You are on page 1of 14

PENGENALAN

Rasuah merupakan antara jenayah tertua di dunia,malah jenayah tumbuk rusuk inilah yang
menjadi kuman yang menumbangkan tamadun-tamadun agung dunia. Jikalau diperhatikan
dengan teliti, tidak dapat disangkal lagi bahawa Dinasti Ming dan Dinasti Qing di China telah
runtuh akibat pereputan dalaman yang diakibatkan oleh penularan gejala rasuah. Inilah
implikasi rasuah, suatu jenayah yang merupakan barah berbahaya.

Rasuah didefinisikan dengan pelbagai pengertian dengan pelbagai pihak sesuai dengan
minat, kefahaman dan tujuan masing-masing. Shaw dan Barry (1989:303) mendefinisikan
rasuah sebagai ganjaran yang diberikan kepda seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan
yang tidak konsisten dengan kontrak kerja atau sifat sesuatu kerja.

Definisi rasuah menurut kamus dewan, merupakan penyelewengan atau perbuatan


menumbuk rusuk, menyogok atau menyuap. Rasuah berasal daripada perkataan arab iaitu
al-risywah. Istilahnya Bahasa Inggerisnya menurut Akta Pencegahan Rasuah 1997 ialah
gratification. Suapan dalam konteks rasuah meliputi pemberian wang, derma, hadiah,
cagaran, jawatan, pelepasan cukai, pelepasan obligasi, balasan berharga atau tawaran.

Rasuah Menurut Islam adalah harta yang diperolehi kerana kepentingan manusia (baik untuk
memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib
dislesaikan tanpa balasan. Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah
sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ini bukan rasuah tapi upah. Pengharaman
rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Quran dan hadis. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-
Baqarah ayat 188 yang bermaksud Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta
sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa
(urusan) harta itu kepada hakim,supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta
benda orang alin itu dengan (jalan berbuat) dosa,padahalkamu mengetahui.

Disebutkan juga di dalam hadith iaitu ertinya Rasulullah S.A.W telah melaknat pemberi
rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan,pentadbiran,kehakiman dll)(Riwayat At-
Tirmidzi, 3/622 : Iman Tirmidzi berkata: Hadis Hasan Sohih).

Page 1 of 14
Rasuah bukanlah satu fenomena baru. Ia merupakan fenomena universal yang wujud tanpa
batasan waktu dan tempat. Tiada Negara boleh mendakwa bebas daripada jenayah rasuah.
Kewujudannya bermula sejak sejarah peradaban manusia yang dinodai oleh sifat-sifat tamak
dan haloba. Rasuah merupakan satu jenayah berat yang mudah menular ke dalam system
hidup masyarakat.

Membanteras gejala rasuah di dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama
demi keadilan yang dituntut oleh Allah SWT. Perbuatan ini dengan sendirinya mencemar
islam dan Negara. Mereka bukan sahaja pengkhianat kepada rakyat malah mereka telah
mengakibatkan agama islam dan Negara musnah.

Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1630-1868) yang
diistilahkan sebagai sidepno-shito yang bermaksud wang dari bawah meja. Sejarah rasuah
boleh disusuri ke masa manusia mulai membentuk masyarakat bersosial sejak beribu-ribu
tahun lalu. Dr. Syed Hussein Al-Attas dalam kajiannya telah mengupas kejadian rasuah
diperadaban lama seperti Roman,Greek dan Cina.

Di Malaysia, rasuah ialah satu kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman yang berat
seperti denda yang tinggi dan hukuman penjara. Begitu juga dinegara lain seperti Amerika
Syarikat, mereka boleh dikenakan hukuman yang berat dan dipenjara.

Rasuah ialah satu amalan yang bukan sahaja merupakan satu kesalahan besar disisi agama
(perbuatan yang berdosa) kepada si pemberi dan si penerima serta saksinya, malah rasuah
boleh menimbulkan pelbagai implikasi yang serius kepada msyarakat seluruhnya.

