You are on page 1of 52

LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

MAKLUMAT SEKOLAH

NAMA SEKOLAH:
SMK KULAI
BESAR

ALAMAT:
BATU 19, KULAI
KOD SEKOLAH: BESAR,
JEA8006 81000
KULAIJAYA,
JOHOR

NO. TEL.
ALAMAT E-MAIL
SEKOLAH:
SEKOLAH:
07-6636700
smkkulaibesar
NO. FAKS
@yahoo.com
SEKOLAH:
07-6623210

LAMAN WEB
SEKOLAH:
http://www.smkk
b.com

1
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

2
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

AHLI JAWATANKUASA
BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEK. MEN. KEB. KULAI BESAR TAHUN 2014

Penasihat : Pn. Tan Moi Yan (Pengetua)

Pengerusi : Pn. Noraini Bt Mohd Nor (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : En. Masaud Bin Baharom (GPK Hem)

Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Tahir Bin Haji Ismail (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 : Pn. Norazzah Binti Misban (PK Petang)

Setiausaha : En. Roslee Bin Jarkasi (GK Sains Kemasyarakatan)

Pen. Setiausaha 1: Pn. Siti Zarina Binti Adam (KP Sejarah)

Pen. Setiausaha 2: En. Halid Bin Anang

Bendahari : Pn. Nurul Aziana Bt Abd Rahman

1. AJK MAJLIS PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN RASMI


(PELANCARAN: 07.08.2014-KHAMIS dan PENUTUPAN: 11.09.2014-
KHAMIS)

Guru Penyelaras: En. Roslee Bin Jarkasi

Bil Aktiviti Ajk Tugasan


1 PA Sistem Pn. Komalah A/P Nadarajan (K) Menyediakan PA sistem
En. Zainudin Md Dom untuk majlis pembukaan
En. Mohd Edham dan penutupan rasmi
En. Rizal Anuar

2 Persediaan tempat En. Nizarudin Marsom (K) Menyusun kerusi


Pengawas Bertugas
Menyediakan keperluan
untuk majlis pelancaran
dan penutupan
3 Persembahan Pn. Nor Fairuz Binti Hudari (K) Memilih dan melatih para
pelajar Pn. Suhaini Abas pelajar untuk persembahan
Pn. Choo Siew Yoon
Pn. Norhaisarah

4 Pengacara majlis En. Mohd Faizal Bin Othman Menjadi pengacara majlis
(K)

3
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Pn. Siti Hajar Nordin

5 Buku program Cik Nur Atiqah Binti Zulkafli (K) Menyediakan buku
En. Mohd Roslan A. Ghani program

6 Kawalan disiplin Guru Bertugas Mingguan Mengawal disiplin pelajar


Guru Disiplin

7 Teks ucapan Cik Ainul Fitrah Binti Zakaria Menyediakan teks ucapan
perasmi (K) untuk perasmi
Cik Effah Suhaila Binti
Salamon
8 Hadiah dan Pn. Siti Zarina Adam (K) Menentukan hadiah yang
cenderamata Pn. Nurul Aziana A. Rahman sesuai
Cik Effah Suhaila Salamon
Cik Sharifah Mendapatkan nama
Cik Nur Atiqah Zulkafli pemenang bagi setiap
pertandingan

Menyediakan hadiah
mengikut kategori

9 Bacaan doa En. Amiruddin Mat Jusoh (K) Memimpin upacara bacaan
Ustaz Mohd Nadhir Narowi doa pada majlis
pelancaraan dan
penutupan
10 Simbolik pelancaran En. Roslee Bin Jarkasi (K) Merangka aktiviti yang
merdeka En. Mohd Nizam Jamsari sesuai bagi majlis
En. Mohd Hosni Abdullah pelancaran bulan merdeka
En. Mohd Hasbollah M. Saman

11 Sijil, surat Pn. Normaisarah Abd Talib (K) Menyediakan sijil


penghargaan buat Pn. Siti Hajjar Binti Nordin penyertaan bagi setiap
para guru yang Pn. Che Wan Saadah Che Wan pelajar yang mengambil
terlibat Ahmad Tajuddin bahagian

Menyediakan surat
penghargaan buat para
guru
12 Jurukamera En. Mohd Hafizi Ibrahim (K) Mengambil foto bagi setiap
En. Nizarudin Marsom aktiviti yang dijalankan

Menyerahkan foto
berkenaan kepada AJK

4
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

laporan dokumentasi
13 Laporan Cik Norfahizah Binti Fadzil (K) Mengumpul maklumat bagi
dokumentasi Cik Nur Faizah Binti Mastar setiap aktiviti yang
Pn. Nor Amalina Binti Md Nawi dijalankan

