You are on page 1of 81

(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Tajuk 1 PENGAJIAN AKIDAH

1.
Pengenalan Konsep Pengajian Akidah

1.1 Sinopsis
AKIDAH yang benar merupakan asas penting bagi setiap orang dalam kehidupan
beragama, kerana ia adalah garis penentu antara iman dan kufur. Pengajian akidah ini
turut membincangkan perbezaan pendapat dan aliran antara mazhab-mazhab yang
telah lama wujud dan berkembang sepanjang sejarah Islam bersama dengan mazhab
utama iaitu mazhab Ahlussunnah Wal Jamaah.

Pengajian akidah ini menjuruskan perbincangan berkaitan isu-isu akidah yang


sepatutnya direnungi dan diambil perhatian oleh setiap Muslim terhadap segala
persoalan yang berlangsung dalam kehidupan seharian mereka.

Akidah Islam merupakan suatu pegangan atau kepercayaan yang mesti terpahat kukuh
dalam jiwa sanubari setiap Muslim. Akidah Islam jugalah penentu nasib kesudahan
setiap manusia sama ada berbahagia atau hidup sengsara di akhirat kelak. Akhir-akhir
ini begitu banyak isu akidah tercetus dalam pentas kehidupan umat Islam yang
memerlukan jawapan pasti agar mereka tidak tersasar daripada jalan yang lurus.

Akidah Islam adalah tonggak utama yang mendasari kelangsungan ummah. Maju dan
membangunnya sesuatu umat bergantung rapat kepada ketulenan akidah dan
kesejahteraan pemikirannya. Dari sini, dibangkitkan perutusan para nabi dan rasul untuk
menyeru ke arah pemulihan akidah.

Pengajian akidah ini akan menyentuh perbincangannya mengenai mazhab ilmu Kalam,
amalan-amalan yang membawa kepada kufur, syirik, riddah, nifaq dan zalim, kesan
iman dalam kehidupan dan isu-isu penyelewengan dalam akidah.

1
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

1.2 Hasil Pembelajaran

1. Menilai perbezaan antara mazhab-mazhab ilmu kalam.


2. Menganalisiskan perkara-perkara yang boleh membatalkan keimanan.
3. Membincangkan kesan iman dan isu-isu aqidah dalam kehidupan.
4. Menjelaskan isu sejarah perpecahan dan pemikiran moden yang bercanggah
dengan al-Quran dan al-Hadith.
5. Menanamkan keyakinan agar pegangan umat Islam kini mantap seperti yang
diajar oleh Nabi Muhammad.

1.3 Kerangka Konsep Tajuk

Pengenalan Konsep Pengajian


Akidah

Definisi dan Pengenalan mazhab- Amalan-amalan Kesan keimanan


dalil mazhab ilmu kalam yang menjejaskan dan isu-isu
keimanan penyelewengan
akidah

1.4 Konsep dan Definisi Akidah

Pendahuluan

Akidah merupakan intisari utama dan tunjang terpenting yang terkandung dalam
ajaran Islam. Akidah ini jugalah yang mendasari dan menunjangi dalam setiap
gerak geri dan aspek kehidupan kita. Tanpanya, maka sia-sialah saja amalan
yang dilakukan oleh seseorang manusia di sisi Allah Taala dan dia pastinya
termasuk ke dalam golongan yang rugi di akhirat kelak.

2
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Pengertian Akidah

Perkataan akidah berasal daripada perkataan bahasa Arab Aqada yang


bermaksud simpulan ikatan tali. Akidah itu maknanya satu ikatan atau simpulan
yang diikat dengan kuat dan rapi. Apabila akidah dipadankan dengan Islam,
maka ia membawa maksud satu bentuk kepercayaan dan keimanan yang perlu
dipegang kuat-kuat dan sungguh-sungguh agar ia tersemat mantap di jiwa dan
tidak mudah digugah walaupun apa jua cabaran yang mendatang.

Manakala ilmu akidah ialah ilmu yang menyelidiki dan memeriksa kepercayaan
seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan dan perkara samiyyat iaitu
perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka dan lain-lain berserta dalil-dalilnya.
Ilmu akidah ini mempunyai pelbagai nama, antaranya ialah:

(a) Ilmu Kalam.


(b) Ilmu Makrifah
(c) Ilmu Tauhid dan
(d) Ilmu Usuluddin.

Kepentingan dan Peranan Ilmu Akidah

Akidah ini mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam ajaran Islam di mana ia
mampu bertindak sebagai pemangkin bagi seseorang individu Muslim untuk
menghadapi apa jua cabaran yang membadai biarpun ia menuntut pengorbanan
dengan harta dan nyawa sekalipun. Generasi Rasulullah s.a.w. dan sahabat
telah membuktikan segala-galanya dengan ketebalan iman yang tersemat kukuh
di jiwa mereka. Dengan berkat asuhan dan didikan Rasulullah s.a.w. serta
sentuhan ajaib baginda s.a.w. kepada generasi sahabat, mereka telah mampu
melonjakkan generasi mereka sebagai umat yang terbaik dan terunggul
sehingga setakat ini.

3
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Seorang mukmin yang berakidah, ia sangat dikasihi oleh Allah dan RasulNya
serta dikasihi pula oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya. Segala
perkataan yang diucapkannya, perbuatannya, masyarakat akan merasa senang.
Ia akan bertawakal sepenuhnya kepada Allah dan menumpukan sepenuh
harapan kepadaNya.

Akidah juga berperanan memantapkan keimanan di dalam hati seseorang serta


meyakinkan kewujudan Allah s.w.t. serta mengesakanNya. Orang yang beriman
meyakini keesaan dan kewujudan Allah. Mereka beriktikad bahawa Allah
memiliki semua sifat kesempurnaan (yang sesuai denganNya) dan terpelihara
dari semua sifat kekurangan (yang sesuai denganNya). Dengan adanya akidah
Islam, mereka sanggup untuk mempertahankan keimanan mereka kepada Allah
tanpa boleh diganggu-gugat oleh mana-mana kuasa manusia. Sejarah
membuktikan kejayaan Bilal bin Rabah, Ammar bin Yasir, Sumayyah yang
berani mempertahankan iman mereka di hadapan pembesar Quraisy.

Di samping itu, Allah mencipta sekalian makhluk supaya mereka


menyembahNya semata-mata dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu
yang lain daripadaNya sebagaimana firman Allah maksudnya:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Surah al-Dzariyyat, ayat 56)

Menyembah Allah adalah hak Allah terhadap hamba-hambaNya berdasarkan


kepada sabda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadith kepada Muaz bin Jabal yang
bermaksud: Adakah kamu mengetahui apakah hak Allah terhadap hambaNya
dan apakah hak hamba terhadap Allah ? Saya berkata: Allah dan RasulNya lebih
mengetahui. Sabda Rasulullah s.a.w.: Hak Allah terhadap hambaNya ialah
mereka menyembah Allah dan jangan mempersekutukanNya dengan sesuatu

4
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

yang lain daripadaNya. Manakala hak hamba terhadap Allah ialah Allah tidak
akan menyeksa mana-mana hamba yang tidak mempersekutukanNya dengan
yang lain.

Melalui akidah, kita berupaya membuktikan kebenaran ajaran Islam yang dibawa
oleh Rasulullah s.a.w. melalui dalil syarak dan juga secara logik akal. Dengan itu,
ia berupaya menjadi alat untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam. Ilmu
akidah menjadikan agama Islam boleh diterima secara logik akal dan bukan
ikutan secara melulu.

Tambahan pula, akidah ini berperanan untuk membuktikan penyelewengan


ajaran sesat serta kebatilan agama selain akidah Islam. Ia berperanan mengenal
pasti ajaran yang salah sekaligus mempertahankan agama Islam dari
penyelewengan, keraguan dan ancaman gejala murtad. Akidah yang betul
merupakan syarat asas kepada penerimaan Allah terhadap amalan manusia.
Allah tidak menerima amalan orang yang rosak akidahnya atau golongan kafir.

Seorang pemimpin yang mempunyai akidah yang manpan sentiasa tunduk


kepada perintah Allah s.w.t. yang lebih agung daripada kekuasaan yang ada
padanya. Mereka menyedari bahawa kuasa yang mereka pegang adalah
amanah, bukan satu jawatan yang mulia. Mereka akan menjalankan tugas
dengan penuh amanah, menguruskan harta rakyat sebaik-baiknya.

Perlu disedari bahawa akidah itu adalah satu keyakinan yang penuh tulus dan
kudus lahir dari sudut hati dengan dihiasi perasaan cinta dan kasih yang mutlak
hanya kepada Allah semata-mata melebihi daripada segala apa yang dicintai di
dunia yang fana ini. Dengan lain perkataan, keimanan kepada Allah adalah
merangkumi sama Tauhid Rububiyyah dan tauhid Uluhiyyah yang menyaksikan
Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir Agung alam semesta ini.

5
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Sifat yang diasaskan kepada akidah akan melahirkan satu bentuk persaudaraan
yang sukar dirungkai oleh mana-mana anasir yang tidak sihat. Persaudaraan
yang dibina ini melampaui batasan sejarah, geografi, darah, keturunan dan
sebagainya. Sejarah telah membuktikan bagaimana Salman al-Farisi (Parsi),
Shahib ar-Rumi (Rom) telah menjadi saudara kepada orang Islam yang berada
di Makkah walaupun mereka adalah golongan pendatang. Begitu juga apa yang
berlaku pada orang Anshar dan Muhajirin sehinggakan Allah s.w.t. merakamkan
dalam al-Quran mengenai sikap mereka yang sanggup mengorbankan apa
sahaja semata-mata kerana ukhuwwah yang dibina di atas dasar Islam.

Persaudaraan dan persamaan tidak dapat dijelmakan jika manusia tidak


bersikap tunduk dan patuh kepada Allah Subhanahu wa Taala. Ikatan hubungan
antara manusia tidak dapat diwujudkan tanpa ikatan akidah. Ikatan bangsa dan
negara akan hancur kerana umur hayatnya tidak boleh kekal lama. Perpaduan
yang sebenar hanya dapat dimeterikan apabila di kalangan anggotanya diikat
dengan pertautan akidah yang mantap dan kukuh.

Begitu juga dalam aspek persamaan di kalangan manusia tidak wujud jika ada
manusia yang berlagak menjadi tuan kepada manusia yang lain. Kerana
pengisytiharan persamaan sesama manusia dapat dijadikan apabila semua
manusia yang telah berakidah meletakkan Allah s.w.t. sebagai Uluhiyyah yang
sebenarnya, maka di sana tidak ada lagi tuan di atas dunia ini.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

.................sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah


ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu ........................
(Surah al-Hujurat :13)

Akidah yang sebenarnya berperanan membebaskan manusia dari kepercayaan


khurafat yang menyesatkan. Ia dapat membebaskan jiwa manusia dari tunduk

6
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

dan merendahkan diri kepada yang lain dari Allah s.w.t. Manusia yang berakidah
akan menjadikan Allah sebagai tempat tumpuan pengabdian dan meminta
pertolongan. Bagi mereka kuasa manusia cukup kecil, kerana mereka
mempunyai pergantungan yang terus dengan Allah s.w.t. sedangkan kuasa batil
terputus terus dari Allah s.w.t.

Serentak dengan ini, hanyalah Allah sahaja yang berhak dipuja dan dipuji pada
setiap masa dan ketika. Hanya Allah jualah yang berhak disembah dan dipinta
pertolongan serta dipohonkan doa. begitu juga Allah memiliki segala sifat
kesempurnaan dan tiada cacat celanya yang mampu mendatangkan manfaat
dan mudarat kepada sekalian makhlukNya.

Kemantapan akidah ummah menyebabkan seseorang itu akan dapat dipenuhi


dengan keamanan dan ketenangan, ianya tidak akan dikuasai oleh unsur-unsur
luar. Akidah telah menutup pintu ketakutan yang selalu berada di kepala
golongan jahiliyyah, seperti takut tentang rezeki, takut tentang ajal, takut pada
diri, takut pada keluarga dan anak-anak, takut kepada pangkat, takut kepada
mati dan pelbagai masalah lain yang menyelubungi ketakutan yang tidak
berasas. Ketenangan jiwa akan menjelma jika akidahnya mantap dan berpaksi
kepada Allah s.w.t. semata-mata. Dengan sebab itulah, ketika orang lain berada
di dalam ketakutan, maka orang mukmin akan berada di dalam ketenangan.
Inilah yang membezakan keadaan yang sebenarnya di antara Islam dengan
jahiliyyah.

Melalui akidah yang mantap inilah akan melahirkan seorang yang berjiwa besar.
Akidah itu dapat memberi kekuatan jiwa yang besar kepada seseorang. Bila jiwa
mereka dipenuhi dengan sifat raja (mengharap) kepada Allah, meletakkan
thiqah (kepercayaan), bertawakal kepadaNya, redha dengan qadarNya, sabar
terhadap dugaan dan ujian dariNya, tidak meminta pertolongan kepada makhluk
maka ia akan menjadi kuat dan kukuh, laksana gunung yang tidak dapat

7
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

digoyang dan digoncang oleh bencana dan tragedi. Apabila ia ditimpa bencana,
musibah dan sebagainya ia terus memohon pertolongan kepada Allah s.w.t.

Sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:

Apabila engkau memohon, pohonlah kepada Allah dan apabila engkau meminta
pertolongan, maka pintalah pertolongan dengan Allah.

Perbincangan:
1) Jelaskan peranan iman dalam kehidupan manusia.
2) Bincangkan amalan dan kesan halawatul iman dalam kehidupan
seseorang muslim.

Perbezaan Antara Akidah dan Ideologi

Akidah dan ideologi adalah kepercayaan ataupun fahaman yang amat berbeza.
Ideologi merupakan kepercayaan dan dasar hidup yang bersumberkan selain al-
Quran dan al-Hadith dan meninggalkan kesan kepada manusia sama ada dari
segi fikiran atau tindakan.

Akidah Islam dari Allah, sudah pasti kesempurnaan yang nyata sebagai pencipta
makhluk berbanding dengan ideologi ciptaan manusia yang mempunyai banyak
kekurangan dan kelemahannya.

Akidah Islam sesuai bagi setiap masa dan tempat kerana ia bersandarkan
kepada asas yang tepat iaitu al-Quran dan al-Hadith. Ia tidak berubah walau
apapun yang melanda sebaliknya ideologi mudah berubah dan bertukar
mengikut kehendak hawa nafsu manusia itu sendiri.

Akidah Islam merangkumi semua aspek kehidupan, sementara ideologi tidak


merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia (politik, ekonomi, pendidikan,

8
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

akhlak dan lain-lain lagi). Contohnya komunisme dan kapitalisme yang hanya
menjurus kepada bidang ekonomi semata-mata.

Akidah Islam merupakan penyelamat ummah jika dibandingkan dengan ideologi


yang tidak tetap pendirian. Ideologi hanyalah menjaga kepentingan pemerintah
dan taasub perkauman sehingga berlakunya penindasan, pemerasan terhadap
sesama manusia bahkan terbukti bergaduh sesama manusia. Contohnya, kita
boleh lihat dengan runtuhnya ideologi komunis yang dimusnahkan oleh
penganutnya sendiri kerana gagal dalam memberikan kebahagiaan dalam
kehidupan manusia. Begitu juga dengan ideologi-ideologi lain nampak jelas
kegagalannya sehingga menjadi penyumbang meruntuhkan akhlak generasi
muda hari ini.

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jika kita merenungkan makna-makna dalam kalimat as-Sunnah dan makna-


makna dalam kalimat al-Jamaah, seperti yang dibincang dalam beberapa nash
syariat, dan seperti yang diungkapkan serta difahami oleh para salafus soleh,
kita akan tahu dengan jelas bahawa hal itu hanya cocok dan sesuai dengan
golongan ahli Sunnah wal Jamaah.

Siapa sebenarnya mereka? Apa sifat-sifat mereka? Dan apa manhaj mereka?
Berdasarkan hal itu kita perlu mengidentifikasi siapa sebenarnya ahli sunnah wal
jamaah dari beberapa segi sekitar yang menyangkut sifat-sifat mereka, ciri-ciri
mereka, manhaj mereka, dan definisi mereka menurut kaca mata orang-orang
salafus soleh bahawa yang dimaksud ialah mereka. Sebab, pemilik rumah itu
jelas yang paling tahu isi rumahnya, dan mereka itu yang paling tahu rakyatnya.

Di antara segi tinjauan yang memungkinkan kita biasa mengetahui siapa ahli
sunnah wal jamaah itu ialah:

Pertama, sesungguhnya mereka adalah para sahabat Rasulullah shallallahu


alaihi wa sallam. Merekalah ahli sunnah, yakni orang-orang yang

9
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

mengajarkannya, menjaganya, mengamalkannya, mengutipnya, dan


membawanya baik dalam bentuk riwayat atau dirayat atau manhaj. Jadi
merekalah yang paling dahulu mengenal sekaligus mengamalkan as-sunnah.

Kedua, selanjutnya ialah para pengikut sahabat Rasaulullah shallallahu alaihi wa


sallam. Merekalah yang menerima tongkat dan pengikhtarafan mengenai agama
dari para sahabat, yang mengutip, yang mengetahui, dan yang
mengamalkannya. Mereka adalah para tabiin dan generasi yang hidup sesudah
mereka, kemudian orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai hari
kiamat kelak. Mereka itulah sejatinya ahli sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wa
sallam. Mereka berpegang teguh padanya, tidak mereka cipta bidah macam-
macam, dan tidak mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang yang beriman.

Ketiga, ahli sunnah wal jamaah, mereka adalah para salafus soleh, yakni orang-
orang yang setia pada Al-Quran dan as-sunnah, yang konsisten mengamalkan
petunjuk Allah dan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, yang mengikuti jejak
langkah peninggalan para sahabat, para tabiin, dan pemimpin-pemimpin
pembawa petunjuk umat, yang jadi tokoh contoh dalam urusan agama, yang
tidak membina bidah macam-macam, yang tidak menggantinya, dan yang tidak
mengada-adakan sesuatu yang tidak ada dalam agama Allah.

Keempat, ahli sunnah wal jamaah ialah satu-satunya golongan yang berjaya
dan mendapat pertolongan Allah sampai hari kiamat nanti, kerana merekalah
yang memang cocok dengan sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam:

Ada segolongan dari umatku yang selalu membela kebenaran.


