You are on page 1of 12

1.

1 ANALISIS DAPATAN TINJAUAN

1.1.1 Analisis Maklumat Diri


Pada bahagian analisis, sebanyak 5 item yang dikemukakan dalam soal selidik
antaranya seperti jantina pelajar, pekerjaan ibu bapa, taraf pendidikan bapa dan kawasan
tempat tinggal. Hasil analisis dinyatakan di setiap bahagian.

1.1.1.1 Jantina Murid

Seramai 20 orang daripada murid-murid SK Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisur,


Kuala Lumpur terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah itu, 10 orang merupakan murid lelaki
manakala selebihnya 10 orang merupakan murid perempuan.

1.1.1.2 Pekerjaan Bapa

Terdapat empat jenis kategori pekerjaan bapa yang terlibat iaitu berniaga, pekerja
swasta, pegawai kerajaan mahupun bekerja sendiri. Analisis menunjukkan taburan
pekerjaan bapa responden bagi keempat-empat kategori tersebut masing-masing adalah
4;6;8;2. Taburan frekuensi pekerjaan bapa murid ditunjukkan seperti dalam Jadual 1.1.1.

Jadual 1.1.1: Taburan frekuensi pekerjaan bapa murid

Bil. Kategori Pekerjaan Bapa Frekuensi


1. Berniaga 4
2. Pekerja Swasta 6
3. Pegawai Kerajaan 8
4. Bekerja Sendiri 2
Jumlah 20

Sumber : Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan/ Journal of Education Psychology &
Counseling (2011)

1.1.1.3 Pekerjaan Ibu

Sama seperti item kedua iaitu pekerjaan bapa, terdapat empat jenis kategori
pekerjaan ibu yang terlibat iaitu berniaga, pekerja swasta, pegawai kerajaan mahupun
bekerja sendiri. Analisis menunjukkan taburan pekerjaan ibu responden bagi keempat-
empat kategori tersebut masing-masing adalah 2;4;6;8. Taburan frekuensi pekerjaan ibu
murid ditunjukkan seperti dalam Jadual 1.1.2.

Jadual 1.1.2: Taburan frekuensi pekerjaan ibu murid

1
Bil. Kategori Pekerjaan Bapa Frekuensi
1. Berniaga 2
2. Pekerja Swasta 4
3. Pegawai Kerajaan 6
4. Bekerja Sendiri 8
Jumlah 20

Sumber: Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan/ Journal of Education Psychology &
Counseling (2011)

1.1.1.4 Taraf pendidikan bapa

Dari segi kelulusan akademik bapa murid, majoriti bapa murid mempunyai kelayakan
akademik peringkat sekolah menengah dan universiti/maktab/kolej manakala yang
selebihnya berkelulusan sekolah rendah dan lain-lain. Taburan frekuensi taraf pendidikan
bapa murid ditunjukkan seperti dalam Jadual 1.1.3.

Jadual 1.1.3: Taburan Frekuensi Taraf Pendidikan Bapa Murid

Bil. Kategori Pekerjaan Bapa Frekuensi


1. Universiti/Maktab/Kolej 8
2. Sekolah Menengah 6
3. Sekolah Rendah 4
4. Lain-lain 2
Jumlah 20

Sumber: Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan/ Journal of Education Psychology &
Counseling (2011)

1.1.1.5 Tempat Tinggal

Item terkahir bagi maklumat demografi ialah berkaitan tempat tinggal murid.
Disebabkan sekolah ini terletak di Bandaraya Kuala Lumpur, kesemua 20 orang murid
tinggal di kawasan bandar.

1.2.1 Analisis Punca 1 : Faktor Keluarga

Adakah pengaruh faktor keluarga menyumbang kepada gangguan emosi murid?

Bagi menjawab kepada persoalan di atas, saya telah mengedarkan senarai semak
kepada 20 orang murid bagi mengenal pasti tahap pengaruh keluarga sebagai punca dalam
gangguan emosi murid.