Menyediakan laporan
aktiviti disertai foto
Menyerahkan laporan
kepada GK Sains Sosial
untuk dihantar ke PPD

5
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

2. AJK AKTIVITI / PERTANDINGAN

Guru Penyelaras: Pn. Siti Zarina Bt Adam

Bil Tarikh Aktiviti(A) / Ajk Tugasan


Pertandingan(P)
1 07.08.201 (P)MELUKIS POSTER En. Mohd Fuad Menyediakan
4- bertemakan Hari Rahim (K) bahan yang
28.08.201 Kemerdekaan dan 1 Cik Siti Aisah Mohd diperlukan
4 Malaysia Ikhwan
Guru-Guru Psv Menentukan syarat
Guru-Guru pertandingan
Pendidikan Khas
Memilih pemenang

Menyerahkan
senarai nama
pemenang kepada
AJK hadiah dan sijil
2 07.08.201 (P)MENDEKLAMASIKAN Cik Khairunnazahah Menguruskan
4- SAJAK Khairuddin (K) pertandingan
28.08.201 bertemakan Hari Cik Effah Suhaila
4 Kemerdekaan Salamon Menentukan
Cik. Nur Faizah Binti peserta dan
Mastar pengadil
En. Mohamad Nur
Ashiq Mohd Julin Memilih pemenang
(Pembimbing)
Menyerahkan
senarai nama
pemenang kepada
AJK hadiah dan sijil
3 07.08.201 (P)NYANYIAN LAGU En. Harun Idris (K) Menguruskan
4- PATRIOTIK (solo, duet, En. Mohd Zainuddin pertandingan
28.08.201 trio) Mohamad Dom
4 Menentukan
peserta dan
pengadil

Memilih pemenang

Menyerahkan
senarai nama
pemenang kepada

6
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

AJK hadiah dan sijil


4 07.08.201 (P)KUIZ SEJARAH, TEKA Pn. Nurul Aziana Abd Menyediakan
4- SILANG KATA Rahman (K) soalan kuiz
28.08.201 Pn. Siti Hajjar Nordin
4 Menentukan
pelajar yang
menang semasa
perhimpunan

5 07.08.201 (P)MENULIS ESEI Cik Nur Atiqah Menentukan tajuk


4- KEMERDEKAAN Zulkafli (K)
28.08.201 En. Roslee Jarkasi Memilih peserta
4
Menguruskan
pertandingan
6 07.08.201 (P)MENGHASILKAN BUKU Pn. Siti Hajjar Nordin Menentukan tajuk
4- SKRAP (menengah (K)
28.08.201 rendah) En. Abdul Halid Memilih peserta
4 Anang
Menguruskan
pertandingan
7 07.08.201 (A)Mengibarkan En. Mohd Fazrul Menaikkan
4- bendera/ banting/ kain Rizman (K) bendera/ banting/
28.08.201 rentang En. Mohd Roslee kain rentang di
4 Jarkasi sekitar kawasan
En. Mohd Nizam sekolah
Jamsari
En. Mohamd Edham
Mohamed Rawi
8 07.08.201 (A)Melawat sudut Pn. Norhuda Nawawi Mengatur jadual
4- pameran sejarah (K) lawatan ke sudut
28.08.201 Cik Khairunnazahah pameran untuk
4 Khairuddin setiap kelas
En. Abdul Halid
Anang
Pn. Siti Hajjar Nordin
9 07.08.201 (P)MENGHIAS KELAS Pn. Siti Raudhah Menyediakan
4- bertemakan Hari Mohamad (K) boring
28.08.201 Kemerdekaan Pn. Siti Ruzita pemarkahan
4 Zakaria pertandingan
Cik Sharifah
Pn. Nora Abdullah Membuat penilaian

7
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Pn. Azlina kelas

Menyerahkan
keputusan
penilaian kepada
AJK hadiah
10 07.08.201 (A)Tayangan filem En. Roslee Jarkasi (K) Menyediakan
4- bertemakan Patriotisme En. Mohd Fazrul tempat tayangan
28.08.201 Rizman (makmal
4 Pn. Kavitha A/P komputer/ bilik
Arumugam mesyuarat)
En. Prem A/L
Dhrmalingam Menentukan filem
Pn. Kharween yang sesuai
Arbaeyah
Menentukan kelas
terbabit untuk
menyaksikan
tayangan filem

8
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

11 28.08.201 (A)Bacaan surah Yaasin Pn. Mardiana Tn Mengendali sesi


4 buat para pejuang Kamaludin (K) bacaan surah
kemerdekaan Pengawas Bertugas Yaasin pada masa
pengisian rohani

12 07.08.201 Siaran lagu-lagu En. Mohd Zainuddin Menyiarkan lagu-


4- patriotik pada waktu Mohamad Dom (K) lagu patriotic pada
28.08.201 pagi dan petang Pn. Komalah A/P waktu rehat (sesi
4 sebelum P&P Nadarajan pagi dan petang)

Disediakan Oleh Disemak Oleh

.. ...