Mereka tidak merasa terkena mudharat orang-orang yang tidak
mendukung mereka sampai datang urusan Allah dan mereka tetap
dalam keadaan seperti itu..

Dalam satu lafaz lain disebutkan:

10
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Ada segolongan umatku yang senantiasa menegakkan perintah


Allah.

Kelima, mereka adalah orang-orang yang menjadi asing atau aneh ketika
dimana-mana banyak orang yang suka mengikut hawa nafsu, berbagai
kesesatan maharajalela, bermacam-macam perbuatan bidah sangat marak, dan
zaman sudah rusak. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wa
sallam:

Semula Islam itu asing dan akan kembali asing. Sungguh beruntung
orang-orang yang asing.

Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam juga bersabda:

Sungguh beruntung orang-orang yang asing, yakni beberapa orang


soleh yang hidup di tengah-tengah banyak manusia yang jahat. Lebih
banyak orang yang memusuhi mereka daripada yang taat kepada
mereka.

Sifat tersebut secocok dengan ahli sunnah wal jamaah.

Keenam, mereka adalah para ahli hadis, baik riwayat mahupun dirayat. Kerana
itulah kita melihat para tokoh kaum salaf menafsirkan al thaifat al manshurat dan
al firqat al najiyat, yakni orang-orang ahli sunnah wal jamaah, bahawa mereka
adalah para ahli hadis. Hal itu berdasarkan riwayat dari Ibnu Al-Mubarak, Ahmad
bin Hambal, Al Bukhari, Ibnu Al-Madini, dan Ahmad bin Sinan. Ini benar, kerana
para ahli hadislah yang layak menyandang sifat tersebut, mereka adalah para
pemimpin ahli sunnah.

Kalimat al thaifat al manshurat Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan: Kalau


yang dimaksud dengan mereka bukan ahli hadis, saya tidak tahu lalu siapa
lagi?!

11
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Al Qadhi Iyadh mengatakan: Sesungguhnya yang dimaksud dengan mereka


oleh Imam Ahmad ialah ahli sunnah wal jamaah, dan orang yang percaya pada
madzhab ahli hadis.

Menurutnya, seluruh kaum muslimin yang tetap berpegang pada fitrah aslinya
dan tidak suka menuruti keinginan-keinginan nafsu serta tidak suka melakukan
berbagai macam bidah, mereka adalah ahli sunnah. Mereka mengikuti jejak
langkah ulama-ulama mereka berdasarkan petunjuk yang benar.

Kenapa Dinamakan Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Dinamakan ahli sunnah, karena mereka adalah orang-orang yang berpegang


pada sunnah Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam, Kalian harus berpegang
teguh pada sunnahku.

Ahl bermaksud keluarga, golongan atau pengikut. Sunnah bermaksud apa


yang datang daripada Nabi s.a.w. sama ada perbuatan, ucapan atau pengakuan.

Adapun as-sunnah juga bererti, syara atau agama, dan petunjuk lahir batin yang
diterima oleh sahabat dari Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam, lalu diterima
oleh para tabiin dari mereka, kemudian diikuti oleh para pemimpin umat dan
ulama-ulama yang adil yang menjadi tokoh panutan, dan oleh orang-orang yang
menempuh jalan mereka sampai hari kiamat nanti.

Berdasarkan hal inilah maka orang yang benar-benar mengikuti as-sunnah


disebut sebagai ahli sunnah. Merekalah yang sosok dengan kenyataan tersebut.

Sementara nama al-jamaah, karena mereka berpegang pada pesan Rasulullah


shalallahu alaihi wa sallam untuk setia pada jamaah atau kebersamaan. Mereka
bersama-sama sepakat atas kebenaran, dan berpegang teguh padanya. Mereka
mengikuti jejak langkah jamaah kaum muslimin yang berpegang teguh pada as
sunnah dari generasi sahabat, tabiin, dan para pengikut mereka. Mengingat
mereka bersama-sama bersatu dalam kebenaran, bersama-sama bersatu ikut
pada jamaah, bersama-sama bersatu taat pada pemimpin mereka, bersama-

12
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

sama bersatu melakukan jihad, bersama-sama bersatu tunduk kepada para


penguasa kaum muslimin, bersama-sama bersatu mengerjakan yang makruf dan
mencegah dari yang mungkar, bersama-sama bersatu mengikuti as-sunnah, dan
bersama-sama bersatu meninggalkan berbagai perbuatan bidah, perbuatan
yang terdorong oleh keinginan-keinginan nafsu, serta perbuatan yang
mengundang perpecahan, maka merekalah jamaah sejati yang mendapat
perhatian Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam.

Terakhir kita sampai pada sebuah kesimpulan yang konkrit bahwa nama dan
sifat ahli sunnah wal jamaah adalah istilah yang bersumber:

Pertama, dari sunnah Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam ketika beliau


menyuruh dan berpesan kepada kaum muslimin untuk berpegang teguh
padanya, sebagaiman sabda beliau, Berpegang teguhlah kalian pada
sunnahku, ketika beliau menyuruh dan berpesan kepada mereka untuk setia
pada jamaah, dan melarang menentang serta memisahkan diri darinya. Jadi
nama ahli sunnah wal jamaah adalah nama pemberian Rasulullah shalallahu
alaihi wa sallam. Beliaulah yang menyebut mereka seperti itu.

Kedua, dari peninggalan sahabat dan para salafus saleh yang hidup pada kurun
berikutnya. Peninggalan tersebut menyangkut ucapan, sifat, dan tingkah laku
mereka. Nama itu sudah mereka sepakati bersama dan menjadi sifat para
pengikutnya. Peninggalan-peninggalan mereka itu ada pada karya-karya mereka
yang tertulis dalam kitab-kitab hadist dan atsar.

Ketiga, istilah ahli sunnah wal jamaah adalah keterangan syariat yang didukung
dengan kenyataan yang benar-benar ada. Istilah itu membezakan antara orang-
orang yang setia pada kebenaran dari orang-orang yang suka membikin bidah
dan menuruti keinginan-keinginan hawa nafsu. Ini berbeda dengan anggapan
sementara orang yang mengatakan, bahwa ahli sunnah wal jamaah adalah
sebuah nama yang muncul di tengah perjalanan zaman. Nama ini baru ada di
tengah-tengah perpecahan kaum muslimin. Padahal sebenarnya tidak begitu. Itu
anggapan yang keliru. Ahli sunnah wal jamaah adalah istilah atau nama ala

13
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

syariat yang berasal dari kaum salaf umat Islam. Artinya, ia sudah ada semenjak
zaman sahabat dan para tabiin yang hidup pada periode-periode awal Islam.

Mengenai anggapan sementara orang yang sudah menjadi budak nafsu bahwa
ahli sunnah itu hanya terbatas pada orang-orang salaf mereka saja, dan bahwa
yang dimaksud dengan salafus soleh adalah orang-orang yang mengikuti
madzhab mereka, itu memang benar. Anggapan tersebut tidak keliru, karena
salafus soleh memang ahli sunnah. Begitu pula sebaliknya, baik ditinjau dari
pengertian syariat maupun kenyataannya, sebagaimana yang sudah saya
kemukakan di atas. Jadi siapa yang tidak mengikuti madzhab salaf dan tidak
menempuh manhaj serta jalan mereka, berarti ia telah memisahkan dari as
sunnah dan jamaah.

Perlu kita katakan kepada orang-orang sesat yang meng-ingkari as sunnah dan
para pengikutnya, bahwa itulah yang dimaksud as sunnah, dan mereka itulah
para pengikutnya yang bernama ahli sunnah wal jamaah. Jika kita berpaling dan
menolak ucapan yang benar ini, maka kita hanya bisa mengingatkan mereka apa
yang pernah dikatakan oleh Nabi Nuh alaihi salam kepada orang-orang yang
berpaling dari seruan dakwahnya, seperti yang tertuang dalam firman Allah
Taala ini:

Berkata Nuh, Hai kaumku, bagaiman pikiranmu, jika aku ada


mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan diberi-Nya aku rahmat
dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu disamarkan bagimu. Apakah akan
kamu paksakan kamu menerimanya, padahal kamu tiada
menyukainya?

Latihan:
1)Apakah masalah yang menjadi punca utama perpecahan antara
mazhab Muktazilah dan mazhab Ahli Sunnah?
2)Iktikad yang dipegang oleh mazhab Muktazilah sangat berbeza
dengan iktikad yang dipegang oleh mazhab Ahli Sunnah Wal

14
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Jamaah. Jelaskan pendapat anda berpandukan hujjah-hujjah yang


sesuai bagaimana perbezaan ini boleh berlaku?

Apakah Ahli Sunnah Dibatasi Oleh Ruang dan Waktu?

Ahli sunnah wal jamaah itu tidak dibatasi oleh ruang dan waktu. Mereka banyak
terdapat di sebuah negara, namun sedikit di negara lainnya. Mereka terdapat
banyak pada suatu kurun zaman, tetapi hanya sedikit pada kurun zaman yang
lain.

Di tengah-tengah mereka terdapat tokoh-tokoh terkemuka yang menjadi pelita


kegelapan dan hujjah Allah terhadap makhluk-Nya hingga hari kiamat nanti. Dan
karena jasa merekalah terwujud janji Allah yang akan menjaga agama ini.

Dengan demikian jelaslah siapa sebenarnya ahli sunnah wal jamaah? Siapa itu
salafus saleh? Pernyataan golongan-golongan tertentu yang mengaku sebagai
ahli sunnah wal jamaah tetapi nyatanya mereka justeru memisahkan diri dari as
sunnah dan jamaah, serta menyerang para salafus saleh atau sebahagian dari
mereka, adalah pernyataan yang ditolak berdasarkan ketentuan-ketentuan
syariat, dasar-dasar ilmiah, dan fakta-fakta sejarah.

Demikian pula harus ditolak pengakuan-pengakuan bahawa seluruh kaum


muslimin itu setia pada sunnah. Pengakuan seperti itu selain mendustakan berita
dari Allah dan Rasul utusan-Nya shalallahu alaihi wa sallam yang menyatakan
bahawa ada perpecahan, juga berlawanan dengan kenyataan yang ada.

Demikian pula dengan pernyataan dan pengakuan-pengakuan lainnya.

Berdasarkan hal itu, maka sesungguhnya as-sunnah bukanlah partai atau


semboyan atau aliran yang dianut secara fanatik. Tetapi ia merupakan warisan
peninggalan Nabi, metode yang benar, jalan yang lurus tali yang kuat, dan jalan
orang-orang beriman yang terang seterang siang. Siapa yang berpaling darinya
pasti ia akan celaka.

15
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Berbagai kesalahan, kekeliruan, dan bidah yang dilakukan oleh orang-orang ahli
bidah atau oleh orang-orang yang mengaku sebagai ahli sunnah, itu sama sekali
bukan dari ajaran as-sunnah dan bukan mengikuti manhaj yang benar.

1) Latihan : Apakah yang dikatakan mazhab Ahli Sunnah dan


siapakah pengasasnya?
2) Bagaimana mazhab ini mula muncul dan bilakah masanya?
3) Apakah asas pokok pegangan mazhab Ahli Sunnah Wal
Jamaah?
4) Kenapakah mazhab Ahli Sunnah dikatakan sebagai mazhab
yang paling rasional dan dapat diterima oleh majoriti umat
Islam?

KELEBIHAN DAN KEKUATAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah mempunyai kelebihan-kelebihan dan kekuatan


yang menyebabkan ia mampu menghadapi pelbagai cabaran pada setiap zaman
sehinggalah ke hari ini.

Antara kelebihan-kelebihan itu ialah:

1. Al-Wasatiyyah : Manhaj al-Imam Abu Hasan al-Asyari merupakan mazhab


yang wasaf dan adil antara faham Muktazilah yang keterlaluan menggunakan
akal. Faham Muktazilah menjadikan akal sebagai neraca dalam menentukan
kebenaran nas dan menganggap naql (dalil naqli) sebagai pengikut semata-mata
kepada aqla (akal).

2. Assawad Al-Azam : Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan golongan yang


disebut dalam hadis sebagai Assawad al-Azam (kumpulan terbesar). Dalam
beberapa hadis, Rasulullah SAW memerintahkan umatnya berada bersama
golongan ini ketika wujud perbezaan dan khilaf dalam kalangan umat Islam:

16
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Sesungguhnya umatku tidak akan sekata (ijmak) dalam perkara yang sesat.
Apabila kamu melihat perbezaan pendapat maka hendaklah kamu berada
bersama kumpulan terbesar (Assawad al-Azam).

Daripada hadis ini dapat diambil kesimpulan bahawa Assawad al-Azam


merupakan tali penyelamat ketika berhadapan dengan gelombang pemikiran,
aliran fahaman dan mazhab yang berkecamuk di tengah-tengah masyarakat
pada setiap zaman.

3. Pendekatan Bermazhab : Ahli Sunnah Wal Jamaah menggunakan


pendekatan bermazhab dalam memahami dan mengamalkan ajaran Quran dan
Sunnah dan dalam melaksanakan prinsip ijtihad. Al-Imam Abu Hasan al-Asyari
mahupun al-Imam Abu Mansur al-Maturidi yang manhaj kedua-duanya dalam
menghuraikan akidah membentuk mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah bukanlah
mencipta mazhab baharu dan tersendiri. Sebaliknya, mereka menurut mazhab
salaf daripada para Sahabat dan tabiin dalam menegakkan akidah bersandarkan
hujah-hujah naqli dan aqli.

Oleh itu, Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah mereka yang mengikuti sunnah
Rasulullah s.a.w. dan sunnah para sahabatnya dalam masalah akidah
keagamaan (aqaid badaniyyah), amalan lahiriah (amal badaniyyah) serta akhlak
hati (akhlaq qalbiyyah).

Sambil-Sambil Rehat:Dimanakah letaknya kelebihan dan


kekuatan Ahli Sunnah Wal Jamaah? Apakah prinsip-prinsip
utama Ahli Sunnah Wal Jamaah? Cuba anda fikirkan...
Perbincangan:
1)Apakah jenis-jenis syirik?
2)Nyatakan kesan dan kerosakan syirik?
3)Islam menutup jalan-jalan syirik, bincangkan?

17
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

SYIRIK

Syirik diambil daripada perkataan Arab yang bererti berkongsi atau bersepakat.
Mensyirikkan Allah s.w.t. bermakna menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu
benda atau makhluk. Dalam kata lain, syirik dilihat daripada sudut taraf dan
kedudukan antara Allah SWT dengan makhluk. Jika berlaku persamaan dan
percampuran, maka berlaku syirik.

Syirik mempunyai dua bahagian:

1. Syirik Jali (syirik terang-terangan) atau disebut juga syirik akbar (syirik yang
terbesar).
2. Syirik Khafi (syirik tersembunyi/samar) atau disebut juga syirik ashghar (syirik
yang paling kecil).

Syirik akbar yang menyembah Tuhan selain Allah. Syirik ashghar (syirik yang
paling kecil) iaitu riya. Orang-orang yang menginginkan kemanfaatan dunia
dengan melalui amalan akhirat. Syirik ini adalah kebalikan dari ikhlas.

Allah menjelaskan dalam surah Yusuf, ayat 106 yang bermaksud:

Meskipun kebanyakan mereka sudah beriman kepada Allah dalam pada itu
mereka tidak sunyi daripada berbuat syirik.

Perkataan syirik mempunyai makna yang sama dengan kufur. Walaupun dalam
kalangan ulama yang membezakan antara kufur dengan syirik. Apabila dilihat
kepada maknanya, ia tidak mempunyai perbezaan. Perbezaan yang dapat di
anggap dua perkataan itu mempunyai makna yang berbeza.

Begitu juga kafir dianggap syirik kerana mencabar wujudnya Allah, keesaannya
dan kesempurnaannya apabila dia menerima sesuatu yang lain. Boleh juga

18
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

dianggap syirik apabila mendustakan risalah Nabi Muhammad ataupun


sebahagian daripadanya. Mendustakan perkara yang diwajibkan oleh Allah
supaya beriman kepadanya.

Adalah dianggap syirik kepada orang-orang yang tidak redha dengan hukum
Allah ataupun sebahagian daripada hukumnya. Menganggap hukum yang lain
lebih baik ataupun lebih adil daripadanya seperti yang berlaku dalam hadith Nabi
Muhammad kepada Adi bin Hatim bagi menjelaskan ayat 31, surah al-Taubah:

Maksudnya:

Mereka jadikan paderi-paderi dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan yang


lain daripada Allah.

Pemujaan kubur yang dianggap keramat, mempercayai kesaktian yang ada pada
para wali serta bomoh merupakan perkara khurafat yang sering diamalkan dalam
aliran kepercayaan akan mengheret pengikutnya menyekutukan Allah swt. Al-
Quran telah menggariskan bahawa syirik besar ini terbahagi kepada empat
bahagian, iaitu syirik dalam memberikan kasih sayang, syirik dalam memberikan
ketaatan, syirik dalam niat dan kehendak serta syirik dalam permintaan,
pertolongan dan doa. Keempat-empat bahagian syirik jelas wujud dalam
kesemua ajaran sesat yang ada dari dulu dari sekarang.

Allah swt mengingatkan manusia agar tidak menyekutukan-Nya sama ada dari
sudut zat, sifat, nama mahupun perbuatan-Nya kerana Allah swt tidak akan
mengampunkan dosa golongan ini sebagaimana yang dinyatakan dalam firman-
Nya :


19
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)



Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang
mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan
yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan
Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang amat jauh.
(Surah al-Nisa : 116)

Peringatan Allah swt dalam al-Quran perihal menyekutukannya adalah jelas.


Barangsiapa yang mensyirikkan-Nya nescaya akan terhapus segala amalannya.
Tidak ada satu kuasa yang mampu mengatasi kuasa Allah swt dan segala
amalan yang dilakukan hendaklah untuk Allah swt semata-mata sebagaimana
firman-Nya :





Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan,
dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama -
(yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)".
(Surah al-Anam, 6 : 162-163)

Besar kemungkinan seseorang itu boleh tergelincir akidahnya menjadi murtad


disebabnya mensyirikkan Allah swt mahupun menyalahi prinsip utama ajaran
Islam.