Perbuatan rasuah meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yang dijual. Jika wang
rasuah yang diberikan atau diminta terlalu besar jumlahnya, pengusaha akan menyerapkan
bayaran tersebut sebagai sebahagian daripada kos pengeluaran, yang akhirnya akan
membebankan para pengguna. Kuantiti atau berat sesuatu barang turut dikurangkan supaya
mereka tidak kerugian.

Page 2 of 14
Rasuah mengakibatkan barangan dan perkhidmatan yang dijual tidak mencapai kualiti yang
sepatutnya. Amalan rasuah menghapuskan persaingan yang terbuka dan sihat. Persaingan
yang terbuka secara sihat adalah penting dalam system ekonomi bebas kerana fenomena ini
meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, yang sudah pasti memberi faedah kepada
masyarakat. Sebaliknya ,amalan rasuah tidak mengambil kira aspek kualiti asalkan
barangannya dibeli atau projeknya diluluskan.

Apabila keadaan seumpama ini berlaku, maka para pengguna akan menghadapi risiko
keselamatan yang tinggi. Rasuah boleh menimbulkan pelbagai perasaan yang tidak tenteram
di kalangan pelbagai pihak kerana wujudnya pihak yang percaya bahawa mereka tidak
mendapat layanan yang adil dalam sesuatu urusan. Ahli professional dilarang sama sekali
daripada terlibat dengan sebarang bentuk rasuah, sama ada memberi ataupun menerimanya.

Page 3 of 14
ANALISIS EKONOMI MENGENAI PERBUATAN RASUAH

Pilih kasih merupakan satu fenomena yang juga digolongkan rasuah di mana seseorang
pegawai yang berkuasa cuma memilih saudara-mara atau suku-sakatnya sahaja bagi
memenuhi sesuatu jawatan kosong tanpa mengira jawatan tersebut layak atau tidak.

Berdasarkan rasuah yang telah dihuraikan, bolehlah dirumuskan bahawa perbuatan yang
boleh diklasifikasikan sebagai rasuah adalah kegiatan yang membelakangkan kepentingan
orang ramai demi memenuhi kehendak, tujuan dan kepentingan perseorangan atau kelompik
kecil manusia dalam sesebuah masyarakat.

Terdapat banyak punca yang mendorong seseorang melakukan rasuah. Berhubung dengan
perkara ini, ahli sains sosial merumuskan bahawa masalah ini berpunca daripada
ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial. Ia merangkumi kelemahan dalam birokrasi,
pelaksanaan undang-undang yang tidak berkesan, rakyat kurang berpendidikan dan
kemiskinan. Manakala ahli-ahli ekonomi pula berpendapat bahawa rasuah berpunca daripada
tekanan ekonomi akibat daripada proses pembangunan yang pesat. Kehidupan menjadi lebih
kompleks yang mana setiap pergerakan hidup perlu kepada wang, sedangkan tidak semua
individu dapat mengikut sama dalam arus perkembangan ini. Bagi menyesuaikan diri dengan
keadaan yang ada maka seseorang itu akan mencari sumber yang lain bagi menampung
keperluan harian dan cara paling mudah adalah dengan melakukan rasuah.

Pengaliran wang meningkat. Golongan yang terlibat cuba mengambil kesempatan untuk
mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya. Pembangunan fizikal yang pesat memperlihatkan
para kontaraktor berlumba-lumba untuk mendapatkan tender, mempercepatkan perolehan
keputusan, melambatkan tindakan jika lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa
golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak
berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5000 ke atas mendapati
paling ramai memberi rasuah iaitu 52% diikuti berpendapatan bulanan RM3001 hingga
RM5000 (40%), RM1501-RM3000 (31%) dan kurang RM1500 (18%) (Berita Harian 6 Mac
07).

Page 4 of 14
Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa
terdapat perkaitan yang rapat diantara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah
berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan (laporan Corruption Perception Index 2006-
CPI 2006). Tiga per empat dari Negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah
terdiri dari Negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1 USD sehari
(0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah).

Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuah mestilah dilakukan dengan
berhati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan mengenakan tindakan seharusnya
dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tidak patut tugas untuk mengatasi dan
membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap aspek ekonomi, politik
mahupun sosial hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak BPR sahaja. Sesungguhnya satu
operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang mesti dirangka dan diambil
tindakan segera.

Penerapan nilai-nilai murni dalam diri pegawai-pegawai kerajaan seharusnya dibuat secara
komprehensif. Kursus-kursus yang dianjurkan bukan hanya untuk melihat kepada
pembangunan jati diri berbentuk luaran sahaja bahkan juga melihat kepada aspek
pembangunan rohani yang berteraskan agama. Dalam konteks yang sama juga, kerajaan
semestinya mengerti bahawa kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara
di luar dugaan. Belitan kemiskinan dan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan
sebagainyapatah lagi dalam era yang sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi
semestinya menjadi faktor implisit yang menyumbang kea rah menyuburkan gejala tidak
sihat ini.

Baja-baja keimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada menjauhkan
diri daripada rasuah jika prasarana atau perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat tidak
dipertingkatkan. Seterusnya satu persidangan dan bengkel yang mengimpunkan para cerdik
pandai,para ulama dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai BPR dan pihak berwajib dengan
tidak mengecualikan parti pembangkang serta pimpinan mahasiswa harus diadakan segera
bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian yang segera.

Page 5 of 14
ANALISIS ETIKA MENGENAI PERBUATAN RASUAH

R. Barianti (Pengurusan Islam:1994) menyenaraikan beberapa faktor yang dianggap sebagai


punca rasuah seperti berikut:

1. Kepimpinan yang lemah.

2. Kelemahan pengajaran etika dan keagamaan.

3. Kemiskinan.

4. Kurang pendidikan.

5. Tiada hukuman berat terhadap kesalahan rasuah.

6. Tiada persekitaran yang menggalakkan berlaku antirasuah.

7. Struktur kerajaan yang lemah.

8. Berlaku perubahan kerajaan secara radikal dan keadaan dan sifat masyarakat yang

sememangnya lemah.

Sabita Marican ( Dunia Islam:1993) mengemukakan tiga punca utama rasuah seperti berikut:

1. Rasuah kelihatan menarik dan mendatangkan keuntungan kepada si pemberi dan si


penerima pada tahap risiko yang rendah.
2. Rasuah dirasionalkan sebagai baik seperti dengan mengatakan, aku hanya
mengambil upah sedikit untuk mempercepatkan kerja ini
3. Rasuah terlaksana kerana ada peluang untuk melakukannya melalui ruang-ruang yang
longgar dalam system dan prosedur sesebuah organisasi.

Disamping itu,pengaruh masyarakat sekeliling juga merupakan punca berlakunya


rasuah. Budaya mengikut trend sudah diterima oleh masyarakat. Oleh itu apabila
sesuatu perkara kerap berlaku, maka ia seolah-olah boleh diterima dan menjadi
amalan mereka yang lain.
Modenisasi juga merupakan satu penyebab berleluasanya gejala tersebut.
Pembangunan ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian
akan memudahkan terjadi rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan
tumbuh selepas hujan.

Page 6 of 14
Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia
telah jatuh 16 tangga dlam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat
39 pada tahun 2004. Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index
CPI 5.0 jatuh ke tangga 44, dari jumlah 163 buah Negara pada tahun 2007, Malaysia hanya
mampu memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari kedudukan terbawah iaitu
180, berkongsi kedudukan dengan korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPI Malaysia bagi
tahun 2007 adalah dengan 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah pada
lingkungan 3.4-6.8 dari 10 tahap terbaik 13.