(SITI ZARINA BINTI ADAM) (ROSLEE BIN JARKASI)

Ketua Panitia Sejarah G.K Sains Kemasyarakatan

SMK Kulai Besar SMK Kulai Besar

9
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN


BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN

Tarikh : 3 Ogos 2014 (Ahad)


Masa : 7.15pg 8.20pg
Tempat : Tapak Perhimpunan
Aktiviti : Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan

Pada 3 ogos 2014 yang lalu, SMK Kulai Besar telah mengadakan
Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan bagi meraikan
kedatangan tarikh keramat bagi negara ini iaitu tanggal 31 ogos. Pada 31
Ogos tahun ini, genaplah 57 tahun Malaysia mengecap Kemerdekaan.
Bagi meraikan kedatangan tarikh tersebut, pelbagai program telah diatur
bagi menghidupkan semangat patriotisme dalam kalangan warga SMK
Kulai Besar. Majlis tersebut diadakan di Tapak Perhimpunan Sekolah dan
bermula pada jam 7.15pagi hingga 8.20pagi. Majlis penuh simbolik ini
diserikan dengan kehadiran Puan Tan Moi Yan selaku Pengetua Smk Kulai
Besar, diiringi Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata
pelajaran, Guru-guru dan para pelajar sesi pagi.

Untuk makluman, tema sambutan kemerdekaan bagi tahun ini


adalah Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah Cinta. Oleh yang demikian,
pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dirangka bagi manyemai rasa
cinta akan negara. Sejajar dengan itu, program yang akan dikendalikan
bermula dari 7 Ogos 2014 hingga 28 Ogos 2014 secara amnya diyakini
mampu menyuntik semangat jati diri, khususnya kepada para pelajar. Ini
merupakan objektif utama Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan
yang dianjurkan. Selain itu, program yang dirancangkan mampu
memberikan input baharu bagi setiap pelajar. Melalui program ini, mereka
dapat mengetahui secara lebih mendalam tentang sejarah kebangkitan
Malaysia serta nama-nama besar yang terlibat dalam proses
memerdekakan Malaysia.

10
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Pada majlis pelancaran tersebut juga, warga SMKKB dinasihatkan


untuk menghidupkan Bulan Kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur
Gemilang di tempat yang sesuai seperti di kenderaan, kediaman, pejabat,
premis perniagaan dan bangunan. Aktiviti menghias sekolah dengan jalur
gemilang pelbagai saiz dan rekaan diyakini mampu mengeratkan
hubungan antara pelajar yang berbilang bangsa. Adalah amat penting
untuk memaksimumkan kerjasama antara pelajar pelbagai bangsa dalam
usaha merealisasikan generasi 1 Malaysia.

Majlis pelancaran yang dikendalikan oleh En. Mohd Faizal Othman


selaku Pengacara Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah. Sebaik
sahaja selesai nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan Lagu
Sekolah, majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar. Seterusnya,
En. Roslee Bin Jarkasi yang merupakan Guru Kanan Mata Pelajaran Sains
Sosial meneruskan majlis dengan menyampaikan ucapan ringkas tentang
Sejarah Kemerdekaan Malaysia.

Sesudah itu, Puan Tan Moi Yan, Pengetua SMK Kulai Besar berbesar
hati untuk melancarkan Bulan Penghayatan Kemerdekaan bagi tahun
2014. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan deklamasi sajak
patriotik oleh pelajar. Sebelum bersurai, lagu Keranamu Malaysia, Jalur
Gemilang dan Negaraku berkumandang dan para pelajar turut
menyanyikan lagu-lagu tersebut. Akhir sekali, laungan MERDEKA yang
dipimpin oleh En. Masaud B. Baharom diulang beberapa kali diikuti oleh
para pelajar.

11
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

GAMBAR-GAMBAR SEMPENA BULAN PELANCARAN KEMERDEKAAN:

Berdiri tegak semasa menyayanyikan lagu NEGARAKU

12
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Banner sempena hari penghayatan bulan kemerdekaan

En.Mohd Faizal mengacarakan majlis penghayatan pada sesi


pagi.

13
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

14
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Pn.Noreen mengacarakan majlis pada sesi petang

15
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Pelajar membuat persembahan sempena bulan penghayatan


kemerdekaan

16
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Pelajar-pelajar bersemangat menyambut hari kemerdekaan.

ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

7.15 pagi : kehadiran guru, pelajar dan tetamu VIP

7.20 pagi : perhimpunan dimulakan dengan:-

Nyanyian Lagu Bangsa Johor

Nyanyian Lagu Sekolah

Bacaan Doa dan Lafaz Ikrar

7.30 pagi : Ucapan ringkas oleh GKMP Sains Sosial (En. Roslee B. Jarkasi)

17
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

7.40 pagi : Ucapan Perasmian Bulan Penghayatan Kemerdekaan

Peringkat Sekolah oleh Pn. Tan Moi Yan (Pengetua)

7.55 pagi : Persembahan pelajar

8.20 pagi : Majlis diakhiri dengan nyanyian:-

Lagu Keranamu Malaysia

Lagu Jalur Gemilang

Lagu Negaraku

Laungan MERDEKA!!

Laporan Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan


Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar

Nama Program : Pertandingan Melukis Poster

Anjuran : Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah


Menengah Kebangsaan Kulai Besar

PENDAHULUAN

Aktiviti ini diadakan supaya murid-murid dapat menggunakan kreativiti


dan kemahiran mereka dalam menghasilkan poster yang menarik bagi
menterjemahkan semangat patriotisme sempena Sambutan Bulan
Kemerdekaan kali ke-58 dengan tema Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah
Cinta Peringkat Sekolah.

RASIONAL

18
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Berfikiran kritis dan kreatif untuk menghasilkan karya seni disamping


menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid.

OBJEKTIF

a Menguji kemampuan diri dari segi semangat berdikari, kemahiran


dan rasa tanggungjawab terhadap diri dan negara.

b. Menyemai semangat cintakan negara melalui tema pertandingan


melukis.

c. Meraikan Hari Kemerdekaan dengan cara yang positif.

SASARAN

Murid tingkatan peralihan sehingga tingkatan 5

STRATEGI PELAKSANAAN

1 Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori


menengah rendah dan dan menengah atas. Dijalankan dalam kelas
masing-masing ketika matapelajaran pendidikan seni visual dengan
diawasi oleh guru mata pelajaran mereka.

2 Murid diberikan tempoh masa selama 2 minggu untuk menyiapkan


hasil karya mereka. Hasil karya hendaklah dilaksanakan pada waktu
pendidikan seni dan karya tersebut mestilah disiapkan di sekolah
dan tidak dibenarkan di bawa pulang ke rumah.

19
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

3 Hadiah akan diberi kepada Pemenang Pertama hingga Ketiga dari


setiap kelas.

4 Hakim terdiri daripada semua guru yang mengajar mata pelajaran


Pendidikan Seni Visual.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

Tingkatan Peralihan:
KEDUDUKAN NAMA PEMENANG TINGKATAN
PERTAMA PANG JIA YI PERALIHAN B
KEDUA TAI XUE NIE PERALIHAN B
KETIGA ESPHINE CHIN PERALIHAN B

Tingkatan Satu
KEDUDUKAN NAMA PEMENANG TINGKATAN
PERTAMA BEH JIA MIN 1PK
KEDUA IZZAH IZZATI BINTI ABDUL HAMID 1A
KETIGA NURUL HAJAR AQILAH 1RK1

Tingkatan dua
KEDUDUKAN NAMA PEMENANG TINGKATAN
PERTAMA NATASHA BINTI AZMAN 2D
KEDUA VINTASHINI 2B
KETIGA LIM ZHANG HONG 2D

Tingkatan tiga
KEDUDUKAN NAMA PEMENANG TINGKATAN
PERTAMA NUR SAKINAH 3RK1
KEDUA NAZRUL AZMI ZAMRI 3RK1
KETIGA ANNABELLE LIM 3RK1

Tingkatan 4&5
KEDUDUKAN NAMA PEMENANG TINGKATAN
PERTAMA TAN YANG LING 5SS3
KEDUA TEY SIEW HUA 4SS1
KETIGA KAVISHREE A/P MURUGAN 5SS3

20
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

GAMBAR PELAKSANAAN AKTIVITI PERTANDINGAN MELUKIS


POSTER SEMPENA BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN

21
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

22
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

23
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Laporan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak

Nama program : Pertandingan mendeklamasikan sajak

Anjuran : Panitia Pendidikan Sejarah Sekolah Menengah


Kebangsaan Kulai Besar

PENDAHULUAN

Aktiviti ini diadakan supaya murid-murid dapat mengetengahkan bakat


mendeklamasikan sajak. Ini merupakan satu lagi medium yang boleh
digunakan oleh para pelajar bagi menyuarakan rasa cinta akan negara
dalam perspektif yang berbeza.

RASIONAL

Berfikiran kreatif untuk menghasilkan karya seni disamping menyemai


semangat patriotisme dalam kalangan murid.

OBJEKTIF

a. Meningkatkan rasa yakin pada kemampuan dan bakat yang ada di


dalam diri pelajar.

b. Menyemai semangat cintakan negara melalui tema pemilihan


sajak.

c. Meraikan Hari Kemerdekaan dengan cara yang positif.