20
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Kufur pula lawan kepada iman, iaitu berpaling daripada kebenaran dan
melakukan maksiat setelah melakukan ketaatan dan beriman. Kufur juga boleh
disimpulkan sebagai penafian dan keingkaran terhadap apa-apa sahaja yang
datang daripada Allah swt melalui rasulnya-Nya tanpa sebarang keraguan.

Seseorang itu akan menjadi kafir jika dia ingkar kepada perintah Allah swt dan
taat kepada perintah taghut dalam keadaan dirinya sedar (tidak lupa atau gila).
Walau bagaimanapun, sekiranya ia seorang yang jahil;tidak mengetahui bahawa
perbuatannya mengingkari perintah Allah swt dan menyalahi rukun Islam serta
rukun iman, maka ia tidak digolongkan sebagai kafir.

Begitu juga seseorang akan menjadi murtad jika dia kembali kepada kekufuran
setelah dia menerima Islam sebagai pegangannya. Terdapat pengikut ajaran
sesat yang menganut kepercayaan lain sebelum Isalam kemudian memeluk
Islam seterusnya berpaling tadah kepada agama asal mereka (tanpa sebarang
paksaan) akibat terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Firman Allah swt :






Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan
dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang
hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya
menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka
pula beroleh azab yang besar.
(Surah al-Nahl, 16: 106 )

21
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Kesesatan yang mendasari akidah atau keimanan terutamanya menyentuh


kepercayaan kepada Allah swt dengan mempercampuradukkan dengan
pemikiran falsafah Neoplatonisme, Batiniah, Hinduisme mahupun Kristian
bahkan ada antaranya mengaku dirinya Tuhan dan rasul yang diutuskan bukan
sekadar sesat tetapi kufur kepada Allah swt.

Kedudukan golongan ini lebih bahaya daripada gerakan Kristianisasi kerana


mereka bergerak atas nama Islam, berpakaian dan melaksanakan cara hidup
sebagaimana umat Islam yang lain, hanya akidah mereka sahaja yang
mempengaruhi terpesong. Oleh itu, mereka lebih mudah untuk mempengaruhi
masyarakat agar sama-sama menyertai kumpulan mereka.

Sesat Dalam Beragama

Sesat dalam beragama termasuklah cenderung melaksanakan sesuatu amalan


atau doktrin ajaran yang nyata bertentangan dengan Islam. Antara perkara yang
membawa umat Islam sesat dalam beragama termasuklah meyakini dan
mengamalkan sesuatu ajaran yang difatwakan sesat.

Perkara seumpama ini berlaku disebabkan pemujaan yang keterlaluan kepada


pemimpin dengan memberikan segala ketaatan kepada ketua dengan membuta
tuli tanpa sebarang pertanyaan, komentar mahupun kritikan. Secara tidak
langsung, keadaan ini membuka peluang kepada golongan tertentu untuk
mendapatkan kepentingan tertentu dalam dunia ini. Selain itu, perkara ini boleh
berlaku disebabkan oleh keghairahan para pengikut meramalkan perkara ghaib
yang berkaitan dengan Kiamat. Dari aspek akidah, walaupun penyelewengan
akidah yang dilakukan hanya sedikit tetapi penyelewengan itu tetap dianggap
sesat. Dalam kata lain, iman seseorang akan runtuh walaupun seseorang itu
mengingkari hanya satu huruf daripada keseluruhan al-Quran.

22
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Sering kali golongan yang terlibat dengan ajaran sesat ini bukan hanya sesat
dari segi syariat tetapi sesat juga dari segi akidah. Walau bagaimanapun,
kesesatan dari segi pengamalan syariat seperti melakukan nikah batin (berzina),
minum arak dan lain-lain akan membawa kepada sesat dari sudut akidah
sekiranya pengikut aliran ini beriktikad bahawa perbuatan ini adalah sebahagian
daripada syariat Islam. Firman Allah swt :






Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian
mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan
mereka itulah orang-orang yang sesat.
(Surah al-Imran, 3 : 90)

Fenomena ini seolah-olah menggalakkan kehidupan yang berteraskan hawa


nafsu sehingga melahirkan gejala anak luar nikah dan seks bebas dalam
masyarakat. Firman Allah swt dalam Surah al-Kahf, ayat ke-103 dan 104 :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan


orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang

23
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka
menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang
mereka lakukan".

MURTAD DAN BAHAYANYA

Murtad berasal daripada perkataan riddah dalam bahasa Arab. Riddah


bermaksud kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Adapun daripada
sudut syarak, murtad ialah keluarnya Muslim yang mukalaf daripada agama
Islam dengan kerelaan hatinya.

Menurut Abdul Kadir Audah, murtad boleh terjadi kerana keengganan


melaksanakan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh syariat dan digantikan
dengan undang-undang ciptaan manusia kerana asal kedudukan hukum dalam
Islam mestilah berdasarkan kepada ketetapan Allah. Hukum lain adalah
diharamkan.

Gaya hidup anti agama yang berteraskan materialisma dan cengkaman


sekularisma telah mendedahkan umat Islam kepada kerapuhan sistem keimanan
mereka. Kesungguhan musuh-musuh Islam menyebar luaskan dakyah mereka
melalui pendekatan 3G. Gospel, Goal, dan Glory telah berjaya mengisi
kekosongan iman orang Islam sehingga mereka tergamak untuk murtad.
.Kehalusan gerakan mereka dikesan seperti garam dan ragi. Garam sebagai
perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi
kayu diletak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai.
Maksudnya, kita kekal sebagai orang Melayu dengan identiti Islam tetapi
hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Peristiwa seperti ini boleh
dilihat dalam kehidupan sosial masyarakat Islam pada hari ini. Kemuncak krisis
keyakinan kepada Allah diterjemahkan dengan tragedi murtad. Dulu kita
menyangka bahawa kes Natrah adalah kes pertama dan terakhir akidah seorang
Islam dileburkan dengan keputusan mahkamah. Apabila orang Islam bangkit

24
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

beramai-ramai membantah paksaan murtad kepada Natrah. Orang Melayu Islam


menjangkakan pihak berkuasa mengambil iktibar. Tetapi selepas itu segala-
galanya menjadi sepi sehingga kita dikejutkan dengan:

Kes 1: Aisyah Hj. Bukhari

Aisyah Hj. Bukhari adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu
yang sepatutnya. Dikhabarkan dia dihantar ke sekolah agama dan belajar
sehingga tingkatan 6 atas. Kelulusannya melayakkan dirinya menjadi ustazah
atau melanjutkan ke peringkat university Al-Azhar. Dia dibesarkan dalam
suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam. Dia juga hafal surah Yasin
dan Surah Sajadah. Semasa belajar di ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia
didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari
segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung
dengan baju kurung bunga-bunga. Tinggal di lembah keramat AU5C. Begitulah
juga keterampilan kakaknya. Selepas 2 tahun tinggal di Kuala Lumpur, pada 19
Nov 1997 dia menghubungi ayahnya dan berkata, Assalamualaikum ayah! Ni
Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah Kristian. Bayangkan
betapa hancurnya hati seorang bapa. Kita sendiri merasa hairan bagaimana dia
boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan
sempurna tetapi masih boleh murtad. Apa lagi mereka yang tidak terdidik. Apa
yang Haji Bukhari boleh buat? Hanya linangnan airmata sahaja. Masuk TV
menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis. Tiada apa yang boleh
dibuat Hj Bukhari.

Kes 2 : Hartina Hj Kamaruddin

Diceritakan Haji Kamarudian seorang penjual satay di Perak. Beliau izinkan


anaknya, Hartina, untuk bekerja di Kuala Lumpur selepas dia berumur 18 tahun.
Selepas 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu. Anak
yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, dengan membawa teman
lelaki dan kawan-kawan teman lelakinya sambil berpeluk-peluk. Oleh kerana

25
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

terlalu marah Haji Kamarudin menetak teman lelakinya di tengkuk. Akibatnya


Haji Kamarudin juga dipukul oleh kawan-kawan Hartina sehingga hampir
pengsan. Adik lelaki Hartina berumur 16 tahun turut dibelasah kerana hendak
menyelamatkan akidah kakaknya di depan kedai tempat bapanya berniaga.

Berhubung dengan golongan murtad, dalam surah al-Baqarah ayat 217, Allah
mengatakan, Dan sesiapa di antara kamu murtad daripada agamanya (Islam),
lalu dia mati sedang dia tetap kafir, rosak binasa amal usahanya di dunia dan di
akhirat, dan mereka itu adalah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya.

Ijmak ulama menyatakan Muslim yang ingkar kepada apa-apa yang ditetapkan
oleh Allah menjadi murtad, kecuali dia benar-benar jahil. Apabila diberitahu dan
ditegakkan hujah, namun dia masih tetap dengan keingkarannya, maka
dihukumkan kufur dan murtad.

Ingkar itu berlaku dengan perkataan dan perbuatan yang tidak mungkin ditakwil
melainkan kufur menurut nas yang jelas. Sebarang perkataan yang menepati
maksudnya seperti tulisan, sama ada yang berbentuk buku ataupun makalah
dalam akhbar, majalah, juga resolusi-resolusi yang diambil oleh satu-satu
persidangan atau seumpamanya.

Kes 3 : Suzie Teoh

Kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan berumur 16 tahun
telah memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapanya amat marah dan menyaman
anaknya sendiri dan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, sehingga ke
mahkamah persekutuan. Dia memohon pada mahkamah, agar diistiharkan
pengIslaman anaknya tidak sah.

Tun Salleh Abbas sebagai hakim yang bijaksana telah menangguhkan kes Suzie
Teoh selama 2 tahun. Selepas Suzie Teoh berumur 18 tahun, Tun Salleh Abbas
membuka semula kes ini dan Suzie diberi peluang untuk mengisytiharkan
26
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

agamanya sendiri. Terketar-ketar sambil menangis, Suzie berkata Saya yang


arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini. Maka Tun Salleh
Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur
Aini. Selamat akidah seorang wanita. Malangnya Tun Salleh Abas dipecat atas 5
tuduhan. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes 4 : Pembunuhan Keluarga Ibrahim

Saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan
mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada
malam 14 Februari, mereka mati dipancung dalam sebuah kontena demi
mempertahankan agama. Bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga
putus, tangannya juga turut dipotong. Ibrahim adalah seorang saintis Pakar
Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda
syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah
masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan
masih mengalirkan darah hangat seperti baru meningal dunia. Peluh terpercik
pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Penulis
difahamkan kes ini ditutup dengan alasan menjaga sensitiviti kaum. Sekali lagi
orang Islam tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Kisah di atas menggambarkan bagaimana akidah umat Islam di Malaysia


terdedah dengan murtad walaupun perlembagaan persekutuan melindungi
akidah mereka. Begitu juga Hakim yang cuba melindungi akidah muslim dengan
kebijaksanaannya, akhirnya dipecat dan diperhinakan sebegitu rupa. Disamping
itu mereka yang gagal dipujuk untuk murtad akhirnya dibunuh. Justeru itu Salleh
Ismail merumuskan dalam tesis Ph.D nya bahawa Jenayah Murtad di Malaysia
telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Keperluan kepada undang-
undang yang berwibawa untuk menangani kes murtad amat mendesak. Senario
ini juga menimbulkan persoalan adakah perundangan sedia ada tidak menjamin
akidah umat Islam atau sikap umat Islam sendiri dan pemimpin mereka yang

27
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

membiarkan akidah mereka terancam. Kekalutan yang timbul reda seketika


apabila Utusan Malaysia melaporkan pada 20 April 1998 bahawa Datuk Dr Abdul
Hamid Osman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dipetik berkata bahawa Draf
Rang Undang-Undang Pemulihan Akidah berada diperingkat akhir pengubalan
dan menanti persetujuan kerajan pusat dan kerjaaan - kerajaan negeri. Namun
selepas menunggu lebih dari 10 tahun rang undang-undang tersebut masih
belum muncul.

Kita digemparkan lagi dengan kes Lina Joy. Keputusan Ketua Hakim Negara,
Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Dato'
Alauddin Dato' Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Azlina Jailani, 42, yang
lebih popular dengan nama Lina Joy, untuk membuang status agamanya
daripada kad pengenalan beliau amat melegakan umat Islam di Malaysia.
Walaubagaimanapun Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato' Richard Malanjun
membenarkan permohonan tersebut. Oleh itu keputusan ini dicapai melalui
majoriti 2:1 menolak permohonan Lina Joy. Menurut keputusan mahkamah, Lina
Joy, yang telah pun menukarkan agamanya kepada Kristian, perlu mendapatkan
sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak
lagi menganut agama Islam sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh
menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya. Ahmad Fairuz
berkata JPN berhak untuk mengenakan syarat kepada Lina Joy memintanya
mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah
Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak
menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Menurut laporan Bernama, Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah


Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005
menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad
pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak
mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam
yang lain.

28
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah


Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak
boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan
oleh Mahkamah Syariah. Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran
Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.10 Kes ini telah
menarik ramai pihak untuk memberi ulasan dan pandangan. Walaupun
permohonan Lina Joy seolah-olah tiada kaitan dengan isu menukar agama tetapi
implikasi sebenarnya adalah berkaitan hal murtad, yang begitu sensitif kepada
umat Islam di Malaysia. Keputusan kes ini amat bertepatan dengan peruntukan
121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Ia juga telah mempertegaskan semula
keputusan Mahkamah sebelumnya bahawa Mahkamah Syariah memiliki kuasa
yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan
ke atas bidangkuasa dan keputusan Mahkamah Syariah.

Walaubagaimanapun para pemerhati merumuskan bahawa kes ini tidak


menyelesaikan kes murtad Lina Joy. Media melaporkan bahawa beliau telah
mengaku memeluk agama Kristian. Ia keluar dari agama Islam iaitu Murtad. Timbul
persoalan apakah pengakuan Lina Joy memeluk agama Kristian sudah boleh
diterima dari sudut perundangan Islam bahawa beliau telah murtad. Jika beliau
Murtad apakah tindakan yang sewajarnya dikeluarkan oleh Mahkamah Syarian. Bila
berkaitan dengan mahkamah Syariah adakah ia memiliki bidang kuasa untuk
membicara jenayah murtad. Apakah hukuman pesalah murtad boleh disabitkan oleh
Mahkamah Syariah. Malah perkara yang lebih asas apakah undang-undang Islam di
negeri negeri khususnya di Selangor memperuntukan seksyen berkaitan dengan
kesalahan murtad. Bagaimana pula dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan
yang menjamin kebebasan beragama iaitu semua orang bebas untuk memilih
agama mereka.

Konflik undang-undang bagi kesalahan murtad semakin penting untuk dikaji


apabila ada beberapa kes lain yang memiliki latarbelakang kes yang hampir
sama iaitu permohonan untuk menukar nama di dalam kad pengenalan dan
29
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

pengistiharan keluar Islam. Pengalaman penyelidik sendiri semasa bertugas di


Jabatan Agama Islam Selangor ada menerima permohonan dari Jabatan
Pendaftaran Negara bagi mendapatkan ulasan berkenaan isu ini. Begitu juga
dengan rayuan habeas corpus oleh sepasang suami isteri Mohmad Ya, 57,
Kamariah Ali, 51, dan dua orang lelaki yang lain iaitu Daud Mamat, 62, dan Mat
Yaakob Ismail, 56, yang menuntut supaya mereka dibebaskan dari tahanan di
penjara Pengkalan Chepa, di Kelantan. Hakim Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan
Datuk Allaudin Mohd Sheriff juga telah menolak rayuan mereka berempat yang
telah mengaku keluar dari Islam, untuk mendapat pengisytiharan hak kebebasan
beragama.

Di samping itu kes - kes ajaran sesat yang menyentuh secara langsung dengan
kesahihan akidah Islamiyah. Umpamanya kes Puan Kamariah yang mendakwa
bahawa dia tidak lagi beragama Islam selepas terlibat dengan ajaran Ayah Pin
dan kes Hj Kahar yang mendakwa bahawa dirinya nabi melayu dan sebagainya.

Isu seumpama ini amat serius apabila aktiviti hiburan juga dikaitkan dengan
keruntuhan aqidah. Umpamanya hiburan Black Metal yang mengajak para
pendengar menghina al-Quran malah keluar slogan anti Allah. Hiburan seperti ini
secara langsung akan menjejaskan aqidah mereka. Sama ada serangan aqidah
ini dirancang atau tidak, nyatanya aqidah umat Islam di Malaysia pada hari ini
telah terancam. Malah kalau dahulu murtad hanyalah dilihat sebagai jenayah
terkutuk tetapi hari ini ia boleh dipohon di mahkamah syariah sebagai kes sivil
seperti di dalam kes Fatimah Tan. Justeru adalah diharapkan agar semua pihak
sama ada para ulamak, pengamal undang-undang, pendakwah dan pemimpin
politik yang memerintah untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan
kesucian akidah Islam terus terpelihara.

Murtad Dengan Sebab Perbuatan

30
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Seseorang Islam boleh terkeluar dari agama Islam sekiranya dia melakukan
perbuatan-perbuatan yang diharamkan dengan sengaja bertujuan menghina dan
mempersendakan Islam seperti mencampakkan al-Quran, menyembah berhala,
melakukan zina dengan mempercayai bahawa ia tidak haram. Begitu juga jika
seseorang itu enggan mendirikan suruhan yang diwajibkan dengan sengaja atau
mengingkari atau menghinanya seperti kewajipan mendirikan solat, berpuasa,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji, dengan disertai anggapan bahawa ia
tidak wajib ke atasnya. Tindakan sedemikian bererti mengingkari kewajipan yang
sabit dengan nas yang qati.

Hukum murtad itu tidak diambil pada perkara-perkara yang kurang jelas ataupun
sangkaan semata-mata. Ia mestilah berlaku secara putus dan tidak mungkin
ditakwilkan, antaranya perkara-perkara yang perlu diketahui oleh setiap orang
awam. Juga dalam perkara yang ada nas yang terang daripada al-Quran, hadith,
ijmak dan Qias yang nyata.

Murtad Dengan Sebab Perkataan

Percakapan juga boleh membawa seseorang itu keluar dari agama Islam. Ini
dapat digambarkan jika seseorang Islam itu mengeluarkan perkataan yang
membawa kepada keengkaran wujudnya Allah atau tidak mengesakannya,
mengisytiharkan dirinya seorang Rasul atau Nabi selepas wafatnya Nabi
Muhammad s.a.w. atau mengingkari al-Quran atau sebahagiannya atau
mengisytiharkan diri keluar dari Islam.

