You are on page 1of 7

MInit Mesyuarat Guru Bil.

3/2016

SK TANGGA BATU,
Kem 6, Sungai Udang Pos,
76300, Melaka

MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA 2016

Tarikh : 22 September 2016


Masa : 2.00 petang
Tempat: Makmal Komputer SK Tangga Batu
Kehadiran : 43/52 orang

1. Abd Aziz Bin Mohd Din


2. Johar Bin Mastor
3. Rozahiran Binti Hamzah
4. Siti Selyna Binti Md Nasir
5. Mohd Nasri Bin Ismail
6. Suriati Binti Mat Desa
7. Norimah Binti Zainudin
8. Siti Aishah Binti Puasa
9. Hazliza Binti Azali
10. Nurul Akmar Bt Nasar
11. Nurul Arzeehan Binti Abu Bakar
12. Aishah Binti Abu
13. Normah Binti Mohamad
14. Masliana Bte Mustafar
15. Norhafizah Bti Mat Jusin
16. Nor Haryati Bt Hussain
17. Aryza Binti Kordeary
18. Zainab Binti Che Hassan Lam
19. Fariza Binti Md. Salleh
20. Farzlinda Binti Kassim Ali
MInit Mesyuarat Guru Bil.3/2016

21. Haidi Fadilah Bt. Abdullah Halim


22. Azlina Bt. Adni
23. Fauziah Binti Yaacob
24. Norhafizah Binti Abdul Latif
25. Ahmad Kamil Bin Baba
26. Kamarulzaman Bin Md Saril
27. Nur Asyaridah Binti Yunus
28. Nor Aini Binti Md Hassan
29. Nor Rahizah Binti Abd. Rahim
30. Mohd Radzi Bin Mohd Aris
31. Sharizal Bin Md Tahir
32. Noordiana Binti Ramli
33. Zaleha Bte Atan@ Mahat
34. Mohamad Ridzwan Bin Omar
35. Norhamidah Binti Ibrahim
36. Noor Maria Binti Mahat
37. Norizah Binti Mohd Noor
38. Nurul Ashikin Binti Ahmad Noor
39. Saliha Binti Othman
40. Suriawati Binti Jaafar
41. Zainab Binti Hussain
42. Zalina Binti A. Hamid
43. Muhammad Shafiq Bin Azmi
44. Fariza Binti Md. Salleh

Tidak hadir : 1. Nurul Hidayah Binti Mohd Salleh (Kursus)


2. Nuris Fadhilah Binti Ibrahim (Cuti Sakit)
3. Mohd Helmie Bin Ismail (CRK)
4. Rhozzenna Bt. Long Chek (Kursus)
5. Hafni Bin Abu Bakar (Cuti Sakit)
7. Fatimah Husna Binti Mohamad (Cuti)
8. Nur Haslinda Binti Abdul Wahab (Cuti Bersalin)
9. Azreen Bin Azmi (CRK)
10. Nurul Ashikin Binti Ahmad Noor (Kursus)
MInit Mesyuarat Guru Bil.3/2016

Agenda :

1. Ucapan pengerusi majlis (Guru Besar)


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
menghadirkan diri ke Mesyuarat Guru Kali Ketiga 2016.

2. Pengesahan minit mesyuarat


2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Puan Azlina Adni dan disokong oleh Puan
Zalina Ab. Hamid.

3. Perkara berbangkit
3.1 Setiap minit mesyuarat perlu diserahkan kepada Guru Besar selepas 3 hingga
7 hari mesyuarat dijalankan.
3.2 Laporan yang berkaitan hendaklah dihantar kepada GPK yang berkaitan.
3.3 Laporan hendaklah dihantar dengan segera.
3.4 Guru bertugas telah diperbanyakkan daripada 3 orang kepada 5 orang.
Nama pertama ialah ketua dan bolehkan arahkan orang bawah untuk bertugas.
3.5 Guru yang bertugas menjaga kantin perlu datang lebih awal. Murid tidak
dibenarkan makan di atas pentas. Guru perlu minta murid meletak bekas
makanan dan minuman di dalam bekas yang telah disediakan.
3.6 Guru bertugas perlu minta murid yang datang awal untuk menyimpan beg di
dalam kelas terlebih dahulu kemudian segera ke tapak perhimpunan bersama
guru.
3.7 Bacaan surah Yassin atau surah Kahfi diawalkan pada pukul 7.15 pagi hingga
7.20 pagi pada setiap hari Jumaat.
3.8 CRK perlu diberitahu lebih awal 2 hari kecuali hal-hal kecemasan seperti
kematian, kemalangan dan sakit.