SASARAN

Murid tingkatan peralihan sehingga tingkatan 5

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori


menengah rendah dan dan menengah atas. Dijalankan dalam
makmal komputer dalam masa satu jam mulai 12.30 tengahari
hingga 1.30 petang.

2. Murid diberikan tempoh masa selama 1 minggu untuk membuat


pilihan sajak yang tepat. Pelajar dibenarkan merujuk kepada guru

24
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Bahasa Malaysia masing-masing untuk panduan mendeklamasi


sajak yang baik.

3. Hadiah akan diberi kepada Pemenang Pertama hingga Ketiga.


4. Hakim terdiri daripada guru mata pelajaran Sejarah dan Bahasa
Malaysia.

KEPUTUSAN

Menengah rendah
KEDUDUKAN NAMA TINGKATAN
PERTAMA MUHAMAD FITRIE HAIQAL BIN 2RK1
NORISHAM
KEDUA NUR HUSNINA BINTI ABD RAZAK 2RK2
KETIGA NOR HAFIFAH BINTI AMIN 2RK1

Menengah atas
KEDUDUKAN NAMA TINGKATAN
PERTAMA MUHAMMAD ZUFLI BIN ZAHARI 4SN1
KEDUA RUBANA A/P RAJENDIRAN 4SN1
KETIGA NURUL IZZATI BINTI DARUL ZAMAN 4SN1

PENUTUP

Pertandingan mendapat sambutan yang menggalakkan dari ramai murid.


Pemenang akan menerima hadiah pertandingan pada hari penutupan
Bulan Penghayatan Kemerdekaan.

25
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

GAMBAR PELAKSANAAN AKTIVITI PERTANDINGAN


MENDEKLAMASIKAN SAJAK SEMPENA BULAN PENGHAYATAN
KEMERDEKAAN

26
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

27
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Laporan Pertandingan Kuiz Sejarah Peringkat Sekolah Menengah


Kebangsaan Kulai Besar

Nama Program : Pertandingan Kuiz Sejarah

Anjuran : Panitia Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan


Kulai Besar

PENDAHULUAN

Aktiviti ini diadakan bagi menguji tahap kefahaman dan penguasaan fakta
sejarah dalam kalangan para pelajar. Soalan-soalan yang diutarakan
adalah berdasarkan topik yang telah dipelajari. Aktiviti ini mampu
menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-58 dengan
tema Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Peringkat Sekolah.

RASIONAL

Memperkukuhkan pengetahuan murid tentang sejarah negara khususnya


perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dalam memerdekakan Malaysia.

OBJEKTIF

a. Menguji daya ingatan pelajar tentang topik yang telah dipelajari


sebelum ini.
b. Meningkatkan penghayatan para pelajar terhadap pengorbanan
pejuang negara.

SASARAN

Murid tingkatan peralihan sehingga tingkatan 5

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori


menengah rendah dan dan menengah atas. Dijalankan di dalam
kelas, di wakaf atau di tapak perhimpunan.

2. Murid diberikan tempoh masa selama 10 minit untuk membaca


nota bagi topik tertentu.

3. Kemudian, para pelajar perlu menjawab soalan samada dalam


bentuk bertulis atau lisan. Mengikut arahan guru mata pelajaran
sejarah yang mengendalikan kuiz tersebut.

28
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

4. Hadiah akan diberi kepada Pemenang Pertama hingga Ketiga dalam


dua kategori iaitu menengah rendah dan menengah atas.

5. Dua orang guru pengendali kuiz akan menentukan pemenang.


Hadiah akan disampaikan pada hari penutupan sambutan bulan
kemerdekaan.

PENUTUP

Pertandingan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Nama-


nama pemenang ditampal di papan kenyataan.

GAMBAR PELAKSANAAN AKTIVITI PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH


SEMPENA BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN

29
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Wong Loke Yong telah memenangi pertandingan kuiz yang diadakan


secara spontan.

30
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Laporan Pertandingan Menulis Esei Kemerdekaan


Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar

Nama Program : Pertandingan Menulis Esei

Anjuran : Panitia Bahasa Melayu Sekolah Menengah


Kebangsaan Kulai Besar

PENDAHULUAN

Aktiviti ini diadakan supaya murid-murid dapat mencurahkan segala idea


dan meluahkan rasa bangga mereka terhadap pencapaian negara. Topik-
topik yang diberikan adalah bersesuaian dengan Sambutan Bulan
Kemerdekaan kali ke-58 dengan tema Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah
Cinta.

RASIONAL

Berfikiran kreatif, mampu menggunakan sekurang-kurangnya dua


peribahasa dan menyediakan esei yang mearik dari segi gaya bahasanya,
susunan idea dan huraian.