2
Contoh senarai semak yang saya jalankan adalah seperti berikut :

Jadual 1.1.4: Analisis berkaitan faktor keluarga menyumbang kepada


gangguan emosi

Bil. Item Pengaruh Keluarga Tunjuk Nilai Frekuensi


Ya Tidak
1. Saya rasa diri saya tak 2 18
berguna
2. Saya sering rasa bersalah 12 8
3. Saya sangat sedih 3 17
4. Tidur saya selalu tidak 14 6
nyenyak
5. Saya rasa tidak tenteram 15 5
6. Saya selalu rasa sakit perut 10 10
7. Saya mudah rasa letih 18 2
8. Saya selalu rasa bosan 19 1
9. Saya rasa diketepi oleh 15 5
keluarga
10. Saya rasa keluarga tidak 16 4
memerlukan pendapat saya
11. Saya rasa ibu dan ayah tidak 5 15
sayangkan saya
12. Ibu dan ayah selalu cari salah 14 6
saya
13. Ibu dan ayah tidak pernah 14 6
puji saya
14. Ibu dan ayah selalu 15 5
rendahkan pendapat saya
15. Ibu bapa bersifat tidak adil 17 3
terhadap saya
16. Ibu bapa tidak pernbah 13 7
bertanya apa yang saya
mahukan
17. Saya tidak disayangi ibu bapa 5 15
18. Saya tidak dihargai ibu bapa 16 4
19. Saya tidak selalu dipuji ibu 16 4
bapa
20. Ibu bapa saya sudi 5 15
mendengar pendapat saya

3
21. Saya tidak suka bertanya 16 4
kepada ibu bapa
22. Saya tidak gembira bersama 14 6
keluarga
23. Saya tidak mendapat 12 8
sokongan ibu bapa

Hasil analisis menunjukkan bahawa faktor keluarga merupakan faktor penyumbang


ke arah punca gangguan emosi yang dihadapi oleh murid. Ramai murid bersetuju bahawa
mereka mudah bosan, mudah letih, rasa diketepikan oleh keluarga, tidak selalu dipuji oleh
keluarga, tidak dihargai oleh keluarga, tidak suka bertanya kepada ibu bapa serta rasa tidak
tenteram iaitu dalam lingkungan 15-19 orang menyatakan bersetuju dengan penyataan item
tersebut. Namun begitu, mereka masih rasa disayangi oleh ibu bapa dengan hanya 15
orang tidak bersetuju dengan penyataan item Saya tidak disayangi ibu bapa. Sementara
itu, item dengan tidak yang terendah adalah saya selalu rasa bosan iaitu murid bersetuju
dengan penyataan tersebut. Perasaan tidak gembira bersama keluarga pastinya menjadikan
seseorang murid tidak selesa dan mengalami masalah emosi. Oleh itu, secara
keseluruhannya faktor keluarga merupakan antara punca kepada gangguan emosi dalam
kalangan murid.

Melalui tinjauan yang telah dijalankan, keluarga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan murid. Dalam mengaitkan faktor keluarga
dengan gangguan emosi, ibu bapa yang mengalami tekanan hidup sehinggakan
menengking anak-anak dikhalayak ramai menjadi punca kepada hal ini. Kanak-kanak yang
menjalani proses pembesaran mempunyai sifat malu apabila ditengking dikhalayak ramai.
Perkara seperti ini telah mengurangkan rasa yakin diri dan seterusnya murid menjauhkan
diri daripada ibu bapa dan kesannya wujudlah masalah emosi.

Menurut Norhayati (2013), murid yang berumur sekitar 9 hingga 12 tahun juga
berperasaan untuk meluahkan isi hati yang tersimpan. Namun, terdapat situasi yang mana
mereka tidak diberi ruang kerana kesibukkan ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab
pada penjaga atau pembantu rumah. Lebih malang lagi apabila masa yang ada ketika
dihujung minggu pula bukan untuk melayan kerenah anak-anak namun untuk ibubapa
berehat sepenuhnya hingga mengabaikan ruang yang ada bagi mengembirakan anak-anak
mereka. Situasi ini jelas menunjukkan bagaimana perasaan yang dialami anak-anak
sehingga mereka mengalami gangguan emosi. Hal ini berlaku disebabkan kurangnya
perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa yang terlalu mengejar kemewahan dunia.

