You are on page 1of 12

Pengenalan

Dalam kehidupan seharian, matematik memainkan peranan penting dalam


menyelesaikan masalah seharian. Dari semudah mengira berapa banyak bawang
yang harus dibeli hinggalah kepada sesukar bagaimana memastikan setiap ukuran
bagi sebuah bangunan supaya tiada kepincangan berlaku terhadap bangunan
tersebut seterusnya mengakibatkan bangunan tersebut runtuh dan membawa
kecelakaan kepada orang ramai.

Matematik juga diaplikasikan oleh individu-individu tertentu untuk menilai dan


mengkaji penggunaan minyak oleh kenderaan tertentu dan mencari sejauh mana
enjin sesebuah kenderaan itu efisien atau tidak ataupun jenama minyak yang mana
dapat memberikan penjimataan kepada pengguna.

Kajian ini sering dilakukan oleh syarikat-syarikat minyak yang sentiasa


mengiklankan bahawa minyak mereka lebih baik dan mampu membawa mereka
lebih jauh. Lebih jauh di sini bermaksud minyak mereka ini mampu mencapai jarak
yang lebih panjang berdasarkan isipadu minyak yang sama daripada syarikat
pengeluar minyak yang lain,

Selain itu, kajian ini sering juga dilakukan oleh syarikat-syarikat menjual
kereta yang sentiasa ingin mengiklankan bahawa kereta lebih menjimatkan minyak
berbanding syarikat lain. Ini kerana harga minyak semasa yang bukan sahaja
membebankan rakyat Malaysia akan tetapi negara-negara lain juga sehingga
mengakibatkan rusuhan di negara yang tertentu. Syarikat-syarikat ini juga ingin
menguji kecekapan enjin yang mereka hasilkan kerana banyak prototaip-prototaip
telah dibuat sebelum suatu enjin dan kereta itu akan dipasarkan.

Di samping itu, terdapat konsultan atau individu yang menguji akan


kecekapan enjin dan mencari minyak yang manakah lebih menjimatkan. Mereka
juga ingin menguji model kereta manakah yang lebih menjimatkan minyak dan lebih
ekonomi.

Selain daripada itu, terdapat pengkaji-pengkaji yang membuat model


matematik bagi mengira penggunaan minyak atau kecekapan enjin. Mereka
melakukan kajian ini dengan mengambil kira faktor-faktor yang boleh menyebabkan
suatu keputusan berubah kerana sentiasa terdapat pemboleh ubah yang boleh
mengakibatkan ketepatan suatu data itu berkurang.

Pernyataan masalah

Razman merupakan seorang despatch sebuah syarikat swasta yang bertugas


untuk menghantar surat kepada klien-klien syarikatnya serta bertugas untuk pergi ke
bank bagi mendeposit cek untuk syarikatnya. Dia menggunakan motor Honda EX5
bagi bergerak menghantar semasa menjalankan pekerjaannya.

Oleh kerana syarikat yang Razman bekerja sekarang ini berada dalam situasi
kewangan yang membimbangkan, syarikat tersebut memotong elaun minyak atau
claim bagi minyak sebagai salah satu cara menjimatkan kos.

Ini menimbulkan masalah kerana setiap hari dia perlu mengisi penuh tangki
minyaknya2 kali kerana banyak surat yang perlu dihantar. Ini diterukkan lagi oleh
tempat kerjanya yang agak jauh dari rumah jika ingin berulang-alik seharian.
Razman duduk di Ampang tetapi dia bekerja di Petaling Jaya.

Justeru, dia ingin mengkaji jenama minyak yang manakah yag paling sesuai
bagi motornya supaya dia menjimatkan duit berbanding gajinya yang tidak seberapa.
Dia ada mendengar bahawa terdapat minyak yang lebih jimat daripada yang lain di
iklan-iklan pada televisyen akan tetapi terdapat beberapa rakannya yang
mengatakan sebaliknya dengan mengatakan bahawa syarikat tersebut mampu
membuat iklan yang lebih baik sahaja dan belum tentu bermakna bahawa minyak
mereka lebih baik.
Pembinaan model matematik

Berdasarkan situasi yang dihadapi oleh En. Razman, kami telah menetapkan
beberapa pemboleh ubah untuk membantu menyelesaikan permasalahan ini.
Berikut merupakan pemboleh ubah tersebut:

Dimalarkan Dimanupulasikan Bergerak Balas


Isipadu minyak yang digunakan Jenis minyak yang digunakan Jarak Yang dapat dilalui
Jisim
Gaya pemanduan
Halaju
Kecondongan jalan
Rintangan angin
Suhu