OBJEKTIF

a. Menjadikan pelajar lebih kreatif dalam menghasilkan karya


penulisan.
b. Memberi pendedahan tentang gara penulisan yang pelbagai.
c. Menyemai semangat cintakan negara melalui tema pertandingan
esei.

SASARAN

Murid tingkatan peralihan sehingga tingkatan 5

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori


menengah rendah dan dan menengah atas. Dijalankan ketika para
peserta yang memberi nama dikumpulkan di sebuah kelas khas.

2. Murid diberikan tempoh tertentu untuk menyiapkan esei mereka.

3. Hadiah akan diberi kepada Pemenang pada majlis penutupan Bulan


Sambutan Kemerdekaan.

31
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

4. Hakim terdiri daripada semua guru yang mengajar mata pelajaran


Bahasa Melayu.

PENUTUP

Pertandingan mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar.


Mereka menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam menghasilkan esei
terbaik pada pertandingan tersebut.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENULIS/MENGARANG ESEI

MENENGAH RENDAH

KEDUDUKAN NAMA TINGKATAN


PERTAMA MUHAMMAD AKMAL BIN MD JEFARI 2RK1
KEDUA NUR AFIQAH BINTI MOHD NIZAM 1RK2
KETIGA MOHD HAZIQ AIMAN BIN MOHD HANAFI 1RK2

MENENGAH ATAS

KEDUDUKAN NAMA TINGKATAN


PERTAMA NURUL IZZATI BINTI DARUL ZAMAN 4SN1
KEDUA NUR NADIAH BINTI ABDUL RAHMAN 4SN1
KETIGA AINI AFZIDA BINTI MOHD AFZAN 4SN1

32
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

GAMBAR PELAKSANAAN AKTIVITI PERTANDINGAN MENULIS ESEI


SEMPENA BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN

33
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Laporan Aktiviti Bacaan Yaasin Buat Para Pejuang Negara

Nama Program: Bacaan Yaasin

PENDAHULUAN

Aktiviti ini diadakan sebagai tanda mengenang jasa para Pejuang Tanah
Air yang telah terkorban di Medan Perang. Ia juga merupakan satu
program bagi mengenang jasa Pemimpin Negara yang telah terlebih
dahulu meninggalkan kita.

RASIONAL

Memberi keinsafan kepada para pelajar tentang harga sebuah


kemerdekaan dan kepentingan untuk mengekalkan keamanan yang
sedang dinikmati.

OBJEKTIF

34
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

a.Memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar SMK


Kulai Besar.

b.Meraikan Hari Kemerdekaan dengan penuh keinsafan.

SASARAN

Murid tingkatan peralihan sehingga tingkatan 5

STRATEGI PELAKSANAAN

1.Para pelajar islam berkumpul di tapak perhimpunan dan wakaf pada


waktu Pengisian Rohani. Ustaz memimpin bacaan Yaasin dan doa.

2.Tamat bacaan Yaasin, para pelajar mendengar tazkirah berkaitan


kemerdekaan negara.

PENUTUP

Para pelajar memberikan kerjasama yang baik dalam program bacaan


yaasin tersebut. Penyertaan guru-guru turut mengindahkan lagi
perjalanan majlis. bagi para pelajar dan guru-guru bukan Islam, mereka
menjalankan ritual mengikut kepercayaan masing-masing untuk tujuan
memperingati pejuang terdahulu.

Laporan Aktiviti Kibar Jalur Gemilang dan Kain Rentang

Nama Program : Kibarkan Jalur Gemilang

PENDAHULUAN

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-58 dengan tema


Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Peringkat Sekolah, guru-guru
dan para pelajar saling bekerjasama bagi menghias kawasan sekitar
sekolah. Bendera dalam pelbagai saiz dan reka bentuk menghiasi
perkarangan sekolah. Selain itu, kain rentang yang memaparkan wajah-
wajah tokoh negara turut kelihatan di beberapa sudut sekolah.

RASIONAL

35
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Menyemarakkan rasa cinta akan negara dalam kalangan para pelajar.

OBJEKTIF

a.Menjadikan para pelajar lebih mengenali pejuang kemerdekaan.

b.Meningkatkan penghayatan pelajar dalam menghargai pahit jerih yang


perlu dihadapi oleh pejuang terdahulu.

SASARAN

Murid tingkatan peralihan sehingga tingkatan 5

STRATEGI PELAKSANAAN

1.Pelajar membantu beberapa orang guru menghias kawasan sekolah


dengan bantuan kakitangan swasta pada waktu yang diperuntukkan.

2.tanggungjawab enjaga kebersihan dan memastikan semua hiasan


berada dalam keadaan baik dan sempurna adalah tanggungjawab
bersama.

