You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM / J-QAF MORAL KALI PERTAMA TAHUN 2015

Tarikh: 22 Januari 2015 (khamis)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Anjung Asrama Desa SKGN

KEHADIRAN :

I. Pn Dalila binti Awang Guru besar

II. En Wan Hassan bin Ismail Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

III. Pn. Siti @ Lebar bt. Rejab Ketua Panitia Pendidikan Islam

IV. En. Mohammad Sofi Hassan Setiausaha Panitia Pendidikan Islam

V. En.Rohisyam bin Abidin Penolong Setiausaha Panitia Pend.Islam

VI. En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe AJK GPI

VII. Pn. Salihah bt. Abd. Kadir AJK J-QAF

VIII. Pn. Suriany bt. Idris AJK J-QAF

IX. Pn. Hasnah bt. Wahab AJK GPI

X. Pn Athiyah bt Shuid AJK MORAL

XI. Pn Sharizah bt Abdullah AJK MORAL

XII. En Ridzuan bin Ismail AJK MORAL

1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS (Pn. Siti @ Lebar binti Rejab)

1. Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah


2. Ucapan salam dan terima kasih atas kehadiran semua GPI/J-QAF dan Pendidikan Moral yang terlibat dalam mesyuarat panitia
pada kali ini.

2. UCAPAN GURU BESAR (Pn. Dalila binti Awang )

1. Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua GPI/J-QAF dan guru-guru KAFA.
2. Mengucapkan tahniah kerana berjaya bermesyuarat mengikut takwim tahunan
3. Berharap panitia Pendidikan Islam dapat memainkan peranan yang lebih baik dalam mendidik anak bangsa termasuk membantu
membentuk akhlak yang baik di kalangan murid.
4. Mengharapkan semua perancangan panitia dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
5. Meminta supaya menyediakan laporan bagi setiap program yang telah dilaksanakan untuk pemantauan oleh pihak-pihak yang berkaitan.
6. Berharap agar semua program yang dirancang untuk tahun ini dapat dilaksanakan.
7. Mohon supaya semua GPI/J-QAF dapat mengadakan perbincangan dengan sebaik mungkin jika ada sebarang masalah yang timbul.
8. Memaklumkan tujuan lantikan AJK asrama 2015 terdiri dari GPI dan j-QAF adalah kerana ingin sumbangan idea dan juga tenaga untuk
melestarikan pelajar yang tinggal di asrama khususnya dalam bidang kerohanian.

3. PERANCANGAN PANITIA BAGI TAHUN 2015

1. Pengerusi mencadangkan untuk diadakan info agama Islam pada setiap pagi Jumaat dan akan disampaikan oleh murid tahap dua
2. Ceramah sempena Maulidur Rasul
3. Program celik jawi
4. Pengerusi mengedarkan lampiran perancangan untuk tahun 2015 dan semua ahli diminta merujuk lampiran tersebut sambil dibaca
oleh setiausaha.
5. Solat zohor akan diadakan setiap hari yang mempunyai kelas tambahan dan hari kokurikulum dan akan dipimpin oleh guru beragama
Islam secara bergilir-gilir.
6. En. Mohd. Sofi menjelaskan bahawa cadangan solat berjemaah tersebut hanya bagi hari Rabu sahaja (Hari ko-kurikulum).

. AGIHAN TUGAS UNTUK MTQ

1. Pengerusi memaklumkan kepada mesyuarat bahawa MTQ PKP Arau akan diadakan pada 28 Mac 2015 dan GPI akan melatih peserta
untuk pertandingan tersebut.
2. Guru besar memohon supaya pengagihan tugasan melatih peserta mengikut kepakaran masing-masing
3. Nasyid @ Ustaz Rohisyham bin Abidin, En Wan Mohammad Nizar bin Wan Pe dan dibantu oleh guru Pendidikan Moral iaitu En Mohd.
Ridzuan bin Ismail
4. Hafazan akan dilatih oleh Puan Hasnah Binti Wahab bagi lelaki dan perempuan
5. Tilawah akan dilatih oleh Ust Mohammad Sofi bin Hassan
6. Kuiz akan dilatih oleh Ustazah Suriany binti Idris
7. Bercerita : Ustazah Siti @ Lebar binti Rejab

5. PROGRAM IMARAH SURAU

1. Guru besar berharap supaya pada tahun ini SKGN akan tercalon untuk pertandingan imarah surau dan guru boleh untuk memohon
sebarang pembelian yang berkenaan dengan program imarah surau dengan menggunakan peruntukan yang sedia ada.

2. Memastikan murid-murid menyusun kembali telekung dan selipar selepas solat.

3. Pengerusi mencadangkan untuk melantik lantikan baru untuk program imarah surau dan guru besar mencadangkan supaya lantikan
tahun 2014 dikekalkan semula dan mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.

4. Ustaz Wan Mohammad Nizar akan bertindak sebagai ketua bagi mengecat tiang surau dan ustaz Wan Mohd Nizar akan menyambung
semula kerja yang tertunda disebabkan kekangan pada tahun lepas.

6. KEM BESTARI SOLAT

1. Ustazah Salihah mencadangkan supaya pelaksanaan kali ini lebih efisien dan mengikut takwim mempunyai empat fasa.

2. Ustazah Suriany mencadangkan untuk melantik penyelaras bagi setiap kem.

Kem 1 : Ustazah Salihah

Kem 2 : Ustazah Suriany

Kem 3 : Ustaz Wan Mohd Nizar

Kem 4 : Ustaz Mohammad sofi

7. PAFA

1. Mesyuarat bersetuju untuk melantik Ustazah Hasnah sebagai penyelaras PAFA bagi tahun 2015 .

2. Ustazah Hasnah memohon supaya setiap guru yang mengajar pendidikan Islam mempunyai satu fail untuk PAFA bagi memudahkan
proses penilaian.
3. Penyelaras juga memohon semua guru supaya sentiasa mengemaskini fail PAFA seperti yang diarahkan.
4. Guru Besar mencadangkan supaya guru akademik biasa juga dilibatkan bersama dalam menjayakan pertandingan tersebut.

8. PERRUNTUKAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB

1. Ketua panitia akan memaklumkan pada mesyuarat akan datang berkenaan dengan peruntukan untuk panitia.

9. HAL HAL LAIN

1. Puan Sharizah memaklumkan kepada mesyuarat bahawa murid moral akan masuk dalam bilik moral pada pagi jumaat pada waktu
bacaaan yasin dan akan dipimpin oleh En Chatri a/l Sing.

2. Murid moral akan pulang pada waktu pelaksanaan tasmik sekiranya berlaku pada waktu akhir mata pelajaran.

3. Jadual tugas untuk program kerohanian asrama dan mesyuarat bersetuju untuk diadakan program tersebut pada dua kali seminggu iaitu
pada Selasa dan Khamis.

4. Guru perempuan akan memimpin kelas quran pada waktu malam ( SELASA) dan guru lelaki akan memimpin bacaan yassin dan
tazkirah pada hari Khamis ( malam )

5. Guru Besar berharap dapat ditambah bahan ilmiah dalam surau dan pastikan guru yang terakhir sekali keluar selepas ada program di
surau.

Mesyuarat ditangguh pada jam 4.27 petang dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan Oleh:

(MOHAMMAD SOFI BIN HASSAN)

Setiausaha Panitia Pendidikan Islam,


SK Guar Nangka,
02500 Mata Ayer, Perlis.

You might also like