You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT IBAM, 26700 MUADZAM SHAH,PAHANG

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

BIL 1 / TAHUN 2016

Tarikh : 28 Disember 2015 ( Isnin)

Masa : 8.30 pagi 10.30 pagi

Tempat : Mkamal Komputer

Pengerusi : Encik Mohd Rozi Bin Bahari

Nama Yang Hadir : 1) Encik Hamdan Bin Awg Hamat

2) Encik Kassim b. Ahmad

3) Encik Tashriff b. Haron

4) Encik Ahmad Sayudi b. Daud

5) Encik Adnan b. Ismail

6) Cik Nur Izreen bt. Azmil

Nama Yang Tidak Hadir : En. Ab Karim Bin Mat Tahar

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan selamat tahun baru 2016 dan berterima kasih di
atas kehadiran semua guru yang terlibat pada mesyuarat kali ini. Pengerusi
memperkenalkan AJK Kokurikulum bagi tahun 2016 yang terdiri daripada
Penolong Kanan Kokurikulum, Setiausaha Sukan dan Permainan dan
penyelaras bagi unit beruniform, kelab dan permainan.

Penolong Kanan Kokurikulum : Encik Mohd Rozi B. Bahari


Setiausaha : Encik Mohamad Hafiz Bin Zainal Abidin
Penyelaras Kelab : Cik
Penyelaras Unit Beruniform : Encik
Penyelaras Permainan : Encik

Tindakan:Semua AJK Kokurikulum 2016

1.2. Pengerusi mengingatkan kepada semua guru bahawa aktiviti kokurikulum


adalah wajib kepada semua guru di sekolah. Pekeliling akan diberikan
kepada semua penyelaras untuk dihebahkan kepada guru-guru di bawah
kendalian mereka.

Tindakan:Semua penyelaras dan guru

1.3. Pengerusi menjelaskan kepada semua penyelaras bahawa perjumpaan


kokurikulum harus dilakukan mengikut ketetapan yang telah diberikan oleh
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kelab dan Persatuan : 12 kali perjumpaan setahun


Unit Beruniform : 12 kali perjumpaan setahun
Sukan dan Permainan : 12 kali perjumpaan setahun

Tindakan: Semua guru

2 PERKARA BERBANGKIT

2.1. Encik Mohd Rozi menjelaskan tentang penglibatan guru dalam aktiviti
kokurikulum adalah wajib. Semua murid dikehendaki memakai pakaian
sekolah pada waktu dan menukarkankan kepada pakaian sukan pada
waktu kokurikulum.Sesetengah murid dibenarkan pengecualian daripada
kokurikulum berdasarkan tahap kesihatan murid dan mesti dilampirkan surat
pengecualian daripada ibubapa
Tindakan:Semua guru

3 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN UNIT

3.1. Cik Shamila selaku penyelaras kelab dan persatuan mencadangkan aktiviti
pengembaraan kek Batu Caves yang akan dikendalikan oleh sebuah
syarikat swasta dengan kadar bayaran yang istimewa. Cik Shamila akan
mengadakan perbincangan lanjutan tentang aktiviti ini dengan pihak
sekolah.
Tindakan:Penyelaras Kelab dan
Persatuan
3.2. Encik Rafiuddin mecadangkan pemakaian baju koparat bagi guru PBSM
supaya kelihatan seragam dan segak.

Tindakan:Penyelaras Unit Beruniform

3.3. Encik Alhafiz mecadangkan satu paparan buletin berkaitan kokurikulum


diwujudkan untuk mengalakan persaingan di antara unit kokurikulum
dalam menjalankan aktiviti bagi unit masing-masing. Akata dan perkeliling
berkaitan kokurikulum juga perlu diberikan kepada semua guru di sekolah.

Tindakan:Penyelaras Rukun Negara

3.4. Encik Norazmi mencadangkan penubuhan pasukan futsal bagi murid lelaki
dan pasukan bola jaring bagi murid perempuan di peringkat sekolah.

Tindakan:Penyelaras Sukan dan


Permainan

4 HAL-HAL LAIN

4.1. Encik Safuan akan menukarkan sukan badminton kepada sukan futsal dan
bola jaring ekoran daripada cadangkan Encik Norazmi. Takwin kokurikulum
akan diubah dan diedarkan kepada semua penyelaras pada minggu
hadapan.

Tindakan: Setiausaha Kokurikulum

5 PENUTUP

Pengerusi mengharapkan agar semua aktiviti yang dirancangkan boleh


dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama semua guru. Segala masalah dan
kekeliruan hendaklah dirujuk kepada pihak berkaitan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ................................
( Mohamad Hafiz Bin Zainal Abidin) (Mohd Rozi b. Bahari)
Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum

You might also like