You are on page 1of 13

TEMA: Kesederhanaan

TAJUK: Bersederhana ketika menyambut sesuatu majlis

HASIL PEMBELAJARAN:

Mengamalkan sikap bersederhana ketika menyambut sesuatu perayaan atau majlis

AKTIVITI:

1. Guru meminta murid menceritakan mengenai sambutan hari gawai yang sering
mereka sambut setiap tahun secara individu.
2. Guru mengaitkan cerita murid dengan topik pelajaran pada hari ini.
3. Guru menerangkan maksud kesederhanaan kepada murid.
Kesederhanaan: Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan
tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang ramai.
4. Guru menerangkan cara bersederhana ketika menyambut sesuatu perayaan atau
majlis.
5. Murid diminta mengemukakan pendapat tentang cara mereka bersederhana semasa
menjalani kehidupan seharian.
6. Murid diberikan beberapa situasi dan diminta mengemukakan pendapat berdasarkan
situasi tersebut.
7. Guru membuat sedikit ulasan mengenai pendapat yang diberikan oleh murid.
8. Guru membuat rumusan mengenai topik pembelajaran pada hari ini iaitu
kesederhanaan

BBM:

Buku modul BITARA Pendidikan Moral Tahun 3

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, kemahiran mengenalpasti

REFLEKSI:
TEMA: Kesederhanaan

TAJUK: Kesederhanaan Mengelakkan Pembaziran

HASIL PEMBELAJARAN:

Menerima amalan kesederhanaan keluarga dan masyarakat ketika menyambut


sesuatu majlis atau perayaan.

AKTIVITI:

1. Guru bertanya kepada murid mengenai pelajaran lepas tentang kesederhanaan


dalam menyambut perayaan.
2. Guru menerangkan semula maksud kesederhaan kepada murid.
3. Guru meminta murid membaca perbualan di antara Chia Nee, ibu serta ayahnya
didalam buku teks.
4. Murid membaca bertiga-tiga secara bergilir-gilir dihadapan kelas.
5. Guru menerangkan mengenai sambutan sesuatu majlis yang disambut secara besar-
besaran.
6. Murid diminta berbincang didalam kumpulan mengenai kebaikan bersederhana
semasa menyambut sesuatu majlis.
7. Hasil perbincangan dibentangkan dihadapan kelas oleh ketua kumpulan masing-
masing.
8. Guru membuat ulasan terhadap setiap pembentangan.
9. Guru meminta murid-murid menceritakan sambutan majlis hari jadi yang pernah
mereka raikan.
10. Guru membuat rumusan mengenai topik pembelajaran pada hari ini.

BBM:

Buku teks, Kertas mahjong,pen marker.

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, kajian masa depan

REFLEKSI:

TEMA: Kejujuran
TAJUK: Ikhlas Ketika Menghulurkan Bantuan

HASIL PEMBELAJARAN:

Bersikap ikhlas dalam memberikan bantuan

AKTIVITI:

1. Guru menyoal murid.


Adakah kamu sering membantu ibu dan ayah dirumah?
Jawapan: Ya/Tidak
Pernahkah kamu meminta upah daripada ayah dan ibu selepas membantu mereka?
2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik pelajaran hari ini.
3. Guru menerangkan maksud ikhlas kepada murid.
Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu dengan suci hati dan tidak berpura-pura.
4. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu situasi
mengenai tindakan mereka yang menunjukkan keikhlasan
5. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka dihadapan kelas.
6. Guru membuat rumusan mengenai topik pembelajaran pada hari ini.

BBM:

Buku modul BITARA Pendidikan Moral Tahun 3

, Gambar situasi

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, kajian masa depan

REFLEKSI:

TEMA: Kejujuran

TAJUK: Membantu secara ikhlas.


HASIL PEMBELAJARAN:

Bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja.

AKTIVITI:

1. Guru menyoal murid mengenai pembelajaran yang lepas iaitu bersikap ikhlas.
2. Guru meminta murid membaca puisi yang terdapat didalam buku teks.
3. Setiap murid membaca serangkap puisi secara bergilir-gilir dihadapan kelas.
4. Guru menerangkan maksud setiap rangkap puisi kepada murid.
5. Guru menyoal murid.
Siapakah orang yang memerlukan bantuan?
Jawapan:
i. Rakan-rakan yang lemah dalam pelajaran
ii. Mangsa kemalangan
iii. Orang susah dan miskin
iv. Orang yang kurang upaya
v. Semua orang yang memerlukan
6. Murid diminta menceritakan secara individu cara mereka memberikan bantuan
kepada orang yang memerlukan pertolongan.
7. Guru membuat rumusan mengenai topik pembelajaran pada hari ini.

