You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA SESI 2012

SEK.KEB.TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA

Tarikh : 12 Januari 2012 (Khamis)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Pusat Kegiatan Guru Sungai Pelek

Kehadiran :

1. Tuan Hj. Mohmad Nasir bin Meskam (GPK Kurikulum SKTPSP)

2. Pn. Hjh Rashidah bt Suboh (Ketua Panitia Bahasa Melayu SKTPSP)

3. Pn. Liza bt Jazam

4. Pn. Khalijah bt Ibrahim

5. Pn. Noripah bt Darusan

6. Pn. Zaiton bt Othman

7. Pn. Faridah bt Osman

8. Pn. Norrizah bt Bakar

9. Pn. Rohana bt Hassan

10. Pn. Zarina bt Ahmad Shah

11. Pn. Noraidar bt Sanusi

12. Pn. Kilauwati bt Abdullah

13. Pn. Norlailiwati bt Ramli

14. Encik Mahudin bin Samsuri

15. Encik Muhammad Zahid bin Mohd Sabrun

16. Pn. Fatimah bt Mohammad

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN KETUA PANITIA


1.1 Bacaan Ummul Kitab Surah Al-Fatihah oleh semua yang hadir

1.2 Ucapan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu yang
dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini.

1.3 Berharap semua guru dapat melaksanakan tugas-tugas dengan


lebih baik seperti mana yang diharapkan oleh bekas Guru Besar Allahyarhan
Tn Hj. Mohammad Noor bin Sanusi semasa hayat beliau.

Tindakan : Makluman

2.0 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK

2.1 Mengucapkan syukur dan ribuan terima kasih kepada semua


guru yang hadir ke mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama bagi tahun
2012.

2.2 Mengucapkan tahniah di atas kehadiran Guru Besar, Pn Rokiah bt


Yaacob bagi menggantikan Allahyarham Tn Hj. Mohammad Noor bin Sanusi.

2.3 Berharap agar semua guru dapat berkerjasama dan


mengembling tenaga untuk mencapai sasaran sekolah dalam UPSR bagi
tahun 2012.

2.4 Beliau turut berharap agar Panitia Bahasa Melayu dapat


menyusun program-program yang difikirkan munasabah sebagai
penambahbaikan bagi tahun 2012. Ini memandangkan SKTPSP telah menjadi
sebuah Sekolah Bestari Penanda Aras yang perlu mencapai 84% menjelang
2013.

2.5 Mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat secara


langsung dan tidak langsung di atas kejayaan UPSR bagi tahun 2011.

2.6 Meminta Pn Zaiton menyediakan laporan lengkap keputusan


UPSR 2011.

Tindakan : Makluman
3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Dicadangkan oleh Pn Kilauwati bt Abdullah

Disokong oleh Pn Zaiton bt Othman

Tindakan : Makluman

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Pn. Lizam bt Jazam menyatakan kamus dewan yang dipinjam


daripada perpustakaan sekolah pada tahun 2011 masih belum dipulangkan.

4.2 Kamus dewan yang digunakan oleh murid-murid semua kelas


Tahun 5 , 6 Anggerik, 6 Mawar dan 4 Kenanga bagi tahun 2011 telah pun
dipulangkan kepada Pn Hjh Rashidah bt Suboh.

4.3 Pn. Kilauwati bt Abdullah meminta agar murid-murid tahun 1


dibekalkan kamus bergambar di dalam kelas.

Tindakan : Ketua Panitia

5.0 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN


TAHUNAN

5.1 Pn. Hjh Rashidah bt Suboh memaklumkan kepada semua guru


bahawa format Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu bagi tahun 3,
4 ,5 dan 6 masih lagi seperti dahulu iaitu perlu mengandungi :

1. Tajuk 6. Pengisian kurikulum

2. Fokus utama 7. Sistem bahasa

3. Fokus sampingan 8. Bahan bantu mengajar

4. Objektif pembelajaran 9. Kemahiran bernilai tambah

5. Aktiviti 10. Impak / refleksi

5.2 Pn. Kilauwati bt Abdullah mengedarkan contoh Rancangan


Pengajaran Tahunan (RPH) bagi Tahun 1 dan 2 yang melibatkan KSSR (seperti
dalam lampiran).
5.3 Guru yang mengajar Bahasa Melayu Tahun 1 dan 2 perlu
mengajar lima kemahiran iaitu Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis,
Kemahiran Lisan, Tatabahasa dan Seni Bahasa. Namun begitu guru hanya
perlu mengajar satu kemahiran sahaja untuk satu hari pengajaran. Jika P&P
ditangguhkan atau dibatalkan atas sebab-sebab tertentu, guru boleh
melaksanankannya pada minggu yang berikutnya.

