You are on page 1of 23

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

2. KOMPOSISI TULANG 2

3. JENIS TISU TULANG 34

4. JENIS JENIS TULANG 57

6. KLASIFIKASI SISTEM RANGKA TULANG 8 16


- Axial skeleton
- Appendicular skeleton

7. FUNGSI TULANG 17

8. FISIOLOGI DALAM HOMIOSTASIS 18

9. PENYAKIT TULANG 19 20

10. RUMUSAN 21

11. RUJUKAN 22

1
PENGENALAN

2
Tulang adalah organ yang membentuk sebahagian daripada endoskeleton
vertebrata. Ia berfungsi untuk pergerakan, sokongan, dan melindungi pelbagai
organ dalam tubuh, ia turut menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih
dan menyimpan mineral. Jaringan tulang adalah jenis jaringan ikatan padat
kerana tulang datang dalam pelbagai bentuk dan mempunyai struktur dalaman
yang kompleks dan luarannya ringan, namun kuat dan keras, selain untuk
memenuhi fungsi-fungsi lain, salah satu jenis rangkaian yang membentuk tulang
adalah rangkaian osseus mineralized, juga disebut rangkaian tulang, yang
memberikan simpulan dan sarang madu-seperti tiga-dimensi struktur
dalamannya. Jenis rangkaian yang ditemui di sum-sum tulang termasuklah,
endosteum dan periosteum, saraf, pembuluh darah dan tulang rawan. Ada 206
tulang dalam tubuh manusia dewasa dan 270 pada bayi.

Dari kepala hingga ke hujung jari-jari kaki kita, tulang-tulang memberikan


sokongan bagi tubuh kita dan membantu membentuk bentuk manusia.
Tengkorak melindungi otak dan membentuk wajah. Saraf tulang belakang,
sebuah pusat untuk penghantaran impuls antara otak dan tubuh, dilindungi oleh
tulang belakang. Tulang rusuk yang membentuk seperti sangkar melindungi
jantung, paru-paru, hati, dan limpa, pinggul, usus, dan organ-organ reproduksi.
Walaupun tulang sangat ringan, tulang cukup kuat untuk menyokong berat
badan.

Sendi terjadi di mana dua tulang bertemu. Ia membuat kerangka fleksibel.


tanpanya, gerakan akan menjadi mustahil. Otot juga diperlukan untuk gerakan: ia
adalah massa keras, rangkaian elastik yang menarik tulang-tulang ketika
pergerakan.

Sehubungan itu tulang, otot, dan sendi - bersama dengan tendon,


ligamen, dan tulang rawan - membentuk sistem muskuloskeletal manusia

KOMPOSISI TULANG

3
Tulang ialah tisu yang kuat sekali dalam tubuh dan ia terbina daripada bahan-
bahan organic dan bahan bukan organik. Tulang yang sihat mengandungi lebih
kurang 50% air dan 50% bahan pepejal. Bahan pepejal itu terdiri daripada:-

Bahan organik : protein, lemak, collagen fibres, sel (contohnya


osteoblast, osteocytes, osteoclast) dan lain-lain lagi telah membentuk 1/3
kandungan tulang. Sel (2%) :

o Sel Osteoblast : yang membuat matrik (bahan) tulang / sel


pembentuk tulang

o Sel Osteocyte : mempertahankan matrik tulang

o Sel Osteoclast : yang menyerap osteoid (95%) (resorbsi) bahan


tulang (matrik) / sel yang menyerap tulang.