BBM:

Buku teks Pendidikan Moral

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, kajian masa depan

REFLEKSI:

TEMA: Baik Hati

TAJUK: Bersimpati adalah sikap orang yang baik hati

HASIL PEMBELAJARAN:
Menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

AKTIVITI:

1. Guru menyoal murid.


Pernahkah kamu membantu orang yang dalam kesusahan?
2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik pembelajaran pada hari ini.
3. Guru menerangkan kepada murid mengenai kebaikan membantu orang yang dalam
kesusahan.
4. Guru juga menerangkan cara-cara menghulurkan bantuan
i. Mendermakan wang dan barangan keperluan
ii. Memberikan sokongan moral
iii. Mengambil berat
iv. Menunjukkan simpati dan belas kasihan
5. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Beberapa situasi diberikan.
6. Murid diminta berbincang didalam kumpulan untuk membincangkan tindakan yang
perlu diambil berdasarkan situasi.
7. Murid diminta membentangkan hasil pembentangan dihadapan kelas.
8. Guru membuat sedikit ulasan mengenai setiap pembentangan.
9. Guru memilih dua orang murid secara rawak untuk menceritakan pengalaman
mereka membantu orang yang dalam kesusahan.
10. Guru membuat rumusan mengenai topik pembelajaran pada hari ini.

BBM:

Buku modul BITARA Pendidikan Moral Tahun 3

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, kajian masa depan

REFLEKSI:

TEMA: Baik Hati

TAJUK: MERCY- Sentiasa membantu

HASIL PEMBELAJARAN:
Menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

AKTIVITI:

1. Guru menyoal murid.


Pernahkah kamu menonton ditelevisyen mengenai bencana alam di luar negara?
Pernahkah kamu mendengar atau membaca mengenai persatuan MERCY?
2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik pembelajaran pada hari ini.
3. Murid diminta membaca buku teks halaman 34 mengenai MERCY Malaysia.
4. Murid diminta membaca dan memahami teks secara beramai-ramai.
5. Guru membuat sedikit penerangan mengenai persatuan MERCY tersebut
6. Murid bersama guru membuat perbincangan mengenai tujuan MERCY ditubuhkan
dan bagaimana MERCY membantu mangsa bencana alam.
7. Murid diminta secara individu menerangkan kebaikan jika salin menolong dihadapan
kelas.
8. Guru membuat rumusan topik pelajaran pada hari ini.

BBM:

Buku teks Pendidikan Moral

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, mengenalpasti

REFLEKSI:

TEMA: Berterima kasih

TAJUK: Terima Kasih Cikgu

HASIL PEMBELAJARAN:

Menghargai pengorbanan dan tunjuk ajar golongan pendidik.


AKTIVITI:

1. Guru menyoal murid mengenai pembelajaran yang lepas.


2. Murid diminta menyanyikan lagu Terima Kasih Cikgu secara beramai-beramai.
3. Murid diminta membaca teks perbualan mengenai sambutan hari guru yang terdapat
didalam buku teks halaman 38.
4. Tiga orang murid dipilih secara rawak untuk melakonkan situasi tersebut.
5. Guru menyoal murid.
i. Bilakah sambutan hari guru diadakan? Jawapan: 16 Mei
ii. Apakah tujuan sambutan hari guru diadakan?
6. Setiap murid diminta untuk membuat kad Selamat Hari Guru untuk guru yang
mereka sayangi dan sanjungi.
7. Guru membuat rumusan topik pelajaran pada hari ini.

BBM:

Buku teks Pendidikan Moral

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, mengenalpasti

REFLEKSI:

TEMA: Berterima kasih

TAJUK: Berterima kasih kepada guru

HASIL PEMBELAJARAN:

Menghargai jasa guru


AKTIVITI:

1. Guru menyoal murid mengenai sambutan hari guru yang diadakan setiap tahun.
2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik pembelajaran pada hari ini.
3. Murid diminta menyenaraikan jasa dan pengorbanan yang telah guru berikan.
4. Murid diminta berada didalam kumpulan masing-masing dan membincangkan
tentang cara menghargai jasa guru.
5. Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan
6. Guru membuat sedikit ulasan mengenai hasil perbincangan tersebut.
7. Murid diminta menyanyikan lagu Terima Kasih Cikgu secara beramai-ramai dengan
bimbingan guru.
8. Murid diminta secara individu menyatakan cara mereka membalas jasa guru.
9. Guru membuat rumusan topik pelajaran pada hari ini.

BBM:

Buku teks Pendidikan Moral

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, mengenalpasti

REFLEKSI:

TEMA: Kasih sayang terhadap keluarga

TAJUK: Memupuk Kasih Sayang dalam Keluarga

HASIL PEMBELAJARAN:

Menyayangi Anggota Keluarga

AKTIVITI:
1. Guru meminta murid menyatakan bilangan ahli keluarga mereka secara individu.
2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik pembelajaran pada hari ini iaitu
memupuk kasih sayang dalam keluarga.
3. Guru menerangkan maksud keluarga bahagia kepada murid-murid.
Keluarga Bahagia: Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang berkasih sayang.
Sentiasa mengambil berat antara satu sama lain dan mempunyai pergaulan yang
mesra.
4. Guru menyenaraikan cara pergaulan dengan anggota keluarga.
5. Guru membuat penerangan kepada murid-murid mengenai cara pergaulan diantara
keluarga untuk memupuk keluarga bahagia.
6. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
7. Guru memberikan beberapa situasi. Murid diminta berbincang didalam kumpulan
untuk menilai betul atau salah tindakan yang dilakukan berdasarkan situasi.
8. Guru membuat sedikit ulasan mengenai hasil perbincangan tersebut.
9. Murid diminta menyanyikan lagu Sayang Semuanya dengan bimbingan guru.
10. Guru membuat rumusan topik pelajaran pada hari ini.

