Professional Documents
Culture Documents
Tidak kira kita dari apa sahaja kepercayaan ataupun agama, ini adalah sandaran kita. Sebagai
masyarakat majmuk di Malaysia, kepercayaan kepada tuhan merupakan salah satu tunjang
perpaduan atau rukun negara kita.
Sebagai contoh jika dalam bilik sewa yang beragama Islam, mungkin kita perlu sentiasa
nasihat-menasihati sesama kita. Itu adalah ajaran agama Islam. Kepercayaan mana-mana
agama pun berteraskan toleransi dan persefahaman antara individu.
Admin membawa isu ini kehadapan kerana ia berkait rapat dalam hidup bilik sewa. Ada yang
memandang rendah, tetapi kita tidak perlu menjadi seorang yang terlampau konservatif dan
menjauhkan orang lebih takut untuk mendekati agama. Jadilah konservatif yang mampu
membimbing rakan bilik sewa. Jadilah seorang yang berguna dimana mampu menarik orang
lain mendekati agama dalam perspektif yang elok. Sesama Islam mahupun sesama agama
lain yang ada di Malaysia ini. Kerana inilah tunjang perpaduan. Jika kita bermula dengan
perbezaan contoh pada kaum, hanya agamalah yang akan mengajar kita untuk tidak melihat
bangsa, tetapi melihat orang lain sebagai individu yang mempunyai hak sendiri dan kita
meraikan perbezaan.
Juga, melalui agamalah kita akan lebih menghargai diri sendiri dan kemudian orang lain. Jika
kita menjaga hati kita, maka kita akan juga menjaga hati orang lain. Hati yang bersih
datangnya dari hasil didikan agama yang baik. Surrounding diri kita dengan pengaruh yang
baik adalah satu cara untuk memperbaiki diri kita sendiri.
Di sini lah peranan rakan bilik sewa . Mungkin bagi rakan bilik sewa muslim, solat jumaat
bersama, bagi Kristian, pergi ke Sunday prayers bersama. Wah, nampak seperti konservatif
betul laman web ni bukan!
Tapi itulah hakikatnya, jika perbezaan itu diteraskan pada warna kulit, hanya agamalah yang
mampu membimbing kita. Berguna bukan sahaja antara perbezaan kepercayaan, hatta orang
yang sama agamanya sekali! Ingatlah, toleransi sesama rakan bilik sewa adalah amat penting.
Mari kita rungkai lebih tentang pencarian bilik sewa! Terasa macam rancangan keagaaman
seketika tadi! Dalam misi pertama pencarian bilik sewa, kebanyakkan antara kita akan
kumpulkan kawan-kawan dahulu biasanya sebelum menyewa betul tak? Sama juga bagi
admin dahulu. Jika kita dari negeri lain yang baru ke KL, mungkin pertama sekali kita akan cari
bilik sewa dahulu kerana, mungkin tiada kawan nak kumpul cukup 5 orang contohnya untuk
sewa sebuah rumah.
Admin dahulu dan juga kawan-kawan admin lalui benda yang sama. Rasa asing di kota raya
besar untuk mencari tempat untuk tinggal. Gila ke apa nak sewa rumah sebuah. Ingat kami ni
jenis menabung dari umur 3 tahun nak bayar sewa kat KL ni? Nak beli cincin apatah lagi. Haha.
Sedangkan tambang Komuter, ERL dan sebagainya sudah pun semakin meningkat, duduk
lebih jauh adalah semakin menambah beban kepada kita. Jadi lokasi bilik sewa tu adalah
penting.
Selain itu adalah highway. Bagi menyahut seruan kerajaan, kita juga perlulah bangun awal
untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan juga menggunakan laluan alternatif tanpa tol
untuk lebih jimat. Okay, kami tak berani nak huraikan lebih, tetapi, anda dapat point kami.
Akses highway dari bilik sewa anda boleh jadi di Subang dan anda boleh menggunakan NKVE
ataupun Federal Highway dan juga NPE untuk ke tempat-tempat tertentu berdasarkan hala
tuju anda.
Ada yang mahukan bilik sewa yang mempunyai air-cond, ada yang nak boleh memasak, ada
yang nak bilik sewa yang ada internet dan sebagainya. Ini terpulang kepada anda, nasihat
kami, selaraskan dengan bajet anda dan gunakan segala fungsi pencarian bilik sewa yang kami
sediakan. Jika nak lebih ringkas, pergi terus ke bahagian find a housemate. Mungkin dapat
membantu anda dengan lebih cepat?