5.4 Bagi standard pembelajaran pula, guru hanya perlu menulis kod
sahaja. Begitu juga jika kelas yang diajar terdapat murid-murid LINUS.

5.5 Di dalam RPH KSSR penggunaan Teknologi Maklumat (TMK)


mesti ada. Ia melibatkan penggunaan ICT. Sekiranya guru menggunakan
lembaran kerja yang di cetak daripada laptop ia juga dianggap sebagai ICT.

5.6 Bagi impak / refleksi KSSR, ayat yang digunakan adalah sama.
Guru hanya perlu mengubah bilangan murid sahaja bergantung kepada
pencapaian objektif pembelajaran.

5.7 Pn Hjh Rashidah bt Suboh menyatakan guru perlu membuat


sekurang-kurangnya dua objektif bagi setiap rancangan pengajaran yang
diajar.

5.8 Perlu ada kemahiran berfikir dalam setiap pengajaran yang


diajar.

Tindakan : Guru Bahasa Melayu Tahun 3, 4, 5 dan 6

KSSR (Guru Bahasa Melayu Tahun 1 & 2)

6.0 POST MORTEM PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 2011

6.1 Keputusan Bahasa Melayu kertas pemahaman dan penulisan


mengalami sedikit penurunan semasa UPSR 2011. (LAMPIRAN ANALISIS)

6.2 Dua orang pelajar Melayu dan lima orang pelajar India telah
gagal dalam kedua-dua kertas Bahasa Melayu. Ini juga sebagai penyumbang
kepada penurunan peratus peperikasaan. Walau bagaimanapun sasaran
Allahyarham Tn Hj Mohammad Noor bin Sanusi untuk mengekalkan prestasi
90% telah tercapai.

6.3 Namun begitu, dua belas pelajar yang dikenalpasti lemah telah
berjaya memperolehi keputusan B dan C dalam UPSR.
6.4 Pencapaian keputusan peperiksaan Bahasa Melayu tidak kurang
daripada 80% sejak 8 tahun yang lalu.

6.5 Tindakan meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu dengan


mengurangkan Gred Purata Sekolah (GPS) bawah 2.0 dalam setiap
peperiksaan. Selain itu melebihkan bilangan pelajar yang mendapat
keputusan A bagi setiap kertas dan mengurangkan kadar kegagalan pelajar
dalam peperiksaan.

6.6 Berdasarkan keputusan PAT 2011, pencapaian Bahasa Melayu


Tahun 2 dan 6 dianggap terbaik kerana GPS di bawah 2.0. (LAMPIRAN
ANALISIS)

Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu

7.0 PERANCANGAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN DAN


AGIHAN TUGAS 2012

7.1 Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu akan diadakan sekurang-


kurangnya tiga kali setahun.

7.2 Bagi guru-guru Bahasa Melayu, bahan bengkel daripada bengkel


di PKG Salak akan diberikan kepada guru-guru Bahasa Melayu dalam bengkel
penulisan yang akan diadakan.

7.3 Agihan tugas 2012 seperti berikut :

1. Bengkel

- Bengkel Pengajaran dan Penandaan Penulisan Bahasa Melayu bagi


guru-guru Bahasa Melayu SKTPS akan diadakan pada bulan Februari.

- Bengkel Pemantapan Tatabahasa guru-guru Bahasa Melayu akan


diadakan pada bulan April.

- Guru yang bertanggungjawab bagi program ini aialah Pn Hjh Rashidah


bt Suboh dan Pn Fatimah bt Mohammad.

2. Program Khazanah Kata

- Diadakan setiap minggu pada hari Khamis


- Guru yang bertanggungjawab melaksanakan program ini ialah Pn
Faridah bt Osman (Tahap 2) dan Pn Noraidar bt Sanusi (Tahap 1).

3. Program Koakademik

- Melibatkan pertandingan bercerita Tahap 1 dan Tahap 2, pidato dan


pantun.

- Guru yang ditugaskan perlu mencari cerita, melatih dan menghantar


pelajar untuk setiap pertandingan yang pelajar sertai.

- Bercerita Tahap 1 = Encik Muhammad Zahid bin Mohd Sabrun

- Bercerita Tahap 2 = Pn Zarina bt Ahmad Shah

- Pidato = Pn Hjh Rashidah bt Suboh

- Pantun = Pn Zaiton bt Othman

4. Program Minggu Panitia Bahasa Melayu

- Program ini akan diadakan pada 2 hingga 6 April 2012.

