You are on page 1of 4

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif:

1) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi lelaki bekerja membeli produk


kesihatan dalam talian di Sungai Siput (u), Perak.

2) Mengkaji kesan produk pembelian produk kesihatan secara talian dalam kalangan lelaki
bekerja di Sungai Siput (u), Perak.
PENGENALAN
Secara amnya, Perniagaan (syarikat, perusahaan atau firma) adalah didefinisikan sebagai
sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau
perkhidmatan , atau kedua-duanya, kepada pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan.
Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang utama. Kebanyakan perniagaan adalah milik
persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari keuntungan yang akan
menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya.
Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu
penerimaan atau penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan
penerimaan risiko. Pengecualian penting termasuklah perusahaan kerjasama dan perusahaan
milik negara. Perniagaan juga boleh dibentuk menjadi tanpa keuntungan atau menjadi
perusahaan milik negara.

Dalam pada itu, perniagaan dalam talian dapat didefinisikan secara lebih mendalam. Menurut
Menurut Mentor Penulisan Berpengaruh , Tuan Aqif Azizan , Perniagaan internet
merupakan perniagaan yang dilakukan secara online yang mana ia menggunakan internet sebagai
medium perantaraan antara penjual dan juga pembeli . Perniagaan internet juga adalah sama
dengan perniagaan offline lain di mana ia tetap memerlukan tapak perniagaan, modal , barangan
perniagaan, dan juga promosi untuk barang yang di niagakan itu . Apa yang membezakan
cumalah platform sahaja .

Aktiviti jual beli secara talian di Malaysia mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan
dari semasa ke semasa. Pada hari ini, membeli barangan-barangan fizikal melalui internet telah
menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna internet di Malaysia ini. Ini turut dibantu
dengan kehadiran laman web gergasi yang mampu meningkatkan lagi serta mendorong kepada
peningkatan aktiviti jual beli secara online di internet ini. Antara laman web tersebut ialah
Zalora.com.my, Lazada.com.my, SuperBuy.my dan banyak lagi.

Menurut kajian OpenMindsResources.com, 29% dari pengguna internet di Malaysia lebih suka
menghabiskan masa sekurang-kurangnya 1-2 jam untuk membeli-belah di internet. Antara
barangan yang biasa dibeli ialah pakaian & hiasan, barangan elektronik, barangan komputer,
buku, produk kesihatan dan sebagainya.

Lebih mengejutkan lagi ialah pengguna internet di Malaysia rata-ratanya tidak kisah berbelanja
RM100-RM300 untuk membeli-belah di internet. Malahan kebanyakan daripada mereka turut
gemar membayar barangan yang dibeli tersebut dengan Kad Kredit dan mereka juga lebih
gemar membeli melalui laman web berbanding membeli di Facebook.
LOKASI KAJIAN
Kajian akan dilakukan di negara Malaysia. Negara Malaysia terletak di benua Asia. Malaysia
berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut
dengan Singapura dan Filipina. Di utara Semenanjung Malaysia ialah Thailand dan di Selatan,
ialah negara jiran Singapura. Sabah dan Sarawak terletak di utara Indonesia di Borneo dan
Sarawak turut berkongsi sempadan dengan Brunei.

Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang Terdiri
daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan.Malaysia terletak antara 2 dan 7 ke
utara Garisan Khatulistiwa, menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350
batu). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China
Selatan,iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).
Terdapat 14 negeri (termasuk wilayah) di Malaysia.

Jika dilihat dengan sedikit mandalam, kajian akan dijalankan di negeri Perak Darul Ridzuan.
Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada
13 buah negeri yang membentuk Malaysia (lihat peta). Negeri Perak merupakan negeri yang
kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.

Jika dilihat secara lebih terperinci, lokasi kajian ialah di daerah kecil Sungai Siput (u), Perak .
Lokasi ini dipilih kerana kediaman penjual produk dan respondan terletak di sini. Lokasi ini juga
dipilih kerana berdekatan dengan rumah pengkaji yang dapat memudahkan pengkaji
mendapatkan maklumat yang diperlukan. Lawatan ke rumah pengkaji juga dapat dilaksanakan
dengan kerap. Kekerapan melawati kawasan kajian membolehkan pengkaji menjalankan kaedah
kajian secara lebih konsisten dan sistametik. Pengkaji juga dapat bertemu dengan respondan
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan mudah

You might also like