1.2.2 Analisis Punca 2 : Faktor Sosial

4
Adakah pengaruh faktor sosial menyumbang kepada gangguan emosi murid?

Bagi menjawab kepada persoalan di atas, saya telah mengedarkan senarai semak
kepada 20 orang murid bagi mengenal pasti tahap pengaruh sosial sebagai punca dalam
gangguan emosi murid.

Contoh senarai semak yang saya jalankan adalah seperti berikut :

Jadual 1.1.4: Analisis berkaitan faktor sosial menyumbang kepada gangguan


emosi murid

Bil. Item Pengaruh Sosial Tunjuk Nilai Frekuensi


Ya Tidak
1. Saya sangat sensitif 11 9
2. Saya kesunyian 5 15
3. Saya tidak minat belajar 3 17
4. Saya selalu rasa malu 9 11
5. Saya mudah marah 8 12
6. Saya selalu tidak siap kerja 10 10
sekolah
7. Saya selalu rasa takut 18 2
8. saya tidak yakin pada diri 19 1
sendiri
9. Saya suka duduk seorang diri 14 6
10. Saya tidak percaya pada diri 16 4
11. Saya rasa tersisih dari 16 4
kawan-kawan
12. Saya rasa diri saya dihina 15 5
13. Saya rasa diri saya sangat 13 7
lemah
14. saya malas pergi ke sekolah 18 2
agama
15. Saya sering melayari 19 1
facebook berjam-
jam
16. Saya tidak mendapat 16 4
sokongan kawan-
kawan
17. Saya tidak suka berkawan 2 18
18. Saya mudah tersinggung 17 3

5
19. Saya tidak pandai macam 19 1
orang lain
20. Saya tidak mempunyai ramai 16 4
kawan
21. Saya tidak mendapat 10 10
sokongan guru
22. Saya minat berkawan 20 0
23. Saya tidak mendapat 20 0
keputusan cemerlang dalam
peperiksaan

Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor sosial turut menyumbang kepada punca
gangguan emosi dalam kalangan murid. Kesemua murid bersetuju dengan penyataan
bahawa mereka tidak mendapat keputusan camerlang dalam peperiksaan serta turut suka
untuk berkawan. Seramai 19 orang bersetuju dengan item sering melayari facebook berjam-
jam diikuti dengan 18 orang bersetuju dengan kenyataan malas untuk pergi ke sekolah dan
selalu berasa takut. Sementara itu, item saya tidak mendapat sokongan guru serta rakan,
selalu tidak siap kerja sekolah dan sangat sensitif berada pada tahap sederhana. Jika dilihat
pada item saya minat berkawan, kesemua murid bersetuju namun item saya tidak
mempunyai ramai kawan, keputusan senarai semak menunjukkan hanya 4 orang murid
tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Hasil menunjukkan bahawa murid-murid suka
untuk berkawan tetapi mereka tidak mempunyai ramai kawan. Konflik ini menjadi punca
kepada gangguan emosi yang dihadapi oleh murid disebabkan faktor sosial bersama rakan-
rakan.

Rakan merupakan golongan yang paling hampir dengan seseorang murid semasa
berada di sekolah kerana sebahagian kehidupan mereka banyak dihabiskan bersama sama
ada di dalam kelas mahupun di luar waktu persekolahan. Murid pada ketika ini sedang
mengalami peralihan kehidupan daripada fasa kanak-kanak kepada remaja sentiasa
memerlukan kawan dan menjadikan kawan sebagai sumber rujukan. Bagi mereka, apabila
ramai kawan yang menerima kehadiran mereka, mereka akan berasa gembira dan dihargai.
Namun, sebaliknya akan berlaku apabila murid yang tidak mempunyai ramai kawan sama
ada tidak pandai bergaul mahupun tidak diterima atau disingkirkan daripada kawan-kawan
akan berasa tersisih. Akibatnya, mereka lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri
daripada kawan-kawan. Keadaan ini yang berlanjutan membawa kepada sikap yang
pendiam, pasif dan setersnya mengalami gangguan emosi dalam diri mereka.

