You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU CHAPA

06000, JITRA KEDAH

MINIT MESYUARAT PANITIA PK/PJ/ MUZIK /PSV


KALI PERTAMA

Tarikh : 22. 01. 2017


Masa : 1.00 tengah hari
Tempat : Bilik Sumber SKPC

Kehadiran :
1. Encik Wan Nordin bin Wan Mohamad
2. Encik Mohd Izmee Ikran bin Mohd Ruslan ( Ketua Panitia)
3. Encik Anuar bin Che Omar
4. Encik Junaidi bin Othman
5. Puan Nor Haiza binti Yusoff ( Setiausaha)
6. Puan Azizah binti Ismail
7. Puan Mahani binti Ahmad

BI AGENDA TINDAKAN
L
1 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1 Bacaan doa dan kata alu-aluan pengerusi
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru PJ/PK/Muzik/PSV
yang sudi hadir ke mesyuarat buat kali pertama.
1.3.Tujuan utama mesyuarat kali pertama diadakan untuk
merancang program dan aktiviti bagi keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran PJ /PK/ Muzik / PSV di Sekolah Kebangsaan
Pulau Chapa.

2 UCAPAN PENASIHAT

2.1 En. Wan Nordin memaklumkan supaya semua guru peka dan
menghayati makluman ataupun pekeliling dari kementerian
Jabatan Pelajaran

2.2 Semua guru disarankan supaya sentiasa mengemaskinikan fail


yang bersangkutan dengan subjek ataupun tugas masing-masing

1
3 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA
Tiada

4 PERKARA BERBANGKIT
Tiada

5 RANCANGAN TAHUNAN PELAJARAN


5.1 Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan Guru PJ
pelajaran tahunan (RPT) dan rancangan pelajaran harian (RPH) Guru PK
hendaklah disediakan dengan lengkap dan mengikut format Guru Muzik
mata pelajaran yang sedia ada. Guru PSV

5.2 Bagi tahun 1, 2 , 3, 4 , 5 dan 6 format KSSR perlu


digunakan.Rancangan tahunan hendaklah dicetak dan
dibukukan. Tempoh bagi menyiapkan Rancangan Tahunan ialah
dua minggu selepas awal persekolahan.

5.3 En. Izmee memaklumkan subjek Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan telah diasingkan mengikut pecahan waktu yang telah
ditetapkan iaitu waktu Pendidikan Jasmani 2 kali seminggu
selama 30 minit setiap waktu. Masa Pendidikan Jasmani tidak
boleh ditukarkan kepada subjek lain.

6 BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR


6.1 Pengerusi menjelaskan bahawa Buku Persediaan Mengajar Guru PJ
(BPM) pada tahun ini perlu disediakan mengikut format KSSR Guru PK
untuk tahun 1, 2 ,3 , 4, 5 dan 6. Guru Muzik
Guru PSV
6.2 Pengerusi menerangkan cara penulisan RPH perlulah selaras
dengan semua guru yang mengajar subjek tertentu.

7 PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK


7.1 Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur Guru PJ
pembelian dan pengurusan stok panitia. Guru PK
Guru Muzik
7.2.Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli Guru PSV
bahan bantuan mengajar hendaklah mengisi Nota Minta dan
berbincang dengan Guru Besar untuk persetujuan pembelian
barang.

8 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


8.1 Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran Guru PJ

2
dan pembelajaran (P&P) mengikut tahap murid.( Pembelajaran Guru PK
abad 21) Guru Muzik
Guru PSV
8.2 Meminta semua guru Tahun 1 ,2,3,4, 5 dan 6 menilai murid-
murid mengikut Standard Prestasi KSSR (Tahun 4,5 dan 6 ) dan
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (Tahun 1,2,dan 3)

Guru PJ
8.3 Semua guru PJK diingatkan tentang Bulan Kecergasan yang
Guru PJK
akan diadakan pada bulan 10.

8.4 Cikgu Anuar memaklumkan UJIAN SEGAK pertama akan


dijalankan bermula pada bulan Mac. Manakala UJIAN SEGAK kali
kedua akan diajalankan pada bulan Ogos.

9 HAL-HAL LAIN
9.1 Menerangkan kepentingan menyanyi lagu Negaraku, negeri Guru PJ
dan sekolah tanpa kesalahan. Guru PK
9.2 Meminta guru-guru PJ/PK menggunakan alatan dan Guru Muzik
menyimpannya semula di stor sukan. Guru PSV
9.3 Meminta guru-guru PSV menggunakan peralatan seni dan
menyimpan semula di bilik peralatan seni
9.4 Meminta semua guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran supaya murid-murid berminat mempelajarinya.

1 UCAPAN PENANGGUHAN
0 10.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
guru kerana menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi
dan menggerakkan panitia PK/PJ/ Muzik /PSV.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh Disemak oleh

.. .

(NOR HAIZA BINTI YUSOFF) (MOHD IZMEE IKRAN
B.MOHD RUSLAN )
Setiausaha PJ/PK/Muzik/PSV Ketua Panitia
PJ/PK/Muzik/PSV
SK.Pulau Chapa SK.Pulau Chapa

3
4

You might also like