You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 1/2017

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA

TARIKH : 16 Januari 2017


HARI : Isnin
MASA : 2.00 ptg
TEMPAT : Makmal Komputer SK Sri Laksamana

KEHADIRAN: Rujuk lampiran

TIDAK HADIR
1. Harsilawati binti Nasir (Bersebab)
2. Rasidah binti Jafar (Bersebab)
3. Zarina binti Abdul Jabar (CRK)

Pengerusi Mesyuarat : Hanim binti Yasin

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
3. Bangkitan Minit
4. Pengurusan PBS bagi tahun 2017
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada berkas penolong setiausaha
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) atas atas tugas yang baik sepanjang 2016.
1.2 Tujuan mesyuarat ini adalah untuk memberikan taklimat kepada para guru mengenai
pengurusan pelaksanaan dan dokumentasi PBS bagi tahun 2017.
1.3 Guru diminta memberi kerjasama dalam menyiapkan data mengikut tarikh yang
ditetapkan.
Tindakan : Makluman

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu


2.1 Zailany bin Abdul Malik mencadangkan agar minit mesyuarat PBS Bil.4/2016
diterima dan disahkan.

1
2.2 Suzaida binti Seman menyokong agar minit mesyuarat PBS Bil.4/2016 diterima
dan disahkan.

3. Bangkitan Minit
Tiada

4. Pengurusan PBS bagi tahun 2017


4.1 Pelantikan Jawatankuasa PBS
4.1.1 surat pelantikan yang telah ditandatangani oleh GB akan diserahkan
kepada semua JK PBS 2017.
4.1.2 Tugas-tugas AJK Pementoran, Pemantauan, Pengesanan dan Penyelarasan
boleh dirujuk dalam Buku Panduan Penjaminan Kualiti PBS di dalam bilik
GPK 1.

4.2 Carta Organisasi PBS, AJK Induk PBS, Jadual Pengoperasian PBS dan Carta Gantt
4.2.1 Akan dimuatnaik dalam VLE FROG untuk rujukan.
4.2.2 Jadual Pengoperasian PBS perlu dipatuhi oleh semua guru pentaksir.
4.2.3 Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

4.3 Penjaminan Kualiti


4.3.1 Semua guru perlu ada Instrumen Pemantauan Jemaah Nazir Jaminan
Kualiti sebagai rujukan.

4.4 Kes-kes Khas


4.4.1 Telah dibincangkan dan diminitkan dalam Mesyuarat AJK PBS Bil. 2
Tahun 2013 bertarikh 11 Julai 2013. (Perkara 8.1 8.3)

4.4.2 Walau bagaimanapun, ingin diingatkan kepada semua guru agar


mendapatkan laporan PBS bagi murid yang pindah masuk untuk rujukan
dan menyediakan laporan PBS bagi murid yang berpindah keluar untuk
rujukan guru di sekolah baharu.

4.5 Pembudayaan PBS


4.5.1 Penyertaan murid-murid
4.5.1.1 Semua aktiviti/pertandingan/persembahan yang melibatkan murid-
murid KSSR seperti Sukan Tahunan, Kem Bestari Solat, Pertandingan
Bercerita dan lain-lain merupakan contoh-contoh pembudayaan PBS.

2
4.5.1.2 Begitu juga jalinan dengan pihak luar seperti ceramah keselamatan
bersama-sama PDRM, latihan kebakaran bersama-sama pihak bomba
dan Program Doktor Muda bersama-sama KKM.

4.5.1.3 Setiap aktiviti perlu ada laporan dan semua guru yang terlibat perlu
menghantar laporan bergambar beserta brosur kepada Setiausaha PBS.

4.5.1.4 Mohon kerjasama kerana semua ini penting untuk dokumentasi.

4.5.1.5 Setakat tahun 2016, kurang laporan diterima berbanding aktiviti-aktiviti


yang dijalankan. Harap tahun 2017, guru-guru dapat menyediakan
laporan yang diperlukan.

4.6 Informasi PBS


4.6.1 Sebarang informasi PBS untuk rujukan guru-guru akan ditampal di papan
kenyataan di luar Bilik Gerakan Laksamana Tun Tuah.
4.6.2 PBS perlu disebarluaskan oleh semua guru kepada warga sekolah melalui :
4.6.2.1 Pdp
4.6.2.2 Perhimpunan mingguan/harian
4.6.2.3 Laman portal sekolah
4.6.2.4 Poster/banner/brosur
4.6.2.5 Taklimat Orientasi Tahun 1
4.6.2.6 apa jua perjumpaan yang melibatkan ibubapa/penjaga.