1.2.2 Analisis Punca 3 : Faktor Persekitaran

6
Adakah pengaruh faktor persekitaran menyumbang kepada gangguan emosi murid?

Bagi menjawab kepada persoalan di atas, saya telah mengedarkan senarai semak
kepada 20 orang murid bagi mengenal pasti tahap pengaruh persekitaran sebagai punca
dalam gangguan emosi murid.

Contoh senarai semak yang saya jalankan adalah seperti berikut :

Jadual 1.1.4: Analisis berkaitan faktor persekitaran menyumbang kepada


gangguan emosi murid

Bil. Item Pengaruh Persekitaran Tunjuk Nilai Frekuensi


Ya Tidak
1. Saya rasa kurang semangat 17 3
2. Saya rasa tidak selera makan 10 10
3. Saya tidak ada tumpuan 9 11
dalam kelas
4. Saya selalu rasa cemas 7 13
5. Saya rasa risau dan rungsing 8 12
6. Saya rasa tak pandai belajar 10 10
macam orang lain
7. Saya sering lewat ke sekolah 18 2
8. Saya tidak sering dipuji guru 19 1
9. Saya tidak disayangi guru 18 2
10. Saya tidak gembira berada di 19 1
sekolah
11. Saya tidak suka belajar 17 3
12. Saya tidak suka bertanya 15 5
kepada guru
13. Saya tidak suka memberi 16 4
pendapat dalam kelas
14. Saya tidak suka makan 1 19
15. Saya suka tidur 19 1
16. Saya suka berfikir perkara 16 4
buruk
17. Saya suka berfikir perkara 17 3
negatif

Hasil analisis menunjukkan bahawa faktor persekitaran turut menjadi punca kepada
masalah ganggguan emosi dalam kalangan murid. Dalam lingkungan 18-19 orang bersetuju

7
dengan item seperti saya suka tidur, saya tidak gembira berada di sekolah, saya tidak
sering dipuji guru, saya sering lewat ke sekolah dan saya tidak disayangi guru. Melalui
hasil ini, dapat saya simpulkan bahawa murid kurang gembira untuk berada di sekolah dan
perkara ini menyumbang kepada permasalahan emosi dalam jiwa murid. Namun, tahap
kerisauan dan kerunsingan murid masih berada dalam tahap sederhana iaitu hanya 8 orang
murid mengakui bahawa mereka rasa risau dan runsing dan 7 orang mengakui mereka
selalu berasa cemas. Oleh itu, secara keseluruhannya faktor persekitaran turut menjadi
punca kepada gangguan emosi dalam kalangan murid.

Norhayati (2013) dalam kajiannya menyatakan salah satu ciri yang berkait dengan
kebimbangan adalah mudah letih, sukar menumpukan perhatian, fikiran menjadi buntu, otot-
otot menjadi tegang dan mengalami gangguan tidur. Kesannya, murid kurang tumpuan
dalam pelajaran dan mengakibatkan keputusan peperiksaan mereka merosot. Dalam hal ini,
faktor persekitaran seperti sekolah yang mana tempat murid banyak menghabiskan masa
mereka sangat berkait rapat dengan guru. Guru bertanggungjawab dalam menyampaikan
ilmu pengetahuan dan kemahiran kehidupan kepada murid. Namun begitu, terdapat
segelintir guru yang alpa dengan kewujudan kepelbagaian dan keunikan muridnya. Guru
yang terlalu mementingkan pencapaian akademik sudah pasti memberikan lebih tumpuan
kepada murid yang berkebolehan tinggi. Malangnya, murid yang kurang berkebolehan
kadangkala terabai dan seperti dianakatirikan di dalam kelas. Penyisihan yang berlaku ini
menyebabkan murid berasa tidak dihargai. Disamping itu, murid akan berasa hilang minat
untuk belajar kerana tidak mendapat sokongan daripada guru yang sepatutnya menjadi
dorongan belajar. Akibat daripada hilangnya motivasi diri murid, maka terjadilah gangguan
emosi dalam diri mereka.