Lebih menyedihkan, Negara yang dipimpin oleh orang islam yang paling bersih dari rasuah
adalah Qatar yang berada ditangga 32 sahaja. Sezalim-zalim yahudi sekalipun, Negara
meraka berada di tangga 30. Jiran kita iaitu Singapura pula berada di tempat keempat terbaik
dunia.

http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/article_1011276.shtml

Menurut kajian Transparency International Global Corruption Barrometer 2006 mendapati


kesan rasuah mengikut sector di Malaysia seperti berikut:-

Sektor Tahap (1= terbersih, 5= paling kotor)


Parti politik 3.5
Parlimen dan pentadbiran kerajaan 3.0
Bisnes & syarikat swasta 3.3
Polis 3.8
Kehakiman 2.8
Media 2.4
Badan cukai 2.5
Perubatan 2.1
Pendidikan 2.2
Ketenteraan 2.0
Perkhidmatan 2.2
Pendaftaran & permit perkhidmatan 3.1
NGO (Badan bukan kerajaan ) 2.2
Badan keagamaan 1.7

ANALISIS UNDANG-UNDANG MENGENAI PERBUATAN RASUAH

KESALAHAN RASUAH

Meminta / menerima rasuah

Page 7 of 14
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/ menerima/ bersetuju menerima suapan
rasuah(wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk
melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan
dengan urusan rasmi, prisipal/ majikan berkenaan.

Menawar/ memberi rasuah.

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/ menerima/ bersetuju menerima suapan
rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk
melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan
dengan urusan rasmi,prisipal/majikan berkenaan.

Membuat tuntutan palsu.

Mana-mana orang memberi kepada ejejn tatau ejen memberi kepada prinsipl/majikannya
suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu yang
mana principal/ majikannya mempunyai kepentingan dengan tujuan untuk mengeliru/
memperdayakan principal/ majikannya.

Menyalahguna Jawatan/ kedudukan

Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat
suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa
perkara mengenainya, dimana pegawai itu, saudara-maranya atau sekutunya ada kepentingan
secara langsung atau tidak langsung.

Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah.
Walaubagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman BPR, perbuatan jenayah
rasuah berlaku disebabkan oleh faktor kemewahan hidup. Dimana seseorang ingin hidup
mewah, ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal-haram.

Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh


tanggungjawabnya sebagai penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan
dipertanggungjawabkan. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa
dengan melakukan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah

Page 8 of 14
melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak
sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara
rasuah, kontarktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan atau
membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian
Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh
kontraktor berkenaan.

Allah SWT telah berfirman:

dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan
yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada
hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia
dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah hinggakan konsep seperti kata orang
Perak, biar pape asal bergaye menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan
hinggakan terpaksa berhutang di sana-sini. Malah ada yang sanggup berhutang dengan
chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat bebanan hutang, jenayah trasuah dilakukan.

Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni,kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan dan hilangnya


nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu
bergelumang dengan jenayah rasuah. Menurut seorang penulis,nilai ialah beliefs about
right and wrong. Manakala etika pula ditakrifkan sebagai thinking systematically about
morals and conduct anad making judgments about right and wrong (Carol W. Lewis: The
Ethics Challenge in Public Service). Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak
dapat lagi membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk hingga mengenepikan nilai-
nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan
jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang
mengongkong kehidupannya.

Berdasarkan pengalaman BPR juga, kuranya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan
mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil
kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan,penyalahgunaan kuasa dan

Page 9 of 14
rasuah. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh
menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang
takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak
penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasan akan juga membuka
banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Selain dari itu,longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam system
pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah jabatan/ agensi itu sentiasa
terdedah dengan perlakuan-perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan
penyalagunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan
khususnya, dan sikap serta perasaan bertanggungjawab semua kakitangan bagi memastikan
ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, rasuah merupakan barah dalam masyarakat kita yang sukar diubati. Gejala
ini semakin menghimpit masyarakat kita. Maka, kita perlu berganding bahu dan mengorak

Page 10 of 14
langkah untuk memerangi jenayah kolar putih ini sehingga ke akar umbi. Kerajaan perlu
mengaturkan strategi yang lebih efisyen dan efektif untuk membendung masalah sosial ini
supaya Negara kita bebas daripada amalan rasuah dan menjadi masyarakat sakinah yang
beretika. Gejala rasuah merupakan perbuatan terkutuk kerana gejala ini boleh mengundang
banyak masalah kepada Negara. Marilah kita bersama-sama memerangi amalan rasuah agar
Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan akan menjadi kenyataan.