Dalam dunia sebenar, tidak terdapat satu model khusus untuk mengkaji
perbandingan antara minyak yang digunakan dalam kenderaan. Kebanyakan
syarikat pegeluar minyak lebih suka untuk membuktikan bahawa minyak keluaran
syarikat mereka adalah yang terbaik sekali. Oleh yang demikian, kami tidak
mempunyai model yang boleh kami gunakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Walau bagaimanapun, masalah seperti yang dihadapi oleh En Razman


adalah masalah yang sebenar dan perlukan penyelesaian, oleh itu, kami telah
mencipta satu model berdasarkan pemboleh ubah di atas untuk mengira isipadu
minyak yang digunakan bagai setiap kilomiter perjalanan. Model tersebut adalah

seperti berikut.

d
R= ( m t )
l

Berikut adalah pengertian bagi setiap simbol yang kami gunakan :

Simbol Maksud
R Nisbah minyak yang digunakan setiap
kilomiter
l Isipadu minyak yang digunakan
d Jarak yang dilalui
v Halaju
m Jisim
t Suhu

Dalam menggunakan model ini, kami telah sependapat untuk mengekalkan


nilai-nilai beberapa pembolehubah. Hal ini demikian kerana, jika nilai pembolehubah
tersebut tidak dikekalkan, terdapat banyak pembolehubah yang bergerak balas, dan
nilai yang ingin dicari adalah sukar untuk diperolehi.

Daripada model ini, kami akan dapat mengetahui kadar penggunaan minyak
bagi setiap jenis minyak yang digunakan seterusnya dapat mencari minyak yang
dapat memberikan penjimatan optimum untuk membantu menyelesaikan masalah
En Razman.

Penyelesaian Masalah
Untuk menyelesaikan masalah ini, kami telah membandingkan empat jenis
minyak. Isipadu bagi setiap jenis minyak, halaju dikekalkan dan jarak yang dapat
dilalui dikira.

Isipadu (L) Jarak (km) Halaju (km/h) Nisbah


1.0 51.2 75 51.2
1.5 76.9 75 51.27
2.0 102.3 75 51.15

Isipadu (L) Jarak (km) Halaju (km/h) Nisbah


1.0 49.4 75 49.4
1.5 74.5 75 49.67
2.0 97.7 75 48.85
Isipadu (L) Jarak (km) Halaju (km/h) Nisbah
1.0 48.5 75 48.5
1.5 74.2 75 49.47
2.0 96.1 75 48.05

Isipadu (L) Jarak (km) Halaju (km/h) Nisbah


1.0 46.7 75 46.7
1.5 72.2 75 48.13
2.0 95.4 75 47.7

Setelah mencari data yang kami kehendaki, kami terpaksa membuat


perbandingan antara keempat-empat jenis minyak yang kami pilih. Walau
bagaimanapun, perbandingan ini tidak akan nampak ketara dalam bentuk jadual,
oleh yang demikian, kami mengambil keputusan untuk membina graf berdasarkan
data yang telah kami perolehi.
Isipadu vs Jarak
Petronas Sheel Esso Bhp

95.4

72.2 96.1

74.2
46.7 97.7
48.5 74.5
49.4 102.3
76.9
51.2

1 1.5 2

Untuk setiap satu liter yang digunakan, minyak Petronas mampu pergi sejauh
51.2 kilomiter, minyak Shell pula mampu pergi sejauh 49.4 kilomiter. Minyak
berjenama Esso mampu pergi sejauh 48.5 kilomiter manakala minyak BHP hanya
mampu pergi sejauh 46.7 kilomiter.

Untuk 1.5 liter, minyak petronas pergi sejauh 76.9 kilomiter, manakala minyak
Shell dan Esso masing-masing pergi sejauh 74.5 kilomiter dan 74.2 kilomiter. Minyak
BHp pula pergi sejauh 72.2 kilomiter untuk setiap 1.5 liter minyak yang digunakan.

Dua liter minyak berjenama Petronas mampu bergerak sejauh 102.3 kilomiter,
jumlah yang sama untuk minyak berjenama Shell mampu pergi sejauh 97.7 kilomiter.
Minyak Esso pula mampu pergi sejauh 96.1 kilomiter untuk setiap dua liter minyak
manakala minyak berjenama BHP pergi sejauh 95.4 kilomiter bagi setiap dua liter
minyak.

Untuk masalah En. Razman, kami perlu mencari minyak yang mampu untuk
pergi lebih jauh. Oleh yang demikian, kami akan mencari nisbah jarak yang dilalui
dengan 4.5 liter minyak yang telah digunakan. Untuk mencari nisbah ini, kami akan
menggunakan model yang kami fikirkan sesuai, model tersebut adalah :

d
R= ( m t )
l
Berdasarkan model di atas, dan maklumat yang telah kami kutip, berikut
adalah hasil dapatan yang menunujukkan nilai purata nisbah jarak yang dapat dilalui
berdasarkan 4.5 liter minyak yang digunakan.

