You are on page 1of 11

MISI WOMEN BOAT TO GAZA AGENDA PUBLISITI .?

Apa yang ditulis ini bakal menerima kritikan pedas daripada umum dan lebih lagi
penganjur gerakan islamisme yang mendokong aspek keislaman dan syaraiiah.

Mereka bergerak di atas landasan fahaman keislaman manakan mungkin tersalah


langkah. Atas ATSAR. Segala sesuatu yang disandarkan
kepada Shahabat atau Tabi'in, namun terkadang atsar juga dimaksudkan dengan
segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW.

Fenomena Flotilla semasa 2010 menjadi tunjang yang kini kesemua yang akan
mengemudi dua perahu, Amal dan Zaytouna seratus peratus di dalamnya adalah
wanita. Menurut agendanya, mereka sudahpun berlepas dari pengkalan Barcelona
pada September 12 -14, 2016. Misi tersebut diketuai oleh Martini Anderson, seorang
ahli parlimen Eropah.

Begitulah sejarah awal Flotilla, episod Marvi marmara yang ditaledani oleh
penganjur women Boat To Gaza. Saat awal penglibatan seorang aktivis Islam
berbangsa Melayu pada 2010 diakhir pemergiannya mendapat bantahan restu juga
daripada sebuah jamaah tersohor di Malaysia. Dua tiga hari sebelum berlepas
mendapat arahan supaya dibatalkan rancangannya. Dia merupakan salah seorang
berbangsa Melayu yang berada di atasw kapal mavimarmara semasa tentera Israel
menyerang kapal tersebut. Juga termasuk salah seorang yang ditangkap dan
dimasukkan dalam penjara di Israel sehingg melalui misi antarabangsa beliau
selamat pulang di Malaysia dan diberikan wsambutan Sang Wira.

Jamaah Islamiah yang beliau dokongi membantah sekeras kerasnya pemergian


beliau atas alasan yang tersirat. Kemungkinan orang yang sepatutnya pergi
dipinggirkan dalam jamaah. Jadinya beliau tidak diterima poleh harakah tersebut.
Hubungan atrau contact point di Malaysia Cuma melalui sang wira tersebut. Tanpa
isyarat daripada sang wira maka perjalanan dari Malaysia tidak akan berlaku. Sang
wira tetap berpegang pada janji dengan contact point dari eropah supaya
perjalanan orang Malaysia pasti berlaku, janji telah dimeterai sehingga saat saat
akhir menerima bantahan dari pucuk pim[insane. Maka ada dua scenario , pegang
pada janji atau menurut perintah jamaah. Maka keputusannya adalah berpegang
pada janji sementara menurut perintah jamaah sifatnya adalah

From September 12-14, the sailing vessels Amal-Hope and Zaytouna-Oliva will
moor at Bosch i Alsina dock in the port of Barcelona where various events
(concerts, talks, nonviolent workshops, a street parade and visits to the boats)
will take place as farewell for the women leaving to break the blockade on
Gaza.Led by MEP Martina Anderson, 55 members of the European Parliament
sent a letter to Federica Mogherini, High Representative of the European Union
for Foreign Affairs and Security Policy, requesting that the EU act to ensure safe
passage of the Flotilla to Gaza. The letter also demands that pressure be placed
on Israel to end the illegal blockade and insist that Israel comply with
international law as a step towards restarting the Middle East Process.

Pihak kami merafakkan salam dan menghulurkan tangan tanda bibit bbit
persaudaraan yang baik sekitar memuliakan perbedaan diantara kita, mengambil
sempena perbicaraan said hawa jundullah saqafatan wa aklaqan. Bahwa seorang
perajurit allah swt menggunakan ilmu dan keluhuran pekerti dalam menampakkan
islam di dalam dirinya. Kita berbincang dan saling bertukar pendapat tetapi masih
dalam ruang lingkup ilmu dan akhlak.

Kita menghormati perbedaan sebagaimana kita saling mengenal antara satu sama
lain. Begitulah keadaan sahabat saya tuan mohd kamal mohd rathi serta saudara
kita, Tahir Ali.

