You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1

Tarikh : 03 November 2016

Hari : Khamis

Masa : 3.00 Petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Perdana SMK Tinggi Port Dickson

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 En Mathiazakan selaku pengerusi mengucapkan selamat datang


dan terima kasih kepada guru-guru yang hadir. Beliau memaklumkan
bahawa mesyuarat dijalankan pada minggu ini kerana ramai guru yang akan
mengawas peperiksaan pada 7/11/2016.

1.2 Semua guru diwajibkan hadir ke mesyuarat pada hari ini kerana
ramai guru yang akan menjadi guru kelas dan guru mentor pada tahun 2017.
Beliau memaklumkan bahawa hari pendaftaran seluruh tingkatan akan
diadakan pada 30 Disember 2016.

1.3 Pengerusi membacakan ahli jawatankuasa hari pendaftaran. En


Mathiazakan juga mengingatkan bahawa guru-guru perlu menghias kelas
beberapa hari sebelum pendaftaran supaya dapat memberi imej yang baik
kepada sekolah.

2.0 Ucapan Naib Pengerusi

2.1 Tuan Haji daud selaku Naib Pengerusi memaklumkan bahawa


pada hari Rabu terdapat rombongan pengawas untuk menyiapkan kerja dan
skor pemantauan.

You might also like