Osteoid (98%) : Matrik (bahan) tulang yang mengandung sedikit mineral


(osteoid=tulang muda)

Bahan bukan organik ; terutamanya nutrien seperti kalsium karbonat


yang membentuk lebih kurang 2/3 kandungan tulang

Air : terdiri daripada 25% air dalam badan

4
JENIS TISU TULANG

Compact bone tissue

Compact bone atau tisu tulang padat mengandungi banyak unit yang
berbentuk silinder dikenali sebagai osteons. Secara makroskopik tisu ini
kelihatan padu. Secara mikroskopik ia terdiri daripada unit-unit osteon atau
Harvesian sistem. Harvesian Canal (central canal) mengandungi salur darah,
salur limfa dan saraf yang dikelilingi oleh lamella. Antara lamella pula terdapat
lacuna yang mengandungi osteosit. Osteosit mendapat bekalan oksigen dan
nutrien daripada salur darah dan salur limfatik. Canaliculi menghubungkan
lacuna dengan lacuna yang lain dan Harvesian Canal. Kawasan antara osteon
terdiri daripada interstitial lamella. Susunan lamella berbentuk seperti tubul.

5
Spongy bone

Spongy bone atau tulang kanselous tidak mirip seperti span. Di tengah
tulang, struktur tulang semakin berongga. Inilah sebabnya mengapa disebut
seperti spongy (span). Terletak di dalam tulang kanselous ialah red bone marrow.
Red bone marrow berfungsi membuat sel-sel darah merah. Majoriti Boone
sumsum merah untuk orang dewasa terletak di kepala femeur dan hemerus.
Sumsum tulang kuning menyimpan lemak. Sumsum ini kadang-kadang boleh
melencong ke red bone marrow ketika seseorang sangat lemah. Ia terdiri
daripada trabecula yang tidak teratur. Ruang antara trabecula dipenuhi dengan
sum-sum tulang. Ia mengandungi lamella dan lacuna. Lacuna mengandungi
osteosit. Osteosit mendapat nutrien daripada peredaran darah melalui kaviti
medulari.

6
JENIS-JENIS TULANG
TULANG PANJANG

TULANG PENDEK

TULANG IRREGULAR

TULANG LEPER

TULANG SESAMOID

Tulang panjang

7
Tulang panjang adalah tulang yang berkembang dari pemanjangan pada
bahagian epifise (bonggol tulang). Ujung dari epifise dibungkus oleh tulang
rawan hialin. Pertumbuhan secara longitudinal ini disebabkan oleh osifikasi
secara endokondral pada epifise.
Mempunyai shaf(diaphysis) atau badan yang panjang dan berbentuk selinder
berongga (rongga = kaviti medula yang mengandungi sum-sum). Kedua-dua
hujung shaf tulang ini besar (epiphysis). Semasa tumbesaran, setiap hujung
adalah terpisah dari shaf oleh rawan epifisis (epiphyseal cartilage). Tumbesaran
tulang akan berhenti bila matang dan epifisis akan bercantum dengan
shaf.contoh tulang femur, fibia dan humerus.

Tulang pendek

Mempunyai ukuran panjang, lebar dan tebal yang sama. Contoh, tulang karpus
dan tarsus. Fungsi, mengurangkan konkasyen. Tulang sesamoid yang terdapat
dalam kapsul sendi atau tendon boleh dianggap sebagai tulang pendek. Tulang
sesamoid dapat mengurangkan atau menghilangkan geseran atau menukar arah
tendon. Contoh tulang carpal dan tarsal.

8
Tulang irregular

Mempunyai bentuk yang ganjil seperti tulang vertebra dan tulang bahagian base
tengkorak. Tulang ini tidak ada pasangan dan terletak di bahagian
median.contoh tulang vertebra dan hip bone.

Tulang leper

Besar dalam dua arah. Sediakan kawasan untuk perlekatan bagi otot-otot dan
melindungi organ-organ yang ditutupinya.contoh tulang leper ialah sternum dan
tulang kranial.

Tulang sesamoid

Tulang ini kecil dan berada di patella yag berada di tempurung lutut.

