You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT ICT

BIL 1 / 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 2

TAHUN 2016

TARIKH : 10 FEBRUARI 2016 ( RABU )

MASA : 12.40 TENGAH HARI

TEMPAT : BILIK GERAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 2

KEHADIRAN :

1 Pn. Jamilah Binti Long

2 En. Faizal Bin Abdullah

3 Pn. Nurazra Bte Abdul Hamid

4 Pn. Nur Iylia Bt Zulkepli

5 Pn. Farah Waheeda Bt Johir

6 Cik Syamimi Binti Yacob

7 Pn. Nurul Ain Binti Abd Razak

8 En. Mohd Sofpian Bin Mohammad Swaimi

9 Pn. Syakirah Bt Kholib

10- Cik Nor Naemah binti Md Zahir

11- Pn. Asiah binti Harun

12- Pn. Wan Hafizah binti Wan ibrahim

13- Encik Helmi bin Abd Rahman

Nama Yang Tidak Hadir : Tiada


AGENDA:
1. Kata-kata aluan

1.1. Penyelaras unit ICT mengucapkan selamat datang kepada semua AJK
yang hadir ke mesyuarat unit ICT buat kali pertama tahun 2016

Tindakan: makluman

2. Ucapan Guru Besar

2.1.Encik Awaludin bin Nawi mengucapkan tahniah kepada semua AJK


kerana dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan makmal ICT dalam
keadaan ceria dan bersih sepanjang tahun 2016.
2.2.Beliau menjelaskan unit ICT amatlah penting bagi sesebuah sekolah
kerana di zaman cyber ini semuanya memerlukan saluran maklumat yang
pantas.

Tindakan: makluman

3. Kandungan Mesyuarat

3.1. Penyelaras memperkenalkan organisi unit ICT bagi tahun 2016.


3.2. Pengagihan jawatankuasa kerja unit ICT tahun 2016

Tindakan: semua AJK

3.3.Penyelaras menjelaskan bahawa Guru-guru yang ingin menggunakan


makmal ICT bolehlah beritahu awal ataupun mendapatkan kunci daripada
penyelaras.

Tindakan: penyelaras

3.4. Status terkini komputer yang terdapat di makmal ICT

3.4.1. 40 buah komputer dapat berfungsi dengan baik


3.4.2. 10 buah komputer menpunyai sambungan internet- 2 buah komputer
rosak dan telah di buat laporan menggunakan system STS.
3.4.3. Komputer guru berfungsi dengan baik
3.4.5. Perkhidmatan internat masih boleh digunakan tetapi tanpa tapisan
daripada pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tindakan: makluman

3.6. Bridged Siber telah dilantik secara rasmi pada 24/01/2012 iaitu terdiri
daripada 6 murid lelaki dan 7 murid perempuan.
Tindakan: makluman

3.7. Jadual waktu penggunaan makmal ICT


3.7.1. Jadual waktu penggunaan makmal ICT telah ditetapkan. Dan guru
boleh menggunakan makmal komputer menggunakann jadual yang
ditetapkan.
Tindakan: penyelaras

3.8. ICTL tahun satu telah dimansuhkan dan akan diganti dengan
matapelajaran sains dan TMK. Manakala ICTL tahun 2 hingga 6 masih
berjalan seperti biasa.
Tindakan: semua AJK

3.9. Laman sesawang SKPU2

3.9.1. Laman sesawang telah dibangunkan oleh Timbalan Penyelaras bestari


Encik Helmi bin Abd Rahman.
3.9.2. Alamat laman sesawang SKRP http://skpu2.blogspot.com
3.9.3 Laman sesawang ini akan di kemaskini setiap minggu.
3.9.4 Memohon kerjasama semua guru dan unit panitia membekalkan
maklumat untuk dimuatkan di laman sesawang ini.
.
Tindakan: makluman

3.10. Penggunaan makmal ICT


3.10.1. Penyelaras berharap pada tahun 2016 lebih ramai guru-guru
menggunakan
makmal ICT dan menulis rekod penggunaan.
Tindakan: semua AJK

4. Hal-hal lain

4.1. Masalah kamera


4.1.1. Kamera unit ICT tidak dapat berfungsi kerana pengecas bateri rosak
dan telah digantikan dengan sebuah kamera baru yang dibeli hasil daripada
penjualan gambar aktiviti sekolah.
4.2.Penyelaras meminta kerjasama semua AJK untuk membuat gotong-
royong menceriakan
makmal ICT.
4.3.AJK memberi cadangan agar pihak sekolah dapat menyediakan
perkhidmatan internetdipejabat sekolah bagi memudahkan urusan kerja
harian pejabat.
Tindakan: semua AJK
5. Ucapan penangguhan

5.1.Berharap semua AJK unit ICT dapat memberi kerjasama dan komitmen
yang penuh
sepanjang tahun 2016 agar semua perancangan dapat berjalan dengan baik
5.2. Mesyuarat ditangguh pada 1:30 p.m.

Disediakan oleh

.......
(NURAZRA BTE ABD HAMID)
SETIAUSAHA
Unit ICT
SK Puchong Utama 2

You might also like