1.2 LANGKAH MENANGANI MASALAH GANGGUAN EMOSI MURID

Emosi menurut Daniel Goleman (1997) merujuk kepada sesuatu perasaan dan
pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan
yang berbeza-beza untuk bertindak. Mok Soon Sang (2009) dalam tulisannya menyatalan
bahawa emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal, iaitu bahasa bukan
lisan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula menyatakan emosi sebagai satu
perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, marah, takut, ketawa dan menangis yang terangsang
dan melibatkan perubahan psikologi serta fisiologi pada seseorang. Dalam Akta Kanak-
Kanak 2001, telah dicatatkan bahawa kanak-kanak dikategorikan mengalami gangguan
emosi jika wujud kerosakan pada fungsi mental dan emosi sehingga menyebabkan
gangguan mental dan tingkah laku, kebimbangan, kemurungan, memencilkan diri dan
menunjukkan tingkah laku permusuhan. Tinjauan yang telah dijalankan membuktikan

8
bahawa kanak-kanak terlibat dalam gangguan emosi berdasarkan item-item yang
dinyatakan dan faktor seperti keluarga, sosial dan persekitaran mempengaruhi dalam
menjadi punca kepada perkara tersebut. Gangguan emosi akan memberi kesan buruk
kepada individu yang mengalaminya jika tidak dapat dikawal dengan baik. Justeru,
gangguan emosi murid perlu ditangani segera agar matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani dapat dicapai.

Guru bertanggungjawab dalam memahami dan memperkembangkan emosi murid.


Murid-murid menghabiskan masa hampir 8 jam berada di sekolah setiap hari dan masa ini
kadang kala melebihi masa mereka bersama-sama ibu bapa mereka. Kenyataan ini turut
disokong oleh Chan dan Rodziah (2012), yang menyatakan murid menghabiskan banyak
masa di sekolah dan guru menjadi pemangkin kepada kecerdasan emosi murid. Dr Ragbir
Kaur (2005) dalam tulisannya mencadangkan setiap guru mesti mempunyai satu bentuk
sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
Guru perlu berusaha untuk membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku
negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan. Kegagalan menguruskan
tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius. Langkah yang boleh
dilakukan oleh guru dalam menangani perkara ini adalah dengan mengadakan suasana
pembelajaran yang kondusif dan ceria dalam menguruskan kelas dan melaksankan proses
pengajaran. Keadaan ini mempengaruhi minat dan kecergasan murid dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (PdP) sekali gus memberikan kesan dari segi emosi dan
perasaan seperti marah, keupayaan untuk bersaing, penggunaan sumber yang terhad,
dengki, memfitnah dan lain-lain. Kesemua aspek yang berkenaan akan dapat dikurangkan
sekiranya murid dapat menjalani proses PdP dalam suasana kondusif dan emosi terkawal.
Sebagai contoh, aktiviti yang melibatkan semua murid boleh dijalankan seperti aktiviti
berkumpulan. Aktiviti berkumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk
berinteraksi diantara satu sama lain. Justeru, guru hendaklah bijak merancang dan
menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan
aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau
kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan
bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti
ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri
mereka. Jadi, dengan adanya perkara seperti ini, masalah gangguan emosi dapat diatasi
yang berpunca dari faktor persekitaran dan sosial murid.

Seterusnya, guru perlu menguruskan aspek kemanusiaan dalam jiwa murid.


