You are on page 1of 7

Perlukah kepada azam dan minda yang baru menjelangnya tahun baru?

Secara

umumnya, sebagai seorang individu, kita perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa

juga mahu maju ke hadapan dalam melakukan apa saja perkara yang baik. Sebagai

umat Islam pula, kita digesa untuk sentiasa bermuhasabah dengan memperbaiki diri

dan amalan dalam kehidupan. Ini kerana seorang individu muslim yang baik adalah

mereka yng sentiasa berusaha untuk menjadi individu yang terbaik, di mana amalan

dan kehidupannya pada hari ini lebih baik daripada yang semalam, manakala

kehidupan pada keesokan pula seharusnya lebih baik daripada hari ini. Matlamat dan

usaha ke arah kebaikan pula tidak tertumpu hanya pada ketika atau waktu yang tertentu

sahaja, seperti menjelang tahun baru dan sebagainya, bahkan ia dituntut berlaku pada

setiap masa. Gambaran ini memberi implikasi bahawa berazam dan berusaha

melakukan kebaikan tidak mempunyai had tempat dan masa. Malah setiap masa itu

perlu dipenuhi dengan azam dan usaha yang kental untuk menjadi yang terbaik. Ia

bertepatan dengan sebuah hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi

di mana Allah lebih suka kepada seorang muslim yang melakukan apa jua perkara

secara sempurna dan teratur, malah sentiasa pula berusaha untuk memperbaiki

usahanya pada setiap ketika. Secara rasionalnya, persediaan kita pada setiap waktu

dan ketika adalah untuk berubah menjadi yang lebih baik di masa akan datang dan

meninggalkan semua kefasadan silam. Objektif inilah antara yang tersirat di sebalik

azam baru menjelang setiap kali tahun baru.

Azam merupakan matlamat yang menjadi impian seseorang. Impian ini bukan angan-

angan kosong, tetapi seharusnya adalah hasrat dan keinginan yang realistik. Hasrat

yang realistik ini pula bergantung kepada sikap yang optimistik serta perancangan dan
perlaksaan yang rapi. Persoalan lain timbul apabila terdapat mereka yang berazam,

namun disudahi dengan kegagalan. Memang wujud perbezaan antara orang yang gagal

dengan mereka yang berjaya walaupun mempunyai azam dan semangat yang

berkobar-kobar. Betapa ramai juga individu yang merancang tetapi merancang untuk

menjadi gagal, walaupun sebenarnya tiada sesiapa yang mahukan kegagalan. Namun

pada asasnya, individu yang berjaya adalah mereka yang bukan semata-mata

merancang, tetapi juga melaksanakan apa yang telah mereka rancangkan. Tujuannya

ialah agar memperolehi hasilnya dalam jangkamasa yang tertentu, di samping sentiasa

memperbetulkan strategi sekiranya terdapat gangguan yang boleh mencetuskan

kegagalan.

Sebagai manusia biasa yang normal, sudah pasti kita tidak mahu ketinggalan dalam

mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. Oleh yang demikian, dalam memenuhi

matlamat untuk berubah, terdapat beberapa perkara asas yang perlu dihayati, yang

merupakan tunggak dalam proses untuk berubah ke arah kebaikan. Pertamanya,

kesedaran untuk berubah. Seseorang itu perlu menyedari mengapa ia perlu berubah.

Contoh paling mudah, seorang perokok tidak mungkin berhenti merokok sekiranya ia

tidak menyedari kemudharatan atau kemanfaatan berhenti merokok, lebih-lebih lagi jika

ia telah sebati sekian lama dalam dirinya. Kedua, kesanggupan untuk berubah.