Bincang dan Fikir:Apa kesudahannya dengan undang-undang


murtad dalam negara kita? Ulama telah sepakat
mengatakan hukum murtad ialah hukum bunuh, apakah
anda menyokong atau menentang pandangan ini?

Murtad Dengan Sebab Itikad

31
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Seseorang Islam juga boleh terkeluar dari Islam sekiranya dia mempunyai
kepercayaan yang bertentangan dengan agama Islam seperti tidak mempercayai
kewujudan Allah, tiada hari akhirat dan Qiamat, alam ini terjadi dengan
sendirinya, atau berkeyakinan bahawa perundangan Islam sudah lapuk serta
ketinggalan zaman dan undang-undang ciptaan manusia adalah terbaik
berbanding syariah Allah.

Meskipun begitu, sekiranya seseorang Islam dipaksa untuk mengistiharkan


dirinya keluar dari agama Islam sama ada melalui perbuatan atau perkataan,
para cendikiawan fiqh menganggap perbuatan atau perkataan tersebut tidak
membawa kepada murtad kerana wujudnya unsur paksaan. Ini bersesuaian
dengan firman Allah ayat 106 surah al-Nahl:

Kecuali mereka yang dipaksa dan hatinya masih tenang dengan iman. Akan
tetapi mereka yang yang lapang dadanya dengan kekufuran, maka di atas
mereka kemurkaan dari Allah.

Punca Berlakunya Murtad

Beberapa faktor penting yang menyebabkan berlakunya murtad adalah


sepertimana berikut:

1. Tidak ada didikan agama yang mencukupi dan berkesan kepada mereka,
sama ada oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan.

2. Penjaga atau kedua ibu bapa tidak memberi sebarang didikan Islam, kerana
mereka sendiri tidak mempunyai pengetahuan agama, anak-anak dibiarkan
bergaul bebas dengan kawan-kawan yang beragama lain, sama ada Kristian,
Hindu atau lain-lainnya.

32
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

3. Menurut kajian yang dilakukan, murtad sering berlaku dalam kalangan anak-
anak hasil daripada kahwin campur, sama ada perkahwinan sesama saudara
baru, dengan orang Melayu atau seumpamanya. Di samping itu juga kes ini
berlaku dalam kalangan orang Islam yang datang dari luar, iaitu dari negeri jiran
yang datang ke Malaysia, yang tidak dapat dikesan alamat tinggalnya.

4. Tidak ada perhatian daripada orang-orang Islam sendiri.

5. Tidak ada perhatian yang berkesan dari pihak tertentu seperti bantuan
material atau moral kepada mereka.

6. Kebanyakan daripada mereka tidak memahami konsep murtad. Ini


berdasarkan kes-kes yang telah diterangkan. Menurut Islam, murtad tidak
memerlukan pengesahan jabatan-jabatan agama, melalui mahkamah atau pihak-
pihak tertentu. Murtad boleh terjadi dengan salah satu daripada tiga perkara, niat,
perbuatan dan percakapan.

7. Akibat tidak ada didikan yang berkesan, ada di antara saudara baru yang
murtad menganggap masuk Islam itu tidak ubahnya seperti masuk parti-parti
politik. Kemasukannya memberi sumbangan kepada parti.

Memikir: Cuba anda fikirkan apakah jalan penyelesaian yang


terbaik bagi mengatasi masalah-masalah murtad dari berterusan
dalam kalangan umat Islam hari ini.

Kesan Iman dan Akidah Islam

Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai


keperibadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkahlaku,
percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah
Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan

33
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

menimbulkan kesan-kesan positif. Di antaranya dapat kita gariskan seperti


berikut:

1. Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt Yang
Maha Esa. Lantaran itu, ia menggerakkan seluruh tingkah-lakunya,
percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah swt.
2. Akidah Islam melahirkan insan soleh iaitu insan yang melakukan apa yang
diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan
kemungkaran.
3. Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan
terpuji. Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang
bertaqwa, tawadhu', ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji
yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki,
sombong, ria', takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah
sosial dalam masyarakat.
4. Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang
optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai
kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah swt
supaya mendapat kebahagian di akhirat.
5. Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya,
mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran
yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai
pengaruh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu
membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang
negatif yang boleh merosakkan keperibadian insan dan masyarakat.
6. Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat
maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat
Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada
sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjah
mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka

34
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu


pengetahuan.

7. Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan


kebajikan dan mencegah daripada kemungkaran. Ini akan melahirkan
masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau
pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari
pembalasan.

8. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau
hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar
biasa.

9. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke


jalan Allah swt walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin
Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya. Kelaurga Amar
bin Yasir demikian juga. Demikianlah para sahabat sanggup
mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan
Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari Akidah Islam yang meresap
di dalam jiwa dan lubuk hati mereka. Akidah Islam yang ada dalam hati
umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak
dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi
saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya.
Lantaran itu mereka amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai
unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh
daripada menghayati Akidah Islam yang sebenar.

AJARAN SESAT DAN PERKEMBANGANNYA

Pengenalan

35
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Dewasa ini pengaruh ajaran sesat tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat
Islam di Malaysia. Selain daripada penyelewengannya dalam bentuk akidah dan
syariat Islam, ajarannya juga menggugat keselamatan dan keharmoniannya
masyarakat.

Kesan anutan dan kepercayaan masyarakat Melayu-Islam kepada dinamisme


dan animisme mahupun pengaruh Hinduisme dan Buddhaisme terhadap diri
mereka telah melahirkan elemen ajaran sesat yang telah diterima pakai oleh
masyarakat. Dipercayai sejak abad ke-15 M lagi ajaran sesat telah wujud di
Tanah Melayu. Berdasarkan dokumentasi yang ada, ajaran sesat yang tertua
yang dikenal pasti di Tanah Melayu ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji
Muhammad Matahari pada pertengahan abad ke-19 M di Kampung Seronok,
Bayan Lepas, Pulau Pinang yang wujud dalam gerakan yang tersusun. Selain
Taslim, ajaran Subud yang lahir di Kelantan sekitar tahun 1950 hingga awal
tahun 1960-an dianggap antara ajaran sesat terawal yang berjaya dikesan.
Kerajaan negeri Kelantan telahpun mengambil tindakan terhadap ajaran ini.

Di Semenanjung Malaysia, sejarah membuktikan bahawa penyebaran aliran


kepercayaan ini dalam kalangan masyarakat berlaku pada pertengahan abad ke-
19 M lagi. Menurut Abdulfatah Haron Ibrahim, terdapat satu halaman dalam kitab
Akidah karya Tuan Teh Mohamed bin Syihabuddin yang membicarakan tentang
ajaran sesat. Beliau dianggap sebagai ulama yang pertama yang membicarakan
tentang ajaran sesat serta menentang dengan sekeras-kerasnya ajaran
Wujudiah/Batiniah ini dan menganggapnya kufur. Karya beliau ini ditulis pada
tahun 1206 H. Catatan ini menunjukkan bahawa ajaran sesat telah lama
bertapak dan berkembang di negara ini.

Selain daripada Tun Teh, Sheikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Mankabawi al-
Jawi (1277H/1860 M -1355H/1916 M), imam dan khatib di Makam al-Syafii di
Masjid al-Haram, Mekah juga telah menulis sebuah kitab untuk menolak ajaran
sesat Martabat Tujuh. Orang ketiga yang menulis tentang ajaran salah ialah Haji

36
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Zakaria bin Abu Bakar pada tahun 1947 (1396 H). Beliau membahaskan tentang
ajaran sesat khususnya ajaran Taslim sebanyak 10 halaman dan mengaitkan
hubungan ajaran ini dengan ajaran Batiniah. Selain daripada tiga tokoh ini, tokoh
lain ialah Haji Abdullah bin Haji Abdul Wahab. Sejak akhir tahun 1970-an hingga
ke hari ini, tokoh yang banyak menyimpan, mengkaji, menulis dan menerbitkan
bahan bacaan berkaitan ajaran sesat ialah Profesor Dr. Abdulfatah Haron
Ibrahim.

Sebelum penubuhan Majlis atau Jabatan Agama Islam di setiap negeri antara
awal tahun 1900 hingga selepas merdeka (1957), tidak ada pihak yang
mengambil inisatif untuk mengkaji perkembangan ajaran sesat kecuali guru
pondok atau agama. Oleh itu, kemunculan ajaran sesat (jika ada) tidak dipantau
dan dikawal oleh pihak kuasa. Walau bagaimanapun, ajaran Taslim adalah
ajaran sesat terawal dikesan dan bergerak aktif sejak awal tahun 1930-an yang
berpusat di Pulau Pinang. Justeru, sejak 1975 sehingga 2004 terdapat 66 ajaran
sesat yang telah difatwa dan diwartakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
dan Majlis Fatwa Negeri-negeri.

Abdulfatah Haron menyenaraikan kesalahan yang sering dilakukan oleh


penganjur ajaran sesat dalam empat bidang ilmu yang paling pokok, iaitu
mentafsirkan al-Quran dengan menyalahi tafsiran muktabar, menggunakan hadis
yang bukan hadis Rasulullah SAW, ilmu akliah Islam (tauhid, falsafah, tasawuf),
dan firaq Islamiah yang bercampur aduk dalam fahaman akidah Islam dan
Batiniah yang berselindung atau bersenyawa dengan tasawuf Wahdat al-Wujud.
Ternyata perkembangan ajaran sesat ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang
dibincangkan dalam bahagian yang berikut.

Faktor Perkembangan

Dalam era kepesatan sains dan teknologi hari ini, ketidakseimbangan kemajuan
material dan kerohanian membuatkan manusia berada dalam krisis identiti yang

37
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

hebat sehingga menimbulkan kecenderungan untuk jiwa mereka mencari


penawar kepada ketenteraman jiwa. Bagi mereka, melibatkan diri dengan aliran
kepercayaan yang berteraskan kerohanian adalah jalan singkat untuk keluar
daripada kemelut kehidupan ini.

Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan mengadakan pelbagai usaha bagi


meninggikan syiar Islam dan membendung ajaran sesat sama ada dari segi
penyusunan program keagamaan (secara rasmi atau tidak), penyebaran risalah,
kaunseling, dakwah fardhiah mahupun penguatkuasaan undang-undang. Usaha
yang menelan belanja jutaan ringgit ini walau bagaimanapun kurang berkesan
dalam membendung perkembangan ajaran sesat di negara ini.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan ajaran sesat di


Malaysia. Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh JAKIM, faktor utama
penyelewengan akidah dan kemunculan ajaran sesat ialah disebabkan oleh
tasawuf teosofi, fahaman Batiniah, Syiah, amalan kurafat dan penggunaan akal
tanpa batasan. Walau bagaimanapun, faktor ini dapat dibahagikan kepada dua,
iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Antara yang termasuk dalam faktor
dalaman ialah kepercayaan, kecetakan ilmu dan iman, seks, ilmu dan psikologi.
Manakala faktor luaran ialah ekonomi, sosial, politik serta sekularisme dan
orientalis Barat.

Kepercayaan

Naluri beragama dan percaya kepada perkara ghaib wujud semenjak manusia
dicipta oleh Allah swt. Percaya kepada perkara ghaib merupakan perkara teras
dalam Islam dan hanya diketahui melalui perkhabaran al-Quran dan hadis
Rasulullah saw. Antara ayat yang sering digunakan ialah firman Allah SWT yang
bermaksud :

38
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan


mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Surah al-Baqarah, 2: 3)

Segelintir umat Islam mudah terpengaruh dengan sesuatu ajaran sesat melalui
cara penyampaian guru-guru mereka berkenaan perkara ghaib. Penggunaan al-
Quran dan hadis yang diselewengkan bertujuan menutup kesesatan daripada
dikesan oleh pengikutnya.

Begitu juga dengan kepercayaan kepada perkara mistik (kebatinan) yang disadur
dengan ayat al-Quran dan doa telah mendorong timbulnya sesuatu ajaran sesat.
Perkara ini boleh terjadi kerana sesetengah masyarakat mempercayai bahawa
dengan melakukan sedemikian, maka mereka akan memperoleh kekebalan dan
kekuatan luar biasa dengan membuat beberapa formula, contohnya :

Ayat al-Quran + angka-angka Arab tulis di baju + doa dan bacaan-bacaan


oleh wali-walinya + bayaran RM300.00 = jadi kebal
Warak + zahid + khalwat + zikir satu juta sehari semalam + tak tidur = jadi
kasyaf (melihat perkara ghaib), dapat mengubat orang sakit
Perkara ini disamakan dengan formula sains, iaitu :
Biru + merah = coklat
Merah + kuning = hijau

Masyarakat Islam juga seringkali terpengaruh dan mempercayai dengan janji


yang memberi jaminan kemanfaatan dunia dan akhirat. Kemanfaatan dunia
seringkali dikaitkan dengan kesenangan harta, pangkat dan keseronokan seks.
Manakala kemanfaatan akhirat dikaitkan dengan balasan syurga.

Kebanyakan ajaran sesat merahsiakan sebahagian daripada isi kandungan


ajarannya. Rahsia dalam erti kata tidak diberitahu kepada golongan luar

39
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

daripada kelompok mereka. Keadaan ini menyebabkan seseorang yang telah


tersesat akan terus sesat kerana di samping dia yakin dengan ajaran itu, mereka
juga tidak menceritakannya kepada orang lain. Mereka bersumpah di hadapan
guru bahawa mereka tidak akan memecahkan rahsia tersebut. Disebabkan rasa
ingin tahu terhadap ilmu rahsia yang dimiliki oleh sesuatu ajaran kepercayaan,
maka ramai yang menceburkan diri dalam aliran seumpama ini yang akhirnya
mengheret mereka ke dalam kesesatan.

Unsur yang paling penting sekali dalam aliran kepercayaan ialah dimasukkan
unsur mitos dan juga magik. Aspek kerahsiaan ini menyebabkan ahli kumpulan
merasakan perkumpulan adalah istimewa berbanding orang lain. Malahan ketua
kumpulan akan menunjukkan atau berhujah betapa mereka ini terpilih. Ada
antaranya menggunakan sihir mahupun kuasa psikik untuk menunjukkan
kelebihan mereka. Pengikut pula menjadi terpaku melihat kelebihan ketua
mereka. Selain itu modal yang sering digunakan ialah Kiamat semakin hampir
dan mereka perlu bersedia untuk menghadapinya.

Kepercayaan kepada perkara khurafat menjadi daya tarikan utama dalam


perkembangan sesuatu ajaran sesat. Kebanyakan amalan khurafat ini adalah
peninggalan adat resam orang jahiliah sebelum Islam. Antaranya ialah
mempercayai adanya kuasa yang boleh memberi kesan kepada makhluk selain
daripada Allah swt. Begitu juga dengan mempercayai bahawa roh para wali yang
telah meninggal dunia boleh mengabulkan hajat serta memberi kesan kepada
orang yang masih hidup.

Selain itu, amalan mandi Safar bagi menolak bala juga diadakan pada hari Rabu

yang terakhir dalam bulan Safar. Akar umbi kepercayaan ini kebiasaannya diikuti

oleh segelintir masyarakat Islam di Mekah. Hal yang sama juga dilakukan oleh

masyarakat Islam di India. Mereka mempercayai kononnya bulan Safar

merupakan bulan nahas. Perkara ini dikaitkan secara hipotetik dengan tarikh

40
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

datangnya kecelakaan kepada dunia Islam, iaitu pada hari Rabu, 1 Safar tahun

37 H dan pada hari Rabu, 27 Safar tahun 589 H. Tarikh yang pertama

berlakunya peperangan Siffin di mana umat Islam berpecah kepada dua

pihak,iaitu satu pihak menyebelahi kepada Saidina Ali ra dan satu pihak lagi

menyebelahi kepada Saidina Muawiyah bin Abi Sufian.

Manakala tarikh yang kedua merupakan tarikh syahidnya panglima perang Islam

yang terkenal dalam peperangan Salib, iaitu Salah al-Din al-Ayubi. Perkara ini

berlaku seabad sebelum lahirnya negara Islam di Tanah Melayu. Bagi

masyarakat Islam, kematian beliau merupakan satu kecelakaan yang mereka

alami selepas Khulafa al-Rashidin.

Masyarakat Islam di dunia Melayu khususnya tidak terkecuali daripada pengaruh

kepercayaan kepada Imam Mahdi. Malangnya konsep Imam Mahdi yang mereka

percaya kebanyakannya dipengaruhi oleh unsur Batiniah yang sangat dominan

dengan ajaran sesat dan tidak berlandaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal

Jamaah yang sebenar. Konsep Imam Mahdi yang menjadi pegangan majoriti

umat Islam tidak menentukan personaliti dan waktu kedatangan Imam Mahdi

tersebut.

Begitu juga kepercayaan kepada konsep Nur Muhammad atau hakikat

Muhammad. Konsep ini tersebar melalui kumpulan Batiniah atau Syiah

Ismailiyyah. Mereka mempercayai bahawa benda pertama yang dicipta oleh

41
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Allah swt sebelum kejadian sesuatu itu ialah Nur Muhammad. Oleh itu, Nur

Muhammad dicipta dahulu sebelum Nabi Adam as. Dalam falsafah Yunani dan

Neoplatonisme, fenomena ini dikenali sebagai Logos. Secara tidak langsung,

teori Nur Muhammad mengaitkan kesatuan manusia dengan Allah swt kerana

kejadian manusia daripada Nur Muhammad dan Nur Muhammad terbit daripada

Allah. Teori ini bukan ajaran Islam tetapi mempunyai persamaan dengan ajaran

emanasi falsafah Neoplatonisme.

Dewasa ini, amalan bertenung dan menilik nasib bagi menentukan masa depan

seseorang masih diamalkan oleh kebanyakan masyarakat tanpa mengira kaum

dan agama. Manakala dalam beberapa kes sebelum ini didapati ramai orang

Islam yang percaya kepada orang saleh dan para wali sehingga menganggap

golongan ini berperanan dalam menentukan kehidupan manusia seperti panjang

atau pendeknya usia, sihat atau sakitnya seseorang sedangkan perkara ini

adalah ketentuan Allah. Bagi mereka ini adalah jalan pintas ke syurga. Tidak kira

apa jua kaedah yang diguna pakai oleh golongan ajaran sesat ini asalkan

manusia beroleh kebahagiaan. Ternyata perkara ini bertentangan dengan syariat

Islam dan menjurus kepada mensyirikkan Allah swt.

