You are on page 1of 18

,

.
,
) 5 5 ( 8 5
. ,
4 2
.

.1

.
.2
.
.
.3


.
, .4


2 .


,
.

.



.
.

.

Bilangan jurnal : 2/8


Minggu praktikum : Minggu Kedua
Tarikh peristiwa / kejadian : 22-27 Julai 2013
Tajuk jurnal : Pengurusan tingkah laku murid
1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini saya telah menghadapi masalah mengurus tingkah


laku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
tahun lima Bestari. Ketika sesi pengajaran berlangsung, terdapat murid
yang bermain dan berbual di belakang kelas. Selain itu, terdapat juga
murid yang bergaduh di dalam kelas yang saya mengajar. Hal ini telah
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran saya terganggu.

Saya cuba untuk mengawal mereka dengan memberi arahan


lisan, namun mereka seperti tidak dapat mendengar suara saya. Hal ini
mungkin disebabkan pada minggu ini saya agak kurang sihat,
sekaligus menyebabkan suara saya ditenggelami oleh suara mereka.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana saya masih kurang pengalaman dalam


mengurus tingkah laku murid. Carl Rogers menyatakan bahawa
tingkah laku murid berlaku mengikut persepsi diri dan keadaan. Hal ini
bermaksud masalah yang berlaku di dalam kelas ini mungkin berpunca
daripada keadaan persekitaran yang mengajak murid bertindak
sedemikian.

Selain itu, hal ini berlaku mungkin disebabkan saya kurang


memberi tumpuan kepada murid di belakang kelas dan menyebabkan
mereka dapat bermain serta berbual. Apabila saya menegur dan
memarahi mereka, ia hanya akan bertahan cuma untuk seketika
sahaja.

3. Cadangan tindakan susulan

I. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru


pembimbing dan pensyarah pembimbing mengenai masalah ini.
II. Saya perlu melontarkan suara dengan lebih kuat lagi supaya
mereka mendengar apa yang saya katakan.
III. Saya perlu memperbaiki system token saya supaya mereka
menjadi lebih berdisiplin ketika berada di dalam kelas.
IV. Saya perlu mempelbagaikan intonasu suara serta aktiviti di
dalam kelas supaya sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih menarik.

4. Tempoh masa tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh tiga hari.
Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan secepat mungkin,ia akan
menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan
dengan lancar.

Disemak oleh Pensyarah Penyelia Disemak oleh Guru


Pembimbing

Nama : ____________________ Nama : ___________________


Tarikh : ____________________ Tarikh : ___________________
Tandatangan : ______________ Tandatangan : _____________
Bilangan jurnal : 1/8
Minggu praktikum : Minggu Pertama
Tarikh peristiwa / kejadian : 15- 19 Julai 2013
Tajuk jurnal : Minggu Pertama di Sek Keb Berungis

Saya telah menjalani praktikum kedua di Sekolah Kebangsaan Berungis,


Tuaran untuk tempoh lapan minggu bermula dari 15 Julai 2013 sehinggalah
20 September 2013. Saya dikehendaki untuk menjalankan praktikum bagi
mata pelajaran major dan elektif iaitu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Pada minggu pertama saya di sekolah ini, saya perlu menjalani aktiviti
pengurusan seperti mendapatkan jadual waktu harian dan berbincang
dengan pihak pentadbir untuk mendapatkan serba sedikit maklumat
berkaitan sekolah ini. Selain itu, saya juga turut diperkenalkan kepada
mentor saya, Ustaz Mohamad Fuad bin Ahmad. Beliau akan membimbing
dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya berada di sini. Di
samping itu, saya juga turut meninjau persekitaran sekolah dan berkenalan
dengan pihak pentadbir, guru-guru serta staf sokongan sekolah.

