You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON,

PETI SURAT 60591,91115


LAHAD DATU, SABAH

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-2, 2015

Tarikh : 25.05.2015 (Isnin)


Masa : 11.35 pagi
Tempat : Bilik mesyuarat Sk Bukit Balacon Lahad Datu

Kehadiran:
1. Pn.Zamaliah Hj Abdul Karim Guru Besar
2. En.Ednin Sodoi PK Kurikulum
3. Pn.Roslia Selamat PK HEM
4. En.Rozan Richard
5. En.Mohd Nurhaminza Abdul Rahman
6. Pn. Anis Amira Abdul Kadir
7. Pn.Rabiana Ramli
8. Pn.Suzianah Abdullah
9. Pn. Jamiyana Abdullah
10. Pn.Jurainey Jamil
11. En. Mahadir Bakar
12. En. Mohd Rifaei Hassan
13. En.Dismond Jabong
14. En. Haidir Abu Bakar
15. Cik Nurul Syahadah Sholikhin
16. Pn.Umy Fazilah Masri
17. Pn. Failin Jaipol
18. Pn. Hasnawia A. Rahman
19. Pn. Norzaini Sergius
20. Pn.Rinah Tinggas
21. Cik Siti Afifah Misman
22. Pn.Asmiah Paidi
23. Pn.Norayah Emanah
24. Cik Nurul Fadhilah Abdullah
25. Pn. Farhiyah Abdul Ghani

Setiausaha: Cik Nor Mahani Mohd Asran

Tidak Hadir:
1. En.Selamat Hj Abdul PK Ko-Kum (bersebab)
2. Pn.Anisyafira (bersebab)
3. En.Haidir (bersebab)
4. En.Salim Abd Gani (bersebab)
5. Pn.Ajijah Esran (bersebab)
6. Pn.Norliana Ismail (bersebab)

1. Ucapan alu-aluan
1.1 Ucapan salam dan selamat datang ke mesyuarat Kurikulum kali kedua daripada Pn
Zamaliah Hj Abdul Karim.
1.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
Dicadang untuk disahkan oleh : Pn Roslia Selamat
Disokong oleh : En Mohd Nurhaminza Abdul Rahman
3. Perkara-perkara berbangkit
3.1 Info tiang jika masih belum diadakan perlu diadakan segera. Tindakan: Ketua Panitia
dan ahli
3.2 VLE FROG, ibu bapa digalakkan membuka laman web tersebut. Tindakan: Guru Kelas
4. Pelaksanaan Dokumen Standard Kurikulum pentaksiran (DSKP KSSR)
4.1 Guru-guru perlu tahu/faham apa sahaja yang berkaitan dengan DSKP. Tindakan:
Semua guru
4.2 Tempoh pentaksirannya adalah berpanjangan dan berlaku semasa PDP.
4.3 DSKP perlu dinilai mengikut unit. Satu salinan DSKP perlu diserahkan kepada Ketua
Panitia. Tindakan: Semua guru
5. Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS)
5.1 PPD tekankan agar guru-guru mengisi markah pentaksiran di dalam sistem SAPS.
Tindakan: Semua guru
6. Linus, Pemulihan, Protim
6.1 Pemulihan;
6.1.1 Hasil laporan daripada dapatan Puan Norayah: Terdapat 15 orang murid terpilih
memasuki Pemulihan bagi tahun 1 dan seorang sahaja calon bagi tahun 2 iaitu adik
Nor Syafifie menurut laporan lisan daripada Pn Norayah.
6.1.2 Terdapat 4 orang murid tahun 6 yang masih belum menguasai 4 operasi utama
Matematik iaitu Kelliry, Rysvaniel,Gedeon dan Brandon. Pn Norayah di minta
mengambil dan membimbing murid-murid berkenaan sehingga mereka menguasai 4
operasi utama Matematik. Tindakan: Pn Norayah Emanah
6.2 Protim;
6.2.1 Pn Jurainey menerangkan bahawa 2 matapelajaran sahaja diuji untuk Protim iaitu
Bahasa Melayu dan Matematik.
6.2.2 Bahasa Melayu tahun 4, secara keseluruhannya 22 orang murid tidak menguasai:
Membaca: 20 murid tidak menguasai
Menulis : 22 murid tidak menguasai
6.2.3 Bahasa Melayu tahun 5, keseluruhannya 18 orang tidak menguasai
Membaca: 2 orang tidak menguasai
Menulis : 16 orang tidak menguasai
6.2.4 Matematik tahun 4: 43 orang tidak menguasai
6.2.5 Matematik tahun 5: 43 orang tidak menguasai
6.3 Linus;
6.3.1 Pn Norzaini menerangkan:
6.3.2 Tahun 1:
Bahasa Melayu, 18 orang menguasai, 61 orang tidak menguasai
Matematik, 54 orang menguasai, 25 orang tidak menguasai
Bahasa Inggeris, 42 orang menguasai, 37 tidak menguasai
6.3.3 Tahun 2:
Bahasa Melayu, 46 menguasai, 26 tidak menguasai
Matematik, 50 Menguasai, 22 tidak menguasai
Bahasa Inggeris, 33 menguasai, 39 tidak menguasai.
6.3.4 Tahun 3:
Bahasa Melayu, 80 menguasai, 3 tidak menguasai
Matematik, semua menguasai
Bahasa Inggeris, 73 menguasai, 10 tidak menguasai.

