You are on page 1of 13

BAHAGIAN

(A)
PENULISAN ESEI

1
Definisi sosio-emosi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga sosial sebagai segala yang berkaitan
dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.
Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak
belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima.
Manakala emosi satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang
individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.
Ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar
sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.Dari segi sosioemosi dalam
kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan
mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Pengertian teori belajar humanistik.

Dalam teori belajar humanistik proses belajar harus berhulu dan


bermuara pada manusia itu sendiri. Meskipun teori ini sangat
menekankan pentingya isi dari proses belajar, dalam kenyataan teori ini
lebih banyak berbicara tentang pendidikan dan proses belajar dalam
bentuknya yang paling idea. Dengan kata lain, teori ini lebih tertarik pada
idea belajar dalam bentuknya yang paling idea dari pada belajar seperti
apa adanya, seperti apa yang bisa kita amati dalam dunia keseharian..
Teori apapun dapat dimanfaatkan asal tujuan untuk memanusiakan
manusia (mencapai aktualisasi diri dan sebagainya) dapat tercapai.
Dalam teori belajar humanistik, belajar dianggap berhasil jika si pelajar
memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Pelajar dalam proses
belajarnya harus berusaha agar lambat laun ia mampu mencapai
aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha
memahami perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari
sudut pandang pengamatnya. Tujuan utama para pendidik adalah
membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya, yaitu membantu

2
masing-masing individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai
manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi
yang ada dalam diri mereka. Menurut saya, teori belajar humanistik
adalah suatu teori dalam pembelajaran yang mendepankan bagaimana
memanusiakan manusia serta peserta didik mampu mengembangkan
potensi dirinya.

Toeri humanistik menekankan sifat semulajadi individu untuk


belajar. Dalam erti kata lain perasaan ingin belajar dalam diri individu di
dorong oleh keinginan semulajadi murid tersebut. Dalam hal ini, murid-
murid tersebut akan mempunyai kawalan atas pembelajaran mereka
masing-masing. Di sini guru memainkan peranan yang penting. Guru
perlu menjadi seorang fasilitator dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru hanya memainkan peranan sebagai pembimbing
kepada pelajar. Kaedah ini amat sesuai kerana kaedah ini lebih
berkonsepkan kepada pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Sebagai fasilitator, guru perlu memainkan peranan dengan membimbing
murid-murid agar pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh,
ketika guru hendak mengajar karangan di dalam kelas, guru hanya perlu
menyediakan gambar sebagai panduan kepada murid-murid tersebut.
Melalui gambar tersebut murid boleh menghasilkan sebuah karangan dan
seterusnya dapat memperkembangkan kemahiran dalam diri murid. Guru
memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menilai karangan mereka
sendiri berdasarkan daripada skema yang ditetapkan oleh guru tersebut.
Guru perlu bersikap prihatin dan memahami setiap murid-muridnya. Guru
perlu menangani kesilapan yang dilakukan pelajar dengan cara yang lebih
proaktif melalui komunikasi secara peribadi dengan murid yang berkaitan
tanpa melibatkan kelompok besar di dalam bilik darjah. Dengan cara ini
pelajar tidak akan berasa malu di hadapan kawan-kawan lain. Cara ini
juga dapat mengelakkan murid-murid daripada berasa rendah diri.
Disamping itu guru juga perlu mengambil berat akan aspek perbezaan
individu khususnya isu sensitif yang melibatkan perbezaan latar belakang

3
dan kepelbagaian kaum murid-murid dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Tokoh Teori Humanistik


