGKIT :
3.1. Pn. Normaizatul memberikan sedikit ulasan berkaitan program-program yang telah
dijalankan pada tahun dan sedikit penambahbaikan di masa akan datang.
Tindakan: Semua guru Bahasa Inggeris.

4.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA :


Tiada pembentangan kertas kerja.

5.

Tindakan:PERKARA-PERKARA LAIN :
5.1. Audit Akademik.
a) Bagi tahun 1, peratusan menguasai Bahasa Inggeris Pemahaman adalah 76.43%
iaitu bersamaan GPMP 3.39, manakala peratusan Bahasa Inggeris Penulisan
adalah sebanyak 72.41% iaitu bersamaan GPMP 3.23.
b) Bagi tahun 2, peratusan menguasai Bahasa Inggeris Pemahaman adalah 72.36%
iaitu bersamaan GPMP 3.20, manakala peratusan Bahasa Inggeris Penulisan
adalah sebanyak 81.30% iaitu bersamaan GPMP 2.76.
c) Bagi tahun 3, peratusan menguasai Bahasa Inggeris Pemahaman adalah 86.61%
iaitu bersamaan GPMP2.17, manakala peratusan Bahasa Inggeris Penulisan

adalah sebanyak 88.19% iaitu bersamaan GPMP 2.66.


d) Bagi tahun 4, peratusan menguasai Bahasa Inggeris Pemahaman adalah 52.34%
iaitu bersamaan GPMP 3.83, manakala peratusan Bahasa Inggeris Penulisan
adalah sebanyak 60.75% iaitu bersamaan GPMP 3.87.
e) Bagi tahun 5, peratusan menguasai Bahasa Inggeris Pemahaman adalah 83.72%
iaitu bersamaan GPMP 3.00, manakala peratusan Bahasa Inggeris Penulisan
adalah sebanyak 74.42% iaitu bersamaan GPMP 3.53.
f) Berdasarkan audit akademik yang dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa
peratusan bagi sebahagian darjah yang agak merosot adalah berpunca daripada
ketiadaan guru tetap yang mengajar kelas tersebut contohnya kelas 1Cerdik
selama 6 bulan guru ganti ditempatkan di dalam kelas tersebut di mana guru yang
berbeza-beza telah ditugaskan. Selain itu, format soalan mengikut format UPSR
yang sebenar menyebabkan murid Tahap 1 terutamanya kurang menguasai
bahagian penulisan kerana ujian lepas kurang ditekankan bahagian penulisan.
Terdapat juga soalan yang tidak berkaitan dengan silibus menyebabkan
kebanyakan murid gagal menjawab dengan betul. Malah, kemahiran yang diajar di
dalam kelas tidak dapat digunapakai semasa peperiksaan kerana format soalan
yang berbeza telah digunakan. Terdapat juga guru yang tidak dapat menghabiskan
silibus kerana kekangan topik yang terlalu banyak dan faktor tiada guru tetap bagi
sesetengah kelas yang mana guru berbeza-beza ditugaskan di kelas tersebut.
g) Bagi mengatasi permasalahan tersebut, kata sepakat telah dicapai agar Tahap 1
dan 2 mewujudkan pictorial dictionary yang dinamakan sebagai My Vocab Book di
mana murid tahap 1 diminta untuk melukis atau menampal gambar di dalam buku
latihan yang telah dibahagikan kepada enam bahagian pada satu muka surat dan
menulis perbendaharaan kata yang bersesuaian bagi gambar tersebut. Manakala
tahap 2 pula, format diubahsuai yang mana menitikberatkan grammar, verb dan
noun yang bersesuaian bagi gambar yang telah ditampal. Cadangan aktiviti
dijalankan semasa jadual waktu Language Art dan Listening and Speaking pada
setiap minggu. Buku ini guru tidak perlu tanda kerana merupakan buku yang
dijadikan sebagai buku nota/rujukan murid sahaja, tetapi perlu dipantau secara
berkala.
5.2. Pembahagian Buku Kerja dan Buku Tulis
a) Buku kerja hanya untuk Tahap 2 sahaja yang perlu dibeli melalui koperasi sekolah,
manakala Tahap 1 menggunakan Buku Latihan Aktiviti yang telah dibekalkan oleh
pihak kementerian.
b) Bagi buku rampaian pula, setiap kelas diminta untuk menyediakan tiga buah buku
iaitu Buku English 1 (E1), Buku English 2 (E2) dan Buku My Vocab Book.
Tambahan sebuah lagi buku untuk Tahun 1 sahaja iaitu buku garis tiga yang
digunakan sebagai buku writing. Kesemua buku perlu ditanda dan disemak oleh
guru kecuali buku My Vocab Book.
5.3. Penulisan epm (e-perancangan harian)
a) Penulisan epm adalah mengikut format yang telah dipiawaikan, lengkap dan
selaras bagi semua guru.
b) Guru juga diminta untuk merujuk Rancangan Pengajaran Tahunan dan Dokumen
Standard Kurikulum semasa menulis epm.
5.4. VLE FROG
a) En. Saiful Azlan mencadangkan agar kelas yang terlibat untuk aktiviti FROG
Bahasa Inggeris adalah kelas 4A, 4B, 5A, 5B, 3A dan 3B. Cadangan diterima oleh
semua guru.
5.5. Aktiviti Ko-Akademik
a) Pengisian waktu kokurikulum untuk Persatuan Bahasa Inggeris adalah melatih
murid berfokus kepada beberapa perkara dan kemahiran yang bakal digunakan
semasa English In Camp, pertandingan Scrabble, Public Speaking dan Story
Telling.
Tindakan: Semua guru Bahasa Inggeris.
PENUTUP

a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

............................................
(NOOR SHAREEZA AZZURA BINTI SHAHRUDDIN)
Naib Setiausaha,
Panitia Bahasa Inggeris SKSTKB,
Tarikh : 28 Disember 2016

................................
(NORMAIZATUL AKMAR BT MAZIN)
Pengerusi,
Panitia Bahasa Inggeris SKSTKB,
Tarikh : 28 Disember 2015

You might also like