You are on page 1of 3

PERMOHONAN KELULUSAN PEMBINAAN LINTASAN

MELINTASI SUNGAI

1. CARA MEMOHON.

1.1 Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan dan dokumen yang


diperlukan.

2. DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

2.1 Pelan Kunci : (3 salinan)

Skala : 1: 63,360 ( 1 inci : 1 batu )

2.2 Pelan Lokasi : ( 3 salinan)

Skala : 1 : 6,000 (1 inci : 8 rantai)

Data-data : a) Nombor syit, mukim, daerah


b) Kedudukan pembinaan jambatan yang menunjukan
jalan masuk dan sungai atau parit yang terlibat.

2.3 Pelan Susun


Struktur : (3 Salinan)
Lintasan

Skala : Yang bersesuaian

Data-data : Struktur cadangan lintasan yang akan dibina yang


mengandungi butir-butir berikut :
a) Nilai soffit level minima daripada paras air
tertinggi (HWL) untuk lintasan.
b) Panjang rentang lintasan yang minima mengikut
pengiraan yang dibuat.

2.4 Pengiraan
Hidrologi Dan : (2 Set)
Hidraulik
a) Mengikut Urban Stormwater Management Manual For
Malaysia (MasMa), Procedure Hydrological (HP) dan
Urban Drainage Design Proceduce atau setarafnya.
b) Semua pelan dan pengiraan hendaklah disahkan oleh
Jurutera yang bertauliah dan berdaftar dengan Lembaga
Jurutera Malaysia.
3. SYARAT-SYARAT AM

3.1 Struktur lintasan hendaklah dibina mengikut spesifikasi dan pelan yang telah
diluluskan.
3.2 Pemohon adalah bertanggungjawab terhadap menyelenggara dan membuang
sampah sarap yang tersangkut semasa pembinaan.
3.3 Sebarang hakisan kaut (scouring erosion) atau kegagalan tebing yang berlaku
hendaklah diperbaiki segera oleh pemohon dengan tanggungan sendiri.
3.4 Memperbetulkan semula laluan air kepada sedia ada setelah kerja-kerja
sementara seperti lencungan sungai selepas pembinaan lintasan siap
dilaksanakan.

4. SYARAT-SYARAT TEKNIKAL (Pembetung)

4.1 Saiz minima yang disyorkan digunakan dalam pembinaan pembetung untuk
laluan air hendaklah berukuran 1.0 meter bagi jenis paip 1.2 meter x 1.2
meter untuk jenis kekotak (box culvert).

4.2 Kehilangan turus yang dibenarkan (allowable head loss) merentangi


pembetung hendaklah 150mm.

4.3 Aras lantai (invert level) bagi pembetung hendaklah dipastikan di bawah
paras 150mm dari paras rekabentuk dasar saluran air.

4.4 Peralihan seperti sump, stone pitching dan sebagainya mestilah disediakan
untuk semua jenis pembetung dengan jarak peralihan sekurang-kurangnya 10
meter ke hulu dan hilir.

4.5 Panjang minima pembetung hendaklah berukuran kelebaran jalanraya


termasuk bahu jalan serta dua (2) kali ketinggian antara aras jalan dan
pembetung di kedua belah tebing.

4.6 Pembetung hendaklah dibina sejajar/ selari dengan arah aliran air.

4.7 Penggunaan pembetung berkembar atau lebih adalah tidak digalakkan


terutamanya sungai-sungai yang direkabentuk kala ulangannya 100 tahun.
5. SYARAT-SYARAT TEKNIKAL (Lain-lain lintasan)

5.1 Tiang-tiang pylon tower perlu dibina diluar rizab sungai/ parit/ taliair yang
sedia ada ataupun mengikut jarak/ lebar yang disyorkan untuk tujuan
penyelenggaraan sungai.

5.2 Taliair kabel kuasa tinggi perlu mempunyai minimum clearance 10 meter
untuk laluan jentera.

5.3 Pihak TNB adalah diminta menghentikan penghantaran elektrik sekiranya


kerja-kerja selenggara di bawah taliair dijalankan dari masa ke semasa di
sungai/ parit/ taliair yang berkaitan tanpa sebarang tuntutan ganti rugi
terhadap jabatan ini.

5.4 Takat bermula penanaman kabel/ paip (pada rizab sungai) hendaklah
diletakkan label dengan menyatakan kedalaman kabel/ paip berkenaan.

5.5 Struktur untuk laluan kabel sama ada menggunakan jambatan kabel (cable
bridge) menyeberangi sungai hendaklah sekurang-kurangnya 1 meter dari
atas paras banjir atau sekiranya penghantaran melalui bawah tanah hendaklah
sekurang-kurangnya 1.5 meter lebih dalam dari paras dasar sungai/ parit.

5.6 Tiang-tiang struktur lintasan (piers) hendaklah didirikan di luar daripada


dasar sungai yang terdalam dan sekurang-kurangnya 12 meter antara satu
dengan yang lain.

5.7 Cadangan lebar rizab sungai adalah seperti berikut :-

Lebar Tebing Sungai Lebar Rizab Yang Diperlukan


40 meter 50 meter
20 40 meter 40 meter
10 20 meter 20 meter
5 10 meter 10 meter
5 meter 5 meter

5.8 Takat bermulanya penanaman kabel/ paip bawah tanah hendaklah pada jarak
minimum 6 meter atau seperti di syorkan dari kedua-dua belah tebing sungai.

You might also like