Disemak oleh Pensyarah Penyelia Disemak oleh Guru


Pembimbing

Nama : ____________________ Nama : ___________________


Tarikh : ____________________ Tarikh : ___________________

Tandatangan : ______________ Tandatangan : _____________


Bilangan jurnal : 4/8
Minggu praktikum : Minggu Keempat
Tarikh peristiwa / kejadian : 19 23 Ogos 2013
Tajuk jurnal : Persekitaran Kelas yang tidak Terkawal

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini saya telah menghadapi masalah mengawal tingkah


laku murid di dalam kelas sekali lagi semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas tahun lima terutamanya 5 Bestari. Ketika
sesi pengajaran berlangsung, terdapat murid yang bermain,bergaduh
dan berbual di belakang kelas. Hal ini telah menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran saya terganggu dan saya tidak dapat
meneruskan pengajaran kerana keadaan ini berterusan sehingga masa
kedua.

Saya cuba untuk mengawal mereka dengan memberi arahan


lisan, namun mereka tidak dapat mendengar suara saya kerana
ditenggelami suara mereka yang sangat kuat. Saya hanya mampu
menunjukkan reaksi diam sebentar sehinggalah mereka semua diam.

2. Analisis

Masalah ini timbul adalah disebabkan murid-murid baru menghabiskan


cuti sekolah selama dua minggu. Disebabkan sudah tidak lama
berjumpa dengan rakan-rakan, ia telah menyebabkan suasana di
dalam kelas sangat riuh dan bising. Dalam petikan jurnal yang kedua,
saya ada menyelitkan pernyataan daripada Carl Rogers yang
menyatakan bahawa tingkah laku murid berlaku mengikut persepsi diri
dan keadaan.

Benarlah apa yang diperkatakan, masalah yang berlaku di


dalam kelas ini mungkin berpunca daripada keadaan persekitaran
yang mengajak murid bertindak sedemikian. Suasana yang teruja
apabila kembali ke sekolah dan melihat rakan-rakan mereka, perasaan
ingin bermain dan berbual mengenai cuti yang telah mereka lalui telah
menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian di dalam
kelas.

3. Cadangan tindakan susulan

i. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru


pembimbing dan pensyarah pembimbing mengenai masalah ini.
ii. Saya perlu melontarkan suara dengan lebih kuat lagi supaya
mereka mendengar apa yang saya katakan.
iii. Saya perlu memperbaiki sistem token saya supaya mereka
menjadi lebih berdisiplin ketika berada di dalam kelas.
iv. Saya perlu menggunakan kaedah diam sebentar sehingga
mereka menyedari kesalahan mereka dan turut serta diam.

4. Tempoh masa tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh tiga hari.
Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan secepat mungkin,ia akan
menyebabkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan
dengan lancar.

Disemak oleh Pensyarah Penyelia Disemak oleh Guru


Pembimbing

Nama : ____________________ Nama : ___________________


Tarikh : ____________________ Tarikh : ___________________
Tandatangan : ______________ Tandatangan : _____________
Bilangan jurnal : 3/8
Minggu praktikum : Minggu Ketiga
Tarikh peristiwa / kejadian : 29 Julai 2 Ogos 2013
Tajuk jurnal : Pengurusan Masa

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini saya telah menghadapi masalah dalam mengurus


masa ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ketika sesi
pengajaran berlangsung, saya telah mengambil masa yang agak
panjang dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan terutamanya ketika
menjalankan aktiviti berkumpulan. Hal ini telah menyebabkan saya
tidak dapat menghabiskan langkah dalam setiap pengajaran dengan
sebaiknya.

2. Analisis

Masalah ini timbul adalah kerana saya telah menggunakan masa yang
agak lama dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Sebagai contoh, saya
telah menggunakan masa hampir 10 minit untuk sesuatu aktiviti
penerangan sedangkan dalam rancangan pengajaran yang telah
disediakan , saya menganggarkan masa yang diambil untuk langkah
penerangan hanyalah selama 5 minit sahaja.

Menurut Peter F. Drucker, dalam Ambosworkz, masa


merupakan sumber yang paling sukar didapati dan tidak ada sesuatu
pun yang dapat diurus kecuali masa yang diurus. Hal ini bermaksud,
kita perlulah sentiasa peka dalam mengurus masa. Jika kita tidak
mengurus masa dengan baik, masa itu akan mendahului kita dan
akhirnya sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan
dengan baik.
3. Cadangan tindakan susulan

i. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru


pembimbing dan pensyarah pembimbing mengenai masalah ini.
ii. Saya perlu sentiasa melihat jam supaya tidak terlewat untuk
melakukan langkah seterusnya dalam pengajaran

4. Tempoh masa tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh tiga hari.
Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan secepat mungkin,ia akan
menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan
dengan lancar.