4.7 Penataran PBS/Kursus Dalaman (jika ada tahun 2017)


4.7.1 Laporan bergambar perlu dihantar kepada Setiausaha PBS untuk disimpan
dalam fail sebagai rujukan.
4.7.2 Bahan-bahan yang diterima ketika berkursus hendaklah diserahkan kepada
GPK 1. Satu salinan disimpan oleh guru yang telah menghadiri kursus.

4.8 Pentaksiran Sekolah (PS)


4.8.1 Pelantikan Pentaksir Sekolah
4.8.1.1 Semua guru yang mengajar murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 akan
menerima surat pelantikan pentaksir.
4.8.1.2 Setiap pentaksir perlu melengkapkan maklumat diri dan jadual waktu
mengajar yang akan diserahkan selepas jadual baharu diterima kepada
SU PBS dengan kadar segera.

4.8.2 Surat Pekeliling/Surat Siaran Pelaksanaan PBS

3
4.8.2.1 Surat-surat ini perlu dimuat turun daripada portal Lembaga Peperiksaan
atau portal-portal yang berkenaan dan disimpan di dalam fail guru
pentaksir.

4.8.3 Dokumen-Dokumen KSSR


4.8.3.1 Semua guru pentaksir perlu ada dan bawa bersama-sama semasa pdp
dokumen-dokumen berikut:
4.8.3.1.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Tahun 1)
4.8.3.1.2 Dokumen Standard Kurikulum (Tahun 2 dan 3)
4.8.3.1.3 Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (Tahun 2 dan 3)
4.8.3.1.4 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Tahun 4,5 & 6)
4.8.3.1.5 Rancangan Pengajaran Tahunan
4.8.3.2 Dokumen-dokumen ini ada disimpan dalam bentuk hardcopy dan
softcopy di dalam bilik GPK 1.(setakat 2016)
4.8.3.3 Guru-guru juga boleh memuat turun dokumen-dokumen ini di laman
sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum. (www.bpk.moe.gov.my)
Terdapat banyak dokumen terkini di dalam laman ini terutamanya
DSKP Tahun 1 Semakan 2017.
4.8.3.4 Sebarang peminjaman dan pemulangan dokumen-dokumen KSSR
(bilik GPK 1) perlu dicatatkan dalam buku yang telah disediakan.

4.9 Mata pelajaran-Mata Pelajaran KSSR


4.9.1 Terdapat 12 mata pelajaran KSSR untuk tahun 2 dan tahun 3 dan 15 mata
pelajaran KSSR untuk tahun 4 hingga tahun 6 yang ditawarkan di SK Sri
Laksamana.
4.9.2 Walau bagaimanapun, terdapat perubahan pada mata pelajaran dan
peruntukan masa dalam seminggu bagi Tahun 1 2017. Guru-guru boleh
merujuk pada pekeliling di dalam Rekod Pembelajaran dan Pengajaran
Tahun 2017.
4.9.3 Setiap guru perlu mengetahui nama yang betul untuk setiap mata pelajaran
mata pelajaran yang ditawarkan dan peruntukan masa dalam seminggu.

4.10 Pentaksiran
4.10.1 Berterusan iaitu seiring dengan pdp.
4.10.2 Menggunakan kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan
kesediaan murid.

4
4.10.3 Merujuk standard pembelajaran dan standard prestasi yang berkenaan.
Perlu ada bukti (evidens) tahap penguasaan murid dalam pdp sama ada
evidens murid (lisan/perlakuan) atau evidens bahan iaitu apa-apa yang
dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan tugasan.
(individu/berkumpulan)

4.11 Perekodan PBS 2017


4.11.1 Tahun 2 dan 3
4.11.1.1 Modul Perekodan Pembelajaran Murid (Tahap 2 dan 3)-daripada
Lembaga Peperiksaan
4.11.1.2 Terbahagi kepada 2 iaitu Mengikut Mata Pelajaran dan Gabungan
4.11.1.3 Setakat ini, masih perlu diisi kedua-dua bahagian.
4.11.2 Tahun 1
4.11.2.1 Bagi murid Tahun 1 2017, terdapat templat pelaporan KSSR
Semakan 2017 mengikut mata pelajaran yang boleh diperoleh
daripada laman sesawang BPK.
4.11.3 Tahun 4,5,6
4.11.3.1 Bagi Tahun 4,5 dan 6, templat pelaporan mengikut mata pelajaran
juga ada di laman sesawang bpk termasuk Pelaporan Tahun 6 yang
menggabungkan semua mata pelajaran.
4.11.3.2 Pengumpulan data akan dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada
bulan Jun dan Oktober.

