You are on page 1of 7

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA KV VK DENGAN KAEDAH

DIDIK HIBUR

1.0 PENDAHULUAN (20%)

Pendidikan Pemulihan di Malaysia telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia (KPM) sejak 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang
menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran. Masalah khusus tersebut merujuk
kepada penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) (KPM,
2008). Walau bagaimanapun, pendidikan pemulihan masa itu belum memberi manfaat
secara menyeluruh bagi kebanyakan murid pemulihan. Hal ini dapat dibuktikan dalam
hujah bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa 60 peratus murid di
seluruh sekolah Malaysia masih belum menguasai kemahiran asas 3M (Utusan Online,
2010).

1.1 Pengenalan

Menurut See Bee Ean (2008) membaca ialah keupyaan pelajar mentafsir simbol
dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancara yang betul. Berdasarkan
makna tersebut jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran membaca kerana setiap
perkara yang dilihat hanya boleh mentafsirkan maknanya apabila seseorang itu boleh
membaca. Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperolehi
walaupun kanak-kanak masih di peringkat awal. Kanak-kanak yang sudah boleh
membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan
pembendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali
sebelum memasuki peringkat seterusnya berada pada kedudukan yang lebih selesa
dan meyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang masih belum boleh
menguasai kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan asas untuk murid-murid
prasekolah untuk membaca. Oleh hal yang demikian, penguasaan kemahiran
membaca yang tepat dan berkesan harus bermula pada awal lagi jika tidak mahu
kanak-kanak ini kekal lemah sehingga tamat sekolah rendah.

Kemahiran membaca membolehkan murid-murid menyebut perkataan demi


perkataan dengan betul dan tepat, mencari makna perkataan serta mengukur
kemampuan murid mencapai matlamat dan memahami petikan yang dibaca. Ini selaras
dengan kenyataan Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010), kemahiran membaca

1
perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Hal ini kerana, membaca ialah proses kompleks yang melibatkan
proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan. Berdasarkan
pandangan Naimah et al, (2011), kanak-kanak mempunyai minat dan strategi yang
tersendiri dalam memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat bacaan
awal. Proses ini berlaku secara tidak langsung melalui perkaitan antara visual dengan
huruf bercetak ataupun simbol yang diteliti di persekitaran mereka. Keupayaan manusia
dalam menuntut ilmu bakal mengubah corak kehidupan masyarakat (Mahzan Arshad,
2008). Kesinambungan daripada lonjakan paradigma terhadap penguasaan membaca
dalam Bahasa Malaysia dapat membuka jalan dan peluang yang lebih luas kepada
anak bangsa dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di
peringkat sekolah.

Masalah dalam kemahiran membaca boleh dibahagikan kepada dua kategori,


iaitu masalah mengenal huruf dan memahami perkara yang dibaca dengan betul.
Seseorang murid itu harus mengenal huruf dahulu bagi membaca sesuatu suku kata
ataupun perkataan. Setelah mereka sudah mengenal huruf maka mereka boleh
memahami perkara yang dibacanya dengan bantuan guru. Menurut Zamri dan
Suwarnee (2008), masalah membaca adalah sebab utama yang menyebabkan
wujudnya masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid.

KPM tidak memandang remeh terhadap kemahiran membaca malah mereka


telah memberi tumpuan yang khusus terhadap kemahiran ini. Sebagai langkah awal,
KPM telah memasukkan kemahiran membaca dalam kemahiran asas 3M supaya boleh
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid. Namun
begitu, pihak KPM percaya bahawa masalah ini boleh diatasi melalui pelaksanaan
pendidikan pemulihan. Maka, KPM telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan
program pendidikan pemulihan bagi mengatasi keciciran murid pemulihan yang belum
menguasai kemahiran asas 3M.

Masalah keupayaan murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran asas


bacaan harus ditangani dengan serius. Menurut Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, masalah penguasaan kemahiran membaca ini berlaku
kerana kurang kesediaan pembelajaran murid, kurang sokongan ibu bapa, kurang
sokongan pentadbir serta kekurangan sumber kewangan dan kemudahan fizikal
(BPPDP, 2008). Oleh itu, ibu bapa, guru serta pihak pentadbir harus mengambil

2
tindakan yang wajar bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca dalam
kalangan murid pemulihan.

1.2 Konteks

Bahasa Malaysia merupakan bahasa pengantar pendidikan di Malaysia. Hal ini


bermakna Bahasa Malaysia merupakan tunjang utama kepada pelajar, bukan sahaja
untuk berkomunikasi di sekolah, malah untuk menguasai ilmu daripada pelbagai mata
pelajaran. Kelemahan dalam Bahasa Malaysia akan menjejaskan prestasi
pembelajaran murid dalam mata pelajaran yang lain seperti Sejarah, Pendidikan Moral
dan sebagainya. Bahasa merupakan satu alat perhubungan yang sangat penting dalam
kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang
lain untuk menyampaikan perasaan, kehendak, pandapat, penelaman, buah fikiran,
pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami
orang lain dan sebagainya sama ada secara lisan ataupun tulisan.

Penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis


merupakan kemahiran asas Bahasa Malaysia. Kegagalan murid menguasai
kemahiran ini menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pendidikan formal dalam
kelas aliran perdana. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memberi tumpuan terhadap hal ini dan memperkenalkan pelaksanaan kelas
Pemulihan Bahasa Malaysia. Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia merupakan inisiatif
KPM bagi memastikan murid yang mempunyai masalah berbahasa dalam Bahasa
Malaysia dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Murid yang
mempunyai dalam Bahasa Malaysia akan mendapat bimbingan secara berfokus
melalui modul Program 3M. Pelaksanaan kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
bertujuan memartababatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu selaras dengan
dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Program membasmi masalah 3M ini turut menjadi fokus utama dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Bahasa Malaysia merupakan bahasa
pengantar di semua sekolah kebangasaan. Hal ini termaktub dalam Laporan Razak
1957 dan Laporan Rahman Talib 1961. Oleh itu, penguasaan kemahiran Bahasa
Malaysia penting untuk memastikan semua murid dapat berinteraksi dengan baik
dan menguasai kemahiran membaca dengan sempurna.

3
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dalam program pemulihan bagi
menjamin semua murid menguasai kemahiran 3M secara menyeluruh. Antara
program yang telah dilaksanakan ialah Protim, KIA2M dan LINUS. Program Protim
adalah pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia bagi murid Tahun 4 hingga
Tahun 6 di sekolah dan ia juga telah dinyatakan dalam PPPM (2013-2025) bahawa
pelaksanaan kelas Pemulihan Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4 hingga Tahun
6 yang mengalami masalah membaca, dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
Inisiatif ini juga tekandung dalam Gelombang 1 PPPM 2013-2015. Iaitu
memperkukuh sistem sedia ada.

1.2.1 KIA2M

Seterusnya, program KIA2M juga telah dilaksanakan di sekolah. Program ini


ialah Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) dirancang
khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu
membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Tujuan utama program ini
dilaksanakan adalah untuk memastikan murid yang megikuti kelas KIA2M dapat
mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan dan ayat
tunggal dengan sebutan yang tepat dan memahami perkara yang dibaca. Program
yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas
membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Mereka terdiri daripada murid yang
lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka
bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid
yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.

1.2.2 LINUS

Program LINUS juga merupakan salah satu usaha kerajaan bagi murid
pemulihan di semua sekolah. Program LINUS ini dapat membantu murid-murid
yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira. Dalam program ini, murid- murid pemulihan juga dibantu oleh guru
pemulihan khas LINUS dan program ini dilaksanakan dalam waktu Bahasa
Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Kelebihan
seterusnya ialah program LINUS ini dapat mengurangkan murid yang celik huruf
dan celik nombor dan dapat meninggikan prestasi murid di sekolah. Dalam program
ini, para murid didedahkan dengan pelbagai BBM (Bahan Bantu Mengajar) yang

4
disediakan oleh guru pemulihan. Murid-murid akan memahami sesuatu dengan
lebih cepat dan mudah mengingati apa-apa yang diajar kerana mempunyai benda
yang konkrit dan mereka dapat mengimaginasi sesuatu benda dengan mudah.
Dengan ini, murid dapat belajar dengan lebih berkesan serta dapat kembali ke
kelas perdana dengan lebih cepat.

Di samping itu, murid pemulihan juga tidak akan berasa dipinggir oleh guru dan
dapat mengembalikan keyakinan murid diri sendiri. Hal ini demikian kerana dalam
kelas perdana, guru perlu memberi tumpuan kepada semua orang dan tidak dapat
memberi tumpuan yang cukup kepada murid yang lemah. Murid yang lemah ini
tidak akan faham dengan pengajaran guru dan mereka akan mengalami
ketinggalan sesi pengajaran. Dengan adanya program LINUS, guru boleh memberi
tumpuan sepenuhnya kepada semua murid. Guru pemulihan akan menjelaskan
satu persatu dengan teliti dan jelas supaya murid betul-betul faham topik atau
kemahiran yang diajar oleh mereka. Sebagai menggulung segala yang diperkatan
di atas, KPM telah mengambil pelbagai usaha bagi meningkatkan tahap
penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid pemulihan. Semoga segala
usaha dan pengorbanan kerajaan bagi memartabatkan Bahasa Malaysia dijayakan
oleh semua pihak.