1. Carl Rogers
Carl R. Rogers kurang menaruh perhatian kepada mekanisme proses
belajar. Belajar dipandang sebagai fungsi keseluruhan pribadi. Mereka
berpendapat bahwa belajar yang sebenarnya tidak dapat berlangsung bila
tidak ada keterlibatan intelektual maupun emosional peserta didik. Oleh
karena itu, menurut teori belajar humanisme bahwa motifasi belajar harus
bersumber pada diri peserta didik.
Roger membedakan dua ciri belajar, yaitu: (1) belajar yang bermakna dan
(2) belajar yang tidak bermakna. Belajar yang bermakna terjadi jika dalam
proses pembelajaran melibatkan aspek pikiran dan perasaan peserta
didik, dan belajar yang tidak bermakna terjadi jika dalam proses
pembelajaran melibatkan aspek pikiran akan tetapi tidak melibatkan
aspek perasaan peserta didik.
Bagaimana proses belajar dapat terjadi menurut teori belajar
humanisme?. Orang belajar karena ingin mengetahui dunianya. Individu
memilih sesuatu untuk dipelajari, mengusahakan proses belajar dengan
caranya sendiri, dan menilainya sendiri tentang apakah proses belajarnya
berhasil.
Menurut Roger, peranan guru dalam kegiatan belajar siswa menurut
pandangan teori humanisme adalah sebagai fasilitator yang berperan
aktif dalam : (1) membantu menciptakan iklim kelas yang kondusif agar
siswa bersikap positif terhadap belajar, (2) membantu siswa untuk
memperjelas tujuan belajarnya dan memberikan kebebasan kepada siswa
untuk belajar, (3) membantu siswa untuk memanfaatkan dorongan dan
cita-cita mereka sebagai kekuatan pendorong belajar, (4) menyediakan
berbagai sumber belajar kepada siswa, dan (5) menerima pertanyaan dan
pendapat, serta perasaan dari berbagai siswa sebagaimana adanya.
2. Arthur Combs

4
Belajar terjadi bila mempunyai arti bagi individu. Guru tidak bisa
memaksakan materi yang tidak disukai atau tidak relevan dengan
kehidupan mereka. Anak tidak bisa matematika atau sejarah bukan
karena bodoh tetapi karena mereka enggan dan terpaksa dan merasa
sebenarnya tidak ada alasan penting mereka harus mempelajarinya.
Perilaku buruk itu sebenarnya tak lain hanyalah dari ketidakmampuan
seseorang untuk melakukan sesuatu yang tidak akan memberikan
kepuasan baginya. Untuk itu guru harus memahami perilaku siswa dengan
mencoba memahami dunia persepsi siswa tersebut sehingga apabila ingin
merubah perilakunya, guru harus berusaha merubah keyakinan atau
pandangan siswa yang ada.
Perilaku internal membedakan seseorang dari yang lain. Combs
berpendapat bahwa banyak guru membuat kesalahan dengan berasumsi
bahwa siswa mau belajar apabila materi pelajarannya disusun dan
disajikan sebagaimana mestinya. Padahal arti tidaklah menyatu pada
materi pelajaran itu. Sehingga yang penting ialah bagaimana membawa si
siswa untuk memperoleh arti bagi pribadinya dari materi pelajaran
tersebut dan menghubungkannya dengan kehidupannya.
Combs memberikan lukisan persepsi diri dalam dunia seseorang seperti
dua lingkaran (besar dan kecil) yang bertitik pusat pada satu.. Lingkaran
kecil (1) adalah gambaran dari persepsi diri danlingkungan besar (2)
adalah persepsi dunia. Makin jauh peristiwa-peristiwa itu dari persepsi diri
makin berkurang pengaruhnya terhadap perilakunya. Jadi, hal-hal yang
mempunyai sedikit hubungan dengan diri, makin mudah hal itu
terlupakan.

Cara menangani masalah

Dalam situasi Ustaz Adam, apa yang memula-mula beliau perlu lakukan adalah
menyedarkan anak didik beliau dengan membandingkan tahap pemikiran pelajarnya dengan
umur pelajarnya sekarang. Ini kerana dalam umur 12 tahun sepatutnya boleh memahami
perasaan orang lain tanpa diberitahu dan dalam umur ini sudah berada tahap sedar menurut

