You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama Tahun 2017

Tarikh : 18 Januari 2017

Hari : Rabu

Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

Agenda 1: Kata-kata Aluan Pengerusi (Cik Noor Faezah)

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan mengucapkan salam dan mengucapkan


terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu di atas kehadiran mereka ke
mesyuarat kali ini.

1.2 Pengerusi berharap mesyuarat kali pertama 2017 akan memantapkan lagi
kecemerlangan Panitia Bahasa Melayu.

1.3 Pengerusi menyampaikan pesanan daripada Guru Besar semasa mesyuarat


Kurikulum Pertama.

Perkongsian daripada lawatan pihak PPD pada 13 Januari 2017 (Jumaat),


yang meminta setiap Panitia menyelaraskan format Rancangan Pengajaran
Harian untuk setiap guru mata pelajaran.
Pihak PPD juga meminta guru-guru untuk menyemak semula objektif pdp
yang telah dibuat. Objektif pdp haruslah selari dengan standard pembelajaran
dan tajuk pembelajaran pada hari tersebut.
Fail Rancangan Pengajaran Harian perlu dikemaskan.
Guru-guru diminta untuk melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah
diberikan.

Tindakan: Ketua Panitia dan semua guru BM.


Agenda 2: ucapan Ketua Panitia Cik Noor Faezah

2.1 Ucapan dan Amanat Ketua Panitia Bahasa Melayu

Penyelarasan format Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tahap 1 dan


tahap 2. Format Rph hendaklah sama untuk semua guru Bahasa Melayu.
Objektif pdp juga perlu dibincangkan bersama supaya selari dengan standard
pembelajaran dan tajuk pembelajaran pada hari tersebut.
Fail-fail panitia hendaklah dikemaskini dan surat-surat berkaitan panitia
hendaklah disimpan di dalam fail panitia.
Guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar Tahap 1 diminta meningkatkan
peratus lulus murid LINUS.
Semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Linus haruslah diisi dan
dikemaskini.
Guru-guru djuga diminta untuk mempelbagaikan aktiviti untuk murid-murid
LINUS.
Pencapaian untuk Bahasa Melayu dalam UPSR juga diharapkan tercapai
sebagaimana yang telah disasarkan.

Tindakan: Semua guru BM

Agenda 3: Perlantikan Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu

3.1 Pemilihan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu untuk
tahun 2017.

Semua ahli panitia bersetuju untuk membina ahli jawatankuasa yang baharu.
Hasil dapatan pemilihan ahli jawatankuasa Bahasa Melayu tahun 2017:

Ketua Panitia : Cik Noor Faezah binti Jacky


Setiausaha : Puan Angela Freshma anak Lai
Ahli-ahli : 1.Encik Pindi Baun
2. Encik Awang Firdaus bin Awang Bahrin
3. Encik Mohd Yusri bin Mohd Yunus
4. Cik Vallerie anak Jirum

Agenda 4: Hal-Hal Lain


Pihak PPD akan membuat lawatan kedua pada 20 Januari 2017 (Jumaat).
Perkara yang akan dilihat ialah Program Transisi, LINUS dan pdp yang akan
diketuai oleh SIC+.
Semua guru diminta untuk memperkemas segala dokumen yang berkaitan
dan menggunakan format RPH yang telah dipersetujui.
Dokumen-dokumen LINUS juga perlu dikemaskini.

Tindakan: Makluman

Penutup

Akhir sekali, pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama
semua guru dalam menjayakan mesyuarat kali pertama ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Dicatat oleh:

(Puan Angela Freshma anak Lai)

Setiausaha Panitia Bahasa Melayu

Sk Bukit Balai

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

You might also like