BBM:

Buku modul BITARA Pendidikan Moral Tahun 3

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, mengenalpasti, kajian masa depan

REFLEKSI:

TEMA: Kasih sayang terhadap keluarga

TAJUK: Kehidupan Keluarga Bahagia

HASIL PEMBELAJARAN:

Menyayangi Anggota Keluarga dengan menjalinkan hubungan yang baik dan mesra
sesama anggota keluarga.

AKTIVITI:
1. Guru menyoal murid mengenai pembelajaran yang lepas mengenai keluarga
bahagia.
2. Murid diminta untuk menceritakan mengenai saudara mara mereka yang telah
melanjutkan pelajaran ke menara gading secara individu.
3. Murid diminta membuka buku teks halaman 43 mengenai mengenai Imbon yang
melanjutkan pelajaran.
4. Semua murid diminta untuk menuliskan sepucuk surat untuk membalas surat yang
diberikan oleh Imbon.
5. Murid diminta membincangkan kebaikan menjalinkan hubungan yang mesra semasa
anggota keluarga.
6. Guru membuat rumusan topik pelajaran pada hari ini.

BBM:

Buku teks Pendidikan Moral

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, mengenalpasti, kajian masa depan

REFLEKSI:

TEMA: Kasih sayang terhadap keluarga

TAJUK: Hari Keluarga

HASIL PEMBELAJARAN:

Menyayangi Anggota Keluarga dengan menjalinkan hubungan yang baik dan mesra
sesama anggota keluarga.

AKTIVITI:

1. Guru menyoal murid mengenai pembelajaran yang lepas mengenai keluarga


bahagia.
2. Guru menyoal murid
Pernahkah kamu menyambut hari keluarga?
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik pelajaran pada hari ini iaitu Hari
Keluarga.
4. Murid diminta membaca petikan didalam buku teks pada halaman 44.
5. Guru menyoal murid
Apakah kebaikan Hari Keluarga diadakan?
6. Guru meminta murid berada didalam kumpulan. Murid diminta menyenaraikan aktiviti
yang sesuai dilakukan bersama ahli keluarga.
7. Guru membuat rumusan topik pelajaran pada hari ini.

BBM:

Buku teks Pendidikan Moral

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, mengenalpasti, kajian masa depan

REFLEKSI:

TEMA: Hormat dan Taat Kepada Anggota Keluarga

TAJUK: Bertolak Ansur dalam Keluarga

HASIL PEMBELAJARAN:

Bertolak ansur terhadap keluarga.

AKTIVITI:

1. Guru menyoal murid


Apakah maksud bertolak ansur?
Jawapan: Bertolak ansur bermakna sanggup beralah agar tidak berlakunya
pertengkaran.
2. Guru menyenaraikan amalan bertolak ansur yang harus diamalkan didalam keluarga.
3. Guru menerangkan satu-persatu kebaikan mengamalkan amalan tolak ansur
4. Murid diminta berada didalam kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk menilai
tindakan bertoleransi atau tidak bertoleransi berdasarkan situasi yang diberikan.
5. Guru meminta murid menceritakan tindakan bertoleransi yang pernah mereka
lakukan kepada ahli keluarga secara individu.
6. Guru membuat rumusan topik pelajaran pada hari ini.

BBM:

Buku teks Pendidikan Moral

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, mengenalpasti, kajian masa depan

REFLEKSI:

TEMA: Hormat dan Taat Kepada Anggota Keluarga

TAJUK: Bertolak Ansur Memupuk Keluarga Bahagia

HASIL PEMBELAJARAN:

Berusaha mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga

AKTIVITI:

1. Guru menyoal murid mengenai pelajaran yang lepas.


2. Guru meminta murid membacakan pantun yang terdapat didalam buku teks halaman
46 secara individu.
3. Murid diminta berbincang didalam kumpulan mengenai nasihat yang terdapat dalam
pantun di atas.
4. Guru memberikan ulasan mengenai hasil perbincangan.
5. Guru menerangkan faedah jika saling membantu sesama anggota keluarga.
6. Guru membuat rumusan topik pelajaran pada hari ini.

BBM:

Buku teks Pendidikan Moral

KEMAHIRAN:

Kemahiran mendengar, mengenalpasti, kajian masa depan

REFLEKSI:

You might also like