Adapun kesahehan Ummu Haram binti Milhan merupakan seorang wanita yang
bermujahadah. Semasa zaman khilafah Usman ibnu Affan yang merangkakan satu
pasukan yang diketuai oleh Muawiyah bin abi suffan ke kepulauan cypus bagi
melumpuhkan kemaraan mush dan berjayanya misi tersebut. Beliau bepergian
dengan pasukkan tentera islam bersama sama dengan suaminya Usamah bin
thamit. Diakhir kan cerita merupakan korban pemula seorang wanita yang shahid
sabit dariada seekor baghal yang ditunganginya menghunjam sehingga ummu
haram terjatuh dan meninggal dunia sebagai shahid.

Dalam nota yang ditulis menyebut secara tegas permasaalahan kontroversi syara
dan factor keselamatan kepada wanita islam. Ummu haram berada dalam
lingkungan tentera islam dan suaminya yang bersama sama sehingga beliau
shahid. Kita melihat dalam perspektif kontroversi syara bukannya aspek jihad yang
merupakan kewajiban lelaki dan wanita muslim.

Perspektif reality ummu milhan tidak sama dengan women boat to gaza kerana
status kontroversi syara. Itulah perkiraan yang saya ingin nyatakan sementara
women boat to gaza merupakan seratus peratus wanita yang mengenderainya.
Kualiti Pemikiran Umat Melayu Dalam Real Islam.

Jangan tunggu menjadi kaya baru mahu menderma lagi berzakat. Orang yang ada
RM100, diberikan sedekah RM10, maka ia adalah 10% daripada sakunya. Orang
yang punya sejuta ringgit kalau diberikan sedekah RM10 cuma merupakan
0.000001 peratus daripada harta yang dia miliki. Kuantitinya sama, kualitinya
berbeda menurut keikhlasan yang ada pada amalan tersebut.

Nabi SAW bermimpi Umar membawa timba yang besar memberi minum kepada
bilangan ramai sementara para sahabat yang lain membawa sekadar daripada
kemampuan yang ada untuk memberikan khidmat kepada orang lain, tidak sama
dengan umar yang kemampuannya amat besar.

Begitu juga Muadz yang ditunjuki oleh Allah SWT akan kemampuan memahami fikh
semasa, reality hukum yang mahu diterjemahkan dalam kehidupan seharian
menurut reality atau keadaan semasa. Beliau mengutamakan Al Quran dan
sunnah terlebih dahulu sebelum mengemukakan pandangan nya yang merupakan
ahli fikh terbilang dalam menentukan asas hukum dalam syariat .

Inilah yang perlu merupakan pertimbangan ilmuwan islam kerana sering


menggunakan fatwa atas dasar mencari hukum membolehkan sesuatu yang harus
menjadi halal atau haram, manakala kejelasan perkara haram menjadi mubah atau
keharusan kelonggaran kerana gejala memberi hukum dalil bagi membolehkan
sesuatu.

Contoh contoh yang diperkatakan tadi, bermula dengan entity sedekah rm10 untuk
yang memiliki rm100 atau sejuta menurut kapasiti kewangan dalam linkungan
kuantiti menurut kadarnya kekayaan, orang yang tidak mempunyai banyak wang
memberi pada kadar kapasiti yang banyak kauntitinya. Orang kaya yang ada wang
memberi pada kadar kapasiti yang sedikit kerana kuantitinya cuma 0.000001
peratus sahaja. Factor keikhlasan menjadi penentu kepada keduanya kerana
keikhlasan adalah exponent kepada segala amal. Akan tetapi keikhlasan yang
sudah dimiliki sapertimana ikhlasnya umar merangsangkan lagi dengan kuantiti
yang banyak yang memungkinkan persona amal itu membawa ramai, bilangan
yang banyak yang mendapat kebaikan. Alangkah baiknya mendapatkan kuantiti
bersama sama dengan kualiti yang banyak juga.