Kecetekan Ilmu dan Iman

Dalam ajaran sesat, kongkongan fikiran seolah-olah menjadi satu intipati yang

paling penting dalam gerakan mereka. Pemimpin ajaran sesat akan memastikan

42
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

bahawa segala apa yang diajar kepada pengikutnya diikuti secara total. Ini

bermakna mereka juga menyekat segala cetusan intelektual dan segala

pandangan alim ulama dan pakar keagamaan. Pemimpin mula mengumumkan

bahawa mereka adalah pakar rujuk setaraf dengan ulama dan akhirnya mereka

menjadi lebih tinggi daripada nabi atau rasul bahkan ada yang mengaku dirinya

adalah Imam Mahdi atau Nabi Isa yang akan kembali ke dunia seperti yang

berlaku dalam al-Arqam dan Ahmadiah Qadiani.

Terdapat ramai daripada masyarakat awam mengaku memiliki kepakaran dalam

bidang ilmu agama sehingga ke taraf ulama dan mula menghimpunkan sejumlah

pengikut. Ada juga yang mendakwa sebagai guru tarekat sedangkan dia masih

jahil dari segi akidah mahupun ibadah. Golongan seumpama ini hanya berjaya

menarik sebilangan pengikut yang nyata jahil dari segi agama mahupun cetek

pengetahuannya.

Kekurangan ilmu di pihak guru merupakan salah satu unsur terpenting

menyebabkan lahirnya ajaran sesat. Kekurangan guru dalam ilmu al-Quran

memungkinkan timbulnya ajaran yang menolak al-Quran. Kekurangan ilmu

dalam fiqh misalnya akan menyebabkan timbulnya ajaran yang meringankan

syariat Islam. Manakala kurangnya ilmu agama boleh menyebabkan timbulnya

ajaran yang keseluruhannya bergantung kepada akal dan nafsu.

43
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Umat Islam di Malaysia mempunyai ruang yang cukup banyak untuk menimba

ilmu agama. Walau bagaimanapun, peluang ini tidak dimanfaatkan dengan

sebaik-baiknya oleh golongan muda dan cerdik pandai. Penekanan sistem

pendidikan pada hari ini lebih menjurus kepada kesepaduan ilmu sains dan

teknologi dengan meletakkan ilmu agama dalam kelas kedua. Justeru tidak

hairanlah sekiranya berlaku sinkretisme dalam ajaran Islam bahkan ramai

daripada golongan cerdik pandai menganggap bahawa semua agama itu sama.

Perbezaannya hanya dari sudut bagaimana Tuhan itu disembah. Fenomena ini

lahir disebabkan kurangnya pemahaman mereka terhadap Islam dan

keangkuhan mereka dalam menjaga status-quo serta kedudukan mereka dalam

masyarakat. Sikap menyamaratakan persoalan Uluhiyyah Allah swt dengan

kepercayaan lain adalah batil dan perlu dihindari oleh umat Islam.

Kebanyakan ajaran sesat menonjolkan ciri mudah dan amalan yang ringan

sebagai daya tarikan kepada masyarakat. Antaranya dengan menyatakan

sesuatu ibadah itu memadai dilaksanakan dengan niat. Selain itu, bagi mereka

yang mendakwa sudah mencapai makam tertinggi dan bersatu dengan Allah swt,

maka dihalalkan baginya segala yang diharamkan oleh Allah swt seperti berzina

(nikah batin), minum arak dan sebagainya.

Keghairahan seseorang untuk memperoleh kelebihan yang terdapat dalam ilmu

Islam jika tidak disandarkan kepada al-Quran dan hadis boleh membawa kepada

kesesatan. Mereka mudah diperdayakan dengan alasan bahawa ajaran yang

44
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

disampaikan adalah ilmu yang dimiliki oleh para nabi dan rasul serta para awliya

Allah swt yang dirahsiakan daripada pengetahuan orang awam. Dengan

demikian, para pengikut ajaran sesat ini akan merasakan ajaran yang mereka

ikuti amat bernilai berbanding dengan ajaran Islam yang sedia ada.

Terdapat juga masyarakat yang terpengaruh dengan sesuatu ajaran sesat

melalui ceramah umum yang disampaikan oleh penceramah. Mereka merasakan

penceramah itu sebagai pemimpin mereka yang bertaraf mujtahid yang terus

berpegang dengan ajaran al-Quran. Seterusnya merasakan pemimpin mereka

tidak perlu merukuk kepada pendapat ulama muktabar sedangkan pada masa

yang sama mereka sedari pemimpin mereka telah mengeluarkan fatwa yang

bercanggah dengan kaedah hukum syarak.

Disebabkan oleh kecetekan ilmu dan iman, maka seseorang itu digolongkan

dalam kategori jahil dari segi akidah. Ini akan menyebabkan umat Islam meragui

dan tidak meyakini akan kuasa Allah swt. Keadaan ini juga akan mendorong

seseorang itu taksub dan sukar menerima pandangan dan teguran daripada

orang lain. Keadaan ini sukar diubah dalam masa yang singkat sebaliknya ia

memerlukan proses pemulihan dan pemantauan yang berterusan.

Seks

45
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Kebanyakan ajaran sesat berasaskan logik akal semata-mata. Ajaran ini disusun

dan ditokok tambah sesuai dengan selera serta ikutan hawa nafsu manusia

berdasarkan hujah yang menarik lagi mempesonakan pengikut ajaran ini.

Acap kali faktor seksual ini dibicarakan menggunakah hujah istimewa dan ilmu
rahsia oleh sesuatu kumpulan ajaran. Misalnya huruf pada kalimah ,
digambarkan sebagai lambang zakar yang tegang. Ilmu ini hanya diketahui oleh
segelintir individu kerana ilmu ini adalah ilmu rahsia. Di sinilah letaknya
keistimewaan ilmu yang diajarkan itu.

Selain daripada itu, terdapat beberapa ajaran sesat yang menggalakkan cara
hidup berpoligami bagi pengikut lelakinya (kononnya mengikut sunnah
Rasulullah saw) sedangkan pada masa yang sama berlaku pengeksplotasian
terhadap wanita. Mereka dikehendaki taat secara taklid dan dijanjikan syurga
Allah swt.

Di samping itu, untuk memenuhi nafsu guru dan murid, dicipta satu ajaran yang
dikenali sebagai konsep nikah batin. Dalam konsep ini, guru akan menggauli
setiap pasangan (isteri) terlebih dahulu sebelum isteri digauli oleh suami sendiri.
Sekiranya nikah batin ini tidak dilakukan, maka nikah syariat dianggap tidak sah.
Bagi anggota yang telah berkahwin, kemudian menjadi pengikut ajaran sesat ini,
dianggap zina sekiranya tidak menjalani proses nikah batin oleh gurunya. Ada
anggota ajaran sesat yang berpendapat nikah batin yang sebenarnya ialah
nikah yang dilaksanakan oleh Allah swt dan Malaikat Kiraman Katibin menjadi
saksi. Mereka menguatkan pendapat dengan mempertikaikan siapa yang
menikahkan Adam dan Hawa sekiranya tidak dilakukan oleh Allah.

Pengamalan nikah batin, kononnya bertujuan untuk mendapatkan anak yang


saleh sering kali terjadi dalam sesebuah ajaran sesat. Penganiayaan ini berlaku
dalam kalangan wanita yang cetek ilmu pengetahuan agamanya dan ingin
memperoleh ilmu agama dengan jalan pintas tanpa menyelidiki terlebih dahulu.

46
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Psikologi

Antara keperluan psikologi manusia ialah keinginan kepada kehidupan


beragama yang lebih mendalam. Setiap peringkat kehidupan manusia bermula
dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa mempunyai peringkat keperluan
psikologi yang berbeza antara satu sama lain.

Bagi golongan remaja, keterlibatan mereka dalam ajaran sesat disebabkan


kurangnya perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa di rumah.
Akibatnya mereka mereka mencari sesuatu yang boleh mengisi kekosongan
hidup dan bersesuaian dengan minat mereka. Justeru, ajaran sesat berjaya
mempengaruhi mereka melalui penonjolan sifat kebal dan kekuatan luar biasa
dalam ilmu seni mempertahankan diri.

Melalui penglibatan dalam ilmu seni mempertahankan diri, ahli kumpulan


melantik seorang pemimpin sebagai khalifah atau mahaguru. Seterusnya
khalifah atau mahaguru akan mendakwa dirinya sebagai seorang yang benar-
benar beriman kepada Allah sedangkan pada hakikatnya mereka tidak
mempunyai asas Islam yang luas lagi mendalam.

Bagi golongan dewasa pula, kehidupan lalu yang disaluti dosa membuatkan
seseorang individu itu berasa kesal dan insaf serta cuba menebusnya. Mereka
sering diingatkan bahawa konsep taubat dalam Islam adalah sesuatu yang
sangat susah dan sukar untuk dilakukan. Kepada golongan ini, sebahagian
daripada ajaran sesat menawarkan cara menebus dosa menggunakan kaedah
mudah dan cepat, iaitu dengan berniat dan mengorbankan wang dan harta
kepada kumpulan berkenaan di samping mengabdikan diri kepada ketuanya.

Ajaran sesat juga sering kali melemahkan psikologi ahlinya dengan


menanamkan sifat kebergantungan ahli kepada pertubuhan mereka.

47
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Kebergantungan ini bukan sekadar kebergantungan dalam mendapatkan nafkah


seharian sahaja, tetapi juga dalam menbuat keputusan untuk masa depan.
Kedudukan mereka semakin terhimpit apabila kesalahan mereka pada masa
lampau dimanipulasikan demi meraih ketaatan bagi mengukuhkan status-quo
pemimpin mereka.

Bagi kedua-dua golongan ini, mereka diberikan layanan istimewa dan disediakan
ganjaran yang tinggi kononnya mereka sudah mencapai makam yang tinggi dan
lebih mulia daripada orang lain. Tanpa disedari mereka seolah-olah merasakan
bahawa mereka telah suci dan bersatu dengan Tuhan yang membolehkan
mereka melakukan segala perkara termasuklah perkara yang diharamkan oleh
Allah swt seperti berzina, minum arak dan lain-lain.

Sesuatu ajaran sesat sering menggunakan pendekatan psikologi yang amat


halus untuk mengumpan orang ramai. Cara yang mereka gunakan ialah
mengikut kaedah one-to-one dengan mangsa. Pengikut ajaran sesat akan
muncul kononnya sebagai penyelamat kepada mangsa yang kebetulannya
menghadapi masalah. Mereka juga muncul sebagai seseorang yang memahami
bagi mengumpan bakal ahli yang mempunyai pelbagai idea yang bernas.
Mereka juga muncul sebagai pengikut yang sedia mendengar kepada orang
yang ada sifat kepimpinan. Mereka juga akan muncul sebagai pemimpin jika
seseorang mahu dipimpin.

Apabila fahaman ini sudah bertapak, maka mereka mula berani mengadakan
perhimpunan tetapi eksklusif kepada ahli yang terpilih sahaja. Suasana ini
menimbulkan pelbagai reaksi kepada ahli lain untuk mendapat hak menghadiri
majlis seumpama ini. Ahli baru akan cuba berusaha mencari jalan agar dirinya
terpilih untuk menghadirinya. Pada waktu inilah proses indoktrinasi segera
dijalankan dengan penuh berhati-hati. Selain itu, bakal ahli dipantau secara
langsung atau sebaliknya. Pemantauan ini menjadikan bakal ahli lebih jauh
daripada waris atau ahli keluarga atau hakikat bermasyarakat. Kedaan ini

48
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

diungkapkan sebagai religio-sociological-emptiness. Kekosongan ini segera diisi


oleh pengikut ajaran sesat yang lain. Lanjutan dari sinilah, jika ahli baru ini
dipanggil menghadiri perhimpunan tersebut atau dipanggil oleh ketua mereka,
dia menganggap diri mereka dihargai, meskipun lokasinya amat daif dan
perwatakan pemimpin tidak menyenangkan.

Faktor ilmu berkait rapat dengan faktor psikologi. Kedangkalan ilmu agama
menjadikan masyarakat berpendapat apa yang dibuat oleh pengikut ajaran sesat
adalah ajaran agama yang sebenar. Malahan, apabila masyarakat berhadapan
dengan pengikut ajaran sesat ini, maka mereka merasakan diri mereka kurang
agama. Lantas, ini mewujudkan satu religio-psychological-emptiness supaya
mereka sendiri terpengaruh.

Keadaan ini jugalah yang menjadikan orang awam melenting dan melatah
apabila sesuatu ajaran sesat itu diharamkan. Lebih malang lagi apabila
masyarakat menjadi sympathizer kepada pengikut dan ketua sesebuah ajaran
sesat;bukan kerana kesesatan mereka tetapi kerana entity yang dibawa oleh
ajaran sesat sebagai satu establishment. Secara amnya, inilah cabaran yang
paling besar yang dihadapi oleh pihak berkuasa untuk menangani ajaran sesat,
bukannya kepda ajaran sesat itu tetapi kepada orang awam yang kurang
berpengetahuan terhadap kedudukan yang sebenar.

Ekonomi

Makanan, pakaian dan tempat tinggal merupakan keperluan asas yang


diperlukan oleh setiap manusia. Jalan singkat untuk memperoleh wang dan harta,
guru-guru ajaran sesat yang rata-ratanya tidak mempunyai pekerjaan telah
mengeksploitasi kebanyakan pengikut mereka supaya menyerahkan harta serta
pendapatan bulanan kononnya sebagai syarat untuk mereka ke syurga.
Tindakan ini bertujuan bagi menampung perbelanjaan harian guru itu sendiri.

49
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Dalam erti kata lain, guru-guru itu hidup atas hasil wang ihsan murid atau
anggota kumpulannya. Guru-guru ini akan meminta kepada pengikutnya
menyumbang kepada kumpulannya sebagai tanda kesetiaan dan kezuhudan.
Bahkan terdapat beberapa ajaran sesat yang mewajibkan anggotanya
menyerahkan sepuluh peratus daripada hasil pendapatan bulanan mereka
sebagai zakat kepada guru.

Bagi murid dan pengikut ajaran sesat ini mereka bekerja keras mengumpul harta
dan wang ringgit untuk diserahkan kepada guru mereka. Mereka berpendapat
tindakan itu merupakan tunjang kebaktian murid kepada gurunya dan merupakan
satu ibadah kepada mereka dengan harapan mendapat syafaat daripada
gurunya. Selain daripada memperoleh balasan syurga oleh Allah swt, para
pengikut juga percaya bahawa segala hajat mereka akan dikabulkan oleh Allah
swt kerana hajat itu dilakukan melalui perantaraan guru. Fenomena ini berlaku
hampir dalam kesemua ajaran sesat, misalnya al-Arqam, Ayah Pin dan Tarekat
Samaniah Ibrahim Bonjol.

Sosial

Setiap ajaran sesat akan bersaing untuk mendapatkan pengikut dan meluaskan
pengaruh dalam kalangan masyarakat. Para guru akan cuba menonjolkan diri
dan kekuasaan mereka seperti memperoleh kekuatan batin dan kebal dengan
menggunakan ayat al-Quran dan hadis bagi memenangi hati masyarakat
sehingga ada yang mendakwa mempunyai mertabat yang lebih tinggi daripada
Rasulullah saw. Dalam kalangan pengikut pula, mereka terdiri daripada pelbagai
latar belakang dan status. Ada yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat dan tidak kurang pula yang pernah menjadi sampah masyarakat.

Bagi sesebuah ajaran sesat , pemimpin yang diikuti adalah seseorang pemimpin
yang berkarisma. Pemimpin dilihat pandai berhujah tetapi berdasarkan logik
akalnya semata-mata. Pemimpin lebih suka dikaitkan dengan seseorang mulia

50
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

contohnya Imam Mahdi. Meskipun ucapan pemimpin penuh dengan retorik


namun kepada pengikut ucapan itu tidak membosankan atau mereka sendiri
seolah-olah terkatup mulut mereka untuk bertanya. Keadaan ini terjadi kerana
pemimpin akanmenunjukkan kemarahannya jika ada soalan yang agak
intelektual. Pemimpin sendiri yang akan menyingkir ahli kumpulan dengan
memberi amaran yang sangat keras seperti mendapat bala daripada Allah swt.

Kebanyakan pengikut ajaran sesat ini mempunyai jiwa yang kosong. Ibu bapa
tidak memberi perhatian, kasih sayang, belaian dan didikan agama yang
secukupnya kepada anak-anak. Bahkan keretakan rumah tangga dan
penceraian yang berlaku dalam kalangan ibu bapa menyebabkan anak-anak
semakin liar seterusnya mencari ketenangan dan hiburan di luar rumah tanpa
pemantauan. Dengan kata lain ibu bapa tidak boleh menjadi suri teladan yang
baik kepada anak-anak.

Para pengikut juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman sama ada
pengalaman yang baik ataupun tidak. Keadaan ini juga mengukuhkan pertalian
hubungan yang sememangnya diminta untuk bersatu. Mereka mewujudkan satu
lingkungan mempercayai sesama lain. Seterusnya, ini akan menutup mereka
daripada mendengar nasihat daripada pihak luar termasuk ibu bapa. Mereka
menjadi cukup degil dengan apa yang mereka percaya kerana dalam fikiran
individu terbabit mereka mempunyai lingkungan kesetiaan yang lebih kuat
berbanding waris terdekat.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika terdapat pelbagai lapisan masyarakat
yang menganggotai ajaran sesat. Kebanyakan daripada mereka terpengaruh
melalui pertalian persaudaraan, rakan sebaya serta ibu bapa dan keluarga yang
pernah terjebak dalam aliran seumpama ini.

Begitu juga dengan pengaruh oarang luar (orang asing) yang berjaya
mempengaruhi masyarakat Islam di negara ini supaya cenderung kepada ajaran

51
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

yang mereka bawa. Mereka berusaha meraih keyakinan masyarakat Islam untuk
menjadi pemimpin tertinggi dalam sesebuah pertubuhan seterusnya mengaut
keuntungan daripada pengikutnya. Contohnya ajaran Taslim yang disebarkan
oleh Haji Muhammad Matahari (berasal dari Indonesia) setelah dia bertemu
dengan seorang berbangsa India di Pulau Pinang.