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (10 Markah)

Pengkaji telah menjalani praktikum pertama di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil


Ladang Alma. Pengalaman yang diperoleh setelah berpraktikum selama tiga bulan
membantu pengkaji mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan membuka minda
pengkaji tentang realiti situasi pembelajaran di sekolah pada masa kini.
Pendedahan secara langsung semasa berpraktikum memberi pengkaji ruang untuk
memahami dan membantu murid menyelesaikan masalah pembelajaran yang telah
dihadapinya. Semasa berpraktikum, pengkaji mengajar kelas pemulihan Tahun 2
yang terdiri daripada tujuh orang murid. Pelbagai masalah dan ragam murid dapat
diperhatikan sepanjang sesi latihan praktikum yang lepas. Murid pemulihan Tahun 2
masih tidak dapat membezakan huruf yang hampir sama. Sebagai contoh, huruf d
dan b, huruf p dan q, huruf g dan h serta huruf s dan c. Setelah pengkaji

5
memerhatikan murid-murid yang mempunyai masalah ini, pengkaji mendapat tahu
bahawa perkara ini berlaku kerana rupa dan bentuk huruf serta bunyi huruf adalah
hampir sama. Murid sering membaca perkataan bapa sebagai dapa, pengkaji
sebagai caya dan harimau sebagai garimau. Hal ini keran murid keliru dengan
bunyi-bunyi huruf tersebut.

Pengkaji telah berusaha sedaya upaya bagi menangani masalah murid


pemulihan dalam membezakan bunyi huruf yang hampir sama. Teknik yang
pengkaji gunakan bagi menangani masalah ini ialah teknik nyanyian. Pengkaji telah
membina lirik lagu sendiri yang berkaitan dengan perkataan yang bunyinya hampir
sama. Teknik nyanyian yang pengkaji gunakan telah menunjukkan perubahan
terhadap murid pemulihan dalam cara membaca perkataan yang hampir sama
bunyinya. Sufian & Osman (2008), pernah menjalankan kajian Penggunaan Teknik
Nyanyian Dalam Pengajaran Di Bilik Darjah. Hasil kajian mereka juga mendapati
penggunaan teknik nyanyian dalam proses PdP dapat mengembangkan kemahiran
berfikir murid. Muzik merupakan nadi utama dalam mengendalikan teknik nyanyian;
tanpa muzik teknik nyanyain itu tidak akan memberi manfaat terhadap PdP. Dalam
kajian bertajuk The Effectiveness of Tntegrating Music In The Classroom yang
dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi muzik dalam PdP
adalah sangat efektif dimana pendekatan muzik sesuai digunakan untuk semua
peringkat umur.

Selain itu, segilintir murid sering lupa perkataan dan frasa yang telah diajar
walaupun perkataan itu seringkali diulang. Semasa pengkaji meminta murid
membaca perkataan tersebut; mereka boleh membaca dengan fasih. Setelah
beberapa minit, jika pengkaji bertanya semula perkataan yang telah dibaca mereka
tidak dapat mengingat semula perkataan yang telah dibaca. Oleh itu, pengkaji
menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka mengingat semula
perkataan dan frasa. Pengkaji telah menangani suatu kaedah bagi menangani
masalah murid pemulihan ini. Kaedah yang telah dignakan oleh pengkaji ialah
kaedah Didik Hibur. Teknik yang pengkaji gunakan dalam kaedah didik hidur ialah
teknik bercerita. Pengkaji telah menggunakan teknik bercerita dengan
menggunakan benda maujud. Hal ini kerana, benda maujud serta kaedah bercerita
boleh meningkatkan daya ingatan murid pemulihan. Aplikasi teknik bercerita

6
sebagai alternatif dalam menghafal perkataan dan frasa bagi membantu murid-
murid pemulihan tersebut dalam mengatasi masalah mengingat kembali.

Seterusnya, murid pemulihan sering mengalami kesusahan dalam membaca


perkataan vokal berganding iaitu kv vk. Contoh perkataannya ialah, buah, kian,
maut, kain da bual. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan teknik simulasi. Teknik
simulasi ini mambantu murid membaca perkataan kv vk dengan lebih jelas.
Contohnya, pengkaji mengajar perkataan buah dan murid harus membuat aksi
yang berkaitan dengan buah seperti memetik buah dan memakan buah. Semasa
membuat aksi tersebut murid harus menyebut perkataan buah tersebut. Kaedah
ini membolehkan isi pembelajaran mudah diingati kerana penerimaan ilmu adalah
secara semula jadi dan bukannya secara paksaan.

Sebagai kesimpulan, pengkaji akan berusaha bersungguh-sungguh dalam


memperbaiki kelemahan dirinya semasa mendidik murid pemulihan. Setelah
beberapa sesi pengajaran telah dijalankan seperti yang dinyatakan di atas, dapat
dirumuskan di sini bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid
pemulihan. Walau bagaimanapun, pengkaji hanya memilih masalah murid dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan kv vk.

You might also like