Hal yang sama selepas itu setelah direstukan dengan kuantiti bersama kualiti
terlaksana semuanya atas batas syariat yang tidak bermudah mudah dalam hal
perlaksanaan hukum, telus tanpa bermain main dengan syariat agama. Diteladani
saperti sayidina Muadz yang tidak membelakangkan Al Quran dan Sunnah.
Terdapatnya dalambrealiti hari ini ramai cendikiawan islam mendepani hukum
agama dengan banyak mengeluarkan fatwa sesat bagi merealisasi kehendak
kerajaan yang mahu menghalalkan pekerjaan haram para penguasa.

Mereka sibuk membuat rujukan mengalihkan asas hukum agama sapertimana


berlakunya para alim ulama yang mencari fatwa menghalalkan nikah kahwin yang
banyak kepada khalifah juga membolehkan gundik sebagai hamba sahaya
memuaskan nafsu seks mereka. Para alim ulama akan terus mencari keharusan
dalam agama bagi membolehkan kehalalan. Inilah yang berlakunya hari ini,
banyaknya para cerdik pandai agama yang bekerja dengan kerajaan sentiasa
mengeluarkan fatwa bagi membolehkan perkara haram dalam agama menjadi
harus dan dibolehkan.

Rosaknya nya agama dalam ihya ulumiddin sapertimana kata kata permulaan
imam al ghazali, syariat itu daripada agama, betapa adanya orang orang yang
cerdik pandai dalam agama yang merosakkan syariat dengan menukar hukum asal
menurut kehendak mereka demi kepentingan sesetengah.
(2) Misi women boat to gaza Agenda Publisiti?

Kami menerima perbetulan bukan pembetulan. Perbetulan merupakan teori


menyanggah fakta mahupun dakwaan sementara pembetulan pula adalah
memperbetuli fakta yang salah. Kami sering mengemukakan nasihat dan tunjuk ajar
tentang perkara yang berhubung dengan kontroversi syariat yang berhubung WBG
(women Boat To Gaza). Nukilan dan sorehan daripada saudara dan rakan dakwah
berhubung dengan hukum mahram sudahpun diketahui umum malah saya tidak
pun mempersoalkan akan hukum syariat di atas fakta tersebut. Perkataan Kamal
Mohd Rathi dan tahir Ali ( denganketerangan drp yusuf qardawi yang ditempelkan
dalam teks arab lagi). Sekarang pula ustazah maznah daud memberi keterangan
dalam fakta nya yang sama tentang perempuan bermusafir tanpa mahram.
Semuanya tidak dipertikaikan dan bukanlah maksud sebenar daripada
perbincangan ini. Tentu orang yang matang tentang hukum fikh mahu berbicara
sesuatu yang bukan merupakan topik sebenar daripada nasihat dan kata kata
yang mahu dibicarakan itu.

Kita telahpun mengetahui fatwa dan hukum hakam tersebut sapertimana perkara
adanya seorang amah dalam sebuah rumahtangga yang mana isteri ketiadaan di
rumah sementara suaminya ada bersama seorang amah atau pembantu rumah.
Kami telah pun tegaskan semasa menjawah kembali jawaban yang diberikan oleh
rakan dakwah. Kini pula diterangkan secara pasti oleh seorang lagi rakan dakwah
yang mengeluarkan fakta tentang konsepsi mahram seorang wanita dalam
pemergian. Kita semua setuju dan menerima, sedangkan persoalan yang
dikemukakan tidakpun menjurus kepada fakta tersebut.

Kadang kadang kita serba kebingungan serta penuh tanda tanya, apakah mereka
mengerti persoalan yang kita tanyakan itu atau sengaja menjawab persoalan yang
bukan ditanya buat mengelirukan pembaca yang lain. Adakah kita ini sarat bodoh
bendul atau sengaja mahu menukar topik yang sebenar. Maka kita pun berkata
dengan perkataan yang nyaring serta berkata dengan gema yang tegar. Kita tidak
langsung berbicara tentang persoalan mahram seorang wanita semasa
berpemergian denganketiadaan mahram. Lihatlah dan pandanglah FB yang
telahpun dinukilkan sebelum ini dalam MISI WOMEN BOAT TO GAZA AGENDA
PUBLISITI yang tersurat pada FB Abdullah Yahya pada September 20 2016

Persoalan kita yang sebenar adalah kontroversi sekuriti, keselamatan dan niat
langkah publisiti yang menjadi objektif utama dalam misi WBG.