5
teori psikoanalisis. Beliau boleh menggunakan cara syarahan untuk memberi penerangan
kepada pelajarnya tentang tahap pemikiran. Dengan menggunakan cara ini pelajar akan lebih
mudah faham dengan apa yang disampaikan, disamping itu diselitkan perkataan atau kata-
kata yang boleh menyentuh perasaan pelajar contohnya cerita tentang kematian ibubapa.
Selain itu juga, Ustaz Adam boleh menggunakan teknik drama, iaitu membuat
lakonan yang boleh menyentuh perasaan pelajar. Dalam menggunakan teknik ini, beliau perlu
memastikan pelajar yang terlibat dalam lakonan tersebut adalah mereka yang hendak
disasarkan kerana ia akan lebih dirasai dan dihayati oleh pelakon berbanding penonton.
Sebagai contoh, beliau boleh merangka cerita yang berkaitan dengan pembelajaran pada hari
itu.
Beliau juga boleh menggunakan teknik peta pemikiran, iaitu membina peta yang
berkaitan dengan pembelajaran bersama-sama pelajar. Beliau hanya sebagai fasilitator, yang
mengendalikan suasana kelas dan pendapat yang diberikan. Beliau memberikan kebebasan
kepada pelajarnya menjawab sebanyak yang mungkin yang mempunyai kaitan terhadap tajuk
tersebut. Kemudian barulah beliau, memperbetulkan apa yang tidak ada kaitan dengan tajuk,
disamping itu beliau cuba membuatkan pelajar beliau berfikir lebih jauh dari itu. Dengan
teknik ini, mereka akan lebih aktif dan berdaya saing untuk menjawab dan member pendapat.
Secara tidak langsung, beliau boleh memupuk semangat setiakawan dan bersungguh-
sungguh.
Selain itu juga, beliau boleh menggunakan teknik kerja dalam kumpulan, dengan
bekerja dalam kumpulan mereka akan lebih memahami perasaan orang lain. Dan juga,
semangat kerjasama dapat dipupuk sesama ahli kumpulan. Secara kesimpulannya, teori ini
lebih menggunakan strategi memusatkan murid.

6
BAHAGIAN
(B)
PERSEMBAHAN
GRAFIK

7
MEMUS
ATKAN
GURU

BERASA
SKAN
TUGASA SRATEGI
N PEMBEL
AJARAN
MEMUSA
TKAN
MURID

BERASA
SKAN
SUMBER

8
Strategi pengajaran

Strategi pengajaran adalah rancangan unuk mencapai sesuatu


matlamat pengajaran melalui satu proses yang dikawal. Ia adalah satu
proses untuk penyelesaikan tugas pembelajaran dengan jayanya. Dalam
bilik darjah, strategi pembelajaran merujuk kepada cara-cara seorang
guru melaksanakan pengajarannya secara sistematik. Ia merujuk kepada
tindakan spesifik yang diambil oleh guru-guru untuk mencapai
objektifyang disasarkan. Guru mesti mempunyai kemahiran untuk
merancang dan mengurus kaedah-kaedah dan teknik mengajar supaya
dapat mewujudkan strategi pengajaran yang efektif. Dengan kaedah dan
teknik yang sesuai, guru boleh menyampaikan pelajaran kepada murid
dengan berkesan dan memcapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Strategi bermemusatan murid

Strategi pemusatan murid merujuk kepada pembelajaran


berpusatkan murid di mana guru berperanan sebagai pembimbing atau
fasilitator sahaja. Ini bermakna, murid memang memainkan peranan yang
sangat penting dalam proses pembelajaran. Dalam pembelajaran, murid-
murid adalah digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Bagi melancarkan lagi sesi pembelajaran,
komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah dua hala, guru
membimbing murid ketika menjalankan aktiviti pembelajaran secara
individu atau dalam kumpulan. Dari segi pengagihan masa dalam
perancangan guru, kebanyakan masa lebih banyak digunakan oleh murid
untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru.
Antara kaedah pembelajaran yang menggunakan strategi pemusatan
murid adalah seperti kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan,
penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan
sumbang saran.

9
ciri strategi pemusatan murid

1. Melibatkan penglibatan secara aktif murid di dalam pembelajaran di


mana guru hanya sebagai pembimbing ketika menjalankan aktiviti.
2. Wujudnya komunikasi dan interaksi antara guru dan murid secara
dua hala. Kaedah penyoalan boleh digunakan untuk membantu
murid berfikir secara kritis ketika memberikan jawapan.
3. Amalan demokratik wujud di mana murid digalakkan memberi
pandangan ketika melakukan aktiviti perbincangan dalam
kumpulan.
4. Wujudnya perkembangan secara menyeluruh dan seimbang dari
segi intelek, rohani, sosial dan jasmani.
5. Strategi pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pencapaian
hasil pembelajaran.
6. Penilaian formatif selalu digunakan untuk mengenalpasti kelemahan
murid dalam sesuatu tajuk.
7. Murid berpeluang berinteraksi dengan banyak sesama murid
bertujuan menyemai semangat kawan supaya pandai bekerjasama,
tolong-menolong dan bertolak ansur.
8. Sifat kreatif dan ada inisiatif semasa melakukan aktiviti.
9. Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna
upaya murid-murid dapat memahami fakta-fakta yang disampaikan
dan mereka berupaya membuat kesimpulan.