Timbulnya ajaran sesat juga berkisar kepada perbezaan pendapat atau


percanggahan fikiran dalam bidang agama sehingga menimbulkan keinginan
untuk mengadakan suatu bentuk kerohanian yang sesuai dengan naluri
beragama sesetengah golongan. Kemunculan ajaran sesat juga dilihat sebagai
tindak balas daripada situasi kehidupan umat Islam semasa yang banyak
melanggar norma kehidupan akibat terpengaruh dengan dunia asing.

Akhirnya golongan ini akan berusaha mencari kebahagiaan zahir dan batin
dengan mengambil jalan mudah lagi cepat. Anggapan ini didasarkan kepada
suatu ajaran bahawa manusia batin itu dapat berhubung langsung dengan Allah
swt. Oleh yang demikian, mereka akan berusaha menyertai ajaran sesat yang
sesuai dengan tuntutan jiwanya walaupun ajaran tersebut bertentangan dengan
kehendak Islam. Fenomena ini secara perlahan-lahan mengikis nilai keagamaan
dan budaya ketimuran yang menjadi tunjang masyarakat Islam pada hari ini.

Terdapat juga ajaran sesat yang mengamalkan hidup communal atau


menubuhkan cara hidup dalam satu perkampungan. Istilah perkampungan di sini
bukanlah kampung tradisional tetapi mereka akan membina perkampungan
sendiri dengan konsep dan tatacara yang disusun mengikut falsafah atau prinsip
perkumpulan itu. Contohnya al-Arqam telah menubuhkan perkampungan sendiri
bertujuan kaderisasi dan mengamalkan prinsip hidup yang mereka anuti. Dalam
hal ini boleh dikatakan bahawa mereka ingin jauh daripada pandangan orang
ramai. Lazimnya di peringkat awal, kawasan yang dipilih ialah kawasan
pedalaman dengan bentuk yang bersifat sementara. Mereka juga akan
mengurangkan perhubungan dengan pihak luar.

52
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Kod tingkah laku dalam ajaran sesat juga sangat ketat sehingga segala gerak-
geri pengikut seolah-olah telah dilatih sebegitu rupa. Pada pandangan orang luar
ciri yang mudah dilihat ialah cara pakaian mereka yang tersendiri. Walau
bagaimanapun, bagi pengikut ajaran sesat mereka bangga kerana ini lambang
sebenar perkumpulan mereka. Lebih membimbangkan apabila mereka
mengatakan bahawa tatacara mereka itu adalah cara hidup Islam yang sebenar.

Selain faktor tersebut, sikap para pendakwah yang banyak menekankan aspek
halal dan haram dalam seruan mereka dan kurang mendedahkan unsur
kebatinan serta akidah kepercayaan sebenar yang perlu diimani oleh setiap umat
Islam juga amat dikesali. Bahkan sikap serta amalan sesetengah orang yang
mengaku dirinya ulama dan ahli sufi nyata bertentangan dengan ibadah Islam.

Situasi ini menyebabkan masyarakat merasakan seolah-olah Islam tidak banyak


berbeza dengan agama dan fahaman lain dari segi pembentukan rohani, jasmani
dan pembinaan mental. Golongan ini mengaku diri mereka Islam dan apabila
mereka merasakan diri mereka sudah mencapai makam yang tinggi di sisi Allah
swt , mereka boleh melakukan perkara fasik dan dosa yang selama ini dilarang
oleh Allah swt. Dengan ini, segelintir umat Islam akan mencari atau menubuhkan
ajaran sesat yang membolehkan mereka melakukan perkara sedemikian rupa.

Anggapan masyarakat yang melihat kedudukan ajaran sesat ini sebagai suatu
perkara yang umum yang sudah tidak perlu dicari jalan penyelesaian perlu dilihat
sebagai faktor yang menyumbang kepada perkembangan ajaran sesat.
Masyarakat tidak lagi menganggap ajaran sesat sebagai suatu perkara yang
sensitif lagi memudaratkan akidah kerana kepercayaan adalah hak individu dan
tidak boleh dipaksa oleh orang lain. Sifat keakuan masyarakat ini terus
menjadi barah dalam kehidupan bermasyarakat sehingga merasakan semua
ajaran sesat itu benar dan tidak perlu diberi perhatian.

53
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Politik

Kedudukan Malaysia yang pernah dijajah oleh Inggeris suatu masa dahulu telah
menzahirkan peninggalannya. Polisi penjajah yang lebih berorientasikan agama
Kristian dan sekular telah mendoktrinasi pemikiran pemimpin yang
kebanyakannya mendapat pendidikan dari negara Barat. Kedudukan ini secara
langsung menghalang masyarakat mempraktikkan Islam sebagai satu cara hidup.

Selain itu, kesilapan yang dilakukan oleh para pemerintah Islam juga dikenal
pasti sebagai salah satu faktor penyumbang kepada timbulnya sesuatu ajaran
sesat. Kebanyakan pemimpin gagal menjadi contoh ikutan kepada rakyat dan
mereka lebih suka bertelagah sesama barisan kepimpinan, mengamalkan
rasuah bahkan berlaku kronisme dan nepotisme dalam pemerintahan.
Implikasinya akan timbul perasaan hasad, tindas menindas antara satu sama
lain bagi memperoleh pangkat dan kedudukan hingga membawa kepada
permusuhan, seperti yang berlaku dalam kes pembunuhan Dato Mazlan (Ahli
Dewan Undangan Negeri Pahang, kawasan Ulu Dong) yang membabitkan
bomoh Mona Fendey.

Daripada beberapa tinjauan yang dilakukan didapati pihak pemerintah akan


mengambil tindakan tegas sekiranya ajaran sesat tersebut mengancam
keselamatan negara dan menggugat kedudukan parti politik mereka. Namun jika
sebaliknya, aliran tersebut hanya disenaraihitamkan tanpa sebarang tindakan
diambil sebagaimana yang dilakukan terhadap golongan Anti Hadis atau Jamaah
al-Quran Malaysia yang dipimpin oleh Kassim Ahmad.

Sekularisme dan Orientalis Barat

Fahaman Sekularisme bukan suatu yang asing bagi umat Islam. Dalam bidang
ekonomi, fahaman ini dipratikkan untuk menguatkan kapitalisme. Dalam bidang

54
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

politik, fahaman sekularisme digunakan bagi menguatkan demokrasi dan dalam


bidang kemasyarakatan fahaman ini bagi membebaskan individu. Kesemua ini
disuburkan melalui bidang pendidikan, media massa dan atas nama
pembebasan wanita. Kebangkitan dan kemajuan Eropah selepas era
kegelapannya sering kali dikaitkan dengan sekularisme. Kononnya sekularisme
adalah pintu kepada kebebasan, kebangkitan dan kemajuan. Sekularisme juga
dianggap sebagai penyelamat umat manusia daripada kemunduran, fanatik dan
jauh daripada tamadun dan kemajuan.

Antara fahaman yang lahir daripada sekularisme ialah fahaman modernisme.


Modernisme di sisi pemikiran sekularisme dinisbahkan kepada pemikiran yang
berpendapat bahawa segala yang baru (moden) dianggap lebih baik secara
umumnya daripada yang lama. Sebahagian daripada umat Islam terpengaruh
dengan fahaman modernisme yang menanamkan sikap terbuka kepada semua
agama dan ajaran sesat dengan mendakwa semua agama dan aliran
kepercayaan itu baik dan benar sedangkan Allah swt telah berfirman :









Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih
(mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai
kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu
pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. dan

55
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

(ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka
sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.
(Surah Ali Imran 3: 19)

Sekularisme pada dasarnya menjauhkan individu serta masyarakat Islam


daripada kehidupan beragamanya. Fahaman ini membuatkan seseorang
merasakan agama suatu yang tidak penting dan bukan perkara yang wajib ada
bagi setiap individu. Sekularisme menjanjikan ketenangan jiwa dalam bentuk
kebendaan, hiburan yang melalaikan serta kepuasan yang tunduk kepada nafsu
syahwat semata-mata bertopengkan agama. Akibatnya wujud istilah nikah batin
(yang sebenarnya adalah zina), menghina guru-guru agama yang bertauliah,
para ulama dan memandang rendah kepada institusi pengajian agama.

Fahaman ini juga berjaya memisahkan kehidupan agama dalam diri umat Islam
dengan bertopengkan aliran kepercayaan seta kemajuan sains dan teknologi.
Kejayaan sekularisme menyingkirkan kehidupan beragama dalam diri umat Islam
terbukti dengan berleluasanya gejala tidak sihat dan kebejatan moral yang
berlaku pada hari ini.

Sejak zaman Nabi Adam as hingga Nabi Muhammad saw, manusia mengakui
kepentingan kerohanian dan kewujudan naluri bertuhan. Naluri bertuhan ini
hilang sekiranya tidak dipelihara, misalnya apabila manusia mula memfokus diri
mereka kepada nilai kebendaan yang menjadi salah satu teras sekularisme.
Apabila keadaan ini berlaku, akibatnya manusia akan berusaha mengikut naluri
dan nafsu mereka lalu membentuk suatu ideologi atau ajaran yang sesat dengan
menghalalkan segala macam cara untuk sampai kepada matlamatnya.

Begitu juga dengan Orientalis Barat yang sentiasa memburukkan Islam serta
berusaha menjauhkan umat Islam daripada al-Quran dan hadis Rasulullah saw
dan seterusnya menimbulkan keraguan dalam diri umat Islam tentang sumber ini.

56
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Orientalis Barat beranggapan bahawa cara yang paling baik bagi


menghancurkan umat Islam ialah melalui ajaran Islam itu sendiri.

Oleh yang demikian, Orientalis Barat telah memainkan peranan yang aktif dalam
memesatkan lagi penyebaran ajaran sesat. Maka lahirlah golongan Anti Hadis
dan Atheis. Orientalis juga memesongkan pengertian jihad pada diri umat Islam
supaya umat Islam bersikap malas, jumud dan lebih menumpukan perhatian
pada ibadat khusus sahaja.

Walaupun kerajaan Malaysia mewartakan bahawa hanya iktikad Ahli Sunnah


Wal Jamaah sahaja yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia, namun
penguatkuasaan undang-undang yang menjurus kepada pelaksanaannya masih
kabur. Justeru tidak hairanlah mengapa masih terdapat ajaran sesat yang
bergerak aktif di Malaysia mengaku mereka di pihak yang benar selari dengan
tuntutan Islam sebagaimana yang didakwa oleh Syiah, Ahmadiah Qadiani
mahupun al-Arqam sedangkan ajaran mereka telah diwartakan sesat lagi
menyesatkan.

Tektik dan taktik penyebaran

Terdapat kecenderungan pihak tertentu yang tidak suka melihat Islam


berkembang dan ingin melemahkannya. Dengan berkembangnya ajaran sesat,
maka dengan mudah umat Islam dapat dipengaruhi dan diperalatkan oleh
golongan yang anti-Islam. Perkembangan ajaran sesat yang begitu ketara pada
hari ini berkait rapat dengan taktik dan teknik yang digunakan. Teknik
penyebaran ini boleh dibahagikan dengan dua cara, iaitu cara lama dan cara
baru. Antara yang termasuk dengan taktik dan teknik lama ialah usaha
mentafsirkan semula al-Quran dan Islam dengan berlebihan menurut kemahuan
hawa nafsu sehingga menghilangkan kewujudan ajaran serta nilainya yang
sebenar. Contoh paling jelas berkenan ini ialah apa yang dilakukan oleh

57
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

golongan Anti Hadis yang menerbitkan buku Bacaan dalam usaha mentafsir
semula al-Quran tanpa merujuk kepada ulama yang muktabar.

Terdapat beberapa ajaran sesat yang menggunakan tarekat yang masyur,


seperti Naqsyabandiah, Ahmadiah dan Qadiriah bagi mendapatkan pengikut.
Walau bagaimanapun, isi kandungan ajarannya tidak memberi tumpuan kepada
penyucian jiwa dan pembentukan akhlak yang mulia. Sebaliknya, isi kandungan
ajarannya lebih kepada perubatan secara tradisional dan mengindoktrinasi
pengikut melalui konsep rabitah, tawassul, tahdir al-arwah dan kashf dan lain-lain
lagi. Antara kumpulan ajaran sesat yang menggunakan cara ini ialah Tarekat
Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan Tarekat Zikrullah Hasan Anak Rimau.

Begitu juga dengan penggunaan nama ulama dan wali dalam aliran kepercayaan
mereka, contohnya Sheikh Abd al-Qadir al-Jilani, Sheikh Suhaimi dan
sebagainya. Penggunaan nama-nama ini bertujuan untuk meyakinkan pengikut
bahawa aliran yang dibawa adalah benar menurut pandangan Islam. Walau
bagaimanapun, lama-kelamaan perhatian masyarakat atau pengikut bukan lagi
tertumpu pada ajaran yang dibawa oleh ulama atau wali terbabit tetapi tumpuan
beralih kepada karamah dan maunah yang ada para para wali tersebut. Setelah
para wali ini meninggal, maka makamnya dijadikan tempat pemujaan oleh
pengikut ajaran sesat ini untuk memperoleh hajat yang lazimnya hajat keduniaan.

Sering kali teknik pujian dan pujukan digunakan bagi mempengaruhi masyarakat
agar menyertai ajaran sesat seumpama ini. Teknik bukan sahaja digunakan oleh
ajaran sesat dalam masyarakat Islam bahkan juga ajaran sesat yang wujud
dalam masyarakat bukan Islam. Hal ini dikaji dan diakui oleh pakar psikologi
Barat.

Selain itu, segelintir masyarakat terpengaruh dengan sesuatu ajaran sesat


dengan penonjolan imej akhlak dan peribadi tuan guru yang terpuji. Berdasarkan
tutur bicara hingga kepada cara makannya seolah-olah menggambarkan bahawa

58
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

gurunya seorang yang alim dan warak. Akhirnya beberapa gelaran diberikan
kepada guru tersebut bermula dengan gelaran Ustaz, Tuan Guru, Sheikh, Imam,
Abuya sehingga kepada Ayatullah sebagaimana yang berlaku dalam ajaran
Syiah dan al-Arqam.

Begitu juga dengan penggunaan gaya bahasa retorik. Seseorang penyebar


ajaran sesat mampu menimbulkan minat dan rasa ingin tahu kepada golongan
sasarannya untuk mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam terutamanya
perkara yang berkaitan dengan zat Allah swt dan perkara ghaib dengan
menggunakan teknik ini.

Taktik dan teknik baru pula ialah penggunaan alat telekomunikasi dan maklumat
terkini termasuklah internet, telefon mudah alih dan media massa lain. Dengan
hanya melayari beberapa laman web, maka masyarakat dapat mengetahui dan
mudah dipengaruhi oleh ajaran sesat sama ada di dalam dan di luar negara.
Melalui teknik ini, masyarakat lebih mudah dipengaruhi kerana mereka mampu
berinteraksi secara langsung di samping mengetahui sesuatu perkara itu dengan
cepat dan pantas.

Sebagaimana yang diterangkan oleh Imam al-Ghazali (m. 505 H) menggariskan


lapan teknik yang sering digunakan oleh penyebar ajaran sesat dalam memikat
mangsanya, iaitu al-Dhawq wa al-Tafarrus (tilik dan perhati), al-Tanis (beramah
mesra), al-Tashkik (keraguan), al-Taliq (gantung tidak bertali), al-Ribt (ikat), al-
Tadlis (tipuan),al-Talbis (kesamaran) dan al-Salkh wa al-Khau (membuang
segala taklif dan menyelewengkan iktikad). Kemungkinan teknik yang sama
digunakan di Malaysia bagi menarik orang ramai kepada ajaran Batiniah ini.

Oleh yang demikian, umat Islam di negara ini perlu peka dalam mengawasi
perkembangan ajaran sesat ini. Jika ternyata sesuatu ajaran itu menyimpang
daripada kemurniaan ajaran Islam, maka setiap umat Islam berkewajipan untuk

59
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

membuat laporan kepada pihak berkuasa agama agar akidah golongan ini dapat
dipulihkan merebak.

Sumber Pemikiran

Sumber ajaran sesat di Malaysia banyak dipengaruhi oleh tasawuf falsafah,


batiniah, khurafat dalam amalan perbomohan dan kebebasan akal tanpa batasan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan bukti menunjukkan bahawa ajaran batiniah
dan tasawuf falsafah yang terdapat di negara ini banyak dipengaruhi oleh doktrin
Syiah. Oleh yang demikian, aliran Batiniah yang terdapat di Malaysia boleh
dibahagikan kepada lima, iaitu Batiniah Bahai, Batiniah Qadiani, Batiniah Kod 19,
Batiniah Arqam dan Batiniah Malaysia yang didasari oleh beberapa buah buku
seperti Hakikat Insan dan kashf al-Asrar. Batiniah Malaysia didapati cuba
menyerapkan ajaran Wahdat al-Wujud dengan ajaran Batiniah.

Ajaran Wahdat al-Wujud bertapak di Nusantara sejak lebih 400 tahun lalu. Hal ini
terbukti dengan penemuan kitab al-Tuhfat al-Mursalah karangan Muhammad
Burhanpuri yang meninggal dunia pada 1025 H disusuli oleh kitab tasawuf dalam
Bahasa Melayu seperti karya Hamzah Fansuri dan buku karangan Sayyid
Husayn Nasr dan Khan Sahib Khaja Khan.

Ajaran Wahdat al-Wujud Batiniah di Malaysia mula diperkatakan sejak sebelum


kemerdekaan lagi. Walaupun kewujudan ajaran Wahdat al-Wujud ini telah lama,
tetapi kajian dan perbicaraannya amat sedikit. Bahkan ajaran Wahdat al-Wujud
tidak dapat berkembang dengan pesat kerana ilmu agama dipegang dengan
kuat oleh ulama lepasan Mekah dan al-Azhar mengikut metodologi ilmu Islam
yang sebenarnya. Namun mulai tahun 1970-an hinggalah sekarang, teraju
pengajian ilmu Islam bukan hanya dipegang oleh ulama lepasan Mekah dan al-
Azhar tetapi dari segenap penjuru alam termasuk Barat. Justeru, ajaran Wahdat
al-Wujud yang selama ini tidak mendapat tempat dalam masyarakat Islam
Malaysia akhirnya secara perlahan-lahan dapat diterima.

