You are on page 1of 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK07/3

SEKOLAH MENENGAH SERI PERLING


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 2 / TAHUN 2016

Tarikh : 27 Mac 2016

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Makmal Sains 4

Pengerusi : Puan Ashahida bt Abdul Aziz

Kehadiran(Bilangan) : 17 orang

Nama Yang Hadir : Lampiran

Nama Yang Tidak Hadir : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pn Ashahida mengalu-alukan kehadiran semua guru yang menghadiri
Mesyuarat panitia kali kedua 2016.

Tindakan: makluman

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1. Minit mesyuarat disahkan oleh Pn. Suhaida dan telah disokong oleh Pn. Ayuni
Amalina bt Mukhtar

Tindakan: makluman

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada perkara berbangkit

4. AUDIT AKADEMIK SPM 2015

4.1 Pn. Ashahida memaklumkan Audit Akademik SPM 2015 perlu dibincangkan
kelemahan, kebaikan dan tindakan untuk meningkatkan prestasi SPM.
4.2 Headcount perlu diadakan beserta senarai nama pelajar yang near miss cemerlang
dan near miss lulus.
Tindakan : makluman

5. FAIL PANITIA

5.1 Fail panitia mesti disertakan dengan minit mesyuarat kurikulum dan minit
mesyuarat panitia 1 dan 2
Tindakan : makluman

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

6. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

6.1 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mesti lengkap dan latihan mesti
berkualiti.
6.2 Objektif dalam RPH mesti eksplisit, contohnya nyatakan 3 contoh alkohol.
6.3 Pengisian RPH bagi ruangan Aktiviti-Induksi, Aktiviti Kumpulan, Pembentangan dan
Kesimpulan / Soalan KBAT
6.4 Pengisian Refleksi mengandungi Muhasabah diri, Pelajar dengan pelajar, pelajar
dengan bahan, rujuk objektif.

7. TIMMS, PISA DAN PT3

7.1 Persediaan kepada TIMMS dan PISA 2 tahun akan datang. Perlu diberikan
pendedahan ke arah itu.
7.2 Latihan dilakukan secara kelompok untuk memberi ruang kepada kesediaan guru
dan kesediaan murid. Latihan Tingkatan 1 dan 2 satu set dalam fail. Tindakan Pn Gurmit.
7.3 PT3 perlu diberi penekanan dalam analisis data peperiksaan untuk
penambahbaikan pencapaian bagi tahun 2016.
Tindakan: makluman

8. BILIK-BILIK KHAS
8.1 Pengarah JPNJ berminat dengan bilik-bilik khas terutama bengkel dan makmal.
8.2 Bilik Persediaan, Makmal, tidak boleh mengandungi kertas. Peti ais tidak boleh ada
makanan. Tiada telekung tersidai, tiada tikar getah dalam bilik persediaan, tiada bilik guru
di makmal.

Tindakan: makluman

9. PROGRAM JANGKA PANJANG (2016-2018), KBAT

9.1 Modul Topikal KBAT Tingkatan 1 dan 2


9.2 Guru-guru tingkatan 1 dan 2 membuat latihan KBAT dalam kelas yang masing-
masing, modul latihan mengikut topik boleh dimuat turun dari laman web one stop centre.
9.3 Fail KBAT Tingkatan 1 dan 2 perlu diwujudkan. Surat siaran dan minit mesyuarat
perlu dihighlightkan di dalam program ini. Fail KBAT mengandungi Borang Gred Individu
(BGI) dan Borang Skor Individu (BSI).Tindakan Pn. Gurmit.
9.4 Fail Guru Pentaksir PBS mengandungi senarai semak. Pastikan lengkap. JU akan
memeriksa fail yang telah dilengkapkan bagi setiap kelas. Fail Pentaksir PBS disimpan di
dalam bilik peperiksaan. Fail JU sama seperti tahun lepas.
9.5 Penilaian Dokumen perlu diisi. Mentee ialah guru manakala JU ialah mentor. JU
serahkan fail kepada KP.
9.7 Fail Evidens mengandungi 2 perkara, contoh evidens ikut bab sahaja dan borang
penskoran murid.
Tindakan: makluman
10. PENGURUSAN MAKMAL

10.1 Setiap tingkat makmal perlu mempunyai satu baldi yang berisi pasir. Perlu ada
pelan kecemasan makmal dan pelan kecemasan sekolah yang besar. Bahan kimia perlu
dilabelkan
10.2 Keceriaan makmal perlu dititikberatkan. Alat pemadam api perlu ada dan sentiasa
di service. Buat laluan anak panah laluan keluar dari makmal
10.3 Peti sejuk, tidak boleh ada makanan kecuali bahan untuk ujian makanan. Taman
Herba dihidupkan dan perlu dilabelkan. Makmal perlu bersedia untuk peperiksaan amali.
10.4 Kad Petak dan Kad Kotak perlu ada di setiap makmal.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

10.5 Semasa pemantauan 2 borang akan diisi oleh pembantu makmal dan 1 guru
kanan.
10.6 Pembantu makmal mesti berkasut dan memakai lab coat. Bilik Persediaan tidak
boleh pasang tikar getah dan tidak boleh gantung telekung.
10.7 Cara pembuangan bahan organik secara dicairkan, bahan bukan organik dibuang
mesti mengikut prosedur.
10.8 Tugas pembersihan makmal perlu ada jadual seperti menyapu, mop, buang
sampah seminggu sekali.

11. HAL-HAL LAIN

11.1 Laporan PLC perlu dihantar sebelum bulan Mei 2016.


11.2 Bagi PAK 21, Kedudukan pelajar sebaiknya tidak dipindahkan. PAK 21
mementingkan budaya kerja sepasukan.
11.3 Pembatalan eksperimen telah dikeluarkan, PEKA berjalan seperti biasa bagi
Tingkatan 4 dan 5.
11.4 Penandaan mengikut arahan asal. Sains teras tiada perubahan : BSI, BGI, Fail
Individu , tak perlu fail guru, tak perlu fail induk. Boleh guna buku amali sebagai PEKA.
11.5 Amali perlu diberi sijil . F5 (2016)- 3 amali. F4 (2015) - 3 amali. F5 (2016) 3
amali.
11.6 Sekolah-sekolah yang dibimbing SIC perlu update : jadual waktu, tarikh
peperiksaan, aktiviti, RPH perlu ada induksi, perkembangan, penutup.

12. PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ................................
( Pn. Ayuni Amalina bt Mukhtar) (Pn. Ashahida bt Abdul Aziz)
Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like