You are on page 1of 11

SMK BANDAR BEHRANG 2020

35900 TANJONG MALIM

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU


KALI PERTAMA
2017

Tarikh : 29 Disember 2016


Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn. Hasna Bee bt. Shaik Allaudeen

Kehadiran:

Pn. Hjh. Nor Haslin bt. Mohd Adnan (Ketua Bidang Bahasa)

Pn. Hasna Bee bt. Shaik Allaudeen (Ketua Panitia Bahasa Melayu)

Pn. Novenni bt. Jusoh

Pn. Noor Bazura bt. Tajuluros

Pn. Rosmawati bt. Jamaluddin

Pn. Norhanis bt. Ismail

Pn. Rossaini bt. Asim

Pn. Puspanita bt. Abdul hamid

Tidak hadir:

Pn. Suryati bt. Muktar (Bersebab)

Agenda mesyuarat
1
1.0 Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru dalam mesyuarat Panitia
Bahasa Melayu Kali Pertama ini.

2.0 Pengesahan Minit mesyuarat

Pn. Rosmawati bt. Jamaluddin mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan
oleh Pn. Hjh. Nor Haslin bt. Mohd Adnan

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Penggunaan buku latihan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu adalah sebanyak tiga

buah iaitu:

Menengah rendah (3 buah):

a) Ulasan dan Tatabahasa

b) Karangan

c) Komsas

Menengah atas (3 buah):

a) Rumusan dan Tatabahasa

b) Karangan

c) Komsas

3.2 Pn. Rosmawati menyuarakan pendapat beliau bahawa, guru tidak semestinya

mengajar satu karangan penuh pada satu sesi PdP. Hal ini demikian kerana penulisan

karangan secara berperingkat mampu mendedahkan murid dalam menghasilkan


2
penulisan yang berkualiti. Justeru, penting bagi murid menguasai aspek-aspek

kemahiran menulis.

3.3 Untuk latihan rumusan SPM, Pn. Rosmawati mencadangkan guru-guru menggunakan

koleksi soalan SPM tahun lepas.

Tindakan:guru mata pelajaran

4.0 MAKLUMAT KURIKULUM 2017

4.1 Buku Rekod Mengajar

-Tajuk

-Objektif Pembelajaran

-HPU/Fokus Utama

-HPK/Fokus Sampingan

-Aktiviti(Induksi Dan Latihan Formatif

-BBM

-Refleksi(Kognitif/Bilangan Pelajar)

4.2 Menurut pengerusi, guru-guru berperanan sebagai pemudah cara dan PdP perlulah
berpusatkan murid bagi merealisasikan hasrat PPPM iaitu PdP Abad ke-21.
Pengerusi berharap agar semua guru dapat mengaplikasikan PdP Abad ke-21.

4.3 Menurut pengerusi, tiada buku kerja yang dibeli untuk kegunaan murid kerana
latihan dalam bentuk modul akan diberikan. Di samping itu, guru perlu
menggunakan buku teks sebagai rujukan wajib.

3
4.4 Untuk SPM, sekurang-kurangnya 12 buah karangan setahun perlu dilaksanakan.
Manakala, latihan pemahaman dan komsas, setiap tajuk perlu diberikan latihan.
Pembahagian sukatan pula, jangkaan masa untuk menghabiskan sesuatu tajuk
dalam masa dua bulan.

4.6 Peta I-Think perlu digunakan untuk kelas 4 Dinamik dan 4 Inovatif (Teknik yang
sama juga digunakan untuk Tingkatan 5).

4.7 PLC perlu dilaksanakan oleh guru sebanyak dua kali setahun iaitu peringkat
Menengah Atas dan Menengah Rendah. Bagi Menengah Rendah, Pn. Rossaini
akan melaksanakan PLC(awal bulan 4), dan Menengah Atas pula, PLC dilakukan
oleh Pn. Rosmawati.

4.8 Pengerusi meminta semua guru agar mengisi semua maklumat dalam buku rekod
mengajar merujuk senarai semak yang telah diserahkan oleh pengetua.Buku rekod
perlu dibalut menggunakan plastik lutsinar sahaja.

4.9 Bagi tulisan untuk muka depan buku rekod,semua guru perlulah selaras.Tulisan
untuk Sekolah dan Nama Guru perlu menggunakan font Arial Black Saiz
16.Manakala bagi tahun pula perlu menggunakan font Arial Black Saiz 36.Bagi
tulisan pada tulang buku pula perlu menggunakan font Arial Black Saiz 18.

