You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI

14000 BUKIT MERTAJAM

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI KEDUA

Tarikh : 29 Mac 2012 ( Khamis )


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran :

1. Puan Hajjah Sadiah bt Hassan


2. Puan Roslinda bt Mohd Khalib
3. Encik Norhaisham b Mat
4. Puan Aishah bt Mustapa
5. Encik Aznor b Abd Aziz
6. Puan Che Su bt Hassan
7. Encik Marzuki b Elias
8. Encik Mohd Farid Effendy b Sabudin
9. Encik Muhamad Ali b Ab Hamid
10.Puan Nor Adilah bt Abd Wahab
11.Puan Norizah bt Abd Kadir
12.Puan Nurul Asyikin bt Muhammad Zakki
13.Puan Nur Hassila bt Puteh Wahab
14.Puan Nur Hidayah bt Mohamad Jamil
15.Puan Rashidah bt A. Rashid
16.Puan Siti Zahra bt Nawawe
17.Puan Supiah bt Hj Othman
18.Puan Wan Shariza bt Ahmad

AGENDA

1.0 Ucapan Guru Besar

1. Puan Hajjah Sadiah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
2. Guru Besar mewarwarkan Amalan Guru Penyayang dan Program Mentor
Mentee dan meminta agar ditubuhkan jawatankuasa untuk kedua program
tersebut. Setelah jawatankuasa tersebut dilantik, mereka perlu
menyediakan pelan strategik.
3. Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Hari Keselamatan akan
diadakan pada 20 April 2012.
4. Program AEDES akan diadakan pada 9 Mei 2012.
5. Buku Teks
6. Semua Program Disiplin dan Sahsiah Diri haruslah melibatkan murid-murid
Prasekolah.
7. Keceriaan Sekolah

2.0 Ucapan PK HEM

1
Puan Roslinda mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin terutama
kepada Puan Guru Besar yang sudi bersama-sama berbincang mengenai aktiviti
dan perkembangan unit HEM.

2.1 Unit Disiplin ( Encik Mohd Farid Effendy b Sabudin )

Mengingatkan agar semua guru menulis kesalahan murid ke dalam Buku


Pemantauan. Setelah tiga kali murid tersebut melakukan perkara yang sama,
barulah menyerahkan nama murid tersebut kepada beliau untuk direkokkan ke
dalam SSDM.

2.2 Unit PPDa ( Puan Nurul Asyikin bt Muhammad Zakki )

Pelancaran Program PPDa peringkat sekolah telah dilakukan pada bulan


Februari yang lalu. Papan kenyataan yang ada perlu diselenggara dengan baik.

2.3 Unit RMT ( Puan Nur Hasilla bt Puteh Wahab )

Murid RMT bertambah lagi seorang menjadikannya 48 orang. Vitamin


1Malaysia akan mula diedarkan 3 kali seminggu . Guru-guru yang memberi Susu
1Malaysia pula, mesti mempastikan tarikh luput yang terdapat pada kotak susu
tersebut.

2.4 Unit SPBT ( Puan Rashidah bt A. Rashid )

Pesanan Buku Teks untuk tahun 2013 telah siap dilaksanakan, edaran
kepada murid-murid khas juga telah dibuat.

2.5 Unit Kesihatan ( Puan Nur Hidayah bt Mohamad Jamil )

Pada 4 April 2012, Pasukan Kesihatan Sekolah akan datang untuk


membuat pemeriksaan ke atas murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 6.

2.6 Unit Keselamatan ( Encik Muhamad Ali b Ab Hamid )

Satu program keselamatan bersama dengan Pertahanan Awam akan


dianjurkan pada 20 April 2012. Guru Besar mengingatkan agar tanda AMARAN
diletakkan pada tempat-tempat yang didapati berbahaya.

2.7 Unit Kantin ( Puan Wan Shariza bt Ahmad )

Sehingga hari ini, tiada rungutan dari murid mengenai kantin, namun
terdapat rungutan dari guru. Guru Besar mengingatkan bahawa kebersihan
kantin dan pekerja kantin adalah WAJIB. Pekerja kantin mestilah warganegara.

2.8 Unit Bantuan & Kebajikan ( Puan Che Su bt Hassan )

2
PK HEM memaklumkan bahawa seramai 98 nama murid yang memerlukan
telah dihantar ke Bank Rakyat.

2.9 Unit KWAPM ( Puan Nor Adilah bt Abd Wahab )

Seramai 84 murid telah menerima bantuan KWAPM. Namun senarai e-


kasih yang dihantar iaitu seramai 12 orang, hanya seorang sahaja yang diterima.

2.10 Unit Keceriaan ( Encik Marzuki b Elias )

Puan Guru Besar mencadangkan agar Unit Keceriaan bergabung dengan


Unit Keselamatan dan Kesihatan untuk menjalankan satu program 3K. Encik
Marzuki memberi respon bahawa segala yang berkaitan dengan keceriaan
memerlukan kos yang agak tinggi seperti cat, pokok bunga dan lain-lain.

2.11 Unit SMM ( Encik Aznor b Abdul Aziz )

Sistem Maklumat Murid perlu dikemaskini dari semasa ke semasa.


Maklumat ini sangat penting kerana sebarang peruntukan atau bantuan dari
Kementerian disalurkan melalui maklumat dari SMM.

2.12 Unit Tabungan ( Puan Norizah bt Abdul Kadir )

Unit Tabungan perlu mengadakan satu program khas untuk menggalakkan


murid-murid menabung. Duit syiling yang dikutip akan dimasukkan ke dalam
satu tabung yang akan ditempatkan sama ada di luar Bilik PKHEM atau di luar
surau.

2.13 Unit Bimbingan & Kaunseling ( Puan Sopiah bt Hj Othman )

Setiap sekolah dibekalkan dengan seorang pegawai perhubungan dari


balai polis yang berdekatan. SK Sg Rambai mempunyai seorang pegawai
perhubungan iaitu Koperal Zainal b Said dari Balai Polis Perda.

3.0 Hal-hal lain

3.1 Taklimat kesihatan iaitu penyakit telasemia perlu diberikan kepada murid-
murid sekolah agar mereka tahu keadaan kesihatan mereka dan dapat
memperingati guru-guru kelas agar berhati-hati jika terdapat murid yang
mempunyai penyakit ini.

3.2 Mewujudkan peti aduan di sekolah. Puan Sopiah akan membawa peti surat
yang akan digunakan sebagai peti aduan.

3.3 Puan Haliza bt Mokhtar merupakan pegawai PROSA dari Jabatan Pelajaran
Pulau Pinang.

3
3.4 Pada 28 April 2012, Ceramah Kerjaya oleh Pihak Polis dan mesyuarat
jawatankuasa sekolah selamat.

3.5 Guru-guru kelas perlu memberi maklumat terkini mengenai apa sahaja
kejadian yang berlaku di dalam kelas, contohnya murid tahun 1 yang telah
memasukkan pensil ke dalam seluar murid perempuan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

. ..

Puan Sopiah bt Hj Othman, Puan Roslinda bt Mohd Khalib, Puan Hjh


Azizah bt A. Aziz,
Setiausaha Unit HEM, PK Hal Ehwal Murid, PK
Pentadbiran,
SK Sg Rambai, SK Sg Rambai, SK Sg
Rambai,
14000 Bukit Mertajam. 14000 Bukit Mertajam. 14000
Bukit Mertajam.

You might also like