You are on page 1of 7

REFLEKSI BINA INSAN GURU

LAWATAN PENANDAARASAN

Ke Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Sabah

8 Julai 2013

NAMA : Nur Salihah Binti Mat Isa

OPSYEN : PISMP Pengajian Agama Islam ambilan Januari 2011

Pada 8 Julai 2013, saya dan rakan-rakan sekelas telah mengadakan lawatan penanda
arasan ke Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Sabah. Lawatan ini telah diiringi
oleh Puan Sabariah Hj. Bahrun selaku mentor kelas kami. Setibanya kami di pejabat
Sektor Pendidikan Islam, kami telah disambut oleh komuniti jabatan. Setelah
memberitahu tujuan lawatan kami, taklimat korporat oleh pihak sektor telah diadakan.

Sektor Pendidikan Islam yang diketuai oleh Ustaz Mohd Zaki Abd. Ghani ini
terbahagi kepada empat bahagian iaitu Pengurusan, Kurikulum, Dakwah dan Syiar
Islam serta Pengurusan Institusi Pengajian Islam. Melalui taklimat korporat ini, ia telah
membuatkan kami mengetahui serba sedikit tentang latar belakang Sektor Pendidikan
Islam yang mula beroperasi sejak tahun 1978.

Semasa taklimat korporat diberi, isu yang menarik perhatian kami semua adalah
isu penempatan guru Pendidikan Islam selepas tamat belajar. Jika dilihat bilangan guru
Pendidikan Islam yang berada di Sabah adalah sebanyak 2558 orang manakala
bilangan murid sekolah rendah adalah sebanyak 167,370 , ia telah membuatkan kami
tersenyum lebar kerana masih mempunyai peluang yang cerah untuk berkhidmat
sebagai guru di Sabah selepas tamat belajar nanti. Tambahan pula, pihak sektor sendiri
mengesahkan bahawa guru Pendidikan Islam masih lagi kurang dan amat diperlukan di
Sabah ini.

1
Di samping itu, kami juga dinasihatkan oleh kakitangan sektor ini supaya
sentiasa memberikan perhatian terhadap isu-isu akidah semasa di sekolah. Hal ini
adalah kerana terdapat beberapa kes akidah di mana guru pendidikan Islam tidak
melakukan sebarang tindakan apabila masalah ini timbul. Mereka turut berpesan
kepada kami jika berlaku kes-kes akidah seperti yang telah diceritakan, segeralah
melaporkan kepada pihak mereka agar tindakan lanjutan dapat dilaksanakan.

Setelah sesi taklimat korporat selesai, kami dibawa melawat ke kawasan pejabat
di mana mereka bertugas. Semasa di pejabat, kami lihat masih banyak lagi jawatan
kosong yang belum diisi. Mereka juga mengesyorkan kami untuk berkhidmat dengan
mereka setelah keluar dari IPG kelak.

Sesungguhnya dengan mengadakan lawatan ke Sektor Pendidikan Islam ini,


secara tidak langsung saya dapat mengetahui peranan jabatan ini. Sebagai contoh,
dalam unit Kurikulum, unit ini dipertanggungjawabkan untuk merancang, memantau
aktiviti kurikulum Pendidikan Islam dan membimbing serta memberi panduan kepada
guru Pendidikan Islam untuk mengajar.

Sebagai seorang bakal guru juga, saya haruslah mempersiapkan diri dengan
sebaik mungkin untuk menghadapi dunia pekerjaan supaya dapat melahirkan generasi
yang berpengetahuan, berpendidikan, berakhlak sesuai dengan visi Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah Pendidikan Berkualiti Penjana Modal Insan Unggul.