Masyarakat mesti mempunyai sikap benci pada amalan rasuah. Keperihatinan masyarakat
terhadap amalan rasuah dapat membendung kegiatan ini daripada berleluasa. Rasuah
merupakan musuh pembangunan. Ia membantutkan perkembangan ekonomi dan
merencatkan perjalanannya. Rasuah memberi kesan yang sangat dahsyat bukan saja kepada
individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan Negara tersebut. Secara
keseluruhannya, gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumit untuk dihapuskan.

BPR memerlukan lebih ramai kakitangan untuk membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini
disebabkan pada masa sekarang sahaja seorang pegawai BPR terpaksa mengendalikan 13 kes
dalam tempoh setahun dan ini pasti sesuatu yang amat membebankan pihak BPR. Manakala
hal sebaliknya pula berlaku di negara-negara maju yang mana seorang pegawai hanya perlu
mengendalikan sekitar empat kes setahun. Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan
terhadap kes rasuah mestilah dilakukan dengan berhati-hati dan teliti supaya tidak berlaku
kesilapan dan mengenakan tindakan harus dititikberatkan.

Namun pada masaa yang sama, tidak patut tugas yang sama, tidak patut tugas untuk
mengatasi dan membasmi gejla rasuah ini secara bulat-bulat kepada pihak BPR sahaja.
Sesungguhnya satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang mesti
dirangka dan diambil tindakan segera. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri pegawai-
pegawai kerajaan seharusnya dibuat secara komprehensif. Kursus-kursus yang dianjurkan
bukan hanya untuk melihat kepada pembangunan jati diri berbentuk luaran sahaja bahkan
juga melihat kepada aspek agama.

Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan hidup
akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Dihimpit kemiskinan dan
penderitaan disebabakan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah lagi dalam era yang

Page 11 of 14
sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi faktor implisit yang
menyumbang ke arah menyuburkan gejala tidak sihat ini.

Baja-baja keimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada menjauhkan
diri daripada rasuah jika prasarana atau perkhiddmatan yang diberikan kepada rakyat tidak
dipertingkatkan. Seterusnya, satu persidangan dan bengkel yang mengimpunkan para cerdik
pandai, para ulama dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai BPR dan pihak berwajib dengan
tidak mengecualikan parti pembangkang serta pimpinan mahasiswa harus diadakan segera
bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian yang segera.

RUJUKAN

Page 12 of 14
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz2Yo0JfbFh
Utusan Melayu (M) Bhd

http://www.malaychamber.com/columnist/rasuah-kesan-buruk-yang-boleh-meruntuhkan-
ekonomi-negara

Carroll, A. B., & Buchholtz, A. K. (2006). Business and society: Ethics and stakeholder
management (6th ed.). Ohio: South-Western.

Donaldson, T., & Preston, L. (1995). The stakeholder theory of the corporation: Concepts,
evidence, implications. Academy of Management Review 20(1), 65-91.

Elkington, J. (1997). Cannibals with forks: The triple bottom line of 21st century business.
Oxford: Capstone Publishing.

Elkington, J. (1999). Triple bottom-line reporting: Looking for balance. Australian CPA,
69(2), 18-21.

Ferrell, O.C., Thorne, D.M., & Ferrell, L. (2011). Social responsibility and business. (4th
ed.). Canada: South-Western, Cengage Learning.

Freeman, R. E. (1984). Strategic management: A stakeholder approach. Boston: Pitman


Publishing.

Friedman, M. (1970). The social responsibility of business is to increase its profits. The New
York Times Magazine.

Friedman, M., & Friedman, R. D. (1962). Capitalism and freedom. Chicago: Chicago
University Press.

Page 13 of 14

You might also like