Terdapat ramai individu telah sedar dan ingin berhenti merokok tetapi tidak atau belum

sanggup lagi untuk berhenti meninggalkannya kerana pelbagai faktor, antaranya tidak

sanggup untuk meningglkan kenikmatan subjektif merokok. Ketiga, berniat tegas untuk

berubah dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Keempat adalah tindakan

pematuhan kepada niat atau azam yang diikuti dengan proses tindakan bagi
membuktikan bahawa perubahan itu dilakukan dalam tempohnya dan perubahan itu

dilihat benar-benar berlaku. Tindakan terakhir pula merupakan proses pemantauan

terhadap tindakan pematuhan bagi memastikan sama ada pematuhan itu berlaku,

diabaikan, ditangguhkan, dituruti atau sebagainya, agar tidak menyeleweng dari azam

sebenar iaitu untuk berubah menuju kebaikan.

Perlukah kepada azam dan minda yang baru menjelangnya tahun baru? Secara

Maksud Azam (Kamus dewan bahasa):

Kemahuan (keinginan, cita-cita) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya).

Apakah azam tahun baru anda?. Jika ditanya, bermacam-macam jawapan yang
diberikan.... Sudah tentu bagi seorang pelajar ingin mencapai kejayaan dalam
pelajaran, ada yang nak buang sikap malas, ada yang hendak tingkatkan PNGK dan
tidak kurang pula yang terlalu tinggi dari jangkauan. Pastinya berbeza-berbeza, lain
orang, lain kehendaknya. Yang penting, azam itu hendaklah sesuatu yang baik.
Tetapi, jika ditanya pasal azam tahun lepas, adakah semuanya tercapai atau
sebaliknya. Lihat berapa ramai orang dapat memberikan jawapannya dan mungkin ada
yang terlupa azam mereka tahun lepas. Tepuk dada, tanya diri.

Azam tahun baru ibarat janji kepada diri sendiri. Tidak perlu alasan untuk mengingkari
janji ini dan lebih-lebih lagi ianya tidak melibatkan orang lain. Sebab itu bila hujung
tahun tiba, kita sedikit pun tidak ambil peduli di tahap mana pencapaian atau
perkembangan azam baru yang ditanam untuk tahun itu. Lebih malang, ada yang
terlupa apa azam baru mereka itu.

Di zaman moden ini, banyak perkara pula yang boleh melalaikan kita dari mengingati
dan menunaikan azam kita. Sebab itu ada yang beranggapan kita perlu sentiasa
muhasabah dan menilai kembali apa yang telah kita lakukan. Masa itulah, dapat kita
melihat sejauh mana tahap pencapaian azam kita.

Ada pula orang yang berpandangan sinis tentang azam tahun baru. Mereka
beranggapan ia tidak lebih sekadar angan-angan kosong dan hanya hangat-hangat tahi
ayam.

Ada juga yang berpendapat, jika hendakkan sesuatu tidak perlu tunggu tahun baru.
Ianya boleh dibuat bila-bila masa.

Walaubagaimanapun, tidak salah jika kedatangan tahun baru ini (Masehi/hijrah) kita
memasang niat dan berazam untuk mencapai sesuatu, tidak semestinya sesuatu yang
besar, cukuplah ianya mengikut kemampuan kita, ukurlah baju dibadan sendiri. Azam
tahun baru ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan nilai dan peribadi kita sebagai
mahasiswa dan seorang insan.

Benarlah azam baru itu berbalik kepada diri sendiri. Sejauh mana kita menginginkan
sesuatu untuk tahun itu, sejauh itulah ia akan mendorong semangat dan tindakan kita.
Sebab itu azam tahun baru ini adalah fasa terbaik untuk kita menilai dan bermuhasabah
diri. Jika azam pada diri sendiri pun tidak mampu untuk kita lunas, bagaimana pula
dengan harapan yang diletakkan oleh orang lain pada diri kita?

Justeru, azam baru nanti janganlah pula hanya untuk kepentingan dan keinginan
sendiri. Selitkan juga janji kita untuk semua watak yang kita pegang dalam kehidupan
ini.
Semoga azam tahun baru ini dapat dijadikan titik permulaan perubahan kita dan hijrah
kita ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. - Lao Tze.

Semoga Tahun Ini Lebih Baik Dari Sebelumnya

You might also like