You are on page 1of 1

KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT

1. Maksud:
Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan.

2. Contoh:
Kata Ganti Penerangan Ayat Contoh
Diri Pertama
kau Asal daripada kata engkau. 1. Surat ini hendaklah kaubaca,
Digunakan pada awal kata yang pinta Encik Hazim.
dirapatkan dengan kata yang
menyertainya. 2. Lukisan yang kaulukis sangat
cantik sekali.
ku Asal daripada kata aku. 1. Kata Dina, Lagu ini kutujukan
Digunakan pada awal atau akhir untuk Shida yang berada di Johor.
kata yang ditulis rapat.
2. Aduh, sakitnya kakiku! kata
Dol.
mu Asal daripada kata kamu. 1. Hasratmu akan aku tunaikan.
Digunakan pada akhir kata
sahaja. 2. Adikmu pandai menyanyi,
kata Zuraini kepada Syafiqah.
nya Asal daripada kata ganti nama 1. Kakaknya menuntut di luar
diri ketiga (dia). Digunakan pada negara.
akhir kata sahaja.
2. Setiap kesalahan akan
menerima balasan daripada-Nya.

3. Bentuk kesilapan
a. Tidak ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata yang menyertainya.

SALAH BETUL
Warna apa yang kau minati? tanya Warna apa yang kauminati? tanya
Azim kepada Syafiq. Azim kepada Syafiq.
Kawan ku ini berasal dari Sabah, kata Kawanku ini berasal dari Sabah, kata
Arif kepada Sayuti. Arif kepada Sayuti.

b. Tidak boleh menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.


SALAH BETUL
Mu berdua tidak bekerja hari ini? tanya Kamu berdua tidak bekerja hari ini?
Enzik Azwan. tanya Enzik Azwan.
Kau belum mandi lagi, Man? tanya ibu Engkau belum mandi lagi, Man? tanya
kepada Rosman. ibu kepada Rosman.

c. Tidak menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan
berkaitan dengan Tuhan.
SALAH BETUL
Ya Allah, aku memohon keampunanmu. Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu.
Tuhan akan sentiasa mengampunkan Tuhan akan sentiasa mengampunkan
dosa hambanya. dosa hamba-Nya.

You might also like