4.12 Bahan-bahan ini akan dikumpulkan dalam bentuk hardcopy dan softcopy oleh SU
PBS:
4.12.1 Tiga salinan perlu disediakan. Satu untuk fail PBS, satu untuk simpanan
panitia dan satu lagi simpanan guru.
4.12.2 Guru-guru pentaksir diminta mencetak satu modul perekodan @ pelaporan
kelas mengikut mata pelajaran masing-masing untuk ditampal di ruangan
di dalam buku ringkasan mengajar sebagai persediaan awal dan diisikan
secara manual.
4.12.3 Guru-guru akan dimaklumkan lokasi/komputer untuk memasukkan data
gabungan mengikut kelas kelak.

5
4.12.4 Slip pelaporan murid (Gabungan tahun 2,3,6) dan Pelaporan individu
(setiap mata pelajaran Tahun 1,4,5) akan diserahkan kepada
ibubapa/penjaga bersama-sama slip Peperiksaan Pertengahan
Tahun,Peperiksaan Akhir Tahun, Slip UPSR dan jika ada keperluan khas.
(murid pindah, pemantauan dll. )

4.13 Sudut PBS


4.13.1 Sudut PBS perlu ada di setiap kelas.
4.13.2 Untuk mempamerkan hasil kerja murid-murid atau apa sahaja bahan yang
boleh dirujuk oleh murid-murid.
4.13.3 Disediakan oleh guru-guru mata pelajaran dan guru kelas.

4.14 Peranan Ketua Panitia


4.14.1 Setiap perkara yang dimaklumkan kepada Ketua Panitia dalam mesyuarat
induk perlu disampaikan kepada ahli panitia dan diminitkan.
4.14.2 Setiap kali mesyuarat, panitia perlu membincangkan apa jua perkara
termasuk permasalahan berkaitan PBS.
4.14.3 PBS perlu termasuk dalam agenda mesyuarat panitia.
4.14.4 Sebarang perkara berkaitan PBS yang timbul semasa mesyuarat panitia
perlu dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat induk.
4.14.5 Guru ganti boleh menjadi pentaksir dengan bimbingan Ketua Panitia.

4.15 Fail guru pentaksir


4.15.1 Sebagai salah satu penambahbaikan pengurusan PBS sekolah, setiap guru
pentaksir perlu ada fail individu yang mengandungi perkara-perkara
berikut:
4.15.1.1 Biodata Diri
4.15.1.2 Surat Pelantikan
4.15.1.3 Jadual WaktU
4.15.1.4 Senarai nama murid (kelas yang diajar)
4.15.1.5 Notis/Minit Mesyuarat (jika ada)
4.15.1.6 Surat Pekeliling
4.15.1.7 Dokumen Standard Kurikulum (Tahun 2 dan 3)
4.15.1.8 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Tahun 1,4,5,6)
4.15.1.9 Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (Tahun 2 dan3)
4.15.1.10 Modul Perekodan dan Rumusan (Pertengahan Tahun dan Akhir
Tahun)(Tahun 2 dan 3)
4.15.1.11 Borang Prestasi Ujian Penggal (Pertengahan Tahun dan AkhiR
Tahun)(Tahun 2 dan 3)
4.15.1.12 Pelaporan Prestasi Murid (Pertengahan Tahun dan Akhir

6
Tahun)(Tahun 1.4.5,6)
4.15.1.13 Lampiran

4.16 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum (PAJSK)


4.16.1 Info daripada GPK KoKurikulum/ Penyelaras PAJSK yang akan
dimaklumkan dari masa ke semasa.

4.17 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)


4.17.1 Info daripada GPK HEM/ Guru Bimbingan dan Kaunseling yang akan
dimaklumkan dari masa ke semasa.
Tindakan : Semua guru pentaksir
5. Hal-hal Lain
Tiada

6. Ucapan Penangguhan
6.1 Guru Penolong Kanan 1 berharap agar guru dapat menjalankan pentaksiran dengan
baik dan menyediakan dokumentasi jika perlu serta mengisi data dengan lengkap.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,
ASRAF HADZWAN BIN AHMAD SAFIAN
NAIB SETIAUSAHA PBS
16 JANUARI 2017

You might also like