7. Program Kecemerlangan Tahun 6, Linus, Protim dan Pemulihan


7.1 Pn Failin menerangkan program kecemerlangan tahun 6 yang sudah dan akan
dilaksanakan adalah seperti:
7.1.1 Program permuafakatan siri 1
7.1.2 Klinik UPSR mengikut subjek
7.1.3 Kelas Tambahan
7.1.4 Ujian Bulanan
7.1.5 Gerak-gempur (akan datang)
7.1.6 Bacaan Yasin
7.1.7 Usaha guru-guru
7.2 Dalam Dialog Prestasi yang lepas sudah dipersetujui untuk membuat jadual anjal.
7.3 Linus: sudah dilaksanakan,
7.3.1 Kelas tambahan
7.3.2 Permuafakatan ibu bapa
7.3.3 Gerak-gempur sebelum saringan
7.3.4 Ruang Linus (Projek yang ditambah)
7.4 Protim: sudah dan akan dilaksanakan,
7.4.1 Kelas tambahan
7.4.2 Modul
7.4.3 Program Bijak Sifir (tahun 1hingga 2 disasar hafal sifir 1 hingga 5. Tahun 3 disasar hafal
sifir 1 hingga 9 dan begitulah seterusnya untuk tahun 4 hingga 6).
7.4.4 Bacaan pantas
7.4.5 Bacaan Bergred
7.4.6 Bimbingan individu
7.5 Pemulihan; sudah dan akan dilaksanakan,
7.5.1 Klinik Pemulihan
7.5.2 Anak Angkat PLP
7.5.3 Gerak gempur 1 dan 2
7.5.4 Ruang pemulihan (Projek yang ditambah)
8. Program Kecemerlangan Kurikulum Pra Sekolah
8.1 Pn Suzianah menerangkan, Program Bijak Membaca Bacalah Anakku dilaksanakan.
70% murid sudah menguasai dan selepas cuti yang akan datang, pra akan
menekankan aspek penulisan.
8.2 10 orang murid pra dapat membaca dan lancar membaca. 75 murid yang lain pula
menguasai bacaan. Tidak kenal huruf seramai 10 orang, kebanyakkannya murid pra
yang berumur 5 tahun.
8.3 Untuk Bahasa Inggeris, 10 orang menguasai bacaan.
8.4 Program Permuafakatan ibu bapa untuk pra sekolah sudah dilaksanakan.

