You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU ENGKARI, LUBOK ANTU

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL. 1 / 2017

Tarikh: 24 Januari 2017

Masa: 2.30 petang

Tempat: Pusat Sumber SK Ulu Engkari

AGENDA:

1. Amanat Pemangku Guru Besar (PK HEM)


2. Kata aluan PK KK
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil. 2 / 2016
4. Perkara berbangkit
5. Hal hal lain
6. Penutup

Kehadiran:
1. En. Billy Jelian (PK HEM)
2. En. Chanking Jawa (PK KK)
3. En. Abdul Halim (GAB)
4. En. Jenau Pawan (GAB)
5. En. Tajuddin Jaafar (GAB)
6. En. Hasmizan Shaari (GAB)
7. En. Rizuan Sulong (GAB)
8. En. Hafizi (GAB)
9. En. Mohd. Aiman (GAB)
10. Pn. Rozi (GAB)
11. En. Emmanuel Johnny (GAB)
12. Pn. Salmiah (AKS)
13. En. Christoper Law (AKS)
14. Pn. Menin (AKS)
15. Pn. Husna (AKS)
16. Pn. Hasnah (AKS)
17. En. Abang Fazli (AKS)
18. Cik Bunsu (AKS)

Tidak Hadir :
-Tiada-

Pengerusi Mesyuarat : En. Billy Jelian


Pemangku Guru Besar SK Ulu Engkari

Agenda 1.0 : Amanat Pemangku Guru Besar (PK HEM)

1.1 Ucapan terima kasih atas kerjasama Guru dan AKS yang hadir.
Mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru
yang terlibat dan guru-guru yang turut menghadiri Mesyuarat Kokurikulum Bil.
1 / 2017.

Tindakan : Makluman

1.2 Pencapaian KOKO Sukan dan Permainan serta Ko-Akademik tahun 2016.
Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam pencapaian
sasaran sepanjang Tahun 2016 di mana sasaran berjaya dicapai. Antaranya berjaya
menganjurkan Sukan Tahunan Sekolah 2016. SK Ulu Engkari juga turut berbangga dengan
pencapaian murid dalam penglibatan KOKO Sukan dan KO-Akademik sehingga ke peringkat
bahagian.
Tindakan : Makluman

1.3 Visi, Misi dan Objektif Kokurikulum


1.3.1 Visi Kokurikulum Berkualiti Insan Terdidik Sekolah Sejahtera

1.3.2 Misi Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui


pendekatan
yang inovatif.
1.3.3 Objektif

1. Meningkatkan pengurusan kokurikulum

2. Melahirkan lebih ramai atlet mewakili sekolah diperingkat


negeri dan kebangsaan.
3. Meningkatkan kecemerlangan murid dalam pertandingan
sukan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.
4. Kecemerlangan dalam bidang kokurikulum sebagai satu
peluang kerjaya pada masa depan.
5. Mewujudkan semangat patriotism dan perpaduan kaum dalam
pelaksanaan aktiviti sukan.
Tindakan : Makluman

1.4 Dasar KPM

1.4.1 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum sekolah adalah WAJIB


( Perkara 5.1 SPI Bil. 1/1985, dan Memorandum Pemantapan Aktiviti
Kokurikulum di KPM, 23 Nov. 2005 )
Semua murid wajib mengambil bahagian sekurang kurangnya salah satu gerakerja
Pasukan Badan Beruniform,
satu kegiatan Persatuan dan Kelab serta satu kegiatan Sukan atau Permainan.

1.4.2 Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.


Oleh itu pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah WAJIB
[ Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) ]

1.4.3 Bilangan perjumpaan minimum setahun adalah :


1.4.3.1 Pasukan Badan Beruniform - 18 kali
1.4.3.2 Persatuan dan Kelab - 12 kali
1.4.3.3 Sukan dan Permainan - 12 kali

1.4.4 Kokurikulum Murid Tahun 4, 5 & 6 akan menggunakan Sistem Penilaian


PAJSK bagi keperluan penilaian markah PBS UPSR (dalam buku kehadiran KK).

1.4.5 Pengurusan Kokurikulum Sekolah berada di bawah Penyelarasan Guru


Penolong Kanan Kokurikulum.

1.4.6 Guru Besar hendaklah melantik setiap orang guru di sekolah , secara bertulis,
dan diberi tugas dan tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif
dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang
kurikulum.

1.4.7 Selain itu, guru-guru di Pendidikan Khas boleh membantu melaksanakan


aktiviti kokurikulum di sekolah asalkan tidak mengganggu PdP di bilik darjah.
1.4.8 Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia
dan mengelola kegiatan kokurikulum adalahWAJIB.
( Perkara 5.2 dalam SPI Bil.1/1985 )

1.4.9 Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah


diperuntukkan adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib
mengikut
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) ( 1993) yang
berbunyi :
4.2 (g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab dan
4.2 (i) seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah

Tindakan : Makluman

Agenda 2.0 : Kata aluan PK KK

2.1 Perjumpaan Kokurikulum

2.1.1 Perjumpaan Kokurikulum diadakan pada hari berikut setiap jam 4.00 petang :

Unit beruniform :
Kelab & Persatuan :
Sukan dan Permainan :

2.1.2 Kegiatan akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :-

Cuaca buruk dan bencana alam


Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
Atas arahan Guru Besar atau Guru Kanan Kokurikulum
Tindakan : Makluman

2.2 Pembahagian Tugas Guru Penasihat dalam mengendalikan Unit Beruniform,


Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan.