KLASIFIKASI SISTEM RANGKA TULANG

9
Sistem rangka tulang manusia dibahagi menjadi dua bahagian utama,
axial skeleton dan appendicular skeleton.
Rangka axial terdiri daripada skull (tengkorak), vertebral column (kolum
vetebra), ribs (tulang rusuk) dan sternum. Tujuan utama adalah melindungi
organ-organ vital iaitu jantung, otak, dan paru-paru serta untuk menyediakan
satu struktur yang lengkap bagi menjalankan fungsi-fungsi yang sempurna.

Axial skeleton

Skull (tengkorak)

Skull atau tengkorak terletak di penghujung superior kolum vertebra yang terdiri
daripada cranial bone (tulang kranium) dan facial bone.

a) Cranial bone (tulang kranium) berfungsi bagi melindungi otak. Terdapat


8 tulang iaitu:-
- 1 frontal bone (anterior)
- 2 parietal bone (side & root)
- 2 temporal bone (inferior lateral)
- 1 occipitial bone (posterior)
- 1 sphenoid bone (middle)
- 1 ethmoid bone (anterior of base & medial to orbit)

b) Facial bone membentuk wajah seseorang manusia. Terdiri daripada 13


tulang iaitu:-

10
- 2 nasal bone (midline nose). Ia mempunyai tisu cartilaginous
yang melekat di antaranya. Tisu ini bersama membentuk
hidung. Tulang nasal panjang dan nipis dan hampir berbentuk
empat segi sama yang terletak bersebelahan satu sama lain
agar membentuk jambatan antara hidung.
- 1 maxilla (rahang atas) mengandungi kaviti yang besar
dipanggil maxillary sinuses.
- 2 zygomatic bone (pipi) berfungsi sebagai pembentuk pipi
- 1 mandible (rahang bawah)
- 2 lacrimal bone (posterior dan lateral nasal bone). Ia
mempunyai laluan untuk salur yang mengangkut air mata
hingga ke kaviti nasal.
- 2 palatine bone (posterior hard plate)
- 2 inferior nasal conchae(lateral wall nasal cavity)
- 1 vomer (floor nasal cavity). Ia berhubung dengan ethmoid
bone dan bersama membentuk nasal septum (dinding yang
mengasingkan 2 kaviti nasal)

Vetebral column (kolumn vetebra)

11
Kolumn vetebra atau tulang belakang adalah struktur fleksibel yang terdiri
daripada 26 tulang namun bagi bayi ada 33 tulang. Tulang belakang adalah
sekitar 28 inci, atau 70 cm, panjang, dan dipisahkan oleh invetebra disk (annulus
fibrous dan nucleus pulpusus). Terdapat lima bahagian iaitu:-
- 7 vetebra servikal. Tulang paling kecil dan terdapat dua servikal
iaitu atlas dan axis.
- 12 vetebra torasik. Tulang yang paling panjang dan yang
menyokong berat badan.
- 5 vetebra lumbar. Tulang yang paling besar dan menyokong
berat badan atas.
- Sacrum: S1-S5. tulang yang berbentuk segitiga dan concave
anterior surface.
- Koksik : C1-C4. Terdapat 4 terminal vetebra yang berbentuk
segitiga.

Kolumn vetebra berfungsi untuk melindungi spinal cord jika kolumn vetebra
tercedera maka spinal cord juga tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai
laluan penghantaran impuls ke otak. Selain itu kolumn vetebra berfungsi untuk
pergerakan badan sebab itu ia fleksibel dan berfungsi untuk menyokong kepala
serta menyediakan tempat pelekatan unutk tulang rusuk, kerangka pelvic dan
otot belakang.

Ribs (tulang rusuk)

Terdapat 12 pasang tulang rusuk yang menyokong kaviti torasik. Tulang-


tulang ini melekat secara anterior pada sternum dengan costal cartilage di
hujungnya. Yang bersambung secara langsung 7 pasang (true ribs), yang
bersambung secara tidak langsung 3 pasang dan 2 tulang rusuk yang terapung
pasangan pada bahagian yang terakhir yang tidak bersambung dengan sternum.