4.10 Bagi poket untuk Rancangan Pelajaran Tahunan(RPT) dan Rancangan Pelajaran
Harian(RPH) pula,persetujuan telah dibuat iaitu menggunakan sampul surat
berwarna coklat serta kertas yang akan ditampal perlu berwarna biru.Sekiranya
ada guru yang ingin menggunakan fail,perlulah sama seperti buku rekod.

4.11 Perkara yang perlu ada pada poket RPT dan RPH buku rekod ialah Disediakan
oleh,Disemak oleh dan Disahkan oleh.

4
4.12 Bagi jadual waktu mengajar peribadi pula,pengerusi memaklumkan kepada guru
agar menampal jadual waktu peribadi dalam buku rekod.Sekiranya terdapat
perubahan jadual,jadual yang lama perlu digaris dan ditulis Batal. Bagi RPT dan
RPH pula perlu dikemas kini mengikut tahun semasa.

4.13 Bagi bahagian refleksi pula, perlu menggunakan jumlah bilangan pelajar.

4.14 Pengerusi memaklumkan bahawa bagi bahagian catatan perbincangan profesional


dalam buku rekod perlu dicatat sekiranya mesyuarat telah dijalankan.

4.15 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar menghantar buku rekod yang lengkap
pada 27 Januari 2017. Sebelum dihantar pada pengetua,guru-guru perlu
menghantar kepada Ketua Bidang Bahasa terlebih dahulu untuk pemeriksaan
akhir. Selain itu,guru perlu menghantar buku rekod mengajar setiap hari jumaat
kepada pengetua.

4.16 Fail panitia perlu dihantar dua kali setahun iaitu pada penggal pertama dan
penggal kedua untuk disemak oleh Ketua Bidang Bahasa.

4.17 Bagi jadual waktu sesi 2017 pula, terdapat banyak perubahan dari segi waktu
mengajar. Masa mengajar kurang iaitu dari 40 minit kepada 30 minit.

4.18 Berikut pembahagian kelas dan guru yang mengajar Bahasa Melayu:

Tingkatan 1:

Aktif :Pn. Nur Safura bt. Ismail

Progresif : Pn. Suryati bt. Muktar

Dinamik : Pn. Suryati bt. Muktar

5
Inovatif : Pn. Suryati bt. Muktar

Kreatif :Pn. Puspanita bt. Abdul Hamid

Tingkatan 2:

Aktif : Pn. Noor Bazura bt. Tajuluros

Progresif : Pn. Norhanis bt. Ismail

Dinamik : Pn. Novenni bt. Jusoh

Inovatif :Pn. Novenni bt. Jusoh

Kreatif : Pn. Noor Bazura bt. Tajuluros

Tingkatan 3:

Aktif :Pn. Hasna Bee bt. Shaik Allaudeen

Progresif : Pn. Nur Safura bt. Ismail

Dinamik :Pn. Nur Safura bt. Ismail

Inovatif :Pn. Hasna Bee bt. Shaikh Allaudeen

Kreatif :Pn. Rossaini bt. Asim

Tingkatan 4

Sains : Pn. Hasna Bee bt. Shaik Allaudeen

Aktif : Pn. Hjh. Nor Haslin bt. Mohd Adnan

Progresif : Pn. Rosmawati bt. Jamaluddin

Dinamik : Pn. Rosmawati bt. Jamaluddin

Inovatif :Pn. Hasna Bee bt. Shaik Allaudeen


6
Tingkatan 5

Sains : Pn. Rosmawati bt. Jamaluddin

Aktif : Pn. Hjh. Nor Haslin bt. Mohd Adnan

Progresif : Pn. Hjh. Nor Haslin bt. Mohd Adnan

Dinamik : Pn. Rosmawati bt. Jamaluddin

4.19 Bagi pencerapan guru-guru bagi tahun 2017 pula,pengerusi meminta guru-guru
merujuk buku Senarai Tugas Dan Takwim 2017 di muka surat 34. Aspek
penilaian pencerapan guru perlu dirujuk dalam SKPM.

4.20 Pengerusi memaklumkan bahawa Jadual Pencerapan Buku Latihan Murid Fasa 1
bagi tingkatan 1,2 dan 3 akan dijalankan pada bulan Mac 2017 dan bagi tingkatan
4 dan 5 akan dijalankan pada bulan April 2017. Manakala, pencerapan untuk Fasa
2 pula, bagi Tingkatan 1, 2, 3,4 dan 5 dibuat pada bulan Julai. Borang pencerapan
buku latihan boleh diambil daripada Pn. Norhana bt. Hood.