Kini semuanya sudahpun berakhir dengan publisiti. Wanita yang berpemergian


sudahpun kembali dan mendapat jolokan SARIKANDI walau langkah ke Gaza tidak
tercapai dengan sempurna. Kapal Zaytuna Olivia ditunda oleh rejim Israel dan
SOP (Standard Operating Procedure) kepada pemenjaraan merupakan strip search
yang sarikandi itu mendakwa terlepas sementara semua kena dibogelkan kecuali
dia seorang kerana dia seorang doktor. Satu dakwaan yang ganjil tetapi kita
menerima seadanya akan perkataan itu sebagai benar.

Kini setelah kembali perkataan yang kita dengar pula daripada tokoh pendakwah
wanita yang lain dengan nada yang sinis, perkataan sumbang daripada individu
yang negative terhadap WBG). Seharusnya perkataan yang baik itu adalah
kesyukuran yang tidak berbelah bagi lalu dengannya mengeluarkan mutiara kata
yang menunjukkan kegemilangan akhlak dari peribadi seorang pendakwah
sapertimana perkataan yang baik itu laksana mutiara hitam yang cemerlang
gemerlapannya yang dituai orang dari lautan yang dalam.

Dakwah itu adalah satu taklif rabbani yang berkecimpung oleh para pendakwah
dalam sebuah harakah atau jamaah islam. Jamaah islam itu pula tertakluk di bawah
syariat. Hukum agama yang tidak terlepas daripada mana mana individu muslim
daripada tubuh seorang qiyadah, murabbi dan juga para pendakwah sekelian.
Jamaah tidak mungkin mendahului syariat dalam kepatuhannya kepada syara.
Jangan pula jamaah mengarahkan kepatuhan kepada anggotanya supaya patuh
kepadanya diluar ruang lingkup syariat atas alasan, saminqna wa ataqna tanpa
terlebih dahulu melihat kepada batang tubuh jamaah dan pemimpinnya. Pemimpin
meminta ketaatan secara taqlid tanpa syariat yang kukuh.

Maka sekembalinya sarikandi kamipun mengeluarkan perkataan yang takzim,


syukurlah kerana tidak dibelasah sebagaiman berlakunya kepada ramai wanita
palestina yang digagahi secara kasar. Israel mengambil pendekatan yang aman
walaupun itu bukanmerupakan fitrahnya. Syukurlah kerana kontroversi syara dalam
hal hal keselamatan seorang wanita mendapat perlindungan Azza wa jalla.
Syukurlah kerana kembalinya dengan aman dan tidak diperkosa. Syukurlah kerana
itu adalah rahmat.

Maka kami ingatkan keadaan syukurnya umat Muhammad SAW semasa hayat
Rasulnya, menerima bait bait wahyu,

1. apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan

2. dan Engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah berbondong - bondong

3. maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya,
Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Ajakan wahyu Ilahi supaya berbanyakkanlah pujian kepada Ilahi dari memuji manusia,
sarikandi secara berlebih lebihan dan juga jamaah yang mahu merangkum publisiti supaya
dinilai sebagai berjaya keantarabangsaan. Laksanakanlah permohonan keampunan kerana
masa inilah, ketika yang amat sesuai memohon ampun kalau niat itu tersalah sasar kerana
semasa itu perasaan menang telah menyoroti ramai termasuk jamaah.

Perbidalan melayu juga pernah tersohor dalam menukilkan pepatah,

Minta nasihat anak, mata buta sebelah, minta nasihat orang mata buta dua belah.

