You are on page 1of 13

PENGERUSI :

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Saya ................................................... pengerusi anda pada hari ini akan bersama-
sama mengupas dan mengulas mauduk perbincangan kita
Penghayatan Nilai Murni Sarana Pembangunan Negara.
Bersama-sama saya 3 orang ahli panel yang bukan calang-calang orangnya akan
membincangkan secara lebih lanjut berkaitan tajuk pada hari ini.

Tanpa membuang masa.... jadi apa kata kita berkenalan dahulu dengan ahli panel
kita yang pertama, Saudara/i ............................................................. Apa Khabar
saudara/i?

Manakala disebelah kiri saya, panel kita yang kedua


saudara/i ................................................. Nampak begitu bersemangat hari ini ya

Seterusnya, tersenyum manis dihujung sana panel kita yang ketiga


saudara/i ................................................... Selamat datang saudara/i.

Para tetamu yang dihormati,


Surah Al-Maidah ayat kedua,

....dan bantulah kamu ke arah kebaikan dan janganlah kamu membantu ke


arah dosa dan permusuhan

Berdasarkan ayat ini membawa pengertian yang jelas kepada kita supaya berbuat
baik dan menjauhi kerenggangan hubungan sesama manusia. Tanpa membuang
masa, apa kata kita dengar pendapat daripada panel kita yang pertama berkenaan
tajuk pada hari ini. Apakah pandangan saudara/i berkenaan dengan tajuk kita
pada hari ini Penghayatan Nilai Murni Sarana Pembangunan Negara. Silakan
saudara/i....

1 | Page
PANEL 1
Terima kasih saudari pengerusi...Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nilai murni....,
Perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu dalam hubungan sesama
manusia, alam dan tuhan.

Para tetamu yang dihormati,


Pembangunan negara pula merujuk kepada transformasi negara ke arah lebih baik
yang merangkumi aspek politik, ekonomi mahupun sosial atau insaniah.

Saudari pengerusi, ahli panel seterusnya para tetamu yang dikasihi,


Falasafah Pendidikan Negara yang disuratkan pada tahun 1987 menjelaskan

kepada kita bahawa perlunya penghayatan terhadap nilai murni ke arah

pembangunan negara dengan mencirikan insan dan warganegara yang baik

berdasarkan indikator percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

serta memiliki sahsiah yang seimbang.

Saudari pengerusi,

Sejarah tidak pernah berbohong

Sejarah adalah ungkapan yang paling benar

Dan belajarlah dari pengalaman sejarah

Penghayatan nilai-nilai murni telah lama diberi penekanan oleh para ilmuan seperti Ibnu

Khaldun dan al-Ghazali dalam Dunia Islam, Lao Tse dan Kung Fu Tze dalam Peradaban

Cina, serta Kautilya dan Sambara dalam Tamadun India. Secara amnya, tokoh-tokoh

pemikir tersebut meletakkan pembudayaan amalan nilai-nilai murni dalam membina

peradaban sebagai sesuatu yang perlu ditanam, dibaja, disiram dan disuburkan kerana

apa yang akan menentukan wajah dan citra peradaban itu sendiri adalah manusianya.

Saudari pengerusi,

Secara tuntasnya, pada hemat saya nilai murni sarana pembangunan negara
dimengertikan sebagai butiran amalan atau perlakuan hidup warganegara yang

2 | Page
mengandungi sifat-sifat positif, beradab dan berbudaya tinggi dalam kehidupan
seterusnya berupaya menjana ketamadunan sesebuah bangsa.
Sesungguhnya tiada kata yang paling ampuh untuk dijadikan wadah pembangunan
sesebuah negara melainkan penghayatan terhadap nilai murni.
Sekian sahaja daripada saya saudari pengerusi.

PENGERUSI :
Tiada kata yang paling ampuh untuk dijadikan wadah pembangunan sesebuah
negara melainkan penghayatan terhadap nilai murni.
Terima kasih diucapkan kepada saudara/i................................................... atas
pandangan sebentar tadi.