Disemak oleh Pensyarah Penyelia Disemak oleh Guru


Pembimbing

Nama : ____________________ Nama : ___________________


Tarikh : ____________________ Tarikh : ___________________
Tandatangan : ______________ Tandatangan : _____________

5. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini saya telah menghadapi masalah mengawal tingkah


laku murid di dalam kelas sekali lagi semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas tahun lima terutamanya 5 Bestari. Ketika
sesi pengajaran berlangsung, terdapat murid yang bermain,bergaduh
dan berbual di belakang kelas. Hal ini telah menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran saya terganggu dan saya tidak dapat
meneruskan pengajaran kerana keadaan ini berterusan sehingga masa
kedua.

Saya cuba untuk mengawal mereka dengan memberi arahan


lisan, namun mereka tidak dapat mendengar suara saya kerana
ditenggelami suara mereka yang sangat kuat. Saya hanya mampu
menunjukkan reaksi diam sebentar sehinggalah mereka semua diam.

6. Analisis

Masalah ini timbul adalah disebabkan murid-murid baru menghabiskan


cuti sekolah selama dua minggu. Disebabkan sudah tidak lama
berjumpa dengan rakan-rakan, ia telah menyebabkan suasana di
dalam kelas sangat riuh dan bising. Dalam petikan jurnal yang kedua,
saya ada menyelitkan pernyataan daripada Carl Rogers yang
menyatakan bahawa tingkah laku murid berlaku mengikut persepsi diri
dan keadaan.

Benarlah apa yang diperkatakan, masalah yang berlaku di


dalam kelas ini mungkin berpunca daripada keadaan persekitaran
yang mengajak murid bertindak sedemikian. Suasana yang teruja
apabila kembali ke sekolah dan melihat rakan-rakan mereka, perasaan
ingin bermain dan berbual mengenai cuti yang telah mereka lalui telah
menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian di dalam
kelas.

7. Cadangan tindakan susulan

v. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru


pembimbing dan pensyarah pembimbing mengenai masalah ini.
vi. Saya perlu melontarkan suara dengan lebih kuat lagi supaya
mereka mendengar apa yang saya katakan.
vii. Saya perlu memperbaiki sistem token saya supaya mereka
menjadi lebih berdisiplin ketika berada di dalam kelas.
viii. Saya perlu menggunakan kaedah diam sebentar sehingga
mereka menyedari kesalahan mereka dan turut serta diam.

8. Tempoh masa tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh tiga hari.
Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan secepat mungkin,ia akan
menyebabkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan
dengan lancar.

Disemak oleh Pensyarah Penyelia Disemak oleh Guru


Pembimbing

Nama : ____________________ Nama : ___________________


Tarikh : ____________________ Tarikh : ___________________
Tandatangan : ______________ Tandatangan : _____________
Bilangan jurnal : 5/8
Minggu praktikum : Minggu Kelima
Tarikh peristiwa / kejadian : 26-30 Ogos 2013
Tajuk jurnal : Sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dijalankan dengan sempurna

1. Masalah / Peristiwa

Masalah sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan


dengan sempurna ini hanya berlaku apabila saya mengajar di kelas
lima Bestari. Seperti biasa, ketika sesi pengajaran berlangsung,
terdapat murid yang bermain dan bergaduh di belakang kelas. Selain
itu, terdapat juga murid yang keluar masuk sesuka hati dari kelas
tanpa meminta izin. Sudah berkali-kali saya katakana kepada mereka
bahawa jika ingin keluar dari kelas, perlu meminta izin dengan
guru.Namun begitu, ianya tidak dilaksanakan. Perkara ini berlaku
bukan sahaja ketika saya mengajar sahaja, namun guru-guru lain juga
turut merasainya.