Apakah manusia boleh memberi pertimbangan yang betul tentang nilai kemenangan dan
kejayaan seseorang atau lambung sebuah harakah dan jamaah Islam. Semestinya Allah SWT
yang menitipkan kejayaan di atas kebagusan niat keikhlasan dan amalan salleh seorang
hamba yang berada dalam jamaah islamiah, terasnya adalah muklisin

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1. Memperbanyak Membaca La hawla Wala


Quwwata Illa billah Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca La Ilaha Illallahul Malikul


Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nuaim dan Ad Dailami).
3. Membaca Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Taala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Daawat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:


Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIAAH :


Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malammaka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup (HR. Al-Baihaqi dalam
Syuab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :


Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahualaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibahal-Bazzar.Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad malul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas


yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami.Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.
Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM FAKIR
MISKIN MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAHKabulkanlah doa kamiAamiiin


YA ALLAH Ya Robbal Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Doa kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....
ORANG MELAYU KEHILANGAN TERAS.

Kekayaan saudagar saudagar adalah pada pundi pundi emasnya, kekayaan pendita
adalah kepingan - kepingan kertas kertasnya. Itulah gambaran sukma daripada pendita
Zaba. Kata kata hikmat yang sendat makna bersurat lagi tersirat.

Tinta yang bertulis dengan sayembara teka teki realiti Melayu hari ini. Perkataan sayembara
yang dikutip daripada bahasa sang sakarta dewa (Sanskrit) syayam vara satu perlumbaan
atau mungkin juga pertaruhan. Desas desus yang kaget, melayu berada diambang
kehancuran deras kerana kehilangan teras. Tumangnya sudah mula goyang, asasnya yang
kukuh sudahpun menampakkan kuda kuda yang lenguh dan mula lemah longlai,
menunggu masa untuk rebah.

Sapertimana hikmat auta dari kata kata sang perdana, nujum pak belalang baru baru ini,
orang melayu akan menjadi bangsa yang bangsat kalau tidak ada UMNO. Apakah benar
orang melayu selama ini hidup dengan bantuan dan pertolongan daripada ehsan UMNO,
sementara UMNO tidak memerlukan bangsa melayu untuk meraih undi demi menang dalam
sebarang pilihanraya, dari dahulu sehingga sekarang.

Orang melayu bakal kehilangan segala galanya sekiranya yakin dan percaya bahwa UMNO
lah satu satunya keselamatan kepada orang melayu, survival hidup entiti melayu. Melayu
akan mati kalau UMNO kalah dalam pilihanraya. Ini cuma satu tafsiran ngeri yang mahu
disematkan ke dalam jiwa raga dan pemikiran orang orang melayu samada dalam mimpi
tidurnya lebih lagi dalam kehidupan harian. Biarlah orang melayu bermimpi disiang hari
mahupun bermimpi malamnya, lagak UMNO adalah penyelamat kepada kesinambungan
bangsa melayu untuk bertapak sebagai kuasa mutlak seadanya.

UMNO mahu supaya orang melayu bergantung kepada UMNO sepenuhnya.

UMNO itu melayu dan Melayu itulah UMNO satu metafora bersalingan, benci tapi rindu atau
sayang tapi benci. Anggapan UMNO bahwa UMNO itu satu bangsa dan bangsa itu adalah
UMNO. UMNO itu tokohnya cuma anggota yang bernaung dibawah UMNO. Selainnya adalah
Melayu kelas dua, bangsat dan patik kepada UMNO.

Teras atau tumang mahupun asas bangsa melayu adalah UMNO dan jatuhnya UMNO
merupakan musibah besar kepada bangsa melayu. Inilah andaian UMNO bahwa bangsa
melayu akan hancur dengan jatuhnya UMNO dipersada kuasa. UMNO berkuasa di atas
mandat rakyat. Maka rakyat semestinya memahami ertinya Melayu dan UMNO. UMNO dan
melayu laksana isi dengan kuku, saperti juga antara rakyat dan raja, berpisah tiada.