PENUTUP

Aktiviti ini membantu menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan bulan


kemerdekaan. Sikap tanggungjawab dan kerjasama antara para pelajar
dan guru juga dapat dilihat apabila mereka turut memastikan kekemasan
susunan bendera khususnya pada setiap pagi.

GAMBAR PELAKSANAAN AKTIVITI MENGIBAR BENDERA SEMPENA BULAN


PENGHAYATAN KEMERDEKAA

36
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Laporan Aktiviti Siaran Lagu Patriotik Sebelum P&P Sepanjang Bulan


Penghayatan Kemerdekaan

Nama Program: Siaran Lagu Patriotik

PENDAHULUAN

37
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Aktiviti ini diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat Patriotisme


dalam diri para pelajar. Siaran lagu Patriotik mampu mendidik jiwa setiap
warga SMK Kulai Besar agar menjadi warganegara yang mampan jati
dirinya melalui lirik dan muzik yang sungguh bermakna.

RASIONAL

Mendidik jiwa para pelajar dengan pendekatan yang lebih menarik.

OBJEKTIF

a.Memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar SMK


Kulai Besar. b. Meraikan Hari Kemerdekaan dengan penuh keceriaan.

SASARAN

Murid tingkatan peralihan sehingga tingkatan 5

STRATEGI PELAKSANAAN

1.Pelbagai jenis lagu diputarkan pada setiap pagi sebelum perhimpunan


bermula.

PENUTUP

Para pelajar kelihatan sungguh bersemangat dan ceria. Pelajar Cina dan
India juga mampu menghafal lirik lagu yang didengari dalam tempoh
masa yang singkat. Hasilnya, semua pelajar menyanyikan lagu
kemerdekaan pada majlis penutupan dengan jelas dan seragam.

GAMBAR PELAKSANAAN AKTIVITI SIARAN LAGU PATRIOTIK SEMPENA


BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN

38
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Pelajar sedang khusyuk menikmati lagu-lagu kemerdekaan sepanjang


program dijalankan.

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN PENGHAYATAN


KEMERDEKAAN

Tarikh:17 September 2014 (Isnin)

Masa :7.20 pagi 8.10 pagi

39
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Tempat:Tapak Perhimpunan

Aktiviti :Majlis Perasmian Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan

Majlis Penutup Bulan Kemederkaan telah diadakan di tapak


perhimpunan untuk pelajar-pelajar sesi pagi. Majlis dihadiri oleh Puan Tan
Moi Yan, Pengetua SMK Kulai Besar, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru
Kanan serta guru mata pelajaran dan pelajar sesi pagi.

Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk membentuk dan


mewujudkan satu komuniti yang berasaskan 1 Malaysia dan melahirkan
warga SMK Kulai Besar yang lebih berjiwa kemerdekaan, saling
menghormati bangsa dan budaya setia kepada negara. Manakala
objektifnya adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang
pentingnya sejarah dan asal usul pembentukan negara dan mendidik
murid-murid agar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
bagi membentuk masyarakat majmuk yang aman dan harmoni.

Majlis telah bermula pada pukul 7.20 pagi yang menyaksikan


beberapa lagu patriotik iaitu Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang
dinyanyikan secara beramai-ramai. Turut dipersembahkan adalah nyayian
lagu patriotik oleh pelajar pelbagai kaum. Majlis telah ditutup dengan
rasminya oleh Tuan Pengetua. Beliau telah memuji pelajar-pelajar dan
guru-guru yang berjaya menganjurkan majlis kali ini. Majlis diteruskan
dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar yang terlibat
sepanjang bulan Kemerdekaan. Majlis diakhiri dengan laungan Merdeka
sebanyak 7 kali yang dipimpin oleh Penolong Kanan HEM, En. Masaud bin
Baharom. Manakala pada sesi petang, laungan Merdeka dipimpin oleh En.
Razak.

GAMBAR PELAKSANAAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SEMPENA BULAN


PENGHAYATAN KEMERDEKAAN

40
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

PN.TAN MOI YAN MERASMIKAN MAJLIS PENUTUP KEMERDEKAAN

41
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

42
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

PERSEMBAHAN YANG BERSEMANGAT DARIPADA PELAJAR-PELAJAR

43
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

ACARA PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MAJLIS PENUTUP KEMERDEKAAN

44
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

EN.ROSLEE MELAUNGKAN KERMERDEKAAN SEBANYAK 7 KALI SEMPENA


PENUTUPAN KEMERDEKAAN

LAMPIRAN

45
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN

7.20 pagi :- Semua Murid dan Guru berkumpul di dataran terbuka

7.30 pagi :- Nyanyian Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah

- Bacaan doa oleh wakil pelajar

- Bacaan Ikrar Rukun Negara

7.40 pagi :- Ucapan perasmian Penutupan Bulan Penghayatan


Kemerdekaan oleh Puan Tan Moi Yan, Pengetua SMK Kulai Besar.