9. Pencerapan PDP guru


9.1 Pn Zamaliah mengingatkan agar guru-guru menggunakan 8 peta I-Think dan KBAT
dalam PDP.
9.2 Guru-guru diminta membuat Rancangan Pengajaran Harian setiap hari dan jalankan
PDP mengikut RPH yang ditulis.
9.3 Melalui perkongsian lawatan JPN daripada Unit Pemulihan ke atas Pn Norayah yang
dipantau oleh pihak JPN baru-baru ini, JPN akan pantau dengan teliti termasuklah
penulisan refleksi. Sebarang aktiviti pdp yang tidak dapat dijalankan disebabkan hal-
hal yang tidak dapat dielakkan, perlu tulis dalam catatan bukannya pada ruang
refleksi.
10. PBS
10.1 Pn Zamaliah mengingatkan agar guru-guru tahu 6 band dan penjelasannya dengan
betul.
10.2 Penilaian pada murid bukan berbentuk markah.
10.3 Data kini diisi secara luar talian, guru-guru diminta melengkapkan data luar talian
tersebut mengikut mata pelajaran yang diajar.
10.4 Jawatan asal Pn Norliana Ismail sebagai penyelaras PBS dikekalkan.
11. Hal-Hal Lain
11.1 Pn Zamaliah menerangkan dapatan semasa mesyuarat dengan PPD yang dihadirinya;
11.2 Guru-guru yang sambung belajar jika ingin mendapatkan apa-apa data tidak boleh
terus ambil daripada sekolah, perlu buat surat minta kebenaran terlebih dahulu
daripada PPD. Begitu juga halnya dengan urusan-urusan kenaikan pangkat.
11.3 Dapatan daripada Pn Mariani menurut Pn Zamaliah, latihan dalam kelas mesti dibuat,
pentaksiran sumatif perlu diadakan 2 kali setahun dan SEGAK akan dipantau.
11.4 Bermula semester 2 nanti, bilik peperiksaan akan digunakan untuk menyimpan kertas-
kertas soalan sebelum hari peperiksaan. Tindakan: En Mahadir
11.5 Soalan yang dicetak tidak perlu sertakan kulit hadapan bagi menjimatkan kos fotokopi.
11.6 Setiap Panitia akan dipotong RM 50 hingga RM100 bergantung kepada jumlah
peruntukkan kewangan panitia masing-masing bagi menampung kos bayaran
sebanyak RM2800 untuk pencetakkan kertas soalan semester 1 yang lalu.
11.7 Guru dan pembantu pra sekolah diminta bersama-sama guru bertugas menyambut
murid-murid di pintu masuk sekolah setiap pagi. Tindakan: Guru dan pembantu
pra
11.8 Kedudukan tempat duduk Abad ke 21, SK Bukit Balacon sudah laksanakan, oleh itu
meja murid disetiap kelas perlu disusun mengikut susun atur meja abad ke 21. Model
susunan mengikut kesesuaian kelas masing-masing. Tindakan: Guru
kelas
11.9 Pn Zamaliah mengarahkan agar setiap guru perlu ada fail PPPB. Tindakan: Semua
guru
11.10 Kerja rumah untuk murid sebelum cuti sekolah perlu diberi. Tindakan: guru tahun 6
11.11 En.Ednin mengingatkan agar guru masa pertama setiap pagi agar masuk awal ke kelas
untuk semai (7.00-7.10)
11.12 Pn Roslia meminta guru kelas yang masih belum diberi lencana supaya
memaklumkannya untuk tindakan lanjut. Merakamkan terima kasih atas kerjasama
guru-guru sepanjang perkhidmatannya.
11.13 En Mahadir memaklumkan berkaitan SAPS. 27/10 adalah tarikh peperiksaan semester
2 dan 6/11 adalah tarikh memasukkan markah ke dalam SAPS bagi semua kelas tahun
1 hingga 6. Tindakan: semua guru
11.14 Percubaan UPSR akan diadakan pada 27/7
11.15 Guru-guru diminta lengkapkan TOV,ETR dan markah dalam SAPS.
11.16 Untuk markah peperiksaan semester 1 baru-baru ini, serah pada setiap KP masing-
masing untuk simpanan.
11.17 Permuafakatan tahun 6 kali kedua akan diadakan pada 29/5. Tindakan: En Rozan
11.18 Pn Zamaliah mengingatkan jadual anjal akan dibuat oleh guru bertugas jika jumlah
guru yang tidak hadir adalah seramai 6 orang ke atas.
11.19 Jadual anjal akan dibuat oleh PK 1 dan akan menjadi tanggungjawab PK HEM apabila
PK 1 tidak berada di sekolah dan begitulah seterusnya.
11.20 Pn Norayah berterima kasih atas sumbangan guru-guru sejumlah RM360 selama 2 hari
untuk Azmansyah dan Ahmad Syafie (mangsa rumah terbakar). Ziarah Marhabah akan
diadakan pada 27/5/2015 (rabu).
11.21 Pn Asmiah menerangkan mengenai program pusat sumber yang dilaksanakan seperti
sebelum masuk kelas atau masa rehat murid boleh baca buku ditempat atau ruang
yang akan disediakan nanti.
11.22 En Dismond mengingatkan selepas cuti nanti SK Bukit Balacon akan dilawati oleh SK
Ulu Tungku untuk pemantauan kualiti PK 01 hingga PK 09 pada 24 Jun dan memastikan
PK 01 hingga PK 09 membuat kemaskini sebelum pemantauan.
11.23 Guru-guru yang bercuti atau MC diminta menghantar salinan MC kepada kerani untuk
tujuan kemaskini.
11.24 Semua guru diminta kemaskini fail meja masing-masing.
11.25 16/7 cuti, 17/7 hari raya, 27/7 Hari persekolahan.
11.26 Mesyuarat ditanguhkan pada jam 2.10 pm.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NOR MAHANI MOHD ASRAN) (ZAMALIAH HJ ABDUL KARIM)


Setiausaha Unit Kurikulum Guru Besar
Sk Bukit Balacon Sk Bukit Balacon
Lahad Datu Lahad Datu

Dicadang untuk disahkan oleh :_________________________________________


Disokong oleh :_________________________________________
Tarikh :_________________________________________

You might also like