60
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Menurut Adulfatah Haron, doktrin ajaran Wahdat al-Wujud yang telah bertapak di
Malaysia selama 40 tahun ini bukan sahaja dipengaruhi oleh doktrin Syiah
Batiniah tetapi sedikit sebanyak turut mengandungi unsur Kebatinan Jawa
terutama Kebatinan Ranggawarsita. Contohnya ajaran Agama Taslim, Aurad
Muhammadiah pegangan al-Arqam, ajaran Tok Ayah Pin dan lain-lain lagi.

Ajaran Wahdat al-Wujud dan Batiniah ini menyerapkan empat sifat utama.
Pertama, mencaci alim ulama dan fuqaha Islam dengan tujuan menolak
kerasulan Nabi Muhammad saw. Kedua, Islam mempunyai zahir dan batin.
Ketiga, talam dua muka dan keempat, gerakan sulit dan rahsia.

Ajaran Wahdat al-Wujud dalam Islam lahir daripada penggunaan pemikiran ahli
fikir yang terpengaruh dengan teori eminasi falsafah Hinduisme dan
Neoplatonisme dalam membicarakan soal metafizik. Dalam mitos Hindu, Tuhan
digambarkan sebagai lelaki dan perempuan yang sedang berpelukan dan
terbelah dua. Hasil persetubuhan kedua-duanya, maka lahirlah keturunan
manusia. Dengan tiba-tiba si isteri menjelma menjadi lembu betina dan si suami
menjelma menjadi lembu jantan, maka lahirlah keturunan binatang. Keadaan ini
berterusan sehinggalah lahir sekalian makhluk yang ada dalam alam ini.
Fahaman ini menggambarkan seolah-olah Tuhan (Khaliq) dan makhluk adalah
satu.

Manakala falsafah Neoplatonisme diasaskan oleh seorang Yahudi bernama


Philo (20 S.M). Beliau ialah orang pertama yang membuat takwilan kerana
hendak menyesuaikan wahyu dengan akal atau Taurat dengan falsafah.
Falsafah Plato mengatakan hakikat wujud ini terdiri daripada alam mithal dan
itulah yang sebenarnya dan alam benda hanyalah bayangan dari alam mithal.
Alam mithal menepati akal dan alam benda menepati pancaindera. Lalu datang
Philo dengan Kitab Tauratnya. Dalam Taurat diceritakan Adam, Hawa dan ular.
Ini ditakwilkan oleh Philo dengan katanya Adam itu akal, Hawa itu pancaindera

61
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

dan ular itu keseronokan. Secara tidak langsung, meresaplah pengaruh


Hinduisme dan Neoplatonisme ke dalam tasawuf.

Sebanyak mana sekalipun cabang Batiniah di Malaysia, ternyata ciri utama


Batiniah ialah cuba membalut kebatilan dengan takwilan ayat-ayat al-Quran yang
bukan-bukan, di samping penggunaan ungkapan yang didakwanya hadis
Rasulullah saw tetapi sebenarnya tidak.

Dengan demikian, didapati semua aliran kepercayaan yang menyeleweng ini


berpusat kepada doktrin Batiniah dan tasawuf falsafah. Sumbernya kembali
kepada pelbagai doktrin falsafah dan tradisi keagamaan, bukan kepada al-Quran
dan Sunnah. Contohnya, konsep Imam merupakan konsep yang lahir daripada
Syiah Ismailiyyah Batiniah yang kemudiannya menghasilkan konsep guru
mursyid, pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi. Begitu juga dengan konsep
batin dan takwil yang jelas daripada Syiah Batiniah dengan mentakwilkan
sesuatu perkara dengan menggunakan akal fikiran dan menghuraikannya
dengan huraian batin.

Konsep gnosis pula yang berselindung dengan kalimah kashshaf, laduni, ilham
mahupun marifat amat luas penggunaannya di kalangan Syaih Batiniah. Begitu
juga dengan konsep emanasi dan wujudiah. Keempat-empat unsur ini tidak
terlepas daripada didomonasi oleh Batiniah.

Kesan daripada ajaran sesat

Daripada perbincangan yang dibuat, didapati bahawa ajaran sesat mempunyai


pengaruh yang besar dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Ajaran sesat
ini merosakkan akidah dan ibadat umat Islam hingga mendorong mereka kepada
syirik, kufur dan murtad, sesat dalam beragama, perpecahan dalam masyarakat
dan ancaman kepada keselamatan negara.

62
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Pemujaan kubur yang dianggap keramat, mempercayai kesaktian yang ada pada
para wali serta bomoh merupakan perkara khurafat yang sering diamalkan dalam
aliran kepercayaan akan mengheret pengikutnya menyekutukan Allah swt. Al-
Quran telah menggariskan bahawa syirik besar ini terbahagi kepada empat
bahagian, iaitu syirik dalam memberikan kasih sayang, syirik dalam memberikan
ketaatan, syirik dalam niat dan kehendak serta syirik dalam permintaan,
pertolongan dan doa. Keempat-empat bahagian syirik jelas wujud dalam
kesemua ajaran sesat yang ada dari dulu dari sekarang.

Allah swt mengingatkan manusia agar tidak menyekutukan-Nya sama ada dari
sudut zat, sifat, nama mahupun perbuatan-Nya kerana Allah swt tidak akan
mengampunkan dosa golongan ini sebagaimana yang dinyatakan dalam firman-
Nya :





Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang
mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan
yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan
Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang amat jauh.
(surah al-Nisa : 116)

Peringatan Allah swt dalam al-Quran perihal menyekutukannya adalah jelas.


Barangsiapa yang mensyirikkan-Nya nescaya akan terhapus segala amalannya.
Tidak ada satu kuasa yang mampu mengatasi kuasa Allah swt dan segala

63
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

amalan yang dilakukan hendaklah untuk Allah swt semata-mata sebagaimana


firman-Nya :





Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan,
dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama -
(yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)".
(Surah al-Anam, 6 : 162-163)

Besar kemungkinan seseorang itu boleh tergelincir akidahnya menjadi murtad


disebabnya mensyirikkan Allah swt mahupun menyalahi prinsip utama ajaran
Islam.

Kufur pula lawan kepada iman, iaitu berpaling daripada kebenaran dan
melakukan maksiat setelah melakukan ketaatan dan beriman. Kufur juga boleh
disimpulkan sebagai penafian dan keingkaran terhadap apa-apa sahaja yang
datang daripada Allah swt melalui rasulnya-Nya tanpa sebarang keraguan.

Seseorang itu akan menjadi kafir jika dia ingkar kepada perintah Allah swt dan
taat kepada perintah taghut dalam keadaan dirinya sedar (tidak lupa atau gila).
Walau bagaimanapun, sekiranya ia seorang yang jahil;tidak mengetahui bahawa
perbuatannya mengingkari perintah Allah swt dan menyalahi rukun Islam serta
rukun iman, maka ia tidak digolongkan sebagai kafir.

Begitu juga seseorang akan menjadi murtad jika dia kembali kepada kekufuran
setelah dia menerima Islam sebagai pegangannya. Terdapat pengikut ajaran
64
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

sesat yang menganut kepercayaan lain sebelum Isalam kemudian memeluk


Islam seterusnya berpaling tadah kepada agama asal mereka (tanpa sebarang
paksaan) akibat terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Firman Allah swt :






Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan
dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang
hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya
menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka
pula beroleh azab yang besar.
(Surah al-Nahl, 16: 106 )

Kesesatan yang mendasari akidah atau keimanan terutamanya menyentuh


kepercayaan kepada Allah swt dengan mempercampuradukkan dengan
pemikiran falsafah Neoplatonisme, Batiniah, Hinduisme mahupun Kristian
bahkan ada antaranya mengaku dirinya Tuhan dan rasul yang diutuskan bukan
sekadar sesat tetapi kufur kepada Allah swt.

Kedudukan golongan ini lebih bahaya daripada gerakan Kristianisasi kerana


mereka bergerak atas nama Islam, berpakaian dan melaksanakan cara hidup
sebagaimana umat Islam yang lain, hanya akidah mereka sahaja yang
mempengaruhi terpesong. Oleh itu, mereka lebih mudah untuk mempengaruhi
masyarakat agar sama-sama menyertai kumpulan mereka.

Sesat dalam beragama

65
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Sesat dalam beragama termasuklah cenderung melaksanakan sesuatu amalan


atau doktrin ajaran yang nyata bertentangan dengan Islam. Antara perkara yang
membawa umat Islam sesat dalam beragama termasuklah meyakini dan
mengamalkan sesuatu ajaran yang difatwakan sesat.

Perkara seumpama ini berlaku disebabkan pemujaan yang keterlaluan kepada


pemimpin dengan memberikan segala ketaatan kepada ketua dengan membuta
tuli tanpa sebarang pertanyaan, komentar mahupun kritikan. Secara tidak
langsung, keadaan ini membuka peluang kepada golongan tertentu untuk
mendapatkan kepentingan tertentu dalam dunia ini. Selain itu, perkara ini boleh
berlaku disebabkan oleh keghairahan para pengikut meramalkan perkara ghaib
yang berkaitan dengan Kiamat. Dari aspek akidah, walaupun penyelewengan
akidah yang dilakukan hanya sedikit tetapi penyelewengan itu tetap dianggap
sesat. Dalam kata lain, iman seseorang akan runtuh walaupun seseorang itu
mengingkari hanya satu huruf daripada keseluruhan al-Quran.

Sering kali golongan yang terlibat dengan ajaran sesat ini bukan hanya sesat
dari segi syariat tetapi sesat juga dari segi akidah. Walau bagaimanapun,
kesesatan dari segi pengamalan syariat seperti melakukan nikah batin (berzina),
minum arak dan lain-lain akan membawa kepada sesat dari sudut akidah
sekiranya pengikut aliran ini beriktikad bahawa perbuatan ini adalah sebahagian
daripada syariat Islam. Firman Allah swt :





Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian
mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan
mereka itulah orang-orang yang sesat.
(Surah al-Imran, 3 : 90)
66
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Fenomena ini seolah-olah menggalakkan kehidupan yang berteraskan hawa


nafsu sehingga melahirkan gejala anak luar nikah dan seks bebas dalam
masyarakat. Firman Allah swt dalam Surah al-Kahf, ayat ke-103 dan 104 :






Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan
orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang
telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka
menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang
mereka lakukan".

Perpecahan dalam masyarakat

Ajaran sesat memberi banyak impak negatif terhadap masyarakat. Kehadiran


ajaran sesat mewujudkan perbalahan, kehidupan berpuak-puak sehingga
membawa kepada perpecahan bangsa dan agama. Setiap kumpulan atau puak
merasakan mereka berada di jalan yang benar hingga sanggup mengkafirkan
orang lain. Akibatnya terbit perasaan benci-membenci antara satu golongan
dengan golongan yang lain.

Contoh paling dekat dengan masyarakat Islam di Malaysia ialah al-Arqam. Sama
ada disedari atau tidak, kelahiran al-Arqam pada masa dahulu dan kini lebih
dikenali dengan Rufaqa atau Tarekat Aurad Muhammadiah pernah mendirikan
perkampungannya sendiri. Hidup dalam komuniti tersendiri dan jauh dengan
pengaruh arus perdana. Secara tidak langsung, al-Arqam telah mewujudkan
masyarakat dalam masyarakat. Peristiwa penculikan Azura (salah seorang

67
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

wanita Arqam) di Singapura suatu ketika dahulu yang pada masa itu masih lagi
menjadi isteri Mashaal, warganegara Sweeden berbangsa Arab adalah di dalam
perancangan Abdul Halim Abbas, orang nombr dua dalam Arqam.

Selain itu, seorang kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai Noh telah
membuat laporan bahawa isterinya mengabaikan tanggungjawab sebagai
seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya kerana taksub dengan satu aliran
kepercayaan. Fenomena ini telah meruntuhkan institusi kekeluargaan sekali gus
menyebabkan wujudnya gejala yang tidak sihat dalam masyarakat.

Propaganda yang sering dimainkan oleh golongan ini ialah mengecam, mencaci
seterusnya memfitnah tokoh pemimpin dan para ulama. Secara tidak langsung
mereka mempertikaikan kewibawaan ulama sehingga menimbulkan kesangsian
masyarakat terhadap institusi agama.

Manakala golongan yang lebih fanatik sanggup menindas anak-anak dan ahli
keluarga semata-mata untuk taat kepada perintah guru. Mereka sanggup
membenarkan guru memuaskan hawa nafsu dengan isteri dan anak gadis
mereka bagi memperoleh generasi yang saleh.

Sering kali kelompok ajaran sesat ini mengasingkan diri mereka bersama-sama
ahli kumpulan yang lain. Mereka tidak menyertai program-program yang
dirancang oleh masyarakat setempat dan jauh tersisisih daripada arus
pembangunan jasmani dan rohani yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Mereka turut melakukan pemulauan, memulakan bibit perbalahan sehingga
membangkitkan perasaan benci-membenci antara satu golongan dengan
golongan yang lain. Sekali gus memberikan gelaran tertentu tertentu seperti ahli
neraka atau kumpulan Enam Jahanam kepada mana-mana ahli kumpulan yang
telah keluar daripada ajaran mereka dan bertindak mendedahkan
penyelewengan yang berlaku.

68
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Ancaman kepada keselamatan Negara

Hubungan langsung antara kelompok ajaran sesat dengan gerakan subversif


dan antinasional yang cuba menimbulkan huru-hara dalam negara dapat dikesan
oleh pihak berkuasa sejak akhir tahun 1970-an lagi. Di samping meluasnya
kesesatan akidah dan penyelewengan syariah Islamiah di kalangan orang Islam,
ajaran sesat juga membawa perpecahan serta pertumpahan darah dalam
masyarakat .

Antara insiden yang pernah berlaku berkaitan dengan aliran kepercayaan (ajaran
sesat ) adalah pada 19 Oktober 1974, apabila seorang daripada ajaran sesat
Empat Sahabat pimpinan Syed Mutalib di Kampung Kedap, Rantau Panjang,
Kelantan mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.
Begitu juga pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya sebagai Imam
Mahdi telah mencederakan Tuan Hj. Damanhuri b. Hj. Abdul Wahab, Imam
Masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak. Pada tanggal 19 Ogos 1979, seramai empat
orang pengikut Ajaran Ilmu Kasyaf pimpinan Hj. Kamaruddin @ Abdullah Sani
Kajang mati terbunuh dalam satu peristiwa di Kerling, Selangor.

Seterusnya kumpulan tarekat Noor Zaman Imam Mahdi yang diketuai


Muhammad Ariffin bin Muhammad Jailani atau lebih dikenali sebagai
Muhammad Nasir Ismail (yang berasal dari Kampuchea) telah mengetuai
kumpulan menyerang balai polis Batu Bahat pada hari Khamis 16 Oktober 1980.
Akibatnya, seramai 15 orang pengikut ajaran sesat ini ditembak mati oleh polis
dalam tragedi berdarah itu. Begitu juga dengan kumpulan al-Arqam yang
sebelum diharamkan, giat menyediakan tentera Imam Mahdi untuk
menggulingkan kerajaan.

Sementara kumpulan al-Maunah selain melakukan pencerobohan di Kem


Batalion 304 Askar Wataniah Grik, Perak pada 6 Julai 2000, kumpulan ini juga

69
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

melakukan keganasan dan kekejaman dengan membunuh dua orang anggota


keselamatan. Sewajarnya semua peristiwa ini membuka mata pihak berkuasa
dan masyarakat bahawa sekiranya ajaran sesat ini dibiarkan beroperasi tanpa
sebarang tindakan, mereka mampu menggugat keselamatan dan ketenteraman
awam.

ISU IDEOLOGI

Mengetahui ideologi-ideologi yang lahir dari Barat dan menular ke negara-negara


Islam adalah sesuatu yang amat penting. Ajaran-ajaran baru itu tidak lagi
dinamakan agama tetapi mereka menamakan dengan ideologi atau teori. Ia
bermaksud fahaman-fahaman, cita-cita, haluan dan aliran pemikiran. Aliran ini
berasal dari Eropah yang memisahkan kehidupan mereka daripada agama.

Ajaran-ajaran ini dibawa masuk ke negara-negara Islam dan menjadi senjata


serangan pemikiran yang berkesan pada masa kini. Ia dapat menjauhkan
mereka daripada Islam dengan cara dan hujah tidak menolak Islam dan masih
mengaku sebagai penganut Islam. Ia berjaya menyesatkan akidah atau
sekurang-kurangnya memecahkan umat Islam kepada pelbagai ideologi dan
kumpulan yang memperjuangkan ideologi itu sehingga berlaku pertarungan
sesama sendiri dan hanyut jauh daripada Islam.

Aliran ideologi, falsafah dan teori-teori itu mengenai urusan negara, ekonomi
atau kemasyarakatan dengan memakai pelbagai nama seperti sekularisme,
kapitalisme, sosialisme, nasionalisme, pragmatisme dan sebagainya.

Mereka mengambil ideologi-ideologi itu dalam perkara-perkara pemerintahan


dan ekonomi atau dengan lain perkataan dalam perkara dunia. Ada antara
mereka yang berani menuduh Islam dengan tuduhan-tuduhan jahat dan fitnah-
fitnah seperti mendakwa Islam tidak sesuai lagi pada zaman ini atau Islam mesti

70
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

disesuaikan dengan ideologi itu dengan membuat perubahan-perubahan yang


berani sehingga menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Mereka sebenarnya orang-orang yang sesat pada zaman ini dan memecah-
belahkan masyarakat Islam daripada tali agama Allah.

Islam ialah cara hidup yang meliputi segala-galanya, maka haram kita
membahagi-bahagikan Islam seperti menerima sebahagian dan menolak
sebahagian yang lain. Contohnya, beribadah secara Islam, berkahwin secara
Islam, melakukan urusan kematian secara Islam tetapi dari sudut pemerintahan,
ekonomi dan urusan-urusan duniawi yang lain menolak hukum Islam.
Mengingkari salah satu daripada ajaran Islam boleh menyebabkan terkeluar
agama walaupun masih sembahyang, puasa, haji dan mengerjakan ibadah-
ibadah yang lain. Ini adalah bahaya yang menimpa Islam masa kini. Oleh itu, kita
perlu mengetahui dan memahami ideologi-ideologi baru ini di samping mengenali
musuh-musuh baru ini supaya kita dapat menyelamatkan akidah dan iman.