Kita beralih pula kepada pemforum kita yang kedua,


saudara/i ................................................... Kita telah berbicara berkenaan tajuk
penghayatan nilai murni sarana pembangunan negara. Kata orang, tak kenal maka
tak cinta...sebagai lanjutan, bagaimana pula agaknya kita hendak mengenalpasti
bahawa seseorang itu memiliki nila-nilai murni? Apakah ciri-ciri atau klasifikasi
nilai itu sendiri?
Silakan saudara/i....

PANEL 2
Terima kasih kepada saudari pengerusi....Cantik, menarik dan tertarik benar saya
dengan tajuk perbincangan kita pada hari ini.
Saudari pengerusi,
Merujuk kepada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui bahawa
16 kata adjektif sebagai kata tonggak nilai murni .
Pertamanya, Baik Hati yang merujuk kepada sikap sentiasa mengambil berat
perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sifat ini meliputi belas
kasihan, bertimbang rasa, murah hati, memahami dan memaafkan.
Keduanya saudari pengerusi Berdikari, yakni bertanggungjawab, swadaya dan
jaya diri.
Seterusnya, Hemat Tinggi dan Hormat Menghormati. Kasih Sayang pula
merujuk kepada sayang akan nyawa, sayang akan alam sekeliling, cinta akan
negara dan cinta akan keamanan dan keharmonian. Seterusnya Keadilan,

3 | Page
Kebebasan dan Keberanian pula diertikan sebagai berani dengan tidak membuta
tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian serta berani
bertanggungjawab.
Kejujuran dan Kerajinan dimengertikan sebagai niat baik, amanah ikhlas serta
usaha yang berterusan dalam melakukan sesuatu perkara. Manakala yang lainnya,
Kerjasama, Kesedaran, Kesyukuran, Rasional dan Bersemangat Masyarakat
yakni membawa pengertian kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan
bersama bagi mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.

16 nilai ini rakan-rakan panel, merupakan rujukan yang boleh dijadikan penanda
aras dalam menentukan seseorang warganegara itu memiliki nilai murni atau
sebaliknya. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi
pernah mengartikulasikan

setiap daripada kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan bagi


membangunkan negara ini. Walau apapun jua bidang yang kita
ceburi, laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh
tanggungjawab, jujur, cekap dan berintegriti

Hadirin Hadirat yang dihormati,


Jika, sesorang yang memiliki dan menghayati antara nilai-nilai yang disebutkan,
saya optimis pastinya individu ini dapat menyumbang sesuatu ke arah
pembangunan negara tidak kira dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial
bertepatan dengan tajuk kita pada hari ini Penghayatan Terhadap Nilai Murni
Sarana Pembangunan Negara. Sekian terima kasih.

PENGERUSI
Terima kasih kembali kepada panel kita yang kedua dengan penjelasan yang
begitu jitu dan mapan. Pujangga pernah berkata,

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna, jika


tidak melakukan perkara yang betul

Situasi ini yang membezakan antara memahami dan menghayati. Justeru kita
tinjau pula pandangan daripada panel kita yang ketiga

4 | Page
saudari ................................................. Apakah strategi untuk memastikan bahawa
generasi yang ada pada hari ini bukan sekadar memahami apa itu nilai murni
tetapi menghayati konsep nilai murni yang dapat menyumbang kearah
pembangunan negara?
Silakan saudari.

PANEL 3
Terima kasih saudari pengerusi, rakan-rakan panel seterusnya hadirin hadirat
yang dihormati. Assalamualakum dan salam sejahter, salam Perak Aman Jaya.

Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tidak berbuah

Begitulah ....................... yang biasa kita dengar. Justeru dalam membezakan antara
sekadar memahami dengan menghayati saya rumuskan secara ringkas. Memahami
bermaksud mengetahui atau mempelajari secara teori kendatipun menghayati
menjurus kepada memahami dan seterusnya disepadukan secara menyeluruh dari
aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Saudari pengerusi,
Apabila berbicara berkenaan strategi untuk menggarap nilap murni seterusnya
memastikan konsep ini dihayati, pasti ada prarkarsa yang tersusun. Pada hari ini
saya ingin menyenaraikan 6 langkah yang boleh membantu usaha untuk
menyebatikan nila murni dalam diri generasi yang ada pada hari ini.

Pertama, secara pertuturan. Gunakanlah bahasa yang baik, indah dan


tersusun. Mulakan hari dengan sapaan pada jiran, guru, rakan sekerja mahupun
ahli kelurga sendiri. Contohnya, Selamat Pagi cikgu, apa khabar dan palbagai lagi.

Kedua dari segi perlakuan, contohnya dari kecil kita diasuh berjalan
membongkokkan badan sedikit kehadapan apabila melintasi orang yang lebih tua,
memimpin orang buta melintas jalan dan bersalaman. Kita juga boleh
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak kecil seperti membuang sampah
dalam tong, mengucapkan terima kasih serta bercakap benar. Ingatlah, anak-anak
ibarat kain putih, terpulang kepada ibubapa bagaimana hendak mencanting dan
mencorakkannya.

5 | Page
Strategi seterusnya, secara isyarat, menepuk tangan tanda sokongan apabila
ada rakan yang berjaya, mengangkat tangan apabila berselisih dengan kenalan
sewaktu memandu kenderaan atau tidak perlu berkata apa-apa, senyum sudah
memadai. Kata pujangga, senyum itu ibarat bungan dan ketawa itu kelopaknya.

Saudari pengerusi, rakan-rakan panel dan hadirin hadirat yang dihormati,


Strategi kelima adalah secara kefahaman. Pada hemat saya saudari pengerusi,
perlunya kefahaman mengenai konsep dan kepentingan. Jika di sekolah, nilai murni
diterap merentasi kurikulum dengan adanya unsur-unsur penggarapan nilai murni
dalam semua subjek yang diajar di sekolah manakala yang terakhir dari secara
intepretasi yakni merupakan lanjutan daripada kefahaman dalam bentuk tafsiran
sendiri untuk bertindak mengikut situasi dan keadaan. Maka kenam-enam langkah
ini jika kita berjaya amalkan saudari pengerusi saya optimis, nilai murni bukan
sekadar difahami secara konseptual malah boleh dihayati seterusnya menjadi
sarana pembangunan negara. Sekian sahaja daripada saya saudari pengerusi.

PENGERUSI
Terima kasih saudari .................................................
Hadirin-hadirat yang dihormati,

Kapal yang terumbang-ambing di lautan pastinya belayar tanpa nakhoda


Manakala usaha tanpa hasil merupakan kerja yang sia-sia

Justeru, ke manakah arah untuk kita pacu nilai-nilai murni ini, Maka dengan ini
kita beralih pula kepada panel kita yang pertama, Apakah signifikannya
penghayatan nilai-nilai murni terhadap pembangunan negara kita?

PANEL 1
Terima kasih saudari pengerusi,
Apabila berbicara berkenaan kepentingan nilai murni terhadap pembangunan
negara, tidak boleh tidak elemen utama yang dilihat sangat mempengaruhi
pembangunan sesebuah negara pastinya aspek kenegaraan. Tun Abdullah Hj
ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri pernah mengartikulasikan bahawa
budaya dan nilai murnilah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda

6 | Page
sesebuah negara. Demikianlah betapa pentingnya peranan nilai murni yang
merangkumi hasrat dan matlamat yang termaktub dalam Dasar-dasar kerajaan
seperti Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan 2020, Islam Hadhari dan Gagasan
1 Malaysia agar dapat mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan
terbilang, sealuran, sederap dan sejalan.

