You are on page 1of 10

BAHAGIAN A

(20 markah)
Bulatkan jawapan yang betul.
1. Leher zirafah sangat ___________.
a. panjang
b. tinggi
c. lurus
d. tegak

2. Amar lari tercungap-cungap ____________ dikejar anjing.


a. walaupun
b. tetapi
c. kerana
d. untuk

3. ___________kah pertandingan mewarna itu akan diadakan?


a. Berapa
b. Apa
c. Bila
d. Siapa

4. ___________kah yang datang ke rumah awak tadi?


a. Bila
b. Siapa
c. Mengapa
d. Berapa

5. Monica sedang dirawat di hospital __________ ?


a. mana
b. berapa
c. siapa
d. bila

6. Hanif gembira _________ mendapat tempat pertama.


a. kerana
b. lalu
c. tetapi
d. sambil

7. Amin _____________ basikal untuk pergi ke sekolah.


1
a. menunggang
b. membawa
c. memandu
d. mendayung

8. Trek joging di Lembah Kiara _________ selepas hujan.


a. licin
b. besar
c. panjang
d. kencang

9. Kamal tidak dapat bermain di taman permainan kerana


hujan turun dengan _________.
a. lebat
b. banyak
c. laju
d. tajam

10. Naurah dan ibunya ke pasar. ________ menaiki bas.


a. Mereka
b. Dia
c. Kita
d. Awak

11. Setiap hari Sabtu, Malik __________ kasut sekolahnya.


a. membuang
b. mencari
c. membasuh
d. mandi

12. Abang memandikan kucing peliharaannya _________ bulu


kucingnya kotor.
a. kerana
b. lalu
c. tetapi
d. sambil

13. ___________ Raja Muda yang amat dikasihi oleh rakyatnya.

2
a. Beliau
b. Baginda
c. Dia
d. Awak

14. Bayi itu sering ____________ kerana menghidap selsema.


a. menangis
b. ketawa
c. bermain
d. melompat

15. Suara penyanyi itu sungguh ______________.


a. manis
b. pedas
c. merdu
d. wangi

16. Sampah yang belum dipungut itu berbau ___________.


a. hanyir
b. lazat
c. wangi
d. busuk

17. Anita dan Flora berjiran. ___________ ke sekolah bersama-


sama.
a. Mereka
b. Dia
c. Awak
d. Saya

18. ______________kah cara membuat kek lapis ini? Tanya


Mei Lee kepada ibunya.
a. Bagaimana
b. Bila
c. Siapakah
d. Mengapakah

3
19. Ibu membawa Raeesa ke _______________ kerana Raeesa
demam.
a. klinik
b. bengkel
c. balai bomba
d. dewan masyarakat

20. ___________________ sudah sepuluh tahun bekerja di


Hospital Pantai.
a. Doktor Hana
b. Cikgu Kamarul
c. Inspektor Abu
d. Sarjan Hamid

BAHAGIAN B
(30 markah)
Soalan 21
Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.

taman pasar Adik burung

1. Di atas pokok itu ada sarang


___________.

2. Simon dan Peter bermain


gelongsor di ___________
permainan.

3. Ibu Maisara berniaga buah-


buahan dan sayur-sayuran di
__________ tani.

4
4. ___________ Sara sedang
menangis.

(4 markah)

Soalan 22
A. Garisi kata adjektif dalam ayat-ayat di
bawah.
1. Kek coklat itu sungguh enak.

2. Kasut baru Jiji berwarna biru.

3. Duri buah durian sangat tajam.

4. Meja Maureen sungguh bersih.

(4 markah)

B. Pilih kata hubung yang betul dalam ayat di


bawah.
1. Kasut Aina kotor ___________ (kerana/sambil) terpijak
lumpur.

2. Budak itu kaya ____________ (lalu/ tetapi) dia tidak


sombong.

5
3. Daniel menyanyi ___________ (sambil/ kerana) memetik
gitar.

4. Rumah itu kecil ______________ (tetapi/sambil) sangat


cantik.

(4
markah)

C. Tulis kata tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Bagaimanakah Di manakah Mengapakah Apakah

1. ________________ Ali mengumpul botol-botol plastik itu?


Ali mengumpul botol-botol plastik itu untuk dikitar
semula.

2. ________________ yang dibeli oleh ibu di pasar mini?


Ibu membeli roti di pasar mini.

3. ________________ rumah Ayu?


Rumah Ayu terletak di hadapan Sekolah Sri Inang.

4. ________________ Maya ke sekolah?


Maya ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.

(4
markah)

6
Soalan 23
Tulis () pada pernyataan yang betul dan (X) pada
pernyataan yang salah.

Aiman : Pada hari Sabtu yang lalu, saya sekeluarga bercuti


ke Port Dickson. Kami menginap di Hotel Mahkota.
Kok Meng : Ceritakanlah pada saya tentang tempat itu.
Aiman : Pemandangan di situ sungguh indah. Udaranya
pula nyaman. Kita boleh berkelah, mandi-manda,
dan bermain jet ski. Saya gembira dapat
berkunjung ke sana.
Kok Meng : Saya pun teringin hendak pergi ke Port Dickson.
Aiman : Ya, kamu boleh ajak keluarga kamu ke sana, Kok
Meng.

1. Aiman bercuti ke Port Dickson bersama keluarganya.

2. Aiman tinggal di Hotel Permata.

3. Aiman bercuri ke Port Dickson pada hari Rabu.

7
4. Udara di Port Dickson nyaman.

5. Kita boleh bermain jet ski di Port Dickson.

(5 markah)

Soalan 24
Lengkapkan petikan di bawah ini.

tinggal berdua

pokok tumbang

membaiki rumah

penduduk kampung

Pak Ali tinggal di Kampung Labu. Dia tinggal bersama


isterinya, Mak Leha. Mereka hanya(1) ________________________.
Mereka tidak mempunyai anak.

Pada suatu hari, hujan lebat berserta rebut melanda


Kampung Labu. Rumah Pak Ali telah dihempap oleh
(2) ___________________________. Jiran Pak Ali segera datang untuk

membantu.

Ketua Kampung Labu mengadakan mesyuarat dengan


(3)___________________________________ . Mereka bersepakat

8
untuk (4)________________________________ Pak Ali. Mereka
bergotong-royong membaiki atap dan tingkap rumah yang
rosak teruk.

Pak Ali dan Mak Leha bersyukur mempunyai jiran yang


prihatin dan baik hati.

(4 markah)

Soalan 25
Lengkapkan seni kata lagu di bawah.

nenek joran
bersatu padu kekek
batu

Anak ikan _________________,

Ada di celah ____________________,

Pesan datuk nenek,

Hidup ______________________________.

Anak ikan kekek,

Kena mata _________________________,

Pesan datuk _______________________,

Hormat semua jiran.

9
(5 markah)

-KERTAS SOALAN TAMAT-

10

You might also like