Strategi memusatan guru

Strategi pemusatan guru adalah merujuk kepada strategi pengajar


dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Dalam
pembelajaran yang dilakukan, guru memainkan peranan yang sangat
penting iaitu guru yang menguasai dan mengawal semua aktiviti
pembelajaran. Ini bermakna, guru lebih banyak memberi penerangan

10
sementara murid-murid hanya mendengar apa yang disampaikan.
Komunikasi diantara guru dan murid kebanyakanya sehala. Guru bercakap
sementara murid mendengarcara kepimpinan guru adalah autokratik.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih berasaskan matlamat
pencapaian pengajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Penekanan
adalah lebih kepada penyampaian ilmu yang disampaikan oleh guru
daripada penyampaian nilai dan pembangunan emosi murid. Pencaaian
murid berdasarkan keputusan ujian dan pemeriksaan. Guru
mengutamakan penyampaian fakta sementara murid mengutamakan
pengingatan dan penghafalan maklumat yang telah dismpaikan. Oleh
yang demikian, murid tidak diberi peluang untuk mentafsir dan
membincang pendapat kendiri. Interaksi antara murid amat pasif dan
kemahiran sosial jarang diutamakan. Strategi ini menekankan organisasi
bilik darjah secara menyeluruh. Guru tidak mengambil kira perbezaan
individu di antara murid. Akibatnya strategi memusatkan guru tidak
menggalakan kreativiti murid dan mereka juga tidak akan menunjukan
inisiatif dalam proses pembelajaran. Kaedah keseluruhan kelas,
demonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran berkumpulan dan
sesetengah kemahiran pengajaran yang berpusatkan guru dalam
pengajaran mikro menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi
pemusatan guru.

Ciri strategi memusatan guru

1. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan


peranan yang sangat penting sementara murid hanya sekadar
mendengar dan meonton sahaja.
2. Komunikasi dan interaksi di antara guru dengan murid adalah
sehala kerana guru lebih banyak bercakap berbanding murid yang
lebih banyak mendengar.
3. Guru memplihatkan ciri kepimpinan yang bersifat autokratik kerana
guru lebih banyak bertindak seperti mengawal dan memberi
arahan.

11
4. Strategi pengajaran dan pembelajran lebih mengutamakan
pencapai objektif pengajaran guru.
5. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada
penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.
6. Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan
keputusan ujian dan peperiksaan.
7. Teknik mengajar guru lebih kepada bentuk penyampaian fakta-fakta
seperti menghafaz. Ini bermakna, murid lebih banyak mengingat
dan menghafaz tetapi kurang berupaya membuat interpretasi.
8. Interaksi di antara murid adalah pasif dan dari segi sosial murid
adalah kurang.
9. Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan
murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian.
10. Di bawah strategi pemusatan guru, murid-murid menjadi
kurang kreatif dan tidak berinisiatif.

Kesimpulan

Kesimpulannya, teori pembelajaran amat penting kepada guru agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan mengikut perancangan awal. Setiap guru perlulah pandai mengaplikasikan setiap teori kepada setiap
masalah yang timbul supaya masalah itu dapat diselesaikan. sebagai seorang guru perlu berfikir jauh ke
hadapan supaya dapat melahirkan anak murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Selain itu, proses
pembelajaran dan pengajaran perlulah bergerak dengan seiring supaya murid memperolehi ilmu, pengetahuan
baru dan guru berjaya menyampaikan ilmu tersebut tanpa timbul sebarang masalah. Jika setiap teori
pembelajaran dapat diaplikasikan semasa dalam kelas dengan baik maka guru akan berjaya melahirkan
suasana kelas yang kondusif dan ceria untuk murid. Tambahan lagi, guru yang bertindak sebagai fasilitator

12
perlu merancang dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dengan mengaplikasikan teori-teori
pembelajaran tersebut. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu. Terdapat bebarapa
model yang dipraktikkan oleh guru-guru pada masa kini. Tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan
kelakukan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.

13

You might also like