2
Gambar-gambar sepanjang lawatan:

Gambar 1 : Guru Pelatih mendengar taklimat daripada wakil SPI

Gambar 2 : Bilik Sektor Pendidikan Islam, JPS

REFLEKSI BINA INSAN GURU

3
LAWATAN PENANDAARASAN

Ke Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah

8 Julai 2013

NAMA : Nur Salihah Binti Mat Isa

OPSYEN : PISMP Pengajian Agama Islam ambilan Januari 2011

Selepas mengadakan lawatan ke Sektor Pendidikan Islam, kami mula bertolak ke

Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah (MTQQNS) di Tanjung Aru, Kota

Kinabalu.

Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat ini merupakan sebuah institusi Pengajian

Tinggi Agama yang pertama di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang ditubuhkan pada

tahun 1995 dan ditadbir di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri

Sabah (JHEAINS). MTQQNS memulakan sesi pengajian pertama pada awal Januari

1996. Kini, MTQQNS telah melahirkan lebih 50 orang graduan Diploma Tahfiz

sepanjang tempoh 13 tahun ia ditubuhkan.

Tujuan kami mengadakan penanda arasan di MTQQNS adalah untuk menelusuri

kaedah bagaimana para tahfiz menghafaz al-Quran. Selain itu, ia juga bersesuaian

dengan subjek Hafazan yang sedang kami ambil di IPG. Secara tidak langsung, dengan

adanya lawatan ini, ia dapat membantu kami untuk menghafal ayat al-Quran dengan

lebih baik.

4
Setibanya kami di sana, saya dapat merasakan ketenangan di sekitar kawasan

maahad. Ketika itu, wujud satu perasaan kerdil apabila melihat mereka sentiasa

membawa dan memegang naskah al-Quran untuk dihafal. Begitu tertib dan tekun sekali

cara mereka menghafal al-Quran. Usai solat Asar di surau, kami telah dibawa untuk

mendengar taklimat korporat dari pihak MTQQNS. Melalui taklimat inilah kami

mengetahui serba sedikit berkenaan maahad ini dan cara pengurusannya.

Antara input yang telah kami peroleh sepanjang berada di sana adalah kami

dapat mengetahui subjek-subjek yang telah ditawarkan di sana seperti Hifzul Quran,

Usul Tafsir, Bahasa Arab, Asas Kaunseling dan banyak lagi. Selain itu, aktiviti

kokurikulum juga turut diserapkan di maahad ini seperti Majlis Tilawah al-Quran,

Pertandingan Maulidur Rasul, Majlis Menghafaz al-Quran dan banyak lagi.

Selain itu, cara pengurusan di institusi ini juga berbeza dengan institusi yang lain. Di

maahad ini, sesi pembelajaran bermula selepas solat Subuh sehinggalah selepas Isya.

Semua aktiviti yang dijalankan diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Mereka

begitu dijaga di sini terutamanya dari segi pergaulan. Suasana yang sentiasa dijaga ini

mengingatkan saya ketika saya menuntut di SMK Agama Perempuan, Kangar Perlis.

Antara ujian yang perlu dilalui untuk memasuki maahad ini adalah ujian bertulis

dan juga ujian menghafal satu muka surat ayat al-Quran dalam masa satu jam. Saya

begitu kagum dengan para pelajar di maahad ini kerana minat mereka dan ingatan

yang kuat mereka dapat masuk ke institusi ini. Saya mula bermuhasabah diri, ingin

cuba menghafal satu muka surat ayat dalam surah hafazan semester ini dalam masa

satu jam. Namun begitu, saya tidak berjaya untuk menghafalnya dalam masa yang

5
ditetapkan. Hal tersebut menyebabkan saya begitu kagum dan ingin menjadi seperti

mereka yang begitu tertib dan konsisten dalam menghafal al-Quran. Pelbagai kaedah

menghafaz al-Quran telah dikongsi dan saya berharap dapat mengaplikasikannya

ketika saya menghafal al-Quran.

Gambar-gambar Sepanjang Lawatan:

6
Gambar 3 : Lawatan ke Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat

Gambar 4 : Guru Pelatih mendengar taklimat daripada wakil Maahad Tahfiz al-Quran

wal Qiraat

You might also like