4. Isu Semasa
4.1 En. Abd Aziz meminta guru mengisi kaji selidik kajian beban tugas guru.
4.2 Program kursus atau pembelajaran maya Jabatan Pendidikan Melaka

5. Taklimat/ Laporan Kurikulum (En. Johar Bin Mastor)


5.1 En. Johar memaklumkan satu program baru JPN turut serta dalam
pembelajaran secara maya. Ia dikenali sebagai pembelajaran ep_MABLS
dengan menggunakan kata laluan Jpn_Melaka04 dan ID no kad pengenalan
masing-masing.
5.2 Guru perlu jawab soalan dan akan diberikan sijil.
5.3 En. Abd Aziz memaklumkan soalan tersebut wajib dibuat, jika tidak guru
perlu pergi ke makmal komputer, JPN Melaka. Program ep_MABLS dikira
LDP dan perlu mendapat 80 100 markah untuk mendapat sijil on-line.
5.4 Beliau turut memberitahu pemantauan akademik tidak akan diberitahu awal
seperti sebelum ini jika pihak JPM dan PPD hendak datang ke sekolah.
MInit Mesyuarat Guru Bil.3/2016

5.5 Sikap antara guru dan murid perlu menggunakan kata-kata sopan dan mesra.
Guru perlu memanggil dengan panggilan sopan.
5.6 En. Johar mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar tahun
6. Ekoran daripada itu, keputusan UPSR akan bakal diumumkan pada 17
November 2016.
5.7 Seterusnya, murid-murid tahun 6 akan membawa 4 sijil sebelum ke sekolah
menengah, iaitu Sijil UPSR/ slip UPSR, Sijil PAJSK, Sijil Berhenti Sekolah
dan Sijil Pentaksiran Sekolah Tahun 6 (PST6) (masih dimurnikan oleh
kementerian).
5.8 Setiap guru mata pelajaran elektif perlu masukkan gred mengikut band.
5.9 Peperiksaan akhir tahun (PKSR 2) akan dijalankan pada 19, 20 dan 21
Oktober (elektif) dan 24 hingga 25 Oktober bagi mata pelajaran teras.
5.10 Soalan akan difotostat bermula 19/9/2016 hingga 2/10/2016.
5.11 Pengurusan fail panitia yang berwarna putih adalah fail induk. Fail induk tidak
boleh keluar dari pejabat. Surat asal masuk dalam fail induk, ketua panitia
akan pegang surat yang difotostat. Fail induk perlu dikemas kini di pejabat.
5.12 Fail panitia perlu ada carta organisasi, carta gant dan sebagainya.
5.13 Guru yang tidak menulis buku rekod perlu tulis dengan segera. Jika tidak
didenda RM 5000. Buku rekod peru disiapkan sebelum mengajar dan buat
perancangan awal.
5.14 Mata pelajaran KSSR Tahun 1 2017 akan ada perubahan, iaitu Muzik dan
PSV dicantumkan menjadi subjek Kesenian, PJK dan Sains.
5.15 Program selepas UPSR:
- Subjek elektif belajar seperti biasa.
- Subjek teras akan buat projek oleh panitia masing-masing.
- Taklimat sekolah menengah
- Taklimat kerjaya
- Ceramah dan solat jenazah
- Penyembelihan ayam
- Program bakti sekolah, iaitu mengemas bili khas dan membuat mural
(minggu akhir).
5.16 En. Abd Aziz memberitahu buku kerja perlu dipilih oleh panitia dan ahli
masing-masing untuk tahun 2017 selewat-lewatnya 5/10/2016. Tahun 2017
hanya dibekalkan buku teks.
5.17 Surat siaran atau relief tidak boleh ditandatangan menggunakan pen merah.
5.18 Pengurusan jenazah akan dijalankan pada 8/10/2016