- Guru yang akan mengendalikan program ini ialah Pn Rohana bt


Hassan dan Pn Khalijah bt Ibrahim.

- Kertas kerja yang berkaitan dengan program perlu disiapkan berserta


kos yang diperlukan untuk pertandingan.

5. Program Bulan Bahasa Kebangsaan

- Program ini akan diadakan pada bulan Oktober 2012.

- Guru yang terlibat mengendalikan program ini ialah Pn Liza bt Jazam,


Pn Norlailiwati bt Ramli dan Pn Norrizah bt Bakar.

- Kertas kerja yang berkaitan dengan program perlu disiapkan berserta


kos yang diperlukan untuk pertandingan.

6. Program UPSR

- Guru yang mengendalikan program ini ialah Pn Hjh Rashidah bt Suboh


dan Pn Zaiton bt Othman.

7. Blok Panitia dan Bank Soalan

- Dikendalikan oleh Pn Noripah bt Darusan.


- Semua guru perlu menghantar soalan peperiksaan Bahasa Melayu
dalam bentuk soft copy untuk dimasukkan ke dalam blog Panitia Bahasa
Melayu.

Tindakan : Makluman

8.0 HAL-HAL LAIN

8.1 Pn Faridah bt Osman

- Murid-murid Tahun 4A kurang pengetahuan dalam pembinaan ayat


majmuk.

- Minta perbanyakkan latih tubi bagi murid-murid tahun 3 sebelumnya


agar tiada masalah semasa naik ke Tahun 4.

8.2 Pn Rashidah bt Suboh

- Meminta agar guru-guru Bahasa Melayu Tahun 3 memberi penekanan


yang lebih kepada murid-murid dalam pembinaan ayat majmuk.

- Guru boleh merujuk buku panduan membina ayat fokus kepada untuk
tahun 3.

- PKJR perlu diajar seminggu sekali selama jam dalam P&P

- Buku PKJR masih lagi dalam proses dibawah seliaan SPBT (Pn Mazliah
bt Misran) dan ianya akan diedarkan kepada murid apabila selesai.

- Program PLBS boleh dijalankan seperti biasa. Pn Kilauwati bt Abdullah


akan menyediakan kad PLBS.

8.3 Pn Liza bt Jazam

- Menyatakan bajet akan dikeluarkan oleh Pusat Sumber Sekolah untuk


Program Bulan Bahasa dan Program Minggu Bahasa jika disertakan dengan
kertas kerja yang lengkap.

- Edar jadual bagi Program Nilam kepada semua kelas untuk diisi oleh
guru Bahasa Melayu.

- Berharap agar Program Nilam dapat dijalankan dengan lebih berkesan


serta kerjasama daripada semua guru untuk mempromosikan program ini
kepada pelajar.
- Menyatakan Program Nilam bagi Tahun 1 sudah boleh dijalankan
seperti biasa.

8.4 Pn Rohana bt Hassan

- Meminta Panitia Bahasa Melayu membelikan buku kerja bagi Tahun 4


dan 5.

- Bengkel Bahasa Melayu Tahun 4 dan 5 harap diteruskan lagi seperti


tahun-tahun sudah dan kelas tambahan diadakan bermula dari Tahun 5.

8.5 Encik Mahudin bin Samsuri

- Mengadakan program latih tubi bagi murid tahap 2 yang lemah untuk
membolehkan mereka lulus dalam peperiksaan.

- Pelajar Tahun 4 yang daripada kelas pemulihan (Mohd Hanafi,


Norfarahin, Husna dan Low Bong Seng) akan diambil secara bergilir-gilir
semasa Protim.

- Melihat ada murid yang tidak menunjukkan minat dan fokus semasa
belajar serta tidak menjaga tulisan semasa menulis.

- Meminta guru yang lebih pakar untuk memikirkan cara bagaimana


untuk membolehkan pelajar yang lemah agar lulus dan pelajar yang lain
mendapat A dalam peperiksaan.

8.6 Pn Kilauwati bt Abdullah

- Meminta agar dijemput wakil daripada Majalah Kuntum untuk Program


Minggu Bahasa yang akan diadakan.

8.7 Pn Norrizah bt Bakar

- Meminta daripada semua guru Bahasa Melayu agar dapat membantu


dan memberi tunjuk ajar kepada beliau memandangkan beliau baru sahaja
diberi tanggungjawab mengajar subjek Bahasa Melayu pada tahun 2012.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang.

Disediakan oleh ;
--------------------------------------------

(FATIMAH BT MOHAMMAD)

Setiausaha Panitia Bahasa Melayu,

SK Taman Pantai Sepang Putra.

13 JANUARI 2012

You might also like