You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK KELAB GURU SK BANDAR BEHRANG KALI

PERTAMA 2017
Tarikh : 19hb Januari 2017
Masa : 1.30 tengah hari
Tempat : Bilik Reka Bentuk Teknologi, SK Bandar Behrang 2020
Kehadiran : 9 / 12 orang
Tn. Hj. Mohd Zakaria b Zainal En Abdul Hakim b Radzi
En Nor Fazli b Khairon En Abdul Rahman b Jaafar
En Shafiq Aizatullah b Shaharudin
En Khairul Anuar b Abdul Rajab
En Lokman b Samian
En Velayudhan a/l P.K Veeran
En Zamri b Abu Hashim
Tidak Hadir : En Mohd Ghazali b Ismail Cuti Sakit
En Santhasekaran a/l Subramaniam Kelas Intensif Tahun 6
En Mohammad Khairul b Mohamad Zainal Mesyuarat di PPD
Batang Padang
AGENDA :

1.0 Ucapan Aluan


Mesyuarat di mulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi
mengucapkan terima kasih atas kehadiran AJK Kelab Guru dan
Kakitangan SKBB2020 untuk kali pertama bagi tahun 2017. Pengerusi
berharap semua program dan aktiviti yang dirancang bagi tahun 2017
akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan sifar komplen.
2.0 Perlembagaan Kelab
Perlembagaan 2016 5.2 dibuat pindaan dan penambahan klausa iaitu
seseorang AJK hanya boleh memegang jawatan bagi dua tahun
berturut-turut sahaja dan tidak layak dicalonkan semula. Pengerusi
memaklumkan ada Perlembagaan Kelab SKBB2020 dn berharap semua
AJK dapat mematuhi perlembagaan yang termaktub.
3.0 Biro Kerja
3.1 Sambutan Hari Guru
- Encik Nor Fazli dan Encik Mohammad Khairul
3.2 Hari Lahir Guru
- En Shafiq Aizatullah
3.3 Jamuan Akhir Tahun
- Encik Abdul Rahman dan En Velayudhan
3.4 Pertandingan Boling
- En Abdul Hakim dan En Lokman
3.5 Lawatan
- Tuan Haji Mohd Zakaria
3.6 Hari Keluarga
- En Khairul Anuar
4.0 Pembentangan Kewangan
4.1 Bendahari memaklumkan baki Khairat kelab untuk tahun 2015
ialah RM 510.00
dan tahun 2016 pula ialah RM 566.00. Jumlah baki Khairat
setakat 29 Disember 2016 ialah RM 1,076.00.
4.2 Baki Yuran kelab pada 29 Disember 2016 ialah RM 1,294.05 dan
disimpan oleh Bendahari.
Yuran yang dikenakan bagi Guru dan Bukan Guru (Staf) adalah
RM 10.00 dan yuran khairat RM 2.00.
Jumlah yuran bagi setiap orang guru ialah RM 12.00.
Kutipan yuran setahun adalah sebanyak 2 kali iaitu Bulan Januari
hingga Jun
(Kali Pertama) dan Bulan Julai hingga Oktober (Kali Kedua).
4.3 Sumbangan bagi pertukaran guru ada dua jenis:
1. RM 30 bagi guru yang berkhidmat kurang dari 2 tahun.
2. RM 50 bagi guru yang berkhidmat lebih 3 tahun.
Sumbangan untuk kematian adalah RM 50 dan tidak termasuk
derma kilat.
Sumbangan ini termasuk suami / isteri / anak anggota.
Sumbangan bagi kematian ibu bapa anggota di ambil dari
kutipan derma.
Sumbangan perkahwinan pula ialah RM 50.00 bagi anggota yang
berkahwin kali pertama di sekolah ini.
Sumbangan bagi pesakit wad hospital ialah RM 100.00 sekali
dalam setahun.
4.4 Haji Zakaria mencadangkan agar Kelab membuka akaun bank
sendiri. Ia disokong 2/3 AJK Kelab. 3 orag penama telah
dipersetujui iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Kelab.
5.0 Hal-hal lain.
5.1 Garaj parking Encik Abdul Rahman mencadangkan Pengerusi
berjumpa dengan
Puan Junaidah Juni untuk berurusan tentang status terkini
parking guru.
Beliau menambah dengan meminta Kelab Guru mengambil alih
urusan parking
Bagi memudahkan urusan di masa hadapan.
En Velayudhan mencadangkan kadar sewa parking adalah RM 10
sebulan. Ia di
sokong sebulat suara.
5.2 Vendor machine En Abdul Hakim memaklumkan status vendor
machine di letak
Di hadapan pejabat sekolah. Buat masa ini hasil dari jualan vendor
machine di urus oleh
Guru Besar. Ahli jawatankuasa bersepakat akan membincangkan
semula usul pengambil
Alihan urusan jualan vendor machine di masa hadapan.
5.3 Pendapatan gerai minuman tin, gerai makanan ringan,
cenderahati, dan jumble sale akan dibuka pada Hari
Keusahawan Hari Sukan dan Hari Guru bagi menjana kewangan.
5.4 Lawatan AJK akan berusaha merealisasikan lawatan penanda
aras ke luar negara, Lombok, Indonesia. Biro menjana kewangan
akan cuba mendapatkan sumbangan. Tarikh dan bilangan ahli
yang boleh mengikuti lawatan akan diputuskan oleh Guru besar.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45pm

Yang menjalankan tugas, Disahkan oleh,

.............................................. .................................
(LOKMAN BIN SAMIAN) (NOR FAZLI BIN KHAIRON)
SETIAUSAHA, PENGERUSI,
KELAB GURU DAN KAKITANGAN KELAB GURU DAN
KAKITANGAN
SEK. KEB. BANDAR BEHRANG 2020. SEK. KEB. BANDAR BEHRANG
2020.

You might also like