You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PEMILIHAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH SESI

2017
SEKOLAH KEBANGSAAN PASUKAN POLIS HUTAN, 31150 ULU KINTA IPOH

TARIKH : 21 September 2016


MASA : 12.00 Tengah Hari
TEMPAT : Bilik Transformasi, SK Pasukan Polis Hutan
KEHADIRAN : En Ismail Bin Yusoff Pengerusi(Guru Besar)
En Jasmaney Bin Saidin GPK HEM
Pn Amirah Najwa Bt Mohd Abu Hanipah Penyelaras
Prasekolah
Pn Zabidah Bt Mat Nooh- Bendahari Prasekolah
En Muhammad Khusairi Bin Mohd Yusof - Setiausaha
Prasekolah

Agenda 1: Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Tuan pengerusi memulakan mesyuarat pemilihan murid prasekolah
dengan membaca surah Al- Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran ahli
mesyuarat pemilihan kali ini.
1.2 Tuan pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
hadir dan mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa pemilihan kerana
dapat merancang dan menjayakan mesyuarat ini.
1.3 Tuan pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat pemilhan diadakan adalah
untuk memutuskan senarai nama murid yang akan dipilih memasuki kelas
Prasekolah bagi sesi 2017.
1.4 Tuan pengerusi memaklumkan seramai 87 pemohonan yang telah
dibuat. Prasekolah SK Pasukan Polis Hutan mempunyai 3 buah kelas dan
memerlukan kapasiti murid berjumlah 75 orang. Kuota Setiap kelas masing-
masing adalah seramai 25 orang murid.
Tindakan :
Makluman

Agenda 2: Perkara Berbangkit


2.1 Pn Amirah Najwa mencadangkan baju yang akan digunakan oleh murid
prasekolah pada sesi 2017 adalah baju t-shirt dan track bottom serta kasut
sekolah bewarna putih.
2.2 Pn Amirah Najwa menjelaskan pada tahun ini masih terdapat masalah
kelewatan untuk menghantar borang permohonan kemasukan murid
prasekolah atas alasan tertentu. Guru-guru prasekolah terpaksa
menghubungi ibu bapa atau penjaga yang terlibat bagi memaklumkan
berkenaan tarikh tutup iklan tersebut.
Tindakan :
Makluman

Agenda 3: Kriteria Murid Yang Layak Dipilih ke Prasekolah


3.1 Tuan Guru Besar menjelaskan peluang untuk memasuki kelas
prasekolah perlulah diberikan kepada murid yang keluarganya
berpendapatan paling rendah. Ahli mesyuarat bersetuju dan akur dengan
kaedah pemilihan tersebut.
3.2 Tuan Guru Besar juga menerangkan syarat utama pemilihan murid
prasekolah mengikut garis panduan pemilihan prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Syarat utama pemilihan adalah warganegara
Malaysia. Bukan warganegara tidak layak untuk dipilih masuk ke kelas
prasekolah.
3.3 Murid yang layak dipilih adalah mereka yang lahir pada 02.01.2011
01.01.2012 (6 tahun) dan 02.01.2012 - 01.01.2013 (5 tahun).
3.4 Pn Amirah Najwa menjelaskan bahawa iklan kemasukan ke prasekolah
telah dibuka selama sebulan bermula 01 Jun 2016 sehingga 31 Ogos 2016.
Sebanyak 63 borang pemohonan untuk murid yang berumur 6 tahun
manakala 24 borang lagi murid berumur 5 tahun telah diterima oleh pihak
prasekolah. Daripada jumlah tersebut, hanya 75 orang sahaja yang telah
dipilih.

Tindakan : Guru
Prasekolah

Agenda 4: Pemilihan Murid Prasekolah


4.1 Tuan Guru Besar membentangkan senarai nama permohonan murid bagi
sesi 2017. Seramai 62 orang murid berumur 6 tahun dan 13 orang murid
berumur 5 tahun yang layak dipilih masuk ke kelas prasekolah. Majlis sebulat
suara menerima permohonan tersebut.
Nama Guru Kelas Murid Murid
Lelaki Perempuan
En.Muhammad Khusairi Bin Mohd Yusof Pra Melati 14 11
Pn.Amirah Najwa Bt Mohd Abu Hanipah Pra Melur 15 10
Pn.Zabidah Bt Mat Nooh Pra Mawar 14 11
Jumlah 43 32
Jumlah Besar 75 orang
4.2 Tuan Guru Besar membentangkan senarai nama pemohon yang berumur
5 tahun. Sebanyak 24 permohonan telah dikeluarkan dan diproses. Daripada
jumlah tersebut seramai 13 orang murid berumur 5 tahun yang berjaya
dipilih. Tuan Guru Besar mengutamakan murid yang berumur 6 tahun
dahulu.
4.3 Tuan Guru Besar meminta setiausaha prasekolah membuat surat
pengesahan menerima tawaran kemasukan ke kelas prasekolah. Pihak
ibubapa perlu memberi maklum balas secara bertulis dalam tempoh 7 hari
bekerja(waktu pejabat) mulai 2.10.2016 atau selewat-lewatnya pada
13.10.2016.
4.4 Tuan Guru Besar juga meminta setiausaha prasekolah membuat surat
kepada pemohonan yang tidak berjaya.
Tindakan : Guru Besar & Guru
Prasekolah

Agenda 5: Hal-hal lain


5.1 Tuan Guru Besar mengarahkan En.Muhammad Khusairi dan Siti
Aminah(PPM) dari kelas Pra Melati berpindah ke kelas Pn.Zabidah Bt Mat
Nooh. Manakala Pn.Zabidah dan Wan Maizatul Azma(PPM) dari kelas Pra
Mawar berpindah ke kelas Pra Melati untuk sesi 2017.
5.2 Tuan Guru besar juga telah membuat rombakan murid lama tidak
dikekalkan di kelas yang sama untuk sesi 2017.
5.3 En Ismail bin Yusoff merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK
mesyuarat atas kelancaran mesyuarat pemilihan yang telah berlangsung.
Beliau mengharapkan supaya ahli mesyuarat dapat memantapkan lagi hal-
hal berkaitan prasekolah.
5.4 Beliau juga berharap agar kecemerlangan anak-anak prasekolah dapat
dipertingkatkan dan hubungan baik AJK dapat diteruskan lagi pada masa
akan datang.

Tindakan : Makluman

Agenda 6: Ucapan Penangguhan


6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang .

Disediakan Oleh
Disahkan Oleh
MUHAMMAD KHUSAIRI BIN MOHD YUSOF ISMAIL BIN
YUSOFF
Setiausaha Prasekolah Guru
Besar
Sk Pasukan Polis Hutan Sk
Pasukan Polis Hutan
31150 Ulu Kinta
31150 Ulu Kinta

You might also like