Umat Islam kini berada dalam keadaan kritikal kerana penganutnya terpengaruh
dengan fahaman-fahaman yang tidak ada kena mengena dengan Islam.
Walaupun mereka mengaku beragama Islam dan melakukan atas dasar sayang
pada Islam namun usaha mereka tetap sia-sia.

Masyarakat muslim di negara ini sudah lama dilanda serapan ideologi asing
menular secara halus sehingga tidak disedari. Ideologi ini mengancam akidah
masyarakat muslim dan melemahkan ummah. Perbincangan tentang ideologi
dalam tajuk ini akan berkisar pada takrif ideologi, konsep ideologi, sejarah
kemunculan penyebaran ideologi dan kesan terhadap masyarakat Islam.

Jika diteliti dalam beberapa kamus popular masa kini, takrif ideologi dapat
diberikan kepada beberapa pengertian. Antaranya, ideologi ditakrifkan sebagai
visi yang bersifat komprehensif. Ideologi juga bermaksud menawarkan

71
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

perubahan melalui proses pemikiran normatif. Jika dilihat takrif ideologi


dalam bentuk yang lebih luas, ianya bermaksud suatu sistem pemikiran
abstrak (tidak hanya sekadar pembentukan idea) yang diterapkan pada
masalah umum sehingga mampu membuat konsep. Contoh, ideologi dalam
politik. Pemikiran yang tidak bersumberkan Islam dalam konteks ini dipanggil
pemikiran asing yang merujuk kepada apa-apa fahaman, falsafah, prinsip,
kepercayaan dan adicita yang bersumberkan pemikiran barat.

Konsep ideologi dalam pemikiran barat ialah (Kerana terms ideologi berasal usul
dari barat) - Fahaman humanisme adalah suatu ideologi yang membawa
manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep theologi
(ketuhanan). Ideologi ini lebih kepada budaya penganutnya mementingkan
diri sendiri. Kefahaman ini telah menjadi pegangan masyarakat Barat yang
akhirnya melahirkan berbagai-bagai isme seperti sekularisme, liberalisme,
pluralisme dan sebagainya.

72
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Fahaman ini kini menular ke dalam masyarakat Islam melalui pelbagai saluran.
Kesannya umat Islam terpisah daripada agama dan intima Fahaman
humanisme juga dikenali sebagai fahaman materialisme kini telah berjaya
menguasai sebahagian besar kelompok sosial dengan pelbagai jenama.
Secara ringkasnya, fahaman humanisme dapat digambarkan pada Jadual
Rangkaian Ideologi Humanisme di atas. 1

liberalisme pragmatisme
pobialisme

demokrasi
kapitalisme

HUMANISME

pluralisasi
sosialisme

globalisasi
sekularisme

saintisme

Materialisme, pragmatisme, liberalisme dan globalisasi semuanya lahir daripara


kefahaman humanisme. Jika dilihat dari aspek istilah nampak berbeza, tetapi
sebenarnya fahaman dan ideologi itu mempunyai persamaan iaitu
bertentangan dengan ajaran Islam. Semuanya lahir daripara revolusi tindakan

1
Jadual 1 : Rangkaian Ideologi Humanisme, (Taha & Anis Malik. 2005; Al-
Rawi & Fuad Muhsin. 2009; Harun Yahya, 2009, ubahsuai).

73
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

kejam gereja dan golongan bangsawan terhadap para ilmuwan dan rakyat
jelata di zaman Feudal Eropah. Penolakan yang amat ekstrim terhadap agama
membawa Eropah kepada kecintaan yang tidak terhingga terhadap diri
sendiri. Kecintaan dan ketaksuban yang keterlaluan boleh membawa kepada
bentuk penyembahan diri yang jelas bertentangan dengan konsep al-Qur`an
dan Hadith Nabi.

Demokrasi pada asasnya lahir daripada sistem yang diguna pakai oleh golongan
sosialis dan golongan kapitalis. Dasar demokrasi adalah lebih kepada sistem
pemerintahan sesebuah negara. Sistem ini mengasingkan penguasaan sultan /
raja ke atas pentadbiran dan pengurusan negara. Demokrasi
memperkenalkan Lembaga Perwakilan Rakyat (Parlimen) mencakupi legislatif
(perundangan), fungsi pengawasan ke atas pentabdiran negeri di bawahnya dan
fungsi pentadbiran yang bertanggung-jawab dalam melaksanakan sistem,
struktur dan organisasi pentadbiran.

Kapitalisme amat mementingkan keuntungan dan menafikan hak orang lain


khususnya dalam aspek perniagaan. Contoh, amalan riba / interest
berkonsepkan keuntungan dan penindasan terhadap golongan miskin secara
tidak langsung. Di samping itu memberi keuntungan kepada orang kaya
raya. Pada dasarnya persaingan dalam perniagaan adalah diharuskan.
Namun, konsep kapitalisme membawa jurang yang amat jauh dalam
struktur masyarakat. Amalan riba dan sistem monopoli menjadi asas
kapitalisme yang dilihat berat sebelah.

Komunisme mungkin dilihat lebih adil memberikan hak persamaan kepada


semua manusia. Nampak jauh berbeza dengan kapitalisme tetapi sebenarnya
sama dari sudut penyembahan kepada kehendak manusia; cuma dengan cara
yang berbeza, iaitu dengan menyamakan kehendak agar semua kehendak
dipenuhi. Contoh, penagih dadah dibenarkan memiliki sejumlah dadah untuk
dirinya sendiri. Melebihi had itu baru dikira salah. Anda boleh menagih dadah

74
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

di mana-mana sahaja kerana itu kehendak mereka yang perlu dipenuhi.


Kerajaan hanyalah mampu menyediakan tong sampah khas untuk picagari
dadah agar tidak mengganggu orang lain yang tidak terlibat dengan dadah.

Sekularisme, sosialisme dan pluralisasi mengakui bahawa arak dan judi bukan
suatu yang baik untuk manusia. Arak dan judi juga merupakan kepala
segala kejahatan. Tetapi apa yang Barat lakukan untuk mengelakkan
rakyatnya daripada dicemari oleh najis arak dan judi? Kehendak manusia
mengatasi segala kebaikan dan maslahah. Seks bebas dianggap sebagai
keinginan hawa nafsu manusia yang perlu dipenuhi. Bukan itu sahaja,
globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam hanyut tanpa batasan agama
dan berakhlak mulia. Merupakan pencabulan terhadap nilai-nilai kemanusiaan
yang dirancang oleh orentalis Barat. (al-Jamil, t.t.) Sementara itu, jika dilihat
ancaman ideologi ini di Malaysia, didapati globalisasi berjaya melahirkan bangsa
Melayu yang tiada identiti kemelayuan dan ketimurannya. Akibatnya mereka
hilang jatidiri sebagai anak Melayu serta kurang berpegang teguh kepada
agama. Globalisasi juga menjadikan sesuatu bangsa itu seringkali tunduk
kepada agenda dan kehendak orang lain.

Hegemoni, konsep yang terkandung dalam globalisasi iaitu hegemoni atau


kekuasaan. Hegemoni bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera tetapi juga
merangkumi kekuatan ekonomi, idea, agama, etika, peradaban dan lain -
lain. Hegemoni Barat bukan sahaja terletak kepada kekuatan tentera, malah
menguasai aspek nilai, budaya, termasuk jugalah agama. (Ghazali, 1998).

Sekularisme merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan


agama. Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual dalam
masyarakat masa kini. Dalam konsep ajaran Islam, agama tidak dapat
dipisahkan daripada keseluruhan hidup dan kenegaraan, (Harusani, 2009).
Justeru itu, konsep sekularisme secara terang-terang memusuhi Islam.
Istilah-istilah sekularisme, sekularisasi, sekular tidak boleh dihubung-kaitkan

75
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

dengan Islam. ( al-Attas 1978; al-Qaradawi 1977). Dalam konteks di Malaysia,


Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Dalam aspek yang lain, ia
bertindak sebagai perlindungan terhadap undang-undang Islam itu sendiri.
Walau bagaimanapun, proses globalisasi yang sedang rancak berjalan,
lambat laun akan mencabar undang-undang setiap negara. Apabila kubu
pertahanan ini lemah dan penduduk Islam bukan kelompok majoriti, sudah
tentu kedudukan Islam dan bangsa Melayu akan tergugat.

Kesan ideologi asing pada pemikiran masyarakat muslim.

i) Ideologi yang terdapat unsur ajaran menyeleweng ini dibawa


masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam sama ada secara
sedar atau tidak sedar. Kesannya ia dapat menjauhkan mereka yang
kurang mendalami ajaran Islam untuk menolak Islam dengan mudah.
Contoh, seperti golongan muktazilah, golongan wahabi dan
sebagainya berjaya memecah belahkan umat Islam. Mereka saling
mempertahankan ideologi masing-masing dengan pelbagai alasan dan
hujah.

ii) Kesan buruk ini terkena pada 3 kumpulan utama iaitu Pertama, mereka
yang mengkaji dan mengamalkan Islam. Kedua, mereka yang tidak
faham langsung dan jahil tentang Islam, dan ketiga, mereka yang jahil
murakkab (tidak sedar dirinya jahil) tetapi mahu bercakap mengenai
Islam.

Terhadap golongan kedua dan ketiga, kesan pemikiran dan ideologi


amat merbahaya untuk masyarakat Islam. Mereka seringkali dilihat
sebagai golongan perosak agama serta memecah belahkan umat Islam
kerana jahil murakkab yang menebal. Selain itu, kesan daripada ideologi
sesat ini meresap masuk ke dalam urusan kehidupan umat Islam
seharian. Antara kesan yang nyata ialah mereka membahagikan

76
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)
Jabatan Agama Islam Selangor

urusan keduniaan dan urusan ibadah secara berasingan. Urusan


pentadbiran dipisahkan dalam Islam. Sepatutnya, Islam itu satu cara hidup
yang lengkap dalam seluruh aspek kehidupan manusia.

iii. Kesan Ideologi Sekularisme - Memisahkan Islam dan politik. Mereka


mendakwa bahawa Islam adalah agama yang bersih dan politik adalah
kotor. Kerana itu, Islam dan politik tidak boleh dicampurkan kedua-duanya
sekali dalam satu masa. Dari pandangan Islam, Islam membentuk politik
menjadi bersih kerana Islam sukakan bersih, cekap, amanah,toleransi,
telus dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Islam menentang
kekotoran, penindasan dan sebarang bentuk penipuan. Sekularisme juga
menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan Islam atau
Syariah.

iv. Kesan ideologi yang lain dihuraikan seperti berikut: Kesan Ideologi
Komunisme - Fahaman komunisme bercanggah dengan akidah Islam
yang boleh membawa umat Islam ke arah kemunduran. Mereka
mengingkari kewujudan Allah, perkara ghaib serta hari kiamat. Ideologi
komunis ini bersifat tidak berperikemanusiaan. Pemimpin ideologi ini
memeras keringat rakyat dan merampas harta milik mereka. Pemimpin
masyarakat membuat peraturan dan rakyat dikehendaki mengikut
tanpa pertikaian. Rakyat bekerja untuk kepentingan negara sahaja.

Kesan Ideologi Sosialisme - Menjadikan kebendaan sebagai matlamat


utama dalam hidup serta menjauhkan agama Islam daripada terlibat
secara aktif. Tidak wujud persoalan halal dan haram, yang wujud
hanyalah untung dan rugi. Merampas hak-hak orang perseorangan dan
mempertikaikan kebebasan mereka, malah seringkali berlaku penipuan
dan salahguna kuasa dalam urusan mengendalikan hak milik umum.
Menghapuskan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam
masyarakat. Dalam konteks akidah, mereka menerapkan bahawa

77
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

mempercayai semua alam semesta, manusia dan kehidupan merupakan


material yang sifatnya berkembang melalui evolusi masing-masing.
Contoh, adanya hubungan jenis antara lelaki dan wanita melahirkan anak.
Golongan ini menafikan ciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makluk.
Keperluan agama hanyalah bersifat hiasan/tampalan hidup semata-mata,
bukan sebagai suatu cara hidup.

Kesan Ideologi dari aspek demokrasi - Rakyat berhak menentukan corak


politik dan pemerintahan negara. Rakyat juga berhak menurunkan
kembali kekuasaan itu dengan mengadakan pemilihan kepimpinan baru
termasuk mengubah peraturan yang sesuai dengan kehendak rakyat.
Rakyat bebas memilih agama masing-masing, bebas memiliki hak
kepunyaan harta, bebas dalam tingkah laku dan bebas bersuara. Ideologi
ini dilihat seringkali mencampur aduk antara ideologi kapitalis dan
ideologi sosialisme sebagai usaha untuk menutup beberapa kelemahan
yang ada pada sistem itu. Contoh, mewujudkan sistem keadilan sosial atau
sistem kesejahteraan negara agar tidak menimbulkan masalah sosial
dalam masyarakat.

v. TERBAIK ADALAH IDEOLOGI ISLAM - Dalam konteks akidah Islam,


penganutnya hendaklah mengesakan Allah, mengagungkan Allah
sebagai pencipta alam ini, menyembah Allah yang menguasai langit dan
bumi, memuji Allah yang menguasai serta mengetahui alam ghaib dan
alam nyata, pentadbir semesta alam dan pengatur bagi sesuatu yang
dicipta-Nya.

Orang-orang yang diberikan pemikiran yang sihat diminta supaya


memperhati dan memikirkan kejadian alam yang indah, lautan yang
terbentang luas, gunung-ganang yang tersergam indah, langit biru tanpa
tiang yang kukuh, edaran bulan dan matahari mengikut orbitnya 12 jam
siang dan 12 jam malam, jarak matahari dengan bumi yang sesuai
dengan suhu kepanasannya dan sebagainya. Semuanya ini
menunjukkan kekuasaan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia.

78
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Bolehkah manusia berbuat sesuatu tanpa bantuan dari Allah? Bolehkah


manusia membina bangunan pencakar langit tanpa adanya ilmu dan
kemahiran yang tinggi bagi melaksanakan-nya tanpa adanya
pertolongan dari Allah? Semuanya tidak akan berjaya tanpa sifat
pemurah Allah ke atas hamba-Nya yang cukup lemah dalam segala hal.
Dari sekecil-kecil urusan hinggalah kepada urusan yang sebesar-besar
urusan, manusia tidak dapat mengurus tadbir tanpa kudrat dan iradah Allah.

Jadi, adalah mustahil manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini
tidak mengakui dan mengesakan Penciptanya. Ideologi yang mereka
cipta itu adalah bersifat sementara sahaja. Kenapa tidak memilih
ideologi Islam yang lengkap untuk seluruh hidup manusia. Manusia
boleh menggubal atau meminda ndang-undang yang berkaitan peraturan
semasa seperti menentukan peraturan trafik sama ada di jalan raya atau
sebagainya. Namun, undang-undang yang berkaitan hukum syarak,
hanya Allah sahajalah yang mengetahui baik buruknya terhadap
keperluan manusia. Justeru itu, manusia tiada berhak untuk
mempersoalkan sejauh mana keberkesanannya atau sesuaikah hukum
Allah dilaksanakan dalam masyarakat masa kini yang sangat meruncing.

vi. Oleh itu dapatlah difahami bahawa kini terdapat berbagai ideologi dan
sistem yang wujud berasaskan fikiran dan nafsu manusia yang menebal
dalam masyarakat masa kini. Semua ideologi tersebut dilihat tidak
membawa kebaikan kepada semua pihak kerana terdapat pelbagai
kelemahan. Sebaliknya jika dilihat dari ideologi Islam, ianya membawa
kesejahteraan kepada semua orang. Kerana matlamat hidup manusia
ialah untuk mendapat kebahagian dan kesejahteraan. Jadi, sebagai
pilihan terbaik, ideologi Islam adalah amat sesuai dan releven untuk semua
lapisan masyarakat.

Kesimpulan

79
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

Demikian huraian akidah yang perlu diketahui oleh setiap orang yang
beriman. Bermula dari pendahuluan memahami akidah, pelajar-pelajar
dapat mengkaji huraian mengenai mazhab-mazhab, fahaman-fahaman,
ideologi dan sebagainya agar tidak terjerumus ke dalam lembah kesesatan.

Iman yang sebenar mesti menolak semua ajaran, fahaman ataupun ideologi
dan teori yang melampaui batas-batas Allah. Ia merangkumi semua
fahaman yang dicipta pada zaman dahulu, kini dan akan datang.

Oleh itu, semua fahaman ini diperkenalkan supaya pembaca khususnya


pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran PIM 3112 Pengajian Akidah
ini dapat mengenali yang benar daripada al-Quran dan Sunnah di samping
mengenali fahaman-fahaman yang tidak benar dan sesat daripada al-Quran
dan al-Sunnah.

Ada manusia yang menerima akidah secara membuta tuli bukan secara
mengkaji. Adakala mereka berhujah berdasarkan pegangan nenek moyang
semata-mata tanpa mengkaji sumber yang sebenar.

Isu akidah tidak boleh dicuba-cuba atau diagak-agak. Ia tidak boleh dipilih
sesuka hati kerana ia bergantung pada nasib yang memerlukan petunjuk
Allah dan wahyunya. Ia juga menentukan nasib mereka di akhirat sama ada
ke syurga atau neraka. Ia adalah keputusan yang tidak boleh dipertikai dan
diminta supaya kembali ke dunia.

Semoga Allah mengurniakan iman dan kekuatannya serta bersikap yang


tegas pada perkara-perkara yang bercanggah dengan iman. Fahaman yang

80
(PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH)

bercanggah meliputi fahaman yang pupus, yang masih berselerakan dalam


masyarakat atau yang bakal tercetus. Mudah-mudahan, kita semua
dimantapkan akidah dan harapan penulis agar kita berjuang menegakkan
kebenaran dan mendokong Islam sehingga ke akhirat hayat. Jangan sekali-
kali menentang Islam kerana akibatnya kita memilih jalan yang silap. Pilihlah
jalan yang lurus dan syurga adalah impian kita.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran


unit ini dengan jayanya!
.

TUGASAN

1.Bincangkan secara ringkas manusia sesat dalam beragama?


2.Nyatakan perbezaan di antara kufur dengan nifaq?
3.Senaraikan ajaran sesat yang anda tahu?

81

You might also like