2. Analisis

Saya akui masalah ini timbul kerana saya kurang pengalaman dalam
mengurus kanak-kanak yang terlalu aktif seperti ini. Selain itu, hal ini
berlaku mungkin disebabkan saya kurang memberi tumpuan kepada
murid di belakang kelas dan menyebabkan mereka dapat bermain
serta berbual. Apabila saya menegur dan memarahi mereka, ia hanya
akan bertahan cuma untuk seketika sahaja.

3. Cadangan tindakan susulan

V. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru


pembimbing dan pensyarah pembimbing mengenai masalah ini.
VI. Saya perlu melontarkan suara dengan lebih kuat lagi supaya
mereka mendengar apa yang saya katakan.
VII. Saya perlu mempelbagaikan intonasi suara serta aktiviti di dalam
kelas supaya sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik.
VIII. Kaedah diam sementara perlulah dilaksanakan agar mereka
menyedari kesalahan mereka

4. Tempoh masa tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh satu minggu.
Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan secepat mungkin, ia akan
menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada hari
seterusnya tidak berjalan dengan lancar dan murid-murid yang tidak
nakal juga tidak akan mendapat input pelajaran.

Disemak oleh Pensyarah Penyelia Disemak oleh Guru


Pembimbing

Nama : ____________________ Nama : ___________________


Tarikh : ____________________ Tarikh : ___________________
Tandatangan : ______________ Tandatangan : _____________
Bilangan jurnal : 6/8
Minggu praktikum : Minggu Keenam
Tarikh peristiwa / kejadian : 2-6 September 2013
Tajuk jurnal : Aktiviti Koperatif dalam Kumpulan tidak Dapat
Dijalankan

1. Masalah / Peristiwa

Disebabkan keadaan kelas yang masih tidak terkawal, ia telah


menyebabkan saya terpaksa mengubah langkah pengajaran dalam
ketika mengajar. Apa yang saya lihat adalah saya tidak dapat
menjalankan aktiviti kumpulan ketika berada di dalam kelas 5 Bestari.
Hal ini adalah kerana, jika saya menjalankan aktiviti berkumpulan, ia
memberi peluang kepada murid-murid untuk berjalan di dalam kelas
dan berbual sesame mereka. Selain itu, tidak semua murid akan
terlibat jika saya menjalankan aktiviti kumpulan.

2. Analisis

Saya akui masalah ini timbul kerana masih belum mahir dalam
mengawal kelas dan mengambil hati mereka. Selain itu, saya
merasakan mereka sudah tidak takut kepada saya dan dengan
mudahnya melawan cakap saya. Ia mungkin disebabkan saya kurang
memberi tumpuan kepada murid tersebut. Apabila saya menegur dan
memarahi mereka, ia hanya akan bertahan cuma untuk seketika
sahaja.

3. Cadangan tindakan susulan

i. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada


guru pembimbing dan pensyarah pembimbing mengenai
masalah ini.
ii. Saya perlu belajar cara mengambil hati murid-murid.
iii. Saya perlu bijak memikirkan kaedah pengajaran yang dapat
menarik minat mereka untuk belajar.
iv. Kaedah diam sementara perlulah dilaksanakan agar mereka
menyedari kesalahan mereka

4. Tempoh masa tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini sebelum saya tamat


berpraktikum disini. Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan secepat
mungkin, ia akan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran
saya pada hari seterusnya tidak berjalan dengan lancar.

Disemak oleh Pensyarah Penyelia Disemak oleh Guru


Pembimbing

Nama : ____________________ Nama : ___________________


Tarikh : ____________________ Tarikh : ___________________
Tandatangan : ______________ Tandatangan : _____________
Bilangan jurnal : 7/8
Minggu praktikum : Minggu Ketujuh
Tarikh peristiwa / kejadian : 9-13 September 2013
Tajuk jurnal : Minggu UPSR

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini, sesi pengajaran dan pembelajaran hanya dapat


dijalankan pada hari isnin sahaja di kelas 5 Bijak. Pada hari tersebut,
sesi pengajaran dan mbelajaran tercapai dan dapat mengawal kelas
dengan sebaik mungkin

Disemak oleh Pensyarah Penyelia Disemak oleh Guru


Pembimbing

Nama : ____________________ Nama : ___________________


Tarikh : ____________________ Tarikh : ___________________
Tandatangan : ______________ Tandatangan : _____________

You might also like