TKRS :
Kelab Kebudayaan :
Permainan Bola Sepak :
Permainan Badminton :

2.3 Tanggungjawab Guru Penasihat

Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut :

Menggubal perlembagaan dan peraturan


Melantik Jawatankuasa
Merekod Kehadiran Pelajar
Melaksanakan aktiviti harian
Membuat penilaian
Menyediakan laporan

Menyertai kursus-kursus

Penglibatan aktif dalam sesuatu kegiatan

2.4 Penyertaan pelajar

2.4.1 Semua pelajar ditahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) diwajibkan menyertai setiap
satu kegiatan bagi ketiga - tiga bidang berikut :-

1. Persatuan
2. Beruniform
3. Sukan dan Permainan
2.4.2 Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan pilihan - pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.

2.4.3 Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.

Tindakan : Makluman

Agenda 3.0 : Pengesahan Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil. 2 / 2016

Cadangan : En. Tajuddin Jaafar

Sokongan : En. Abdul Halim

Agenda 4.0 : Perkara Berbangkit

4.1 Penyertaan Kegiatan Luar Sekolah

4.4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan diperingkat Zon


Daerah atau Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.

4.4.2 Sekolah hanya memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan


Program Sasaran, iaitu :-

1M1S - Bola Sepak, Bola Jaring, Ragbi, Bola Baling, Catur, Tenpin Boling
dan Olahraga
Ko-akademik Action song, Public speaking, Spelling, Story telling, Bercerita
Tahap 1 & 2, Pidato, Sahiba, Bicara berirama, Lalulintas Shell, Kuiz sains,
Kuiz Matematik, Swasta & NGO, koir, Nyanyian & Tarian, Nasyid, Tilawah
Al-Quran, Hafazan, Khat/Jawi, Bercerita, Kalam Jamaaie, kuiz Agama,
Wirid& Doa, Seni lukis dan Mewarna.
4.4.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap yang
tertinggi melalui :-

Latihan yang bersistematik


Kelengkapan yang sempurna
Pertandingan dalaman
Penyertaan yang aktif

4.2 Penghargaan

4.2.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang


mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :-

Barangan atau Wang Tunai


Sijil Penghargaan Sekolah

4.2.2 Mewujudkan Anugerah Khas Atlet Harapan kepada pelajar yang cemerlang
pencapaian dalam sukan dan permainan dalam Majlis MAKO.

4.3 Strategi Pengurusan Kokurikulum

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek yang ditekankan dalam
Sistem Pendidikan kita yang murid-murid diwajibkan melibatkan diri dalam ketiga-tiga
bidang yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Sehubungan dengan itu,
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini bertujuan untuk mencapai matlamat
-matlamat berikut :-

1. Penyertaan 100% murid tahap dua dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.


2. Menjadikan sekolah tempat murid memperlihatkan kebolehan bakat dan kemahiran
serta memupuk semangat juang yang tinggi.

3. Mempastikan murid-murid bijak menggunakan masa lapang ke arah kegiatan yang


berfaedah.

4. Mempastikan murid - murid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai


jenis permainan.

5. Memastikan murid dapat bergaul dan memupuk semangat perpaduan yang erat.

6. Memastikan murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam mengharungi kehidupan


seharian dalam masyarakat majmuk melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti
berikut:-

6.1 Sukan dan rekreasi

6.2 Kegiatan Badan Sukarela

6.3 Program-program kemasyarakatan

7. Menggalakkan seberapa ramai murid aktif sebarang kegiatan kokurikulum di


peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

8. Mempastikan sekolah menyertai dalam semua aktiviti kokurikulum di peringkat


zon, daerah dan negeri.

Agenda 5.0 : Hal hal lain.

5.1 Pakaian Kokurikulum


Penggunaan baju T-shirt sukan sekolah menggunakan warna yang sama tidah
mengikut rumah sukan. Ini bagi memudah urusan pembelian oleh murid-murid serta
guru-guru.

5.2 Perancangan Strategik


PK Kokurikulum memaklumkan kepada semua guru untuk menyediakan perancangan
strategik atau pelan tindakan bagi setiap unit masing-masing. Jawatankuasa perlu
berbincang untuk menyediakan perancangan strategik dan pelan tindakan masing-
masing.

Tindakan : Makluman

Agenda 6.0 Penutup

6.1 Pengerusi berharap agar semua guru penasihat unit bertanggungjawab melaksanakan
tugasan Kokurikulum dan membuat persediaan bagi setiap pertandingan yang akan diadakan.

6.2 Lebih banyak pencapaian bagi membantu sekolah mendapat Skor terbaik dalam
SKPM.
Tindakan : Semua guru penasihat unit

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh:
___________________________
(En. Emmanuel Johnny)
Setiausaha Kokurikulum,
SK Ulu Engkari

Disemak oleh :
__________________________
(En. Chanking Jawa)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Ulu Engkari

Disahkan oleh :
_________________________
(En. Billy Jelian)
b.p. Guru Besar (PK HEM),
SK Ulu Engkari

You might also like