Inilah susuk bangsa yang menjadikan UMNO keramat hidup bahwa entiti UMNO mestilah
dipupuk demi semalam hari ini dan selama lama. UMNO merupakan harapan perubahan
demi kejayaan bangsa melayu. Kononnya di bawah naungan UMNO lah bangsa melayu
mencapai kemajuan. Demi undi rakyatlah yang memberi kuasa untuk UMNO memerintah
dan kekalkan pemerintahan. UMNO janganlah memacukan dirinya boleh bertahan tanpa
sokongan orang melayu. Orang melayu janganlah terpesong harapan tanpa UMNO melayu
akan bangsat.

Kini UMNO sedar bahawa orang melayu tidak memihak seratus peratus pada entitinya lagi.
Tidak macam dulu dulu, undi melayu yang padu, sehinggakan untuk mendapat satu kerusi
parlimen atau kerusi undangan negeripun susah, mesti mengerahkan tenaga, menghempas
pulas serupa berjihad demi memenangkan satu kerusi.

Masa yang amat berubah ini adalah akibat daripada kesedaran islamisme yang memberikan
nafas baru kepada perjuangan. Bermulanya dengan sokongan lalu dokongan ditempah
kerana pemikiran sudah boleh diubah kepada satu konsepsi yang kental. UMNO bukanlah
satu satunya penyelamat bangsa. Ia cuma alat, perkakas pada satu ketika yang kini sudah
menampakkan belang wahana, nila setitik rosak susu sebelanga. Sentiasa memberi
harapan fatamorgana, harapkan Pegar, Pegar makan padi.

Kemudian daripada itu demi memartabatkan UMNO, maka ia berselindung di atas kesedaran
agama sehinggakan ramainya tokoh pemuda islam yang menompang lalu menongkah hayat
hidupnya disaat UMNO mula hanyut, tongkang yang mahu tenggelam. UMNO hidup semula
disebalik hayat laksana nyawa ikan. Derasnya kemasukkan anggota daripada beberapa
jamaah islam yang meninggalkan saranan dakwah kepada saranan politik menguasai medan
politik UMNO. Selepas beberapa lama, pendakwah islamisme yang bergerak di bawah UMNO
juga dihambat keluar sebagai realiti duri dalam daging. Ini adalah real sejarah golongan
pendakwah yang menyusup masuk, mahu merubah scenario politik tanah air. Medan
dakwah menghilang daripada susuk mereka walaupun menampakkan peribadi muslim
dalam sarung UMNO.

Peredaran masa yang deras memungkinkan golongan yang dihalau dalam UMNO melibatkan
diri mereka dengan PAS sehingga memenangkan PAS dalam pilihanraya umum ke 10, juga
dalam PKR sehingga tertawanya beberapa negeri di bawah PAS dan PKR.

Sehingga kini, golongan yang sama juga mula mengorak langkah untuk mencari identitinya,
menempa sejarah baru, mencari wirawasa identiti diri sendiri dengan menubuhkan sebuah
parti politik sepertimana Pan Islamisme sebelum merdeka. Kini, PAS menjadi kemelut dan
tidak enteng dengan peranan gunting di dalam lipatan oleh golongan yang sejak dari
dahulu merupakan satu group yang suka merosak daripada membina peranan islam dalam
masyarakat.

Kami masih ingat kata kata pendita Zaaba semasa menukilkan sebuah pantun,

Rosak Rumah Kerana Sendi


Sendi Rosak Rumah Binasa
Rosak Bangsa Kerana Budi
Rosak Budi Bangsa Binasa.

Kita berada di dalam zaman yang penuh dengan fitnah. Pancaroba, kerana terlalu ghairah
golongan agama berhadapan dengan wijhah. Panduan hidup yang seimbang dengan nilai
syara. Golongan pendakwah yang kehilangan wijhah sehinggakan tujuan asal perjuangan
menjadi enteng lalu tujuan politik menjadi survival untuk hidup dan medan dakwah menjadi
remeh, cuma batu loncatan untuk menjangkau kekuasaan dalam politik.

You might also like