You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK BIL.

1/2016

SK (1) KUALA AMPANG


JALAN AWAN, 68000 AMPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK


BILANGAN 1 TAHUN 2016

Tarikh : 30 DISEMBER 2015


Masa : 11. 30 PAGI
Tempat : HOTEL CORUS, KUALA LUMPUR

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. En. Mohd Khalilizul Syahmie bin Nordey @ Nordin Pengerusi
2. Pn. Halimahabsah binti Mohd. Sani Setiausaha

Turut Hadir
1. Tn. Hj Normayadi bin Othman GPK Kurikulum

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 En. Mohd Khalilizul memulakan mesyuarat dengan bacaan al fatihah dan doa
pembuka majlis.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru yang telah
dilantik menjawat guru MUZIK bagi tahun 2016.
1.3 Beliau juga juga mengingatkan semua guru supaya memberikan komitmen
yang tinggi dalam menjayakan KSSR seperti yang disarankan oleh KPM.
1.4 Beliau memohon agar semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan
tugas dengan penuh ikhlas dan dedikasi.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

1.1 Mesyuarat kali pertama tidak memerlukan pengesahan minit yang lepas.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

2.1 Tiada perkara berbangkit.

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

1 PANITIA MUZIK
SK(1) KUALA AMPANG, JALAN AWAN, 68000 AMPANG,
SELANGOR
MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK BIL.1/2016

4.1 SUKATAN PELAJARAN/ HURAIAN SUKATAN PELAJARAN/ RANCANGAN


PELAJARAN TAHUNAN KSSR MUZIK 2016
4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Sukatan Pelajaran (SP), Huraian Sukatan
Pelajaran (HSP), dan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) mestilah mengikut
sukatan terkini iaitu berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
4.1.2 Beliau memaklumkan bahawa sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa
ke semasa.
4.1.3 Pengerusi memohon semua guru mendapatkan Sukatan Terkini melalui laman web
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

4.2 PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


4.2.1 Pengerusi panitia menyatakan bahawa penulisan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) perlu ada perkara-perkara berikut:
i. Mata Pelajaran
ii. Tajuk
iii. Standard Kandungan
iv. Standard Pembelajaran
v. Aktiviti
vi. Bahan Bantu Belajar
vii. Refleksi

4.2.2 Beliau juga menunjukkan contoh penulisan RPH yang telah disepakati di peringkat
daerah.

4.3 PERANCANGAN TAHUNAN


4.3.1 Pengerusi memohon jasa baik semua guru MUZIK untuk mencadangkan beberapa
aktiviti panitia yang sesuai.
4.3.2 Pn. Halimahabsah mencadangkan agar sebarang aktiviti yang hendak diadakan
mestilah bertepatan dengan Sukatan Pelajaran.
4.3.3 Pengerusi panitia bersetuju dengan cadangan Pn. Halimahabsah kerana sebarang
program / projek yang akan dijalankan mestilah bertepatan dengan HSP.

4.4 PENILAIAN & PENTAKSIRAN


4.4.1 Pengerusi mempamerkan analisa peperiksaan akhir tahun 2015 yang melibatkan
murid tahun 4 dan tahun 5.
4.4.2 Beliau menyatakan bahawa ETR bagi MUZIK untuk tahun 2016 iaitu mencapai
GPMP 2.0 seperti yang dikehendaki oleh pihak pengurusan.
4.4.3 Namun begitu beliau menyarankan agar terdapat peningkatan sekurang-kurangnya
3% daripada pencapaian tahun 2015.
4.4.4 Pengerusi memohon semua guru MUZIK untuk melengkapkan TOV dan ETR bagi
mempastikan target akhir tahun dapat dicapai di samping perancangan yang
bersesuaian dengan target.
4.4.5 Pengerusi juga memohon agar semua guru MUZIK melengkapkan Rekod Pelaporan
Pencapaian Murid sepanjang masa dan dikemas kini.
4.4.6 Ini bertujuan agar rekod pelaporan tersebut adalah sah dan bertepatan dengan
pencapaian dan penguasaan murid.
4.4.7 Pengerusi juga memaklumkan bahawa guru yang mengajar MUZIK bagi tahun
terlibat secara langsung ditetapkan sebagai penyedia dan penyemak kertas
penilaian.

2 PANITIA MUZIK
SK(1) KUALA AMPANG, JALAN AWAN, 68000 AMPANG,
SELANGOR
MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK BIL.1/2016

4.4.8 Pengerusi juga memohona agar soalan penilaian yang dibina bertetapan dengan
sukatan serta telah dipelajari oleh murid.

4.5 PENGURUSAN PANITIA


4.5.1 Pengerusi menyatakan bahawa fail panitia mestilah lengkap seperti yang
dikehendaki oleh pihak pengurusan.
4.5.2 Mesyuarat panitia perlu dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
4.5.3 Semua guru MUZIK juga perlu melengkapkan borang makumat guru dan akan
dimasukkan dalam fail panitia.

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa gotong-royong membersihkan bilik MUZIK akan
dijalankan dalam masa terdekat bagi kemudahan murid mengikuti sesi pembelajaran
dengan selamat.
5.2 Pengerusi juga akan memohon sumbangan daripada PIBG atau pentadbiran bagi
memasang papan lapis sebagai penghadang / penutup ruang terbuka di atas tingkap
bilik MUZIK.
5.3 GPK Kurikulum menyatakan bahawa panitia boleh menggunakan peruntukan panitia
dalam melaksanakan dan menggerakkan panitia.

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi sekali lagi memohon semua guru MUZIK unutk menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi dan bijaksana.
6.2 Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kesanggupan guru menerima
tugas sebagai guru MUZIK.
6.3 Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan bacaan tasbih kifarah dan surah al-asr.
6.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Urus Setia
Panitia Muzik
SK (1) Kuala Ampang

Tarikh : 31 Disember 2015

3 PANITIA MUZIK
SK(1) KUALA AMPANG, JALAN AWAN, 68000 AMPANG,
SELANGOR

You might also like