You are on page 1of 6

RAKAN PEMBACA

CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA

1. Murid sudah membaca lebih 100 buah buku.

2. Murid pada tahap RP akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk memantau pelaksanaan
aktiviti.

3. Murid RP dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.

4. Seorang guru pembimbing dicadangkan membimbing 10 ahli RP.

AKTIVITI RAKAN PEMBACA

1. BERCERITA

Pengenalan
Bercerita kepada rakan/keluarga/jiran tentang isi cerita buku. Pada akhir sesi bercerita, RP
menggalakkan pendengar meminjamkan dan membaca buku tersebut.

Strategi Pelaksanaan Aktiviti Bercerita


1. Dilaksanakan secara formal/informal di sekolah, di rumah, di taman-taman, di tapak
perkhemahan, dan sebagainya.
2. Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk RP, guru, keluarga, jiran dan lain-
lain.
3. Masa yang dicadangkan untuk aktiviti bercerita sekurang-kurangnya lima minit.
2. MEMBACA BERSAMA

Pengenalan
Aktiviti membaca sebuah buku secara bersama-sama dengan tujuan bertukar pandangan tentang
buku tersebut. Buku yang dibaca tidak terikat kepada buku cerita sahaja tetapi juga merangkumi
buku-buku akademik seperti buku-buku rujukan mata pelajaran

3. ULASAN BUKU

Pengenalan
Menyampaikan ulasan buku cerita yang telah dibaca di hadapan umum.
Contohnya:
Kelas, perhimpunan, kumpulan.
Antara kandungan ulasan buku:
Judul, pengarang, penerbit, sinopsis,
tema, penerapan nilai murni.
Pada akhir sesi, pengulas akan menggalakkan murid untuk membaca buku tersebut.

4. MEMINJAM BUKU
Pengenalan
Meminjamkan buku yang telah dibaca kepada sesiapa sahaja (rakan, guru, keluarga, jiran dan
lain-lain). Ahli RP digalakkan meminjamkan buku milik peribadi atau keluarga.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Meminjamkan BukuI.
I.Dijalankan secara informal.
II. Markah diberikan setiap kali buku itu dipinjamkan. (1 markah x 1 orang peminjam)
III. Buku yang dipinjamkan mesti telah dibaca oleh Rakan Pembaca itu sendiri.

5. BICARA BUKU/ DISKUSI BUKU


Pengenalan
Membicakan buku yang telah dibaca berdasarkan sekurang-kurangnya satu daripada aspek
berikut:
a) Kritikan umum tentang buku.
b) Membicarakan tentang penulis.
c) Memberikan pandangan / cadangan.
d) Kelebihan dan keistimewaan buku itu.
e) Kekurangan dan kelebihan kualiti fizikal buku.
f) Penggunaan bahasa.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Bicara Buku / Diskusi Buku
Membicarakan sebuah buku/diskusi buku boleh dilakukan bersama individu yang lain atau RP
yang lain sebagai ahli panel di hadapan rakan-rakan.

6. SYARAHAN
Pengenalan
Menyampaikan ceramah, pidato atau ucapan tentang sesuatu topik berdasarkan pembacaan dan
rujukan daripada beberapa buah buku.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Syarahan
Dilaksanakan secara formal di kelas, semasa perhimpunan, pertandingan, dan sebagainya.
Markah hanya diberi kepada RP yang melaksanakan aktiviti tersebut.

7. LAKONAN/ SKETSA
Pengenalan
Melakonkan watak daripada buku yang dibaca.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Lakonan / Sketsa
I. Sekumpulan RP melakonkan semula watak-watak berdasarkan
- keseluruhan buku
- sebahagian buku
II. Bagi aktiviti kumpulan, markah yang sama diberikan kepada setiap ahli yang terlibat dalam
lakonan.
Contoh aktiviti untuk mengumpul markah bagi Tahap Rakan Pembaca

Bercerita di mana pelajar RP itu menceritakan kandungan sesebuah buku yang


dibacanya kepada bilangan pendengar 5 orang atau lebih.
Dianugerahkan 5 markah

Baca Bersama di mana pelajar RP membimbing sekumpulan 5 atau lebih pelajar


membaca sesebuah buku. Pelajar RP perlu ada idea isi-isi utama dalam buku itu dan
apakah pengajaran yang didapati setelah membaca buku itu.
Dianugerahkan 5 markah

Meminjam Buku - di mana pelajar RP meminjamkan buku yang telah dibacanya kepada
5 orang atau lebih rakan-rakannya dan si peminjam telah membaca buku itu serta
menulis synopsis buku itu secara sendiri.
Dianugerahkan 5 markah

Ulasan Buku - di mana pelajar RP dapat menyampaikan semula kandungan utama


sesebuah buku yang telah dibacanya dengan ayat-ayat sendiri kepada sekumpulan 5
atau lebih pendengar.
Dianugerahkan 5 markah

Bicara Buku - di mana pelajar RP membicarakan kandungan sesebuah buku kepada


sekumpulan pendengar. Pelajar RP itu perlu boleh membentangkan inti pati kandungan
buku itu secara menarik dan menimbulkan minat yang tinggi di kalangan pendengarnya
supaya mereka sendiri akan membaca buku itu kelak. Melibatkan 5 atau lebih
pendengar.
Dianugerahkan 5 markah

Debat Buku - di mana pelajar RP mengetuai satu sesi debat terhadap kandungan
sesebuah buku. Prasyaratnya ialah semua pelajar yang terlibat telah membaca buku
itu. Pertukaranpendapat yang agresif tentang kandungan buku itu adalah petanda sesi
itu berjaya dan layak diberi markah. Melibatkan 5 atau lebih ahli kumpulan
Dianugerahkan 5 markah

Pidato (public speaking) di mana pelajar RP dapat menceritakan kandungan sesebuah


buku di khalayak ramai dengan gaya penyampaian dan gerak geri anggota badan untuk
mengukuhkan hujahnya dengan matlamat tulen iaitu di akhir sesi pidatonya,
pendengarnya akan berminat untuk membaca buku itu. Melibatkan 5 atau lebih
pendengar.
Dianugerahkan 5 markah
Senarai Nama Rakan Pembaca Sk Bukit Jalil 2017

Nama Jumlah Bacaan

You might also like