4.21 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahasa bahawa penjagaan bilik khas
telah ditetapkan kepada Pn. Nur Safura. Guru yang ingin menggunakan bilik
tersebut perlu mendapatkan kunci daripada guru tersebut.

4.22 Pengerusi mengumumkan pelantikan penyelaras bagi setiap tingkatan iaitu:

Tingkatan 1: Pn. Suryati bt. Muktar

Tingkatan 2: Pn. Noor Bazura bt. Tajuluros

Tingkatan 3: Pn. Hasna Bee bt. Shaik Allaudeen

Tingkatan 4: Pn. Hjh. Nor Haslin bt. Mohd Adnan

7
Tingkatan 5: Pn. Rosmawati bt. Jamaluddin

4.23 Sebanyak 2 kali ujian dan 2 kali peperiksaan telah ditetapkan untuk tahun 2017.
Jadual penggubal soalan akan diedarkan kemudian.

4.24 Sasaran latihan bagi semua murid perlu ditampal dalam buku rekod mengajar.
(Rujuk Lampiran)

Tindakan: Makluman

5.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

Program Utama:

o PdP berasaskan abad ke-21

o Peperiksaan, Penilaian dan Pentaksiran

o Headcount/Post Mortem/EWS

o Pencerapan dan permantauan

o SOU mata pelajaran

o Pengurusan Panitia

o Pengurusan Profesionalisme

o Program Intervensi(2M)

o Program NILAM

o Program Hebat Bacaan

Program Sampingan:

o Motivasi

8
o Sentuhan Kasih Excellent

o RE-SIT

o Kem Smart

o Kelas Pecut

o Kelas Tambahan Terancang

o Titian Lulus (untuk Tingkatan 3)

o Modul Bersantai (Tingkatan 1-5)

o Minggu Bahasa (3-7 April 2017)

o Buku Skrap (untuk novel yang akan dimasukkan dalam Modul Bersantai)

o Kelas Kepung

Program Sampingan:

o Teknik Menjawab Soalan PT3 dan SPM

o Hari Interaksi- semua murid Tingkatan 1,2 dan 4 2016

o Restu Ilmu/Solat

o Hari Anugerah Cemerlang

o Lawatan

o Anugerah Pengetua

o Bicara Hati Bersama Pengetua

o Sentuhan Zam-zam

o Bengkel Persediaan Akhir


9
o Cakna Peribahasa

Tindakan: semua guru

6.0 Perbelanjaan Panitia Bahasa Melayu

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk Panitia
Bahasa Melayu sebanyak RM2000.00. Oleh itu, duit tersebut boleh digunakan untuk
membeli buku tambahan PT3 dan SPM.

Tindakan:Makluman

7.0 Pelantikan guru pembimbing kegiatan koakademik

7.1 Pengerusi memaklumkan guru pembimbing seperti berikut:

Forum :Pn. Hasna Bee bt. Shaik Allaudeen dan Pn. Norhanis bt. Ismail

Syair/Sajak :Pn. Rosmawati bt. Jamaluddin dan Pn. Rossaini bt. Asim

Pantun :Pn. Noor Bazura bt. Tajuluros dan Pn. Nur Safura bt. Ismail

Sahiba :Pn. Novenni bt. Jusoh dan Pn. Puspanita bt. Abdul Hamid

Pidato : Pn. Suryati bt. Muktar Pn. Hjh. Nor Haslin bt. Mohd Adnan

Tindakan:Makluman

8.0 Hal-hal lain

8.1 Pn. Hjh. Nor Haslin menyatakan bahawa permohonan untuk membeli printer bagi
Panitia Bahasa Melayu telah dihantar.

10
8.2 Bahan-bahan PdP tidak boleh dihantar ke pejabat. Oleh itu, pengetua telah
memaklumkan bahawa panitia perlu menghasilkan modul bagi mengelakkan pembaziran
kertas.

9.0 Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru Bahasa Melayu dan
berharap agar pada tahun 2017, lebih banyak pencapaian yang membanggakan akan
terhasil.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.25 pagi.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(Pn. Nur Safura bt. Ismail) (Pn. Hasna Bee bt. Shaik Allaudeen)

Setiausaha Panitia BM Ketua Panitia BM

Disahkan oleh:

(Pn. Hjh. Nor Haslin bt. Mohd Adnan)

Ketua Bidang Bahasa

11

You might also like