You are on page 1of 3

PERSATUAN PENIAGA PASAR MALAM

BUMIPUTRA PETALING JAYA


No. Pendaftaran 4974/91
No.2-09 Aras Satu,Kompleks Pasar MBPJ Taman Dato Harun, 46000 Petaling
Jaya, Selangor DE

MINIT MESYUARAT KHAS LANGKAWI


TARIKH : 5 DECEMBER 2016
MASA : 10.00 PAGI / ISNIN
TEMPAT : PEJABAT PERSATUAN DARUL RIDZUAN
(PDR)
TAMAN MEDAN BARU PJS3/39
46000 PETALING JAYA
SELANGOR

- Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah al-fatihah oleh YDP.


- YDP menyarankan kepada semua AJK bahawa kanak-kanak 12 tahun kebawah
diberikan secara percuma.
- YDP memberitahu kepada AJK bahawa 16 bilik telah ditempah di Penginapan
Gamat.
- Timbalan YDP Sohibun Bin Yaakob menyusulkan pemangku
Bendahari dipegang oleh YDP hingga 31.12.2016
- Kenaikkan Elaun 100% untuk YDP kerana memegang jawatan
selama 4 bulan bermula 1.12.2016 hingga 31.3.2017 dan disokong
oleh AJK yang hadir.
- Elaun AJK dinaikkan sebanyak 50% ,( Elaun Mesyuarat AJK Sahaja)
dan disokong oleh AJK yang hadir.
- Biro Kebajikan menyediakan soal jawab kepada perserta.
- Biro Sukan menyediakan Cabutan Bertuah.
- Azno Bakery menyumbangkan RM 200.00 kepada persatuan.
- Biro Kebajikan menyumbangkan RM 300.00 kepada persatuan.
- Kerja Kerja petugas daripada RM 30.00 Ke RM 45.00 apabila ada
terdapat sebarang kerja dari persatuan.
- Mesyuarat AJK dari RM 50.00 ke RM 75.00 hingga ke 31.3.2017.
- YDP memberi peruntukan perbelanjaan kepada Biro-biro
1. BIRO SUKAN RM 500.00
2. BIRO KEBAJIKAN - RM 500.00
3. BIRO KESELAMATAN RM 500.00
- AJK akan diberikan elaun sebanyak RM 50.00 selepas pulang dari
Program di Langkawi.
- Tempahan cenderahati yang ditempah oleh YDP

- Seramai 17 AJK dan 2 PDR telah dilantik untuk program ke


Langkawi dan diuruskan oleh Yalid dan Yuna.

- YDP memberitahu kepada AJK yang hadir bahawa pakaian pagi


adalah berwarna oren dan waktu makan di Kuala Perlis dan Bukit
Kayu Hitam.Aktiviti Malam adalah bebas tetapi Lambang
persatuan mesti ada pada baju.

- YDP memberitahu kepada AJK bahawa Solat Hajat


Rohignya,kesihatan bendahari dan keselamatan ke langkawi akan
diadakan di Surau 1 selepas maghrib.

- Makan minum disediakan oleh Biro Kebajikan dan acara makan


secara santai.

- YDP melancarkan tabung Rohignya dan dihantar ke MEDIA PRIMA.

- YDP memberitahu kepada AJK yang hadir pembelian tangki air


untuk kegunaan wuduk wanita di surau 2.

- YDP memberitahu kepada AJK yang hadir bahawa pemasangan 18


batang tiang lampu yang siap di Tapak Pasar Malam PJS 2 hingga
ke persimpangan dewan masyarakat.

- YDP memberitahu kepada AJK bahawa bumbung di Pasar Malam


dan Pasar Pagi di PJS 2D akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri .

- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2 petang.

Disediakan Oleh:

(Tuan Haji Abdullah Bin Jarom)


Setiausaha Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputra Petaling Jaya
Selangor

You might also like