12
Tulang rusuk bersambung secara posterior dengan thoracic vertebrae. Ia
berfungsi bagi melindungi paru-paru dan jantung.

Sternum

Sternum berbentuk flat yang terletak di tengahtengah pada anterior dinding


torasik. Ia bersambungan secara anterior pada 7 pasang tulang rusuk yang
pertama. Ia terdiri daripada:-
- manubrium ; yang bersambungan dengan klavikel 2 pasang
tulang rusuk yang pertama
- body : yang bersambungan dengan tulang rusuk
- Xiphoid process; yang bersambungan dengan diafragma dan
otot dinding abdomen.

13
Appendicular skeleton

Pectoral girdles (kerangka bahu)

Pectoral girdles atau kerangka bahu terdirir daripada 2 klavikle pada


bahagian anterior dan 2 skapula pada bahagian posterior.

Klavikle
Berbentuk S. Ia terletak di anterior toraks dan superior rib pertama. Bahagian
lateral bersambungan dengan manubrium sternum dan bahagian medial
bersambungan dengan acromion proses scapula yang membentuk bahagian
bahu manusia. Bahagian axis menjadi kunci apabila bahu digerakkan.

Skapula
Berbentuk segitiga dan flat. Ia terletak di posterior toraks (aras 2-7ribs). Ia
adalah kaviti glenoid yang bersambungan dengan humerus.

14
Upper limbs (anggota atas)

Upper limbs (anggota atas) merujuk pada apa yang dalam Bahasa
Inggeris umum dikenali sebagai lengan, iaitu, bahagian bahu ke hujung jari.
Terdiri daripada humerus (arm), radius dan ulan (forearm) dan carpal, metacarpal
dan phalange (hand).

Humerus (arm)
Bahagian kepala humerus bersambungan secaraproksimal dengan scapula
(glenohumeral joint) dan distal pada siku.

Radius dan Ulna (forearm)


Terletak pada forearm iaitu antara siku dan pergelangan tangan. Radius pada
lateral dan ulna pada medial.

Carpal, Metacarpal dan Phalange


Ia terletak pada bahagian tangan yang terdiri daripada wrist (8 tulang carpal),
palm (5 tulang metacarpal) dan fingers (14 phalange)

15
Pelvic girdles (kerangka pelvik)

Ia berfungsi untuk menyokong berat badan dan melindungi organ pelvik


daripada kecederaan. Ia berbentuk cincin yang menyambung struktur tulang
belakang kepada femurs. Terdiri daripada tulang ilium, ischium dan pubis.

Lower limbs (anggota bawah)

Terdiri daripada femur (paha), patella (kneecap), tibia dan fibula (betis)
serta tarsal, metatarsal dan phalange (kaki).

Femur
Ia adalah tulang yang paling panjang dan berat. Bahagian hujung proksimal
bersambungan dengan hip bone dan hujung distal bersambungan dengan tibia
dan fibula.

Patella
Iaitu kneecap atau tempurung lutut. Terletak pada anterior sendi lutut.

Tibia dan Fibula


Tibia, tulang kering, ataupun Shankbone adalah lebih besar dan lebih kuat dari
dua tulang di kaki di bawah lutut pada vertebrata dan menyambung lutut dengan
tulang pergelangan kaki. Ditemukan tibia anterior ke medial dan fibula. Ini adalah
kedua tulang terbesar dalam tubuh manusia, yang terbesar adalah tulang paha.

16
Tibia berartikulasi dengan tulang paha dan tempurung lutut superior, fibula lateral
dan dengan landaian inferior.

Tarsal (ankle)
Terdapat 7 tulang tarsal pada bahagian proksimal kaki. Talus bersambungan
dengan tibia dan fibula (ankle joint).

Metatarsal
Terdapat 5 tulang metatarsal pada bahagian tengah kaki. Bahagian proksimal
bersambungan dengan tarsal dan bahagian distal bersambungan dengan
phalange.