Aspek kemanusiaan ini sangat penting dalam mewujudkan kecerdasan emosi murid.

9
Justeru, guru hendaklah memainkan peranan sebagai pembimbing murid ke arah yang
lebih baik. Menurut Ismail dan Subki (2015), bimbingan memainkan peranan penting dalam
proses mendidik. Guru perlu untuk memberikan bimbingan bagi mengembangkan peribadi
dan sosial murid supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka.
Bagi menguruskan aspek kemanusiaan dalam jiwa murid, guru haruslah memberi
bimbingan dari segi memberi penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa murid. Nilai murni
penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia seterusnya murid-
murid pasti bijak dalam kawalan emosi mereka. Amalan nilai murni dapat membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai contoh, guru yang
menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada murid-murid. Tambahan pula,
keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat
memudahkan murid belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka.
Begitulah caranya sekolah dapat membantu murid menjadi seorang yang memiliki nila-nilai
murni dalam diri mereka sekali gus mengelakkan murid-murid terlibat dengan gangguan
emosi.

Disamping itu, guru hendaklah berusaha untuk memperkembangkan pengalaman


murid. Dalam menangani situasi murid yang mudah bosan, tidak suka ke sekolah dan
sebagainya, guru dicadangkan untuk menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai
mengikut kehendak kurikulum dan ciri-ciri murid yang dihadapinya. Dengan ini, mereka
boleh memberikan penjelasan serta memperluas bahan bantuaan dengan tujuan
memperkayakan kurikulum. Penggunaan bahan-bahan yang bersesuaian dengan
kebolehan murid akan mendorong mereka untuk mengambil bahagian aktif dalam proses
pembelajaran. Penglibatan aktif murid secara langsung akan membantu mereka untuk
mengekalkan emosi terhadap aktiviti dalam pembelajaran. Apabila guru dapat mengawal
emosi murid, maka guru dapat menjelaskan apa yang perlu dipelajari oleh murid melalui
penerangan yang jelas dan terperinci. Maklumat yang diberikan seharusnya dikaitkan
dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka bersedia menerima aktiviti
pembelajaran yang akan dilaksanakan. Dalam menangani suasana kelas yang melibatkan
ramai murid, guru harus bijak melayani kepelbagaian murid melalui layanan yang saksama
terhadap semua murid tanpa mengira murid berkenaan lemah, miskin atau kurang upaya.
Ini bertujuan untuk mengelakkan emosi murid daripada terganggu. Kesannya, kedua-dua
belah pihak iaitu guru dan murid berpeluang berbual-bual tentang perasaan mereka dan ini
akan lebih memudahkan lagi penerimaan terhadap proses pembelajaran yang dilaksanakan.
Kerjasama diantara guru dan murid dapat diwujudkan dengan suasana yang selesa.
Justeru, kebolehan guru mengawal emosi bilik darjah sangat penting kerana ianya akan
memberikan peluang kepada murid untuk berkomunikasi dengan lebih mesra dengan guru.

10
Perhubungan positif ini membantu dalam mewujudkan pembelajaran yang berkesan dan
pastinya mendorong seseorang guru mengamalkan tangkah laku yang efektif dan berkualiti
serta berupaya membentuk emosi yang stabil dalam kalangan murid.

Tinjauan yang telah dijalankan turut membuktikan faktor kekeluargaan menjadi


punca kepada gangguan emosi murid. Melalui perkara ini, apa yang boleh dilakukan oleh
seorang guru adalah bekerjasama sepenuhnya dengan ibu bapa murid. Kerjasama antara
ibu bapa dan guru sangat penting bagi meningkatkan tahap emosi dan prestasi akademik
murid dari masa ke semasa. Sebagai seorang guru yang bijak, setelah mengenalpasti
muridnya terlibat dalam gangguan emosi,guru perlu untuk terus berhubung dengan ibu bapa
murid berkenaan terutamanya bagi berbincang mengenai masalah tersebut sekali gus
bekerjasama bagi menangani masalah gangguan emosi murid. Ibu bapa murid pula
seharusnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada guru dengan memberikan
maklumat yang diperlukan oleh guru yang berkaitan dengan anaknya. Guru pula
menceritakan atau melaporkan perihal perlakuan atau prestasi pembelajaran anak muridnya
kepada ibu bapa murid.