6. Taklimat/ Laporan HEM (Pn. Rozahiran Bt. Hamzah)


6.1 Pn. Rozahiran memaklumkan tentang kerosakan bangunan. Pihak kontraktor
akan berbincang dengan PPD. Kuasa untuk halau burung merpati ialah di
bawah MBMB.
6.2 Latihan kebakaran belum dilaksanakan.
6.3 Pelan kebakaran perlu berada di dalam bilik khas.
MInit Mesyuarat Guru Bil.3/2016

6.4 Loceng perlu didengari hingga ke blok baru.


6.5 Guru kelas perlu memberi taklimat kepada murid.
6.6 Keselamatan murid perlu diawasi terutama ketika melintas jalan.
6.7 Tahun 6 telah buat surat akur janji dan sudah ditandatangani oleh murid.
Setiap murid telah membaca surat akur janji tersebut.
6.8 Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua guru SKTB kerana telah
berjaya menjalankan setiap program yang telah dijalankan.
6.9 Latihan kebakaran perlu buat seperti situasi sebenar.
6.10 Guru perlu mengambil tempahan uniform mengikut jadual yang akan
diberikan nanti.
6.11 Semua murid lelaki perlu memakai tali leher.
6.12 Laporan disiplin setiap minggu perlu dihantar.
6.13 RMT pagi bermula pada 19/9/2016 sebelum 7.20 pagi.
6.14 Gred kantin A.
6.15 Tender baru telah dibuka.
6.16 Guru kelas perlu kemas kini fail RMT.
6.17 Sambutan hari kanak-kanak akan dijalankan pada 2/11/2016. Mohon
sumbangan daripada guru-guru RM20.

7. Taklimat/ Laporan Kokurikulum (Pn. Siti Selyna Bt. Md. Nasir(


7.1 Hari Sukan Negara akan dijalankan pada 8/10/2016. Seluruh Malaysia dan
Melaka akan sambut Hari Sukan Negara.
7.2 Panitia agama Islam akan terlibat dengan pengurusan jenazah oleh murid
tahun 6.
7.3 Murid tahun 6 akan menjalani KBS. Laporan aktivuiti perlu dihantar sebelum
25/10/2016.
7.4 Setiausaha sukan perlu keluarkan surat pemakluman kepada murid tahun 6
untuk terlibat dengan Hari Sukan Negara.
7.5 Guru-guru dimohon agar tidak memasuki perpustakaan semasa AAK
dijalankan.
7.6 Laporan ceria merdeka perlu dihantar pada minggu depan.
7.7 Lorong kokurikulum perlu dikemas kini.
7.8 PAJSK perlu dimasukkan markah kerana sijil akan diberikan secara online.

8. Taklimat/ Laporan Pendidikan Khas (En. Mohd Nasri B. Ismail)


8.1 En. Nasri memperkenalkan ketua penyelaras kokurikulum, HEM dan
pentadbiran PPKI.
8.2 Beliau turut memberitahu Ustazah Zainab mengajar dua alam (PPKI dan
Prasekolah)
8.3 Murid PPKI akan mengambil PASR untuk ke sekolah menengah. Pro Khas 1
sudah selesai dijalankan manakala untuk Pro Khas 2, murid perlu menyiapkan
3 tugasan. Guru pendidikan khas terlibat sebagai pemberi markah.
MInit Mesyuarat Guru Bil.3/2016

9. Hal-Hal Lain
9.1 En. Kamil diminta untuk mengingatkan guru-guru membuka Frog VLE
sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Fatimah Husna binti Mohamad) (Abd. Aziz Bin Mohd Din)


Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar SKTB
MInit Mesyuarat Guru Bil.3/2016

LAMPIRAN

You might also like