You are on page 1of 3

Video: Guru Tendang,

Tampar Dan Tarik


Rambut Murid
Published on Jan 1, 2017 in Gaya Hidup/Utama & Sensasi
MENDIDIK bukanlah satu tugas yang mudah, apatah lagi
jika tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
Guru tadika umpamanya, setiap hari mereka berdepan dengan kanak-kanak seawal
usia empat tahun yang mempunyai banyak karenah dan sikap masing-masing.

Jika tiada sifat sabar yang tinggi, maka terjadilah kejadian anak murid didera dengan
begitu kejam sekali.

Memetik Daily Mail, seorang guru wanita di China tergamak membelasah dua anak
muridnya gara-gara tidak berpuas hati dengan prestasi mereka yang teruk.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 42 saat, kelas
tarian itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dua kanak-kanak perempuan itu
didera disebabkan tidak dapat menghafal rutin menari.

Dapat dilihat, guru kejam itu menarik kedua-duanya ke tepi sebelum mula
membelasah. Paling teruk, ada seorang lagi guru di situ namun dia hanya melihat
tanpa ada sebarang tindakan untuk menghentikan kekerasan tersebut.

Guru bersifat binatang itu bagaimanapun telah dipecat kerana menyebabkan


trauma yang teruk kepada kanak-kanak terbabit.

Netizen yang melihat rakaman ini meluahkan rasa marah dan simpati mereka
dengan apa yang berlaku.

Seharusnya kejadian seumpama ini dijadikan pengajaran terutamanya pada guru


supaya lebih bersabar dan melayan anak murid seperti anak mereka sendiri.
MYNEWSHUB.CC
Ultraman Sambut Murid
Tahun Satu Di Batu
Pahat
Published on Jan 1, 2017 in Gaya Hidup/Utama & Sensasi
WAH! Semakin kreatif guru-guru di Malaysia yang tampil
dengan cara tersendiri bagi menarik perhatian murid-
murid tahun satu bagi memulakan sesi persekolahan
2017.
Menerusi laman sosial, gambar guru-guru berkenaan yang gigih menggunakan sut
adiwira Ultraman itu dirakam ketika di hadapan pintu Sekolah Kebangsaan Sri
Rengit, Batu Pahat, Johor pada awal pagi tadi.

Hebat bukan pengorbanan para guru berkenaan?

Siapa yang tak kenal Ultraman kan? Ultraman telah menjadi hero dan penawar duka
kanak-kanak sejak dari zaman 60-an lagi. Semua orang sayangkan Ultraman.

Ia lantas menimbulkan pelbagai reaksi positif khususnya daripada golongan ibu-


bapa yang turut teruja dengan kehadiran Ultraman ketika menghantar anak ke
sekolah.

Walaupun nampak kecil, usaha murni ini sememangnya wajar diberi pujian kerana ia
mampu memberikan semangat kepada murid-murid yang gementar dan tidak biasa
pada hari pertama persekolahan.

Apa pun, pastinya murid-murid menjadi lebih bersemangat di sekolah apabila


mengetahui Ultraman Taro dan Leo sedang gigih mengawal pintu masuk daripada
raksaksa-raksaksa jahat. MYNEWSHUB.CC

You might also like