Phalange
Terdapat 14 tulang pada bahagian distal kaki

FUNGSI TULANG

Antara fungsi tulang ialah

17
Sebagai sokongan badan. Struktur rangka tulang dapat menyokong
tisu tisu dan menyediakan tempat untuk otot rangka.

Pergerakkan.

Apabila otot berkontraksi, otot bersama tulang dapat menghasilkan


pergerakkan untuk bergerak.

Penyimpanan triglyserida.Triglyseride disimpan dalam sel adipos pada


yellow bone marrow.

Penghasilan sel darah merah. Sel darah merah dapat dihasilkan oleh
red bone marrow.

Perlindungan organ dalaman. Tulang juga dapat melindungi organ


organ daripada mendapat kecederaan.

Untuk proses homestasis.

Untuk memberikan bentuk keseluruhan bagi tubuh.

Menjaga agar organ tubuh tetap berada di tempatnya.

FISIOLOGI DALAM HOMEOSTASIS

Aras kalsium dalam darah rendah

18
Kalsium terdapat dalam darah sentiasa menurun dan menaik. Perubahan ini
dikawal oleh hormon paratairoid dan hormon calsitonin. Apabila paras kalsium
dalam darah menurun,ia akan dikesan oleh hormone paratairoid lalu
perembesan hormone tersebut dalam darah akan meningkat. Melalui aktiviti ini,
ia akan menyebabkan 3 perkara utama iaitu akan meningkatkan aktiviti
osteoclast iaitu proses resorbsi tulang. Selain itu, ia juga akan merangsang
pembentukan calcitrol dan juga mengurangkan kehilangan kalsium dalam urine
di renal.aktiviti osteoclast yang meningkat tadi akan menyebabkan kalsium
dibebaskan dari tulang ke dalam darah dan juga kesan dari pembentukan
calcitrol tadi juga akan meyebabkan lebih absorpsi kalsium diri trek gastrousus.
Kalsium juga akan kekal dalam darah disebabkan oleh mekanisma yang berlaku
di renal yang telah dibincang tadi. Melalui semua gabungan mekanisma yang
telah berlaku di atas, aras kalsium dalam darah akan meningkat dan kenbali
kepada paras normal.

Aras kalsium dalam darah tinggi

Selain dari paras kalsium yang rendah dalam darah, terdapat juga paras kalsium
yang tinggi dalam darah. Apabila kalsium meningkat, perubahan yang tidak
normal ini akan dikesan oleh hormon calsitonin.hormon ini dikawal oleh kelenjar
tiroid. Hormon ini akan menyebabkan aktiviti osteoclast terencat secara
automatik dan akanmemberi kesan terus terhadap paras kalsium tersebut. kesan
daripada perubahan ini, pengambilan kalsium dari darah ke tulang akan berlaku
dengan lebih pesat. Seterusnya, kalsium yang telah diserap tadi akan mula
mendap dan deposit dalam tulang untuk pembentukan tulang yang seterusnya
dalam badan manusia. Dengan ini, aras kalsium dalam darah akan menjadi
kembali rendah dan kembali kepada paras normal.

PENYAKIT TULANG

OSTEOPOROSIS

19
Dalam penyakit ini, densiti tulang iaitu kadar tisu dalam tulang berkurang
kerana tiada resapan kalsium yang berlaku ke dalam tulang tersebut. Densiti
tulang yang paling maksimum adalah ketika berusia 35 tahun tetapi turun sekata
tahun demi tahun bagi lelaki mahupun perempuan. Kadar hormone estrogen
yang menurun setelah menopaus berkait rapat dengan percepatan kehilangan
densiti tulang pada wanita. Ini bermakna, pada mana-mana peringkat umur
ternyata wanita mengalami kehilangan densiti tulang lebih daripada lelaki. Faktor
persekitaran dan penyakit juga berkait rapat dengan pembentukan osteoporosis
yang disebabkan penurunan kadar jisim tulang. Sesetengah disebabkan oleh
perubahan gaya hidup seseorang itu. Pengambilan kalsium dan senaman pada
waktu kanak-kanak dan dewasa adalah sangat penting untuk menentukan risiko
untuk mendapat osteoporosis pada waktu tua. Jika jisim tulang menurun, kadar
kemungkinan untuk tulang itu patah sangat tinggi.