Faktor kekeluargaan yang menjadi punca kepada gangguan emosi ini turut boleh
diatasi dengan ibu bapa memberikan kasih sayang dan perasaan selamat kepada anak-
anak. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada semua ibu bapa untuk mewujudkan
suasana kehidupan dan persekitaran yang selamat kepada anak- anak mereka. Suasana
selamat itu bukanlah pula semata-mata tertumpu kepada terselamat dari ancaman binatang
buas atau bebas daripada ancaman pengganas sahaja, tetapi juga ialah apabila anak-anak
berasa selamat daripada pengabaian dan kelalaian oleh ibu bapa sendiri. Ibu bapa
seharusnya bijak dalam menguruskan anak mereka dan tidak boleh bersifat mengabaikan
anak mereka. Item tinjauan menunjukkan bahawa terdapat ibu bapa yang tidak suka
bertanya pendapat anak, anak-anak rasa diketepikan serta tidak gembira bersama keluarga.
Hal ini sangat menyedihkan kerana sebagai kanak-kanak, keluargalah yang merupakan
tonggak kebahagian kepada mereka. Jika bermula dari institusi kekeluargaan yang rapuh,
anak-anak pasti mengalami gangguan emosi akibat daripada kelalaian dan pengabaian ibu
bapa mereka. Hubungan dan kasih sayang akan menjadi satu sumber sokongan yang amat
berkesan dalam mengurangkan gangguan emosi anak-anak. Setiap anak-anak yang
dilahirkan amat memerlukan belaian dan kasih sayang dalam proses menjalani kehidupan
untuk menjadi dewasa. Belaian dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada
anak-anak akan meningkatkan lagi keyakinan diri dan kematangan di samping dapat
membimbing mereka untuk menggunakan beberapa kaedah dan cara terbaik daripada ibu
bapa ketika menghadapi gangguan emosi tersebut. Justeru, ibu bapa haruslah memainkan
peranan bijak dalam membantu untuk menangani gangguan emosi anak-anak.

11
Dewan Siswa (2012) melaporkan bahawa berdasarkan Kajian Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan, dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa 14.4 peratus remaja
berusia 16 tahun hingga 19 tahun mengalami masalah kesihatan mental berbanding dengan
golongan dewasa yang mencatatkan 11.2 peratus kes. Kajian itu juga menunjukkan bahawa
secara keseluruhan, 11 peratus golongan muda berusia 16 tahun hingga 24 tahun pernah
terfikir untuk membunuh diri. Berdasarkan kajian diatas, masalah gangguan emosi dalam
kalangan murid harus dibendung lebih awal agar tidak terbawa sehingga ke sekolah
menengah atau ke alam dewasa agar perkara yang tidak diingini seperti kejadian
membunuh diri akibat tekanan dapat dielakkan. Kesihatan mental dan emosi murid- murid
amat penting untuk dipelihara dan dijaga agar murid mampu menjadi insan gemilang dan
sempurna hidupnya yang dimanifestasikannya dalam tingkah laku sosialnya. Kerjasama
semua pihak amat diperlukan bagi melahirkan kanak-kanak yang harmonis fizikal dan
mentalnya serta rohaninya. Kesan daripada perkara ini, wujudlah insan yang pintar, kental
mentalnya, utuh pegangan agamanya yang pasti akan menjana sebuah negara yang
berjaya dan harmonis pembangunan dan ekonomi, keamanan dan kestabilan politiknya,
dihormati dan dicontohi oleh masyarakat dunia.

12

You might also like