Jenis Minyak Nisbah Jarak

1.0 51.2
1.5 51.27
2.0 51.15

Nilai Purata Nisbah Jarak : 51.21

1.0 49.4
1.5 49.67
2.0 48.85

Nilai Purata Nisbah Jarak : 49.31

1.0 48.5
1.5 49.47
2.0 48.05

Nilai Purata Nisbah Jarak : 48.67

1.0 46.7
1.5 48.13
2.0 47.7

Nilai Purata Nisbah Jarak : 47.51

Interpretasi

Berikut adalah dapatan keseluruhan data yang telah kami analasis.

Jenis Minyak Isi Padu Minyak Jarak Yang Dapat Nisbah Jarak Untuk
Digunakan Dilalui Setiap 4.5 L

4.5 Liter 153.62 Km 51.21 km

4.5 Liter 147.92 49.31

4.5 Liter 146.02 48.67

4.5 Liter 142.53 47.51

Berdasarkan jadual dan rajah di atas, didapati minyak berjenama Petronas


mampu memberikan jarak yang lebih jauh untuk 4.5 L minyak dengan mencatat
purata perjalanan sejauh 51.21km berbanding dengan minyak berjenama Shell iaitu
sejauh 49.31 km, minyak berjenama Esso sejauh 48.67 km dan minyak BHP sejauh
47.51 km.

Oleh yang demikian kami membuat kesimpulan bahawa, minyak berjenama


Petronas adalah minyak yang paling menjimatkan jika dibandingkan dengan tiga lagi
jenama minyak yang lain. Perkara ini desebabkan kerana, minyak berjenama
Petronas mampu pergi jauh jika dibandingkan dengan minyak daripada jenama lain
walaupun isipadu minyak yang digunakan adalah sama.
Perbandingan Situasi Sebenar

Dalam kajian yang kami lakukan ini, kami menganggap bahawa faktor-faktor iaitu
pemboleh ubah- pemboleh ubah yang kami manipulasikan ialah jenis minyak sahaja
manakala pemboleh ubah yang bergerak balas ialah jarak yang dapat dicapai oleh
jumlah minyak yang telah ditetapkan.
Akan tetapi, dalam dunia sebenar perkara ini adalah sangat mustahil. Ini
kerana terdapat banyak faktor atau pemboleh ubah yang perlu diambil kira sama
ada secara objektif atau subjektif. Antara pemboleh ubah yang boleh dinilai secara
objektif ialah jisim motor dan penunggangnya, rintangan angin, kecondongan jalan,
halaju purata, dan masa yang diambil untuk sampai ke destinasi. Perkara-perkara ini
memainkan peranan penting dalam memastikan kadar penggunaan minyak yang
tepat dapat dikira.

Terdapat juga pemboleh ubah yang subjektif seperti gaya pemanduan. Gaya
pemanduan ini bermaksud bagaimana suatu kenderaan dipandu. Sama ada
pemandu atau penunggang itu selalu menekan atau memulas pedal pecut. Ini
kerana jika seseorang itu kerap memecut, sudah tentulah penggunaan minyak akan
meningkat. Walau bagaimana pun, oleh kerana semua perkara dalam kehidupan
seharian ini boleh dikira menggunakan model Matematik, perkara subjektif seperti ini
boleh dikira dan dinilai jika pemboleh-pemboleh ubah yang betul dapat diisi.

Dalam kajian ini, pemboleh-pemboleh ubah selain daripada jarak yang


mampu dicapai, kami memalarkannya dengan mengandaikan nilai-nilai ini sebagai
satu dan adalah sama bagi keseluruhan kajian kami ini.

Kesimpulan

Sepanjang daripada penghasilan model ini, didapati bahawa model


penggunaan minyak yang paling tepat adalah sesuatu yang sukar dicapai kerana
terdapat banyak pemboleh ubah yang perlu diambil kira serta di luar kawalan.
Oleh kerana itu, kami mengambil keputusan untuk mereka suatu model
matematik berdasarkan model matematik yang telah kami temui dan mengubah suai
agar bertepatan dengan nilai-nilai pemboleh ubah yang telah kami tetapkan.

Walau bagaimana pun, keputusan yang kami perolehi ini bukanlah dapatan
yang paling tepat kerana terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada
penggunaan minyak itu sendiri yang ada kalanya sukar diukur dan tidak terkawal.
Selain itu, ia juga tidak berada dalam keadaan tetap.

Oleh itu, model penggunaan minyak ini boleh digunakan untuk mencari jarak
yang dapat dilalui dengan menggunakan jumlah minyak yang sama dengan
pemboleh-pemboleh ubah yang lain berada dalam keadaan tetap dan tidak berubah.

You might also like