Faktor penurunan jisim tulang

Faktor risiko iaitu lebih kepada perempuan, umur yang meningkat tua,
berasal dari etnik kulit putih, sejarah keluarga, kurangnya aktiviti bersenam,
merokok, terlebih mengambil alkohol dan menapaus awal. Faktor dadah pula
adalah pengambilan kortikosteroid. Bagi faktor penyakit, disebabkan sindrom kru
shing, diabetes mellitus jenis I, kerosakan renal kronik, kerosakan hepar kronik,
dan anoreksia nerrosa.

PAGETS DISEASE

Penyakit piget adalah berpunca dari kegagalan tulang untuk membentuk


secara normaldi mana pembentukan tulang dan permusnahan tulang menjadi

20
tidak teratur. Tulang yang termendap akan menjadi lembut dan tidak normal. Ini
akan menyebabkan pembentukan rekahan pada tulang terurama pada tulang
femur, tibia dan tengkorak. Kebanyakan kes berlaku pada umur 40 tahun ke
atas. Penyebab kepada terjadinya penyakit ini adalah masih lagi tidak diketahui.
Penyakit ini juga berkemungkinan besar menyumbang terjadinya osteoarthiritis
dan osteosarkona.

RICKETS DAN OSTEOMALACLA

Penyakit ini terjadi disebabkan oleh pengerasan tulang yang tidak stabil.
Ini berkait rapat dengan penyerapan vitamin D keadaan tulang. Pada kanak-
kanak yang mempunyai struktur tulang yang masih dalam tumbesaran, akan
menyebabkan terbantutnya tumbesaran tulang pada peringkat bawah badan
terutama pada bahagian kaki dipanggil ricket. Pada dewasa pula, yang
memerlukan penyerapan vitamin D pada tulang akan mendapat osteomalacla
jika kekurangan penyerapan vitamin D tersebut. Ini akan menyebabkan
peningkatan kadar risiko unutk kepatahan tulang dan kesakitan tulang.
Kekurangan vitamin ini disebabkan diet yang tidak seimbang dan juga kurangnya
terdedah pada cahaya matahari yang diperlukan untuk vitamin D. Ada
sesetengah orang pula mempunyai masalah genetik yang tidak boleh
memetabolismakan vitamin D secara normal yang akan menyebabkan penyakit
di atas.

RUMUSAN

21
Secara kesimpulannya sistem tulang terbina untuk menyokong struktur
tubuh badan manusia, melindungi organ-organ dalaman agar tidak mudah
cedera, untuk pergerakan badan serta menjalankan fungsi-fungsi lain bagi
manusia itu sendiri. Sistem tulang yang komplek dibina supaya pergerakan lebih
licin dan lancar. Maka dengan itu setiap manusia perlu lebih memahami tulang
mereka agar dapat menjaga diet permakanan, postur badan yang betul ketika
ingin melakukan pergerakan yang lasak serta menitik beratkan beberapa faktor
lain yang memungkinkan sesuatu penyakit itu mudah untuk dihidapi atau mudah
untuk berlaku kepada individu tersebut.

SUMBER RUJUKAN

22
o ROSS & WILSON Anatomy and Physiology in Health and Illness.
Tenth Edition; reprint 2008
o Kementerian Kesihatan Malaysia; Anatomi dan Fisiologi; Edisi Kedua
cetakan kesepuluh 1997.
o www.wikipedia.org/wiki/alimentary tract
o www.mediacastore.com
o www.library.thinkquest.org

23

You might also like