7.45 pagi :- Persembahan Murid

7.55 pagi :- Nyanyian lagu patriotik dan Laungan Kemerdekaan

8.10 pagi :- Bersurai.

46
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

JALUR GEMILANG

Merah membara semangat waja


Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan


Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya


Semua
LAGU negeriBULAN
PATRIOTIK dalamKEMERDEKAAN
Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu


Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah.Berkibarlah.Berkibarlah
Jalur Gemilang

PENCIPTA: PAK NGAH


SENI KATA: SISO KOPRATASA

47
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

LAGU PATRIOTIK BULAN KEMERDEKAAN

KERANAMU MALAYSIA

Buruh nelayan dan juga petani


Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi


Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini


Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah


Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka


Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Ulang Daripada Mula

Keranamu negara Malaysia


Malaysia
Terima kasih Malaysia!

PENCIPTA: PAK NGAH


SENI KATA: SISO KOPRATASA

48
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

LAGU PATRIOTIK BULAN KEMERDEKAAN

JANJI DITEPATI

Macam malam ikut siang


Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati Jalur Gemilang

Kata Kita dikota


Merah membara semangat waja
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela Putihmu bersih budi pekerti
Masa Depan Diberkati Kuning berdaulat payung negara
Janji sudah ditepati
Biru perpaduan kami semua
Kini masa balas budi

(Chorus) Puncak dunia telah kau tawan


Janji siapa? Janji kita
Lautan luas telah kau redah
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita Membawa semangat jiwa merdeka
Janji apa? Janji 1Malaysia Semarak jaya kami warganya

Ini janji kita BR1M 1Malaysia


Empat belas melintang jalurnya
Ini janji 1Malaysia
Semua negeri dalam Malaysia
BR1M 1Malaysia
Satu suara satu semangat
Kata kita dikota
Itu sumpah warga berdaulat
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Kedai 1Malaysia
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa

49
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

SAJAK BULAN KEMERDEKAAN

KERANAMU MALAYSIA

Keranamu Malaysia,
Tegakkan nusa gagahkan bangsa,
Kita susun seribu langkah, menuju ke hadapan Jalur Gemilang
bersama menseseh pekat malam,
Menerjah gelombang berlari mengejar cahaya,
Menepati janji di hujung jalan, Merah membara semangat waja
Walau berdepan sejuta rintangan, Putihmu bersih budi pekerti
Sekali pun jatuh di medan perjuangan,
Namun tetap meredah,
Kuning berdaulat payung negara
Mencapai wawasan. Biru perpaduan kami semua

Alangkah damainya negeri ku ini,


Puncak dunia telah kau tawan
Dilimpahi rahmat, kemakmuran dikurniai,
Bangsa bersatu berjiwa waja, Lautan luas telah kau redah
Semangat patriotik kiam membara,
Dunia sudah membuka mata,Membawa semangat jiwa merdeka
Penghormatan kini menjadi nyata,Semarak jaya kami warganya
Tiada lagi penindasan,
Tiada lagi penghinaan,
Kemerdekaan terus terpelihara,Empat belas melintang jalurnya
Damainya negeriku Malaysia
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu


Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa

50
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

SAJAK BULAN KEMERDEKAAN

SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka,


Bangkit dari persada luka,
Berdiri megah di pentas wira, Jalur Gemilang
Inginku tebus maruah bangsa.

Aku anak merdeka, Merah membara semangat waja


Terjaga dari ranjang kecewa, Putihmu bersih budi pekerti
Berpaksi gagah di panggung perkasa,
Ingin ku bela nasib bangsa.
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Aku anak merdeka,
Harapan nusa dan bangsa,
Puncak dunia telah kau tawan
Akan kutentang petualang Negara,
Yang tegar membuat angkara. Lautan luas telah kau redah

Aku anak merdeka, Membawa semangat jiwa merdeka


Di hati semangat waja, Semarak jaya kami warganya
Di dada penuh satria,
Ini Tuah akan membela,
Untuk kubalut luka lama Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu


Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa

51
LAPORAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN SMKKB

Disediakan Oleh, Disediakan Oleh,

................ .................
(CIK NORFAHIZAH BINTI FADZIL) (CIK NORFAIZAH BINTI MASTAR )

Disediakan Oleh,

.................
(PN. NOR AMALINA MD NAWI)

Disemak Oleh,

.........................
( EN.ROSLEE BIN JARKASI )
G.K Sains Kemasyarakatan
SMK Kulai Besar

Disahkan oleh,

.........................

52

You might also like