Saudari pengerusi, rakan-rakan panel dan hadirin-hadirat yang dikasihi,


Nilai murni seperti ketulusan, kejujuran, integriti, adil, amanah dan akauntabiliti
dapat membentuk aspek keperibadian warganegara yang benar-benar bertamadun
seterusnya menjadi sarana pembangunan negara. Jika kita telusuri lipatan
sejarah, pastinya kita tidak mahu peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang
kembali. Negara yang kucar-kacir dan kacau bilau tidak akan maju ke hadapan.

PANEL 2
Maafkan saya saudari pengerusi,

PENGERUSI
Ya silakan saudari.

PANEL 2
saya bersetuju dengan kenyataan saudara/i.................................. sebentar tadi.
Bahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi 9 Cabaran Wawasan 2020 juga ada
menggariskan kepentingan nilai murni dalam mencapai matlamat dasar ini
contohnya cabaran ke-4, untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya
bermoral dan beretika.

PANEL 1
Ya memang benar ya, malah dalam Gagasan 1 Malaysia sendiri berteraskan nilai-
nilai murni, berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan, dan meraikan
kemajmukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di negara ini. Dalam
merencanakan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang mampu
bersaing di pentas global, pegangan kepada nilai-nilai murni yang menjadi warisan

7 | Page
berzaman merupakan asas pembentukan jati diri insaniah. Sebagai negara yang
kukuh dengan budaya ketimuran, pengamalan nilai-nilai murni secara berterusan
dan istiqamah akan terus menjadi benteng dan kekuatan kepada rakyat negara ini
dalam menerima perbezaan dan meraikan kepelbagaian.

Tegak rumah kerana sendi,


Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi, runtuhlah bangsa

Ingatlah para hadirin-hadirat, perpaduan yang kita ada kini bukannya kita warisi
dari generasi yang terdahulu, tetapi sebenarnya kita pinjam dari generasi yang
akan datang. Kekalkanlah sikap saling hormat-menghormati, sopan-santun dan
hindari daripada bersikap prejudis antara kaum. Lestarikan nilai-nilai murni dalam
kehidupan untuk memastikan dasar-dasar kerajaan terlaksana, perpaduan
terpelihara agar dapat menjadi sarana pembangunan negara. Terima kasih saudari
pengerusi.

PENGERUSI
Terima kasih kembali kepada saudara/i ................................Perpaduan yang kita ada
kini bukannya kita warisi dari generasi yang terdahulu, tetapi sebenarnya kita
pinjam dari generasi yang akan datang. Begitu bermakna sekali ya pesanan
daripada ahli panel kita yang pertama.
Para tetamu yang dihormati,
Kita teruskan perbincangan kita yang semakin panas pada hari ini dengan panel
kita yang kedua. Jika sebentar tadi saudara/i ........................ membicarakan
signifikannya nilai murni terhadap dasar-dasar dan perpaduan yang berfungsi
menjadi sarana pembangunan negara, bagaimana pula dari segi impaks nilai murni
terhadap pembangunan ekonomi? Silakan saudari.

PANEL 2
Terima ksih saudari pengerusi,

Dalam konteks negara kita yang berbilang kaum, kita tidak boleh lari daripada
bersatu dan besama-sama membangunkan ekonomi negara. Saya bersetuju dengan
pendapat panel kita yang pertama berkaitan dengan peristiwa hitam 13 Mei 1969

8 | Page
sebentar tadi, sebelum tercetusnya peristiwa berdarah tersebut pihak penjajah
telah melaksanakan pengasingan kaum berteraskan ekonomi yakni orang melayu
dalam sektor pertanian, orang cina dalam sektor perniagaan dan orang india dalam
bidang perladangan. Maka wujudnya jurang ekonomi yang begitu ketara
sehinggalah Dasar Ekonomi Baru dibentuk yang mempunyai matlamat serampang 2
mata iaitu menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Hasilnya, nah
kesenangan dan kemewahan negara dikecapi bersama. Sebagai contohnya, dalam
sesebuah organisasi atau syarikat pada hari ini, pekerjanya terdiri daripada
pelbagai kaum. Penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan pekerja dan majikan
seperti amanah dalam melaksanakan tugas, berbudaya cemerlang dan berintegriti
mampu menjana produktiviti negara. Malah di pasar-pasar malam di negara ini,
kita dapat melihat secara jelas adanya peniaga daripada kaum cina, india, melayu,
sigh dan pelbagai lagi bersama-sama mencari rezeki. Pembelinya juga tidak
mengira kaum.

PANEL 3
Izinkan saya menambah,

PENGERUSI & PANEL 2


Ya silakan.

PANEL 3
Pada hari ini juga ya saudari pengerusi, tidak menjadi sesuatu yang pelik bagi kita
melihat Ahmad membeli Yong Tau fu, Maniam gemar akan nasi lemak dan Ah
Chong suka akan putu mayam.

PENGERUSI
Benar, malah saya sendiri merupakan penggemar cendol!

PANEL 2
Saudari pengerusi,
Situasi ini menunjukkan kepada kita, penghayatan terhadap nilai murni mampu
meruntuhkan benteng prejudis antara kaum yang wujud sebelum ini. Penggunaan
budi bahasa yang baik, tutur kata yang sopan, ramah dan bertolak ansur
mewujudkan kemesraan sesama kita.
Saudari pengerusi, rakan-rakan panel dan hadirin hadirat yang dihormati...

9 | Page
Integriti, sikap hormat-menghormati, budi bahasa yang sopan sebagai tonggak
dalam menjamin produktiviti negara yang berkualiti akan membuatkan pelabur-
pelabur asing senang berurusan dengan kita. Apabila adanya pelaburan-pelaburan
besar dari luar, berlakunya perkongsian teknologi dan kepakaran sebagai
pemangkin pembangunan negara. Wujud pula peluang-peluang pekerjaan untuk
rakyat, bukankah ini mampu merancakkan ekonomi seterusnya berfungsi sebagai
sarana pembangunan negara.
Sekian sahaja daripada saya saudari pengerusi.

PENGERUSI
Terima kasih kepada saudara/i............................................................
Teringat saya kepada kata- kata Saidina Ali bin Abu Talib
Kekayaan yang sebenar adalah akal,
dan kepapaan yang sebenar adalah rosaknya fikiran,
kesepian yang sebenar adalah kagum dengan diri
dan kemuliaan yang sebenar adalah akhlak yang baik

Begitu pentingnya bersikap mulia dan sekiranya kita menghayati nila-nilai murni
dalam kehidupan kita bukan sahaja pembangunan dari segi politik negara bahkan
dapat menjamin kerancakan dan kemakmuran ekonomi. Kita beralih pula kepada
panel kita yang ketiga, Sejauhmanakah saudari melihat, penghayatan terhadap
nilai-nilai murni dapat membendung kebejatan sosial pada hari ini?

PANEL 3
Terima kasih saudari pengerusi,
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan negara maju


yang bersendikan Sains & Teknologi, tidak dapat dinafikan penularan pengaruh
negatif dari budaya asing yang boleh menganggu-gugat kestabilan bangsa. Senario
seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, mencuri, biadap, berbahasa
kesat adalah bukti yang jelas amalan leluhur telah mulai sirna dan diabaikan.

10 | P a g e
Pada hemat saya ya saudari pengerusi,
Kebejatan sosial yang berlaku pada hari ini menunjukkan kepada kita bahawa kita
semakin ketandusan penghayatan terhadap nilai murni.

Para tetamu yang dihormati,


Amalan nilai murni bukanlah perkara baru bagi kita orang timur yang telah diasuh
sejak kecil supaya bersopan-santun, berbudi bahasa, menghormati orang tua dan
merendah diri dalam menjalani kehidupan seharian.

Suatu masa dahulu, senario di sekitar pengangkutan awam pernah menggambarkan


suasana kesopanan dan budi bahasa yang boleh dibanggakan. Namun sekarang,
masyarakat berasa malu untuk mempraktikkan nilai-nilai murni di khalayak ramai
sehingga muncul pula mentaliti mempersenda nilai-nilai yang baik. Ingatlah,
hubungan dan keharmonian boleh porak peranda hanya kerana kekurangan budi
bahasa. Bak kata pepatah
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan merasa

Tanpa nilai-nila murni, remaja kita akan berperangai sewenang-wenangnya seperti


membudayakan vandalisme, samseng jalanraya, gangguan seksual dan pelbagai lagi
perlakuan delikuen.

PANEL 1
Saya bersetuju benar dengan pendapat saudari,
Perlakuan antisosial seperti punk, skinhead dan blackmetal akan berleluasa.
Negara akan kerugian modal insan yang sepatutnya boleh menyumbang sesuatu
yang berharga kepada pembangunan negara.

PANEL 3
Benar ya saudari, semua pihak perlu memandang serius akan ketandusan nilai-nilai
murni dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Kita lihat pelbagai usaha yang
telah dijalankan oleh pihak kerajaan dengan adanya Kempen Budi Bahasa Budaya
Kita, Sambutan-sambutan berteraskan patriotisma dalam meningkatkan rasa
cinta akan negara, perayaan antara kaum bagi mengukuhkan perpaduan, penerapan

11 | P a g e
nilai murni merentasi kurikulum sehingglah dasar-dasar utama kerajaan seperti
Gagasan 1 Malaysia.

PANEL 2
Saya ingin menambah, pada hemat saya selain daripada usaha pihak kerajaan kita
sendiri harus bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha melestarikan
penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

PANEL 3
Ya benar, penghayatan terhadap nilai-nilai murni mampu membendung kebejatan
sosial yang berlaku pada hari ini. Setiap pihak perlu positif dalam membudayakan
nila-nilai murni. Sesungguhnya, kehebatan sesuatu bangsa tidak sahaja diukur
dengan kemajuannya tetapi juga keupayaan terhadap penghayatan nilai-nilai murni
yang menjadi cerminan budaya seterusnya berfungsi sebagai sarana pembangunan
negara. Sekian sahaja daripada saya saudari pengerusi.

PENGERUSI

Terima saudari ................................................... Begitu besar pengaruh nilai murni dalam

dalam mencorakkan peradaban bangsa. Gambaran tentang peri pentingnya amalan nilai

murni dalam setiap individu telah diungkapkan dengan begitu indah dalam bait-bait

nukilan penyair sufi terkenal, Hamzah Fansuri

Wahai muda kenali dirimu,

ialah perahu tamsil tubuhmu,

tiadalah berapa lama hidupmu,

ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,

hasilkan kemudi dengan pedoman,

alat perahumu jua kerjakan,

itulah jalan membetuli insan.

12 | P a g e
Dengan berakhirnya pandangan dari ketiga-tiga ahli panel kita pada hari ini, maka

berakhirlah forum kita. Terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita yang

sudi berkongsi ruang dan pangdangan.

Para tetamu yang dihormati,

Apa yang dapat saya rumuskan, dalam kesibukan kita menongkah arus globalisasi pada

masa ini, kita perlu kembali kepada pengamalan nilai-nilai murni secara holistik sebagai

sendi kepada pembentukan ketamadunan yang mapan. Ingatlah, penghayatan terhadap

nilai-nilai murni dapat membentuk masyarakat yang mempunyai jati diri dan berintegriti

seterusnya menjadi sarana pembangunan negara.

Sekian wabillah....................................................

13 | P a g e

You might also like