You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT AGONG TAHUN 2017

KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM


SMK CYBERJAYA

Hari : Rabu
Tarikh : 4 Januari 2017
Tempat : SBC 104
Masa : 7.30- 8.30 pagi
Kehadiran ahli : 32/35

Agenda :

1.Ucapan ketua guru penasihat


2.Pelantikan jawatankuasa tahun 2017
3.Penetapan yuran tahunan
4.Perbicangan aktiviti tahunan
5. Hal-hal lain

1.0 Ucapan ketua guru penasihat

1.1 Ketua guru penasihat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua
ahli kadet ke mesyuarat agong kali pertama.
1.2 Penasihat juga mengalu-alukan kedatangan ahli baru dan penerangan
berkaitan situasi pendaftaran badan beruniform

2.0 Pelantikan jawatankuasa tahun 2017

2.1 Pelantikan dimulai dengan jawatan sementara setiausaha badan beruniform


bagi mencatatkan pemilihan jawatankuasa, Siti Nabila Ayuni.
2.2 Pelantikan meliputi jawatan Pengerusi, Naib pengerusi, Bendahari,
Setiausaha dan AJK Tingkatan.
2.3 Pengundian dilakukan oleh ahli-ahli daripada tingkatan 1 hingga 5,
pelantikan seperti lampiran.

3.0 Penetapan yuran tahunan

3.1 Pengerusi mengendalikan mesyuarat dan meminta pelajar mengundi yuran


tahunan sama ada RM3 atau RM5
3.2 Undian tertinggi memilih RM5 yuran tahunan

4.0 Perbincangan aktiviti tahunan

4.1 Pengerusi meminta ahli-ahli memberikan cadangan aktiviti tahunan.


4.2 Antara cadangan aktiviti adalah mengadakan pertandingan berkumpulan
dan lawatan.
4.3 Mesyuarat memutuskan aktiviti akan dibincangkan dalam jawatankuasa
tertinggi sahaja (Lampiran takwim tahunan)
5.0 Hal-hal lain

5.1 Ketua guru penasihat memperkenalkan pembantu guru penasihat iaitu Cik
Nur Izzaty dan Cik Rodiah.
5.2 Penekanan berkaitan peraturan pemakaian semasa aktiviti dijalankan.
5.3 Peringatan kepada pelajar tingkatan 1 berkaitan kad kokurikulum semasa
aktiviti perlu diserahkan kepada guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.30 pagi.

Disediakan oleh

..
(SITI NABILA AYUNI)